Archive

Archive for August, 2009

Ketua Pemuda PAS terlibat dengan kemalangan !

26,August 2009 Leave a comment

4.00pm : Sebuah motor telah merempuh kereta ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hj Hasan Tantawi. Insiden ini berlaku betul2 dihadapan Kg Cross Street.

Penunggang tersebut cedera dan di bawa pergi untuk dirawat

 

sumber : blog http://dun11-permatangpasir.blogspot.com

 

komen : Adakah ini kifarah kerana mendedahkan perkara yang merosakkan rumah tangga calon BN ?


Wallahu A’lam.

Advertisements
Categories: 1

Resolusi BPN 7/2009 : Anwar Pengkhianat !

16,August 2009 Leave a comment

1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.

2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.

3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.

4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.

5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.

6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.

Yang benar,

Panglima Perang Cyber,
Ydp Blogger Pembela Negara
Ahad 11.03 malam
15 Ogos 2009

Categories: 1

Teoh Beng Hock dikatakan nak keluar parti DAP !!

13,August 2009 1 comment

Sumber tidak rasmi yang diberikan kepada saya memberitahu bahawa TBH yang meninggal selepas jatuh di Plaza Masalam telah memberitahu tunangnya untuk meninggalkan parti DAP.

Jika benar maka ia bermakna TBH telah menjadi mangsa yang dikambing hitamkan oleh otai DAP seperti Ronnie Liu dan lain lain untuk kepentingan mereka. bahkan dikhabarkan juga si TBH ini adalah budak baik.

Juga info diterima mengatakan juga bahawa TBH telah diancam di dalam tandas. Oleh rakan yang turut ditemuduga bernama Tan Ben Wah ( maafkan saya jika tersilap eja )

Yang menarik sekali ialah pihak yang menyiasat kematian telah mengesahkan bahawa DNA yang ada di tali pinggang TBH tidak dapat dikesan. Dan yang paling penting tidak ada satu pun DNA pegawai SPRM yang ada di tubuh si mati.

Jadi, tentu Pakatan Rosak akan gigit kuku jari dan kuku kaki sekali selepas gagal mengeksplotasi isu ini. Seperti mana yang mereka lakukan ketika kes kematian Kugen tempoh hari.

harapnya kebenaran akan benar juga dan kebatilan akan kekal sebagai batil yang perlu dijauhi oleh kita semua !!!!!!

Fikir fikirkanlah sahabat semua kronologi yang berlaku ini agat kita tidak mudah tertipu…

Categories: 1

Ronnie dan Jeff, pengkhianat sensiviti rakyat Malaysia yang wajar ditahan ISA

DI Selangor ada Ronnie Liu. Di Pulau Pinang muncul pula Jeff Ooi. Kedua-dua orang penting di negeri pakatan pembangkang itu tampil dengan tindak-tanduk yang sama – menghina dan memperlekehkan agama Islam.

Niat mereka sangat jelas. Tiada penyesalan jauh sekali mahu meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.

Ronnie Liu beria-ia mempertahankan arahannya supaya minuman keras yang dirampas kerana dijual secara terbuka dipulangkan semula.

Dengan angkuh dia mendabik dada tindakan tersebut dibuat menggunakan kuasanya sebagai Exco Negeri Selangor.

Biar pun beberapa pemimpin Pas yang bersepakat membentuk kerajaan di negeri itu membuat ‘bising,’ tetapi suara mereka umpama anjing menyalak bukit. Bukit tidak runtuh, anjing keletihan – silap-silap hari bulan boleh hilang suara dan terus bisu.

Lebih daripada itu, tindak-tanduk Ronnie yang ternyata mengguris hati umat Islam bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara itu mendapat restu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selepas bermesyuarat, berbincang dan bertukar pandangan, mereka sepakat – tiada larangan jualan minuman keras di negeri itu, manakala kedai serbaneka seperti 7 Eleven diminta menggunakan budi bicara sendiri menjual arak (yang tidak memabukkan menurut Ronnie) itu berdasarkan permintaan.

Portfolio Ronnie yang menjaga kerajaan tempatan kekal begitu manakala desakan Dr. Hassan Ali supaya bidang tersebut diserahkan kepada Exco lain tidak diendahkan jauh sekali untuk mendapat perhatian. Hasil serta kesannya kepada penduduk di negeri Selangor dapat dirumuskan secara mudah.

Arak akan terus dijual secara terbuka dengan alasan kandungan alkoholnya tidak mencapai paras memabukkan – justeru minuman itu ‘halal’ dijual di kedai serbaneka berdasarkan permintaan penduduk di satu-satu kawasan.

Begitu juga dengan operasi banteras maksiat yang juga berkaitan dengan portfolio Ronnie akan terus menerima ‘gangguan’.

Rumusan terhadap krisis arak dan peminggiran suara pemimpin Pas di Selangor sememangnya menarik perhatian.

Menariknya kerana ia memberi gambaran tentang bentuk kerajaan yang diidam-idamkan oleh Pas jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan di negara ini.

Sangat jelas dalam perkembangan terbaru itu, Pas dilayan seperti parti serpihan yang menumpang rumah pakatan pembangkang. Biar pun tanpa Pas, Kerajaan Negeri Selangor sekarang lumpuh tetapi layanan yang ditunjukkan kepada mereka sebaliknya. Seolah-olah Pas itu melukut di tepi gantang manakala DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pemegang kata putus.

