Archive

Archive for March, 2012

Felda Tidak Pernah Eksport Barang Ke Israel

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kumpulan Felda tidak pernah mengeksport mana-mana produk ke Israel menerusi anak-anak syarikatnya termasuk Felda-Iffco Sdn Bhd (FISB), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Beliau berkata FISB hanya membuat penghantaran ke Palestin pada 2010 dan 2011 bagi memenuhi pesanan untuk pasaran tempatan dengan menggunakan pelabuhan Ashdod di Israel, kerana tidak mempunyai saluran penghantaran lain.

“Semua produk itu yang terdiri daripada minyak pukal dan lelemak adalah untuk dihantar ke Palestin,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Beliau mengulas dakwaan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat yang mendakwa Felda mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel.

Ahmad menjelaskan FISB mula membuat penghantaran ke Palestin pada Mac 2010 manakala penghantaran terakhir dilakukan pada 9 Dis 2011 dengan nilai dagangan sekitar RM30 juta.

Menurutnya invois bertarikh 7 Jan 2012 jelas menunjukkan bahawa FISB telah membuat penghantaran dengan menggunakan kapal Gallia V.1201 ke alamat, Ajjawi Commercial Stores Company, Jenin-Palestin melalui pelabuhan Ashdod.

Ahmad berkata semua jualan itu mempunyai permit eksport daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum penghantaran dibuat.

“Jualan produk minyak pukal dan lelemak adalah berdasarkan terma-terma kos, insurans dan pengangkutan,” katanya.

FISB, yang beribu pejabat di Pandamaran, Klang adalah sebuah syarikat multinasional usaha sama antara Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan Kumpulan IFFCO, syarikat pemprosesan makanan yang berpusat di Sarjah, Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

http://umno-online.com/

Categories: Uncategorized

Video Rakaman CCTV Rafizi Dilanggar Sudah Tersebar

Categories: Uncategorized

588 Sahaja Rakyat Sokong #Lynas Dihentikan

Categories: Uncategorized

KSN dan KPPA Patut Bertanggungjawab dan Mohon Maaf Kes SBPA ! @najibrazak

KSN dijangka tamat kontrak tidak lama lagi. Sewajarnya kontrak beliau tidak disambung. Beri peluang orang lain pulak jadi KSN.Kesilapan menangani SBPA menaikkan kemarahan penjawat awam sangat sukar dimaafkan.Mujur Perdana menteri cepat buat keputusan.Kalau tidak buburlah jadinya.

penjawat awam lagi gembira jika dapat dengar berita ksn tidak disambung kontrak sebelum mengundi barisan nasional pru depan.jika mahu selamat wajaR ksn umum terlebih dahulu mahu mengundur diri.

Kppa rasanya tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya.beliau hanya cuba diperlihat menjadi kambing hitam menutup kesilapan KSN.

politik penjawat awam juga perlu diperhati oleh kerajaan kerana ada orang bercerita mereka juga ada parti politik dalam pejabat.mungkin tidak benar akan tetapi jika benar apa kita perlu buat menyelesaikannya ?

Tulisan Awang selmaat dalam Utusan hari ini desak KSN untuk berhenti, bukti bahawa ramai berpandangan seperti yang disiarkan di atas.

Categories: Uncategorized

Kenapa Anwar Tidak Dicaj Salahlaku Seks Sejak 1998

@anwaribrahim dan seks; @NajibRazak kena tahu ini…
Written by GreenHood   Friday, 09 March 2012 10:38

Oleh: GreenHood

“What doesn’t kill you makes your stronger, stand a little taller…”, kata Kelly Clarkson dalam lagu terbarunya.Saya harus bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya. Sewajarnya orang UMNO khususnya dan penyokong BN amnya sedar bahawa ini boleh teraplikasi dalam kehidupan harian. Lebih khusus… dalam politik harian.Mari ambil contoh isu politik semasa.Berapa kali Anwar Ibrahim dikaitkan dengan salah laku moral… SEKS!Anwar Ibrahim pertama kali dilibatkan dengan salah laku seks pada tahun 1998. Sewaktu itu zaman Mahathir menjadi perdana menteri. Akhirnya Anwar sangkut dan dipenjarakan.

