Archive

Archive for September, 2008

Pak Habib ramal Khairy bakal Perdana Menteri ke-7 Malaysia

26,September 2008 Leave a comment

Ini bukan masalah meramal tanpa amal. Tapi masalah menggunakan analisa dan juga firasat yang bukan satu ketetapan untuk mengatasi kuasa Tuhan.

Dalam Islam pernah Saidina Abu Bakar memberitahu anaknya bahawa ibunya akan melahirkan anak perempuan dan ternyata firasat orang beriman tepat kerana melihat dengan ‘cahaya Allah’ yang diberikan kepadanya.

Maka di sini saya menampilkan satu persepsi berbeza tentang calon @ bakal Ketua Pemuda Malaysia ini…

Beliau jarang diulas panjang lebar dengan maksud dipuji oleh penulis , bloggers dan penganalisa dan kesempatan menemui tulisan ini menyukarkan saya mendiamkan diri dari terus menggantungnya di weblog peribadi saya ini. Kerana saya juga tidak menjangka ‘firasat saya ‘ tepat dengan ‘firasat Pak habib’ yang antara idola saya dalam menuju tittle menjadi penulis terulung @ pejuang agama , bangsa dan negara satu hari nanti.

Saya bukan orang mengenali KJ tetapi saya merasakan KJ dilahirkan untuk menjadi bintang. Dan kesempatan menemui ulasan sama dengan pendapat saya ternyata sangat sangat berbaloi di hari berkat menjelang malam ke 27 Ramadhan ini. Bukan kerana ingin membodek kerana tidak ada faedahnya bodekan saya lantaran tidak dikenali sesiapa pun…Bahkan bertemu dengan beliau pun tak pernah….

Namun saya ada ruang dengan blog ini untuk memberi persepsi peribadi saya dan anda bebas datang dan pergi samada bersetuju atau menolak persepsi saya tersebut. Dan selaku owner weblog ini saya bebas mendatangkan komentar sesiapa sahaja untuk menyokong persepsi saya.

Mungkin ini berkah hari menjelangnya malam ke 27 @ Lailatul Qadr mengikut pendapat Jumhur Ulama walaupun di sana ada juga jadual mengetahu Lailatul Qadr kupasan Imam Ghazali yang menyatakan malam ke 21 ialah malam LQ untuk tahun ini. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Apa jua pedapat para ulama, kita tentu akan terus mencuba tekun beribadat di tiap malam malam yang menjadi malam Ramadhan. Dan ia tentu juga diteruskan lagi tidak hanya bulan ini sahaja. Itupun Jika kita dari kalangan Solehin Siddiqin yang memiliki hati yang sudah merasa ‘cinta’ kepada ‘syurga’ yang di’lihat’ di’rasa’ dicium baunya  semasa MENDIRIKAN SOLAT , bukan semasa peringkat MENUNAIKANNYA. Beza besar menunaikan solat dengan mendirikan solat…Ia ada di sisi orang alim berdekatan anda dan jangalan segan bertanya kerana Soalan itu Kunci Ilmu – hadis nabi.

Sayang tidak ramai seperti mereka dan merekalah panduan hidup manusia yang ingin berjaya sebenarnya. Ibarat bintang di langit ketika malam sudah gelap dari sinaran Matahari untuk menerangi malam.

Baca ulasan yang saya salin separuh di sini dan selebihnya anda pergi sendiri ke lama rasmi Pak Habib di sini- http://www.shalattas.com/news.php?extend.7

Baca tulisan Pak habib yang saya cuplik dengan harapan ramai akan mengenali dan menghadam tulisan dan minda beliau selepas ini di lamannya. Kira promosi sambil membacalah ya. Jangan marah Pak Habib !!! Saya ‘terpaksa’ menyiarkannya kembali di sini untuk ‘promosi’ ilham kurnia Pencipta yang disampaikan melalui Pak Habib.

KHAIRY PERDANA MENTERI?

on Friday 23 November 2007 – 02:15:06 | by Web Master

BookSale.gif

Kami sampai awal. Waktu itu dalam dewan belum berapa ramai penuntut yang hadir. Sementara menunggu ketibaan ahli panel YB Dato� Seri Annuar Musa, Khairy Jamaluddin, Ahmad Ikmal Ismail, EXCO Pendidikan Pemuda dan Nolee Mohd Radzi, mewakili puteri UMNO,

saya diperkenalkan kepada Hirman Salim dari Tasmania dan Al-Kaff daripadaAuckland dan berasal dari Miri, Sarawak yang menjadi pengerusi majlis dan seterusnya mengambilalih jawatan Setiausaha KUAM Australia Melbourne 2007-2008 dari �Afiah.

Papercut Pwtc.jpg

Para

pelajar selain dari ingin tahu siapakah para perjuang dan tokoh-tokoh terdahulu yang benar-benar berjuang, mereka mahu penjelasan yang berkaitan hal ehwal semasa mengenai suasana dan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam politik negara. Fakta dan maklumat yang benar adalah penting.Bolehkah merekadibiarkan mempercayai bulat-bulat apa yang mereka baca di Internet yang rata-rata memburukkan pemimpin dan kerajaan?

