Home > 1 > Anwar sokong Wahabi dan Dr Asri gila populariti ?

Anwar sokong Wahabi dan Dr Asri gila populariti ?

1. Cerita Dr. Asri bekas mufti Perlis masih panas. Dr. Asri pun suka ianya dipanjangkan nampaknya. Mungkin beliau suka akan kontroversi yang melonjakkan namanya. ‘Market’ beliau makin naik. Sebagai seorang sahabat, saya suka mengingatkan Dr. Asri agar berhati-hati. Pelanduk boleh melupakan jerat, tapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Jika benar JAIS punya agenda, tentu saudara juga punya agenda.
2. Bermula dari tangkapan oleh JAIS, salah satu agensi kerajaan Negeri Selangor, kini saudara diheret konflik dengan JAKIM dibawah kerajaan pusat. Imbas saja kes Ustaz Ramlan Poringi yang tiba-tiba mempertikaikan sumpah Saiful Bukhari walhal Mufti Wilayah Persekutuan mengakui Ustaz Ramlan tidak berkebolehan membaca kitab-kitab agama dalam bahasa Arab. Namun penyokong pembangkang bersorak gembira!
3. Begitu juga dalam kes saudara, masakan seorang Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam Malaysia boleh mempertikaikan kelulusan saudara. Penyiasatan salahlaku perisytiharan ijazah palsu ini dikendalikan oleh satu jawatankuasa di peringkat jabatan, bukannya oleh seorang individu! Maka itu saudara tidak perlu melenting. Tidak mustahil keadaan pegawai tersebut juga sama situasinya dengan situasi Ustaz Ramlan Poringi yang telah dimanipulasi.
4. Saudara banyak berceramah tentang hikmah dan kesabaran. Saudara juga membidas pengagungan berlebihan kepada pemimpin. Kini tiba masanya saudara diuji. Akhlaq ulama’ diikuti oleh pengikutnya. Seharusnya saudara yang memimpin pengikut malam saudara ditangkap agar tidak agresif serta memberikan kerajasama, bukannya menuruti arahan pengikut bersembunyi dalam bilik lebih setengah jam!
5. Banyak kekeliruan di sini. Saranan saya saudara harus lebih tawadhu’, menuruti sifat Rasulullah yang bijak menangani situasi tanpa berkompromi dengan kawan atau pun lawan. Saudara bisa mengatakan tindakan saudara ini untuk pertahankan maruah diri namun jangan sampai masyarakat menilai saudara juga seperti ahli politik, bersilat sana sini bagi menghalalkan tindakan. Atau apakah mungkin saudara menjurus kearah itu?
6. Berbalik ke soal AnWAR, beliau juga berdamping rapat dengan Ustaz Abdullah Yasin yang tidak pernah mendapat pengiktirafan serta tauliah untuk mengajar di negara ini. Ustaz Abdullah Yasin berkelulusan dari Arab Saudi dan mendapat taraf penduduk tetap negara ini semasa AnWAR berkuasa dalam kerajaan. JAKIM dan Ustaz Ahmad Awang (tika Presiden Persatuan Ulama’ Malaysia) pernah mempertikaikan Ustaz Abdullah Yasin.
7. Yang dipertikaikan ialah pembawaan Ustaz Abdullah Yasin menjurus kearah Wahabi. AnWAR sering mengarahkan JAKIM tidak mengganggu Ustaz Abdullah Yasin. Ustaz Abdullah tinggal di Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi, serta punya tauliah untuk mengajar Indonesia dan Arab Saudi. Ustaz Abdullah sering memberi kuliah di rumah-rumah mewah sekitar Bukit Damansara yang punya hubungan dengan AnWAR dan Wan Azizah.
8. Saya bersetuju bahawa ilmu agama yang diajar itu tidak bergantung kepada tauliah atau tidak, namun sebagai manusia tentunya kita terikat dengan undang-undang. Kita terikat dengan hubungan kepada Allah dan hubungan kepada manusia. Maka JAWI perlu menyiasat perkara ini, jangan biarkan ia terlepas pandang. Jangan biar AnWAR mencatur dan mengheret golongan agama yang dihormati mengikut nafsu dan selera politiknya.
Kepada Ustaz Asri, “ular menyusur akar tetap berbisa”. Tidak rugi kita merendah diri dan jangan terlalu mabuk dengan publisiti. Golongan seperti saudara seharusnya memimpin kerana golongan seperti saudara melangkaui batasan ‘glamour’ dan politik…..

Sekian.

cilok dari blog mediasiber

Categories: 1
You must be logged in to post a comment.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.