Soalan : Mana Pergi RM27 Bilion Duit 1MDB

DULU RM42 BILLION, SEKARANG RM27 BILLION?


Ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan angka yang dikemukakan oleh pengkritik 1MDB. Kononnya angka kerugian itu tidak konsisten dan sering berubah.


Maka kredibiliti pengkritik boleh diragukan.


Nampaknya masih ada yang gagal untuk membezakan jumlah wang yang dibelanjakan dengan jumlah wang yang masih tidak diketahui ke mana perginya.


Dan orang-orang ini ditugaskan untuk memberi penerangan isu-isu semasa bagi pihak kerajaan.


1MDB mempunyai liabiliti sejumlah RM49.1 billion setakat 31 Mac 2014. Daripada jumlah ini, RM42 billion adalah dalam bentuk hutang jangka masa panjang.


Ke mana perginya RM42 billion ini?


Kita tidak tahu secara jelas tetapi dari segi kira-kira kasar yang dibuat oleh seorang mantan Perdana Menteri, RM14.7 billion digunakan untuk membeli 15 IPP, 2 kawasan tanah di KL dan 1 tanah di Penang.


Jadi ada baki RM27 billion yang tidak diketahui ke mana kegunaannya.


Mereka yang cuba menjawab ke mana perginya wang ini berkata ia mengatakan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan kemudahan tentera baru. Tetapi kosnya hanyalah RM2.7 billion.


Ini bermakna masih ada baki RM24.3 billion.

Maka diberilah jawapan lagi bahawa wang-wang itu turut digunakan untuk membina 3 loji IPP yang baru.


Adakah mereka ini sedar bahawa 3 IPP tersebut masih belum dibina?


Dan jika benar 1MDB menyimpan wang tersebut untuk tujuan itu, mengapa mereka mempunyai masalah aliran tunai sehingga memaksa kerajaan menyediakan ‘stand-by credit’ berjumlah RM950 juta?


Hakikatnya, 1MDB telah membatalkan hasrat untuk menerbitkan lagi bon (hutang) sejumlah RM8.4 billion hujung tahun lepas bagi tujuan pembinaan loji tenaga 3B di Negeri Sembilan.


Ini sekaligus menafikan baki wang RM24.3 billion digunakan untuk tujuan modal kerja pembinaan loji IPP.


Kemudian ada disebut tentang Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 billion bagi TRX dan RM155 billion bagi Bandar Malaysia.


Memang betul


Tetapi nilai GDV bukanlah kos perbelanjaan. Ia sekadar jumlah yang dijangka diperolehi hanya selepas kawasan tersebut dimajukan.


Jika kita meminjam RM1 juta dan separuh daripada wang itu digunakan untuk membeli tanah, ini tidak menafikan keperluan untuk memberitahu ke mana perginya baki lagi separuh wang pinjaman tersebut.


Lebih menjengkelkan apabila ditanya ke mana wang tersebut pergi, kita menjawab tanah yang dibeli bernilai RM10 juta.


Apakah logik yang diguna pakai oleh mereka ini?


1MDB mungkin ada mengeluarkan kos bagi kerja-kerja pembangunan di kawasan hartanah tersebut tetapi tidak mungkin kos seperti membayar arkitek, mengukur tanah, membersihkan tapak pembinaan, dan meletakkan signboard 1MDB di sekeliling tanah tersebut menelan belanja berbillion ringgit.


Apatah lagi sehingga ke hari ini masih tidak nampak sebarang pembangunan di TRX dan Bandar Malaysia.


Kita juga diberitahu 1MDB menimbang untuk melakukan JV bagi membangunkan kawasan tersebut. Jika ada duit, mengapa perlu mencari pelabur?


Tambah pihak ini lagi, terdapat 30,000 rumah kos rendah yang akan dibina. Tetapi ia baru sahaja menelan belanja sekitar RM3 billion (mengambil kira RM100 ribu seunit).


1MDB ada melakukan program tanggungjawab sosial. Contohnya 2264 pemandu teksi mendapat baucer tukar tayar berjumlah RM520 seorang. Ini baru menelan belanja RM1.2 juta.