Buat pertama kalinya para penuntut dapat berjumpa empat mata dengan Khairy menantu Pak Lah,pemimpin muda yang paling popular, sama atau lebih popular dari Mawi. Kehebatan KJ di iktiraf oleh Tun Dr. Mahathir. Tun semasa jadi PM hanya bergaduh dengan pemimpin besar dunia, �buy British goods last, bergaduh dengan Amerika, Australia� dan Tun mengakui kehebatan anak muda yang berada di tingkat empat nampaknya lebih berkuasa dari tingkat lima.

KJ adalah Naib Ketua Pemuda yang paling beruntung mendapat liputan percuma di kalangan bloggers dengan mencipta macam-macam skandal mengenai Khairy. Dan di usia muda begini tiga buku sudah ditulis mengenainya. Muka KJ ada �commercial value�. Boleh jual punya tanpa jadi artis. Bukan mudah mahu mendapat publisiti sehebat yang diberikan pada Khairy. Itulah tanda-tanda orang bertuah.

Orang Melayu ini perangai macam �londoners� suka pada gosip. Mereka mudah percaya dan terpengaruh dengan tukang umpat dan pemfitnah. Kalau tak betul mereka dapat dosa, KJ dapat pahala. Kalau macam ini punya hentam, jangan kata manusia, �transformer� pun boleh berkecai.

Tapi Khairy nampaknya terus steady. Malah Khairy terus kukuh walaupun sudah empat tahun dihentam oleh berpuluh-puluh bloggers akhbar tabloid dan buku penulis politik secara berterusan. Kalau kita boleh ibaratkan dia sebagai satu transformer,satu skru pun tak tercabut dan satu wayar pun tak putus. Mesti ada sebab kenapa Tuhan lahirkan pemimpin muda yang sekuat ini dalampolitik Malaysia.

Khairy tak perlu takut sebab dalam politik, ujian adalah perkara biasa. Lagi tinggi dan lagi besar jawatan yang dicita-citakan, lagi besar ujian yang terpaksa di hadapi.

Sama ada dalam politik mahupun perniagaan, ramai bijak pandai yang hancur berkecai, bangkrup. Orang beruntung sentiasa saja menang bila bintang sudah terang. Mereka yang sinar bintangnya malap sampai tua tak berganjak akhirnya gugur macam tahi bintang saja.

Penuntut-penuntut memang sudah lama tunggu peluang cari kesempatan mahu lihat secara peribadi muka suami Nori yang sedang mengandung. Pada waktu saya menulis cerita ini, Nori telahpun bersalinseorang putera yang menjadi cucu kelima kepada Perdana Menteri. Selain dari itu, Khairy telah memenangi kerusi Timbalan Presiden FAM yang dikosongkan oleh Tengku Abdullah iaitu Tengku Mahkota Pahang tanpa bertanding.
Ini sebagai bukti bahawa firasat saya yang bintang Khairy terang. Bila bintang seseorang terang dalam perjalanan menuju ke atas, tiada siapa dapat menghalang. Tuhan boleh memberikan apa saja kepada sesiapa saja yang Tuhan suka.
Kesempatan untuk para pelajar melihat Khairy yang telah digosipkan dengan segala macam fitnahtanpa bukti oleh pendusta, betulkah dia ada skandal dengan Maya Karin? Ada yang kemukakan soalan tapi tak sebut nama. Hanya Allah yang tahu apakah niat pelajar itu, yang jelas KJ ibarat lembu yang bakal di korban untuk disembelih. Bayangkan anda berada di tempat Khairy.
Berapa ramai yang terpengaruh dengan fitnah bahawa KJ dan Nori bercerai, tak duduk sebumbung dan pernah membaca tulisan KJ dalam NST 8 Julai 2007. The One and only…. soon, please. Kisah dia dan Nori ke Jepun dan ke US mengadakan Babymoon lebih intim dari Honeymoon.

Sebelum Annuar Musa dan KJ masuk ke dewan saya sempat berbual dengan Hirman anak muda dari Kampung Baru Kuala Lumpur mengenai politik semasa. Dia tanya pendapat saya mengenai masa depan mereka yang akan ambil alih kepimpinan negara di masa mendatang? Akibat kesuntukan masa saya bagi tahu dia perlu baca buku �Khairy Jamaluddin Perdana Menteri� yang akan terbit nanti.