DAP akan mencetuskan isu berkaitan umat Islam – Pas yang perjuangannya bertunjangkan Islam akan mempertahankan isu tersebut – PKR menerusi pemimpinnya yang menjadi ketua kepada Kerajaan Negeri Selangor memuktamadkannya.

Akhirnya isu yang bertentangan dengan perjuangan Pas akan direstui – maknanya DAP berjaya dalam tindak-tanduknya manakala PKR yang kononnya mewakili masyarakat pelbagai kaum tunduk kepada desakan DAP.

Yang terpinggir adalah Pas, apatah lagi portfolio kerajaan tempatan terus di tangan Ronnie.

Di mana cita-cita Pas untuk melaksanakan undang-undang Islam jika dua rakannya dalam pakatan pembangkang secara terang dan terbuka menunjukkan penentangan yang tidak berkesudahan.

Apakah akan tercapai matlamat Pas untuk memperjuangkan Islam jika terus kekal dalam pakatan pembangkang sedangkan pemimpin-pemimpin parti itu tidak dilayan selayaknya dan pandangan mereka sentiasa disisihkan.

Senario yang sama berlaku di Pulau Pinang. Tidakkah Pas terusik apabila Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah digelar ekstremis agama. Gelaran itu pula berkaitan dengan dakwaan kononnya beliau mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai negara yang akan menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya menjelang 2020.

Misi itu pula dikaitkan dengan keanggotaan Mohd. Razali dalam Jemaah Islamiah Malaysia.

Tidakkah Pas yang bercita-cita menjadikan undang-undang syariah tunggak pemerintahan berasa tersinggung, terhiris dan terhina dengan kenyataan dangkal Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi itu?

Adakah barisan kepimpinan Pas menyamai taraf Mohd. Razali di mata Jeff iaitu sebagai ekstremis semata-mata kerana mempunyai matlamat dan cita-cita seumpama itu dan sebahagian daripadanya telah pun dilaksanakan di Kelantan.

Ataupun Pas masih bertolak ansur sebagai mana mereka merelakan kerjasama dengan pakatan pembangkang biar pun Karpal Singh sehingga sekarang masih berpegang kepada prinsip kerasnya ‘over my dead body’ berhubung pelaksanaan undang-undang Islam oleh Pas jika mereka berjaya mentadbir negara.

Dan adakah Jeff akan mengeluarkan kenyataan yang sama jika pemimpin Pas turut menganggotai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dituduh menyelinap masuk ke dalam sistem pentadbiran kerajaan tempatan.

Hina sangatkah atau bahaya sangatkah bagi pemimpin Islam yang bercita-cita untuk menegakkan undang-undang agamanya sendiri yang merupakan agama rasmi dalam Perlembagaan negara untuk dilantik ke jawatan itu.

Bukankah kenyataan Jeff itu bertujuan memberi gambaran betapa undang-undang Islam itu mempunyai ciri-ciri ganas dan bahaya sehingga pemimpin yang bercita-cita melaksanakannya disamakan dengan ekstremis.

Jika Mohd. Razali yang mewakili PKR (rakan sehati sejiwa DAP) boleh dituduh dan dilabel sedemikian rupa, adakah pemimpin-pemimpin Pas yang tidur sebantal dengan pakatan pembangkang tetapi mimpi lain-lain akan terlepas dari lontaran mulut celupar Jeff itu?

Dan tidakkah barisan kepimpinan Pas terfikir tentang warna masa depan mereka jika terus bersama pakatan pembangkang, lantaran selama ini sisi gelap lebih menonjol sehingga menimbulkan tanda-tanya apa sebenarnya yang mendorong pemimpin-pemimpin parti itu untuk terus berada dalam pakatan pembangkang.

Hakikatnya – idea yang dibentangkan oleh Ronnie dan Jeff sepatutnya cukup untuk menggambarkan masa depan Pas dalam pakatan pembangkang. Tidak ada gunanya Pas negeri itu beria-ia berkempen supaya Ronnie dipecat.

Usaha untuk mengedarkan risalah dan menaikkan kain rentang bagi menyokong usaha itu pun belum tentu mampu digerakkan.

Malah usaha yang dirintis oleh Dewan Pemuda Pas itu juga tidak mustahil akan mendapat tentangan di kalangan pemimpin-pemimpin parti itu sendiri.

Begitu juga di Pulau Pinang. Jika pun Jeff memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang hakikatnya menunjukkan beliau sebenarnya ekstremis, cetek fikiran dan takut pada bayang-bayang sendiri, ia sama sekali tidak akan mengubah persepsi terhadap Islam dan umatnya.

Sudah terang lagi bersuluh – bangsa Melayu beragama Islam di negara ini tanpa mengira parti apa yang diwakili sentiasa disimpulkan sebagai ancaman kepada bangsabangsa lain.

Sebab itu ada saja kenyataan, cita-cita dan idea yang dilemparkan oleh Melayu akan disifatkan sebagai ekstremis.

Sedangkan tindak-tanduk bangsa-bangsa lain yang jelas menyakiti, menghina bangsa Melayu dan umat Islam tidak dikategorikan sebegitu – buktinya Ronnie dan Jeff terlepas begitu sahaja.

[GadisMelayuArak.jpg]

gambar dari blog AIDC

Categories: 1