4,500 jemaah haji juga dikatakan telah ditaja 1MDB. Ini hanya menelan belanja RM45 juta.


Seorang pelajar muzik telah diberi biasiswa 1MDB. Adakah jumlah biasiswa tersebut bernilai billion ringgit?


Selain daripada perbelanjaan ini, kita tidak tahu ke mana perginya wang tersebut.


Begitu susahkah untuk memberitahu secara kasar ke mana lagi baki RM24.3 billion itu pergi?


Tamat.



Mohon jawapan soalan di atas.

Categories: Uncategorized

Ringkasan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2015

1. Ekonomi global berkembang pada kadar yang sederhana pada tahun 2014, dengan pertumbuhan yang tidak seimbang di seluruh wilayah.

2. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 6.0% pada tahun 2014 (2013: 4.7%), didorong oleh kekuatan yang berterusan dalam permintaan domestik swasta dan disokong oleh peningkatan dalam prestasi perdagangan luar.

3. Penggunaan swasta meningkat sebanyak 7.1% pada tahun 2014, disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang menggalakkan dan keadaan pasaran pekerja yang stabil. Asas-asas makroekonomi yang terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

4. Lebih daripada RM20 bilion penjimatan akibat menghapuskan subsidi. GST akan meluaskan asas pendapatan.

5. Kadar pengangguran menurun kepada 2.9%. Inflasi pada purata 3.2% pada tahun 2014 (2013: 2.1%).

6. Lebihan akaun semasa melebar berbanding tahun sebelumnya manakala tahap rizab antarabangsa kekal tinggi dan lebih daripada mencukupi untuk memenuhi kewajipan jangka pendek dan menyediakan penampan yang mencukupi terhadap kejutan luaran.

7. Hutang luar negera Malaysia berjumlah RM744.7 bilion, bersamaan dengan 69.6% daripada KDNK pada 2014 (2013: RM696.6 bilion atau 70.6% daripada KDNK). Pertumbuhan hutang isi rumah dan harga hartanah yang berterusan sederhana.

8. Bagi tahun 2015 secara keseluruhan, ringgit menyusut nilai sebanyak 6.1% kepada RM 3,4950 berbanding dolar AS.

9. Walaupun persekitaran luaran yang mencabar, ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 4.5% – 5.5% pada tahun 2015, disokong terutamanya oleh pengembangan yang berterusan dalam permintaan dalam negeri di tengah-tengah asas domestik yang kukuh dan sektor eksport yang berdaya tahan.

10. Jumlah aset BNM berjumlah RM427.6 bilion dengan keuntungan bersih sebanyak RM6.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014. BNM mengisytiharkan dividen sebanyak RM3.0 bilion kepada Kerajaan bagi tahun 2014

Sumber Group Whatsapp

Categories: Uncategorized

Isu ‘Reshuffle Cabinet’ @NajibRazak – Antara Fakta VS Auta

1. Kuasa Perdana Menteri ialah untuk menaik atau menurun sesiapa sahaja. Kes Anwar zaman Mahathir ialah contoh bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri boleh disingkir jika dirasakan perlu walau harganya ialah perpecahan besar Melayu dari UMNO yang berterusan hingga kini.

2. Kuasa PM juga samada memilih seseorang berdasar senioriti / kekananan atau tidak. Seperti kes Pak Lah dipilih paling rendah undi antara Naib Presiden. Namun perlu ingat ia berlaku kerana beliau sangat dihormati kerana integriti tinggi bukan pemalas atau lemah. Juga seperti kes Anwar kesan memilih bukan mengikut senioriti akan membawa implikasi yang besar.

3. Kuasa PM juga menukar seseorang untuk berpindah ke mana jua kementerian namun kementerian kanan seperti Kewangan, Pendidikan dan Dalam Negeri biasanya diberi jawatan tertinggi dalam parti. Jika tidak diletak mengikut adat maka ada akan makan hati dan memilih untuk menentukan sendiri kementerian mana akan dipegang bila jadi Perdana Menteri selepas masuk bertanding mendapat undian tertinggi bertanding jawatan Presiden Parti.