Tapi bukan atas kesalahan seks. Beliau dipenjarakan kerana salah guna kuasa. Tidak kiralah kalau pun dalam penghakiman ada menyebut bahawa mahkamah mempercayai perlakuan seks songsang berlaku atau tidak. Turut dikaitkan dengan Anwar pada masa tersebut adalah seorang wanita bernama Norlaila. Yang mendakwa dirinya bersetubuh dengan Anwar dan membuat pengakuan ke pejabat agama Islam yang berkaitan.Lucunya, hingga kini tiada pertuduhan dikenakan ke atas Anwar bersangkut paut dengan dakwaan Norlaila.Selepas bebas dari penjara, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan salah laku seks dikenali sebagai kes ‘liwat II’. Belum pun selesai penghakiman, beliau disensasikan dengan kes ‘china doll’.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata.Media perdana mahu pun maya mensensasikan isu-isu seks Anwar melebihi keputusan mahkamah. Kalau pun end game kes ‘trio Datuk T’ menyebut dalam penghakimannya bahawa terdapat bukti jelas bahawa 99.9% pelaku seks dalam video tersebut adalah Anwar, yang menjadi pertikaian umum adalah mengapa Anwar tidak disabitkan bersalah. Yang bersalah adalah ‘trio Datuk T’ dan mereka yang terlibat dihukum membayar denda.

Menjelang ‘901’, Anwar terbukti kebal dari tuduhan seks yang dikenakan ke atasnya. Empat percubaan semenjak 1998 hingga 2012 – terbukti tiada satu pun kes yang mensabitkan beliau bersalah.Apa yang berjaya hanyalah pembentukan persepsi. Persepsi bahawa Anwar adalah seorang ‘kaki seks’. Selain dari itu…nothing !Anwar dengan senang hati bergerak ke sana ke mari. Malah mengelilingi dunia memberitahu bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik pihak yang menentangnya.

Semua pertuduhan seks yang dikenakan ke atasnya sama ada melalui pertuduhan rasmi iaitu mahkamah atau kata nista berbentuk cacian dan makian, semuanya hanyalah untuk menjatuhkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.Anwar bangkit dengan membawa harapan rakyat. Kononnya memperjuangkan hak rakyat yang selama ini ditindas oleh kerajaan sedia ada. Kerajaan yang tidak pernah berubah semenjak kemerdekaan.

Produk yang cuba ‘dijual’ oleh Anwar bukannya salah laku seks kepimpinan utama kerajaan. Bukan salah laku seks menteri-menteri kabinet kerajaan persekutuan. Sebaliknya produk yang ‘dijual’ oleh Anwar adalah rasuah, korupsi, kronisme, nepotisme dan berbagai lagi yang menyentuh secara langsung akan kepentingan rakyat.Sekali lagi ingin saya katakan di sini… bahawa UMNO khususnya dan BN amnya mesti sedar. Apa produk yang cuba dibawa oleh Anwar mesti ditentang dengan produk yang lebih baik.

Dalam banyak perkara, hanya produk ‘reformasi’ yang dibawa oleh Anwar berjaya dilawan oleh produk ‘transformasi’ Najib. Produk ‘transformasi’ idea Najib mula menapak di hati rakyat. Begitu juga dengan produk ‘1Malaysia’. Ia dilihat lebih menarik dari slogan ‘negara berkebajikan’ dan teori ‘buku jingga’. Selebihnya, produk ‘seks’ yang dijual oleh UMNO-BN bukan sahaja tidak dapat membunuh Anwar bahkan menguatkan lagi diri Anwar dan pakatan pembangkang 

Rujuk

Portal Kritis  Online

Categories: Uncategorized

Share U.K’S Pahit akan Manis Akhirnya

Name:U.K’S
Title:PAHIT AKAN MANIS AKH
Via: Hot FM
Download URL:http://market.android.com/search?q=com.streamtheworld.hotfm

Maaf lama tak menulis. Lama sibuk. Ini je yang boleh dikongsi.

Categories: Uncategorized