Archive

Archive for December, 2008

Update : Syabas kepada semua kerana berjaya hapuskan penghina agama dan Nabi kita !!!

28,December 2008 Leave a comment
Berita mengenai laman menghina Nabi Muhammad s.a.w. telah disiarkan oleh TV3 semalam bertarikh 26 Disember 2008 jam 8.15 malam dan hari ini Utusan Malaysia (gambar) telah menyiarkannya juga di bahagian hadapan tentang perkara yang sama.
Ia adalah hasil kesungguhan dan kesepaduan ahli ahli BPN semua yang menjalankan kerja bersama sama menuju arah yang sama dengan suara yang sama sehingga hasilnya juga sangat lumayan dan boleh dibanggakan oleh semua ahli ahli BPN yang menyokong dari jauh usaha ini.
Kisah awal ialah makluman yang diberikan oleh Azizahns ketika pulang solat Jumaat ( serta beberapa blogger lain ) dan saya mengambil serius makluman tersebut lalu mengadakan conference tergempar. Hasilnya hampir 10 orang ahli kita bersidang ( yang lain offline ) termasuk wakil dari Mesir iaitu Azzuhrie.
Keputusannya jam 5 petang semalam kita semua telah menghantar serentak email kepada agensi berita Malaysia termasuk media eletronik seperti TV3 tanpa menjangka ia akan menjadi antara paparan utama Buletin malamnya.
Namun saya sempat mengikuti siaran berita tersebut dan saya sangat teruja kerana kita berhasil mengangkat suara kita dan hari ini Utusan sudah turut serta membantu kita memerangi musuh agama ini dengan menyiarkannya di ruang utama akhbar mereka.
Jika mahu melihat berita tersebut boleh klik di link ini  http://www.tv3.com.my/ minit 01 bahagian kedua dan luangkan masa sekejap mendaftar nama anda di laman sana ..
Begitu juga blog yang bedebah walau bernama seperti muslimah iaitu http://adibahahmad.blogspot.com/telah dibersihkan dari segala provokasi provokasi menghina Nabi Muhammad s.a.w…
Mungkin telah cuak seperti komen apaingelai ( Blogger RajahMas ) yang pertama mengesan berita di Utusan tersebut pagi ini sebelum menghantar mesej menerusi YM kepada hp saya…
Namun pagi ini dipercayai pengacau dari blog adibahahmad telah datang dan di bawah imej yang saya sempat rakamkan…Dipercayai perempuan dan melayu berdasarkan corak komen beliau tentang perkahwinan Nabi dengan anak Saidina Abu Bakar umur 8 tahun.
Lihat gambar blog beliau yang sudah kosong  di sini tanda akur dengan desakan kita agar beliau menghentikan penghinaannya terhadap agama…komen di Chatroll tidak lain tidak bukan kerana rasa sangat marah barangkali dengan tindakan kita semua…

Sokongan anda kepada BPN sangat bererti kerana ia bermakna setiap tindakan kita memerangi blogger menghina agama bangsa dan negara juga disokong dan kejayaan yang diperolehi juga berhak dirasai oleh semua yang memberi sokongan padu sejak awal penubuhan BPN pada 20 November yang lalu…
Kerana jika tiada sokongan tentu BPN tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan seperti sekarang ini.
Insya Allah kita akan sentiasa memantau blog blog dan memerangi sesiapa sahaja yang kurang ajar dan berniat tidak baik bagi merosakkan maruah agama bangsa dan negara kita.
Salam perjuangan BPN demi satu suara arah dan akidah !!!!
Advertisements
Categories: 1

Kenapa Roslan SMS – Setiausaha Hj Hadi dibidas dan diaibkan Malaysiakini !!!

22,December 2008 Leave a comment

Roslan SMS – Setiausaha Hj Hadi dibidas dan diaibkan Malaysiakini !!!

1. Beliau sangat aktif menulis termasuk di Harakah termasuk di blog peribadinya.

2. Pandangan yang sangat menyanjung tinggi golongan ulama dalam PAS adalah pandangan beliau.

3. Malaysiakini menyiarkan berita bahawa Setiausaha Hj Hadi dituduh subversif tentu tidak pelik.

4. Ini kerana dengan hits yang tinggi,  Malaysiakini telah menjadi media yang berpengaruh kerana dibaca oleh ramai penyokong Pembangkang.