4. Antara kuasa PM juga memilih sesiapa disukai beliau walau tidak disukai ahli parti. Namun seperti disebutkan tadi ialah parti boleh hancur bila suara ahli tidak dihormati Presiden Parti dengan memilih pemimpin yang hanya pandai membodek dan bukan pandai buat kerja dan mendekati rakyat setiap hari. Rakyat tahu siapa yang rajin atau malas dengan kecanggihan teknologi hari ini.

5. Silap haribulan kuasa PM juga akan dirampas apabila ahli parti memilih orang lain sebagai Presiden parti kerana kesombongan beliau mentadbir tanpa merasa denyut nadi pejuang parti dan akan menyebabkan beliau terpaksa berundur dari kerusi dengan sendiri.

Sampaikan mesej ini kepada Presiden Umnon agar beliau berfikir dengan banyak kali menggunakan kepala otak bukan kepala lutut yang tidak mampu memberi nasihat atau pendapat walau sekali.

Sampaikan walau kepada seorang sahaja kenalan whatsapp atau telegram atau Facebook anda pesanan ini.

Sent from my Sony Xperia

Categories: Uncategorized

Kenyataan MB Terengganu Status Dua YB Keluar Umno – Suara TV

Ahmad Razif

Kuala Terengganu – Datuk Ahmad Razif Abd Rahman memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Terengganu bermula hari ini.

Beliau yang dilantik sebagai menteri besar menggantikan Datuk Seri Mohd Said tiba di pejabat tepat jam 7.45 pagi.

Ahmad Razif di dalam sidang akhbar yang diadakan awal pagi tadi berkata, walaupun hari ini adalah merupakan hari pertamanya, beliau tidak boleh berlenggah kerana perlu ke Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi ini untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen ketika ditanya mengenai Ahmad Said.

“Secara rasmi dua orang (Ahmad Said dan Ghazali Taib) masih ahli Umno dan Speaker tidak terima apa-apa (surat perletakan jawatan) secara rasmi” katanya.

Ahmad Razif turut menjelaskan pembubaran DUN Terengganu tidak akan berlaku seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Sebenarnya tiada apa-apa permasalahan yang berlaku dan saya yakin dan percaya persepsi yang berlaku tidak beri apa-apa kesan.

http://www.suara.tv/?p=9931

Categories: Uncategorized

Nissan develops “self-cleaning” car – YouTube

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/TtntUSP-UeM

Sent from my iPad

Categories: Uncategorized

Hishammuddin makin ‘popular’ di Media Massa – Sedia Jadi TPM ?

26,February 2014 Leave a comment

Keratan gambar hari ini. Utusan Malaysia.

Tak salah nak jadi TPM tetapi kehendak ahli parti menjadi keutamaan untuk duduk kerusi tersebut.

Jangan salah pimpin maka kapal kita akan karam kerana lemahnya nakhoda kapal bawa haluan.

Sent from my Lenovo

Categories: Uncategorized

Biar betul !!! MAT SABU MENANG MELALUI PENIPUAN?

23,November 2013 Leave a comment

Aku copy paste blog pisau tulis.
Malas nak tambah sebab mata dah mengantuk.
Korang bacalah sendiri.

Hari ini Mat Sabu diumumkan sebagai pemenang..
Pisau mahu para perwakilan Pas tanya apa Mat Sabu buat pada jam 12.05am 23/11 ke bilik pengiraan undi tanpa pengetahuan pihak keselamatan. Adakah kemenangan Mat sabu melalui penipuan? Apa kaitan Asmuni ? Pisau kata “kena buat BERSIH 4.0 siasat undi perwakilan PAS ..berlaku penipuan”

Ko kena baca banyak artikel baguij yang lain di blog ni

http://www.pisau.net/hot-mat-sabu-menang-melalui-penipuan/

Byeeee

Categories: Uncategorized
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.