5. Serangan terbaru ini tentu bagi menjaga team Anwar bergelar Erdogan selepas mereka merasa bahang orang Erdogan pro Anwar telah dibersihkan sedikit demi sedikit.

6. Lihat kisah terkini di Selangor dan nampaknya Hassan Ali turut tidak terkecuali menjadi sasaran serangna blogger pro PKR di sini.. mungkin kerana tindakannya membuang dua orang kuat di Selangor yang pro Anwar dan PKR menjadi punca serangan mereka..

7. Selain turut menjadi sasaran ialah kerana Roslan SMS blogger http://n32.blogspot.com turut dilantik menggantikan dua yang dipecat tersebut.

Tindakan keras dan paling keras setakat ini selepas retreat PAS di Langkawi baru baru ini.

Moga PAS tidak akan hancur kerana ada tangan jarak jauh cuba merosakkannya dari dalam..

salin dari : http://pejuang-melayu.blogspot.com/
KOMEN :
Permainan politik Datuk Seri Anwar yang dilihat orang yang berpengaruh di dalam menentukan arah dan hala tuju laporan Malaysiakini, adalah dalang kepada penerbitan artikel ini di Malaysiakini..
Andaian ini timbul kerana Malaysiakini sering dilihat ‘menyerang’ orang yang menjadi batu penghalang kepada cita cita beliau sebagai bakal PM dan tentu serangan tidak berperi kemanusian seperti laporan Malaysiakini di atas akan dibuat lagi kepada sesiapa sahaja yang tidak sebulu dan selari dengan cita cita Anwar.
Kerana terdesak dan tertekan barangkali menyebabkan laporan di atas yang mengatakan Roslan SMS sebagai subversif dibuat, yang tentu bertujuan untuk menjatuhkan juga reputasi HJ HADI  sebagai bos beliau, walaupun ia juga akan melegakan team Erdogan dan membangkitkan kemarahan geng Ulama yang semakin terancam sekarang ini di dalam melawan kebangkitan Erdogan yang semakin nampak belang mereka dari hari ke hari akhir akhir ini.
Tindakan mendesak dibersihkan geng Erdogan oleh Roslan SMS tersebut memang akan menyirapkan darah sesiapa sahaja yang ‘terasa’ dengan ‘cilinya’..Dan ia menjadi punca barangkali perdebatan antara beliau dengan Malaysiawave yang diterajui seorang bergelar Tulang Besi..
Beliau menulis :

” kumpulan Erdogan wajib dibersihkan daripada PAS secepat mungkin dan tidak perlu menunggu muktamar yang akan datang.”
Selepas retreat di Langkawi memang Geng Erdogan telah menerima penangan akibat tindakan mereka yang tidak selari dengan kehendak Majlis Syura PAS yang mana telah mencemarkan tidak sedikit reputasi PAS sebagai parti yang melaungkan agenda Islam termasuk HUDUD sejak sekian lama.
Isu yang ditimbulkan akibat perbuatan geng Erdogan seperti berceramah di gereja oleh Khalid Samad, dan menyokong tuntutan guna nama Allah bagi agama Kristian antara penyebab imej PAS jatuh merosot dengan begitu teruk sekali.. Sedangkan JAKIM selaku badan rasmi sudah jelas menyatakan pendiriannya berkenaan isu tersebut seperti di blog ini.

JAKIM dalam kenyataannya menyebut  :

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Serangan ini tidak lain tidak bukan pada hemat penulis, satu cara membalas balik tindakan PAS membuang dua orang kuat Erdogan di Selangor dan tindakan yang diketahui ramai itu tentu satu mesej sangat jelas kepada Anwar bahawa PAS sudah sedar permainan politik kotor beliau dan tidak akan berdiam diri begitu sahaja…
Nampaknya memang PR layak dipanggil Pakatan Rapuh dan PAS elok sahaja mengasingkan diri dari PKR dan DAP sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum nama PAS menjadi ingatan dalam Sejarah Malaysia tanpa ada lagi penerus perjuangannya yang pasti akan ditolak rakyat kerana jelas pandai bercakap tetapi tidak pandai pula melaksanakannya di dalam perlaksanaan pentadbiran mereka…
Terkini DAP menolak HUDUD PAS dan membantahnya adalah bukti ketidaksefahaman mereka di dalam membentuk gabungan mantap menerajui lima negeri di negara kita.. Apatah lagi jika diberi peluang memegang di 14 negeri tentu keadaan akan semakin bercelaru !!! Tengok di sini komen DAP yang berpura pura puji Islam namun akhirnya takut dengan HUDUD hingga terpaksa membantahnya ( link di sini )
Pastinya BN tidak perlu bersusah payah di KT kerana kita yakin PAS sendiri akan menggali lubang kuburnya ekoran perpecahan yang semakin teruk sesama mereka dan tentunya Hj Hadi akan dijadikan mangsa jika berlaku kekalahan di medan pilihanraya kecil tersebut.
Akhirnya pemilihan tahun hadapan mungkin menjadi tempat geng Erdogan melakukan reformasi total bagi mengangkat team mereka naik ke hieraki tertinggi parti untuk melaksanakan agenda Anwar dalam menjadikan Malaysia negara Islam Liberal yang baru. Dan PAS akan termasuk di dalam kalangan mereka itu.
Categories: 1

Hakim setuju Anwar liwat (Kes 1998)

19,December 2008 Leave a comment
Siapa kata dia tak liwat?

SAYA sekadar hendak menyatakan apa yang telah Mahkamah Tinggi [2001] 3 Malayan Law Journal, 193 m/s 250 dan Mahkamah Persekutuan [2004] 3 MLJ 405 m/s 424 nyatakan dalam penghakiman mereka seperti dilaporkan.

Dalam kes jenayah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (OKT) v PP, Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan kesimpulan fakta (finding of fact) Yang Arif Hakim bicara Mahkamah Tinggi yang berpendapat bahawa Azizan bukan orang yang bersubahat dengan OKT akan tetapi adalah mangsa liwat OKT. Kesimpulan fakta bahawa Azizan bukan orang bersubahat tetapi mangsa juga dipersetujui oleh Yang Arif-Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan (Court of Appeal).

Sebab atau alasan Yang Arif Hakim bicara Mahkamah Tinggi mengatakan bahawa Azizan adalah mangsa liwat bukan orang bersubahat dengan OKT adalah kerana, Azizan dijemput ke Tivoli Villa oleh Sukma (OKT yang Kedua dalam kes ini) untuk melawat dan melihat apartmen baru Sukma (OKT kedua) dan bukan kerana Azizan mempunyai niat melakukan liwat dengan OKT1 dan OKT2.

Maka semata-mata perbuatan liwat saja (actus reus) pada pendapat Yang Arif Hakim bicara Mahkamah Tinggi, tidak memadai untuk menjadikan Azizan seorang yang bersubahat dengan perbuatan liwat kerana Azizan juga perlu ada niat melakukan liwat. Bermaksud, Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa Azizan adalah mangsa OKT1 dan OKT2.

Mahkamah Rayuan pula tidak menambah apa-apa dalam menyetujui kesimpulan fakta ini bahawa Azizan bukan orang bersubahat dengan perbuatan liwat dengan OKT1 dan OKT2 tetapi mangsa liwat.

Saya pendekkan cerita. Adalah menjadi tabiat dan amalan Mahkamah dalam bidang kuasa rayuannya untuk tidak mengusik/menggangu-gugat (interfere) kesimpulan fakta (finding of fact) Mahkamah bicara yang mempunyai kelebihan melihat dan mendengar (dan mencatat keterangan) saksi-saksi serta berpeluang menilai gerak-geri (demeanour) saksi-saksi berbanding Mahkamah dalam bidang kuasanya mendengar rayuan yang hanya berdasarkan kepada apa yang tertulis pada nota keterangan semata-mata.

Namun, Mahkamah Persekutuan dalam kes ini mengatakan bahawa itu tidak bermakna Mahkamah Persekutuan yang mendengar Rayuan tidak boleh campur tangan jika kesimpulan fakta dan keterangan tidak selari/ngam (not tally).

Walau bagaimanapun, kerana terpaksa, Mahkamah Persekutuan mengusik juga kesimpulan fakta Yang Arif Hakim Mahkamah bicara (yang telah dipersetujui juga oleh Mahkamah Rayuan [Court of Appeal[) yang juga menyimpulkan bahawa Azizan adalah mangsa liwat.

Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa adanya keterangan yang Azizan bukan mangsa liwat sebaliknya adalah orang yang bersubahat dalam perbuatan liwat dengan OKT1 dan OKT2. Yang Amat Arif Abdul Hamid Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan massa itu mengatakan di [2004] 3 MLJ 405 m/s 424,

“The Court of Appeal added nothing to it in agreeing with the finding of the learned trial judge.In our view, if the learned trial judge was looking for mens rea he should look at the surrounding circumstances. This is where evidence of similar facts becomes relevant. This is not a case of a person who was merely present at the time of the commission of the offence or participated in it only once.

By his own evidence, he was sodomised 10 to 15 times at various places, including in the house of the first appellant over a number of years. He never lodged any police report. He never complained about it until he met Ummi in 1997. He did not leave the job immediately after he was sodomised the first time, we do not know when. Even after he left the job, he went back again to work for the first appellant’s wife.

Even after he left the second time, he continued to visit the appellant’s house. He even went to the first appellant’s office. When invited by the second appellant to go to Tivoli Villa, he went. He said he was surprised to see the first appellant there. Yet he stayed on. Signalled to go into the bedroom, he went in. There is no evidence of any protest. He followed whatever ‘instructions’ given to him.He said he submitted under fear and was scared of both the appellants.

A person may allow himself to be sodomised under fear once or twice but certainly not 10 to 15 times over a number of years. He is not a child nor an infirm. Even on this occasion, when he saw the first appellant there, he would have known of the possibility of the first appellant wanting to sodomise him again. Why did he not just go away? Instead, by a mere signal, he went into the bedroom, as if he knew what was expected of him. He did nothing to resist, in fact co-operated in the act.

And, after the first appellant had finished and went to the bathroom, he remained in that ‘menungging’ position. What was he waiting for in that position? Indeed the whole episode, by his own account, appears like a repetition of a familiar act in which each actor knows his part. And, after that he went back to the place again, twice and talked about the incident as ‘the first time’ he was sodomised there, giving the impression that there was a second or third time.

Are all these consistent with a person who had submitted under fear? We do not think so. Therefore, in our judgment Azizan is an accomplice, though he may be a reluctant one.”

Ramai yang mengalami kesukaran (termasuk pensyarah undang-undang juga) untuk memahami keputusan ini kerana OKT1 sebenarnya dibebaskan atas teknikal keterangan. Untuk seseorang mengikuti dan memahami kes ini, seorang itu hendaklah menguasai Akta Keterangan 1950 (Evidence Act 1950) dan Tatacara Jenayah (Criminal Procedure Code) selain seksyen liwat dalam Kanun Keseksaan.

Maka, jika bukan kerana tiada liwat, atas sebab apa OKT dibebaskan? Biar saya jelaskan – dalam kes sivil mahupun jenayah, keterangan seorang saksi boleh dikatakan credible (adil) setelah saksi itu mengangkat sumpah, dia memberikan keterangan (dan besar kemungkinan disoal balas) dan keterangannya tidak tergugat.

Keterangan saksi tidak seharusnya ditolak kesemuanya hanya kerana ada satu dua percanggahan. Mahkamah perlu memilih yang elok dari yang tidak dan bukan menolak kesemua keterangannya (impeachment) hanya kerana ada di antara keterangannya tidak elok di sana sini. Abdul Hamid Mohamad FCJ mengatakan,

Dato Seri Awar Bin Ibrahim v PP [2004] 3 MLJ 405, at pg 415 (Mahkamah Federal)
“For the purpose of the case, in a criminal trial, it is not necessary for the defence to show or for the court to arrive at a conclusion that Azizan is a liar before his evidence may be regarded as unreliable. Azizan may not be a liar but his evidence may or may not be reliable. Further, some parts on his evidence may be reliable and some may not be.”

Dato Seri Awar Bin Ibrahim v PP [2004] 3 MLJ 405, at pg 422 & 423 (Mahkamah Federal)“In the circumstances, even though, for the reasons that we have given, we do not interfere with the finding of the trial judge in the impeachment proceeding, when we consider Azizan’s evidence as a whole, we are unable to agree with the ‘firm finding’ of the learned trial judge and the Court of Appeal that Azizan ‘is a wholly reliable, credible and truthful witness’. Evidence does not support such a finding.

He was most uncertain, in particular about the ‘date’ of the offence, not just the day or the week or even the months but the year. We do not say he is an ‘outright liar’ as Mr Christopher Fernando was trying to convince us. But, considering the whole of his evidence, he is certainly not the kind of witness described by the learned trial judge.”

Secara umumnya, keterangan seorang saksi credible (yang dipercayai – adil) mencukupi bagi tujuan sabitan. Ini adalah kerana keterangan saksi dinilai/timbang bukan dikira banyak mana jumlah mereka (seksyen 134 Akta Keterangan 1950). Namun, walaupun tidak salah sesuatu sabitan hanya kerana saksi tersebut adalah seorang yang bersubahat dengan OKT (seksyen 113 Akta Keterangan), telah menjadi amalan yang seteguh undang-undang (rule of practice that had hardened into a rule of law) bahawa tidak selamat sabitan tersebut jika tiadanya muhasabah/amaran Hakim dikehendaki mengingatkan dirinya akan bahaya mengguna-pakai dan mempercayai keterangan seorang yang bersubahat terhadap rakan sejenayahnya yang menjadi OKT.

Perlu ada catatan/ nota keterangan bahawa Hakim bicara memberikan dirinya amaran bahawa dia peka kepada bahaya mempercayai keterangan seorang yang bersubahat terhadap rakan sejenayah. Justeru, adalah teratur jika Yang Arif Hakim bicara sediakan sebab-sebab beliau mempercayai keterangan orang yang bersubahat dalam mensabitkan rakan jenayah orang bersubahat terhadap tuduhan yang dikenakan pada OKT.

Dalam kes ini, oleh kerana Yang Arif Hakim Bicara Mahkamah Tinggi tidak berpendapat bahawa Azizan adalah seorang bersubahat (accomplice) tetapi seorang mangsa liwat, maka semula jadinya, YA Hakim bicara juga tidak perlu membuat amaran sedemikian pada dirinya.

Perlu faham juga, saksi seorang mangsa seks juga memerlukan amaran iaitu `adalah mudah untuk menuduh pelaku dalam kes seksual namun amat sukar untuk siPelaku yang dituduh itu menyangkal – contoh lihat kes Nabi Yusuf).

Pendekkan cerita, oleh kerana YA Hakim bicara tiada memberikan peringatan/amaran pada dirinya akan bahaya mempercayai keterangan saksi yang juga orang bersubahat, maka sabitan Dato Seri Anwar walaupun tidak salah, ianya tidak selamat.

Dengan teknikal sedemikian, Mahkamah Persekutuan dengan majoriti dua lawan satu membebaskan Dato Seri Anwar. Namun, YAA Dato Siti Norma Yaakob tidak bersependapat kerana walaupun YA Hakim bicara Mahkamah Tinggi berpendapat Azizan adalah mangsa seksual bukan liwat dan telah pun memberikan peringatan/amaran pada dirinya akan perkara tersebut bila saksi itu mangsa liwat, YA Hakim bicara Mahkamah Tinggi juga pada perhitungan YAA Dato Siti Norma, telah juga memberikan peringatan/amaran pada dirinya sendiri seperti yang perlukan untuk saksi yang bersubahat juga.

Maka YAA Dato Siti Norma nampak bahawa sabitan Dato Seri Anwar bukan sahaja tidak salah, bahkan selamat juga. Dengan demikian, saya bersependapat dengan kesimpulan awal Tun DM di http://www.chedet.com tajuk “Anwar” yang mana Tun DM mengatakan “Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah ke atasnya. Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.”

Di atas saya sudah terangkan alasan teknikal (corroboration) YAA Hakim Mahkamah Persekutuan. Adalah elok juga kita renungkan apa yang dkatakan oleh Lord Diplock dalam kes DPP v Hester House of Lords [1973] AC 296 at 324 – 326; sila jug abaca kes R v Kilbourne

“..common sense, the mother of common law, suggests that there are certain categories of witnesses whose testimony as to particular matters may well be unreliable either because they may have some interest of their own to serve by telling a false story, or through defect of intellect or understanding or, as in the case of those alleging sexual acts committed on them by others, because experience shows the danger that fantasy may supplant or supplement genuine recollection.

For brevity I will hereafter refer to evidence of this kind as `suspect’ evidence and the witnesses who give it as `suspect’ witnesses.”

Prof Madya DR Abdul Rani Bin Kamarudin

Pensyarah Undang-Undang (Akta Keterangan & Tatacara Jenayah)

Kulliyah Undang2 Ahmad Ibrahim, IIUM

artikel dari : http://www.mymassa.com/

Categories: 1

Pakatan Rakyat mendapat sokongan Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan ?

14,December 2008 Leave a comment

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/12/sultan_sharafuddin_of_selangor.jpg

Melibatkan Sultan di dalam isu politik adalah satu tindakan terbaru Pakatan Rakyat. Blogger Amin Iskandar di sini ada menyentuh isu pemberian anugerah Datuk Paduka tersebut di blognya di sini

Ini semua selepas mereka telah mendiamkan diri sekian lama berkenaan isu Raja yang menjadi tonggak payung orang Melayu Islam di negara kita selama ini…

Selepas mereka dilihat inginkan kesamarataan semua kaum sehingga dilihat meminggirkan Raja maka isu Raja telah disentuh di dalam kongres terbaru PKR yang mencanangkan ke seluruh dunia bahawa mereka mempunyai juga minat untuk menjaga ketuanan Raja orang Melayu..

Tindakan orang terdesak bagi pendapat peribadi saya.

Selepas kredibiliti Anwar sebagai de facto leader PR telah  teruk jatuh merudum di kalangan nyokong mereka sendiri yang tidak nampak bagaimana PR dapat menjadi wira menjaga ketuanan Melayu dan Raja Melayu itu sendiri…

Lebih lebih lagi apabila membaca tulisan Amin Isandar ( penulis media pro PKR dan Pakatan Rakyat : Malaysiakini ) lagilah penulis merasa hendak tergelak apabila dengan selamba Amin Iskandar mengatakan bahawa pemberian anugerah Datuk Paduka kepada Madam Low yang memangku Pengerusi PKNS oleh Sultan Selangor sebagai sokongan kepada Pakatan Rakyat.

” Ketika isu perkauman dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan politik golongan tertentu, bagi memastikan dasar Pecah dan Perintah dapat diteruskan, Sultan Selangor memecahkan kebuntuan.

Apakah ini signal yang jelas dari golongan istana di Selangor untuk menentang politik perkauman dan menghapuskan dasar Pecah dan Perintah? ” Tulis Amin Iskandar…

Lagi menarik beliau seolah olah mencabar rakyat membuat bantahan terhadap keputusan Raja bagi kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat mencadangkan nama madam Low supaya dikurniakan Datuk Paduka.

Agaknya Amin ni dah tak ingat rasanya jasa Madam Low selama ini. Yang berpuluh tahun sudah menabur bakti di PKNS..

UMNO hanya menentang perlantikan beliau sebagai pemangkut Pengerusi PKNS dan tidak menidakkan segala jasa jasa beliau di dalam PKNS.

Kerana sebagai benteng pertahanan Melayu Islam dan juga Raja Raja maka UMNO sekadar ingin mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa jawatan PKNS yang sinonim dengan agenda ketuanan Melayu perlulah diberi kepada Melayu juga.

Di sinilah sedikit kekeliruan dan Amin Iskandar nampaknya ingin menjadikan ia satu isu dan seolah oleh sebagai signal Sultan Selangor menyokong agenda mereka yakni Pakatan Rakyat.

Perlu dimaklumi bahawa Raja sebagai penaung semua rakyat tidak akan melibatkan diri di dalam arena politik. Dan tindakan Raja tidak akan sama sekali bertujuan untuk menambah keuntungan politik mana mana pihak.

Kepada Amin Iskandar, eloklah jangan libatkan diri dan juga melibatkan dengan andaian tidak berasas anda bahawa PR disokong oleh Raja Selangor yang tidak memihak kepada mana mana parti politik pada hakikat sebenarnya.

DAULAT TUANKU !!!

sekian, tamat artikel jam 9.14 Ahad 14 Disember 2008….

Categories: 1