Sebelum Annuar Musa dan KJ masuk ke dewan saya sempat berbual dengan Hirman anak muda dari Kampung Baru Kuala Lumpur mengenai politik semasa. Dia tanya pendapat saya mengenai masa depan mereka yang akan ambil alih kepimpinan negara di masa mendatang? Akibat kesuntukan masa saya bagi tahu dia perlu baca buku �Khairy Jamaluddin Perdana Menteri� yang akan terbit nanti.
Jika kita mahu ke depan dalam politik mengikut sistem yang ada, kita perlu kenal dan dikenali sebagai �somebody� yang ada �connection� kerana kita sudah berada di dunia tanpa sempadan. Hubungan antara bangsa dan pemimpin luar negara penting, perlu jadi Melayu �glokal�. Dan KJ adalah satu-satunya anak Melayu yang �glokal� lahir di luar negara. Besar dibeberapa buah negara tapi masih tetap Melayu. Berapa orang Melayu glokal?

Bercakap mengenai Melayu, saya teringat perbualan saya bersama �Afiah semasa baru tiba di dewan ini. Mengikut �Afiah terjemahan perkataan Melayu yang diajar oleh ayahnya ialah:-

Mim :Umat MuhammadLam :Salah satu sifat Allah,����� ����� Maha Halus, Maha LembutAlif�� :Hakikat yang disembahYa �� :Yang tersirat����������� Melayu sejak azali memang mencari ���������������������������������������������������� perkara-perkara yang tersirat�.Wau :Warak, berilmu
Melayu adalah falsafah umat Nusantara/bani Jawi. Berapa ramai Melayu yang seperti didefinasikan oleh cucu Datuk Kompo Rajo, pejuang Melayu sebelum merdeka.

Walaupun empat kuasa penjajah masuk ke rantau ini, bangsa Melayu yang mengekalkan budaya dan bahasanya akhirnya Raja-Raja Melayu wujud hingga ke hari ini. Sekiranya orang Melayu membuang Islam akidah selaku isinya untuk jadi Melayu baru apakah Melayu takkan layu?

Sebab itu Pak Lah mahukan �The Towering Malays�, Melayu. Islam yang bijaksana, taat kepada agama, ada nilai tambah untuk jadi �modal insan� mengikut Islam Hadhari.
Ketika tetamu dari Kuala Lumpur masuk ke dewan, Herman selaku pengerusi meminta hadirin bangun. Setiap mata tertumpu kepada anak muda, young, tall, dark and handsome. Pria yang hitam manis, tinggi lampai, hidung mancung dan berkarismatik mengatur langkah seperti wira masuk gelanggang. Dia senyum kepada setiap peserta dan bersalaman dengan mereka yang duduk di barisan hadapan.

Satu perkara yang saya suka mengenai anak muda yang berasal dari Rembau ini ada budi bahasanya, menghormati orang tua dan pandai menegur sapa. Biarpun Khairy lahir di luar negara, dibesarkan di luar negara dan mendapat pendidikan di luar negara tetapi dia tahu macam mana hendak bergaul dengan orang bawah. Dia tahu bagaimana nak dekatkan diri dengan orang kampung.�

KJ bukan jenis yang syok sendiri, buat program hanya untuk orang bandar dan kaum elitis sahaja.
Ramaipemimpin muda yang lain yang syok sendiri, perasan diri hebat. Bercakap hanya sesama sendiri tapi tidak pergi kepada rakyat. Macam mana hendak dekat?

Perkara yang kecil yang dilakukan oleh orang besar terhadap orang kecil namun ianya besar ertinya pada orang kecil – Pak Lah.

Penulis politik di anggap �kecik� oleh kebanyakan orang politik yang merasakan diri berkuasa. Mereka terlupa hanya Allah saja yang Maha Kuasa, itu sebab kena �lastik�. Bila dipandang �jijik� oleh penulis politik, mula kelam kabut, terlupa sebatang paku terkena tayar kereta, kereta boleh terbalik. Inikan pula kena kritik dengan penulis yang ada nama.

Berbeza dengan zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman, beliau sendiri menjawab tulisan penulis. Tidak perlu tunggu Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar atau Ketua Penerangan UMNO untuk menjawab bagi pihak beliau. Bila menteri-menteri hendak belajar dari Bapa Kemerdekaan Malaysia?

Annuar Musa agak terkejut melihat kehadiran saya di dalam dewan. Semasa bersalaman, dia tanya bila sampai? Saya beritahu Annuar saya tinggal di Victoria sekarang ini. Dari wajahnya saya dapat menfirasatkan yang dia kurang senang kehadiran saya di dalam dewan apa lagi dia melihat �
press kad� tergantung pada baju saya. Dia tahu saya bukan sekadar �wartawan� tapi penganalisa dan penulis yang penanya beracun, kalau terkena tak �keruan� jadinya.

Sememangnya Victoria, Canberra, Sydney dan Brisbane bandaraya yang tidak asing bagi kami sekeluarga.
Kami biasa bercuti dengan keluarga, 10 tahun lalu saya di undang supaya hadir ketika Dato� Dr. Mustapha Mohamad Menteri Pengajian Tinggi menerima anugerah kedoktorannya.

Betul seperti apa yang saya sangka. Sebelum memulakan ucapan dia menyebut bahawa ada Pak Habib, dari segi pengalaman tentu orang tua makan garam lebih dahulu darinya Dan dalam berucap beberapa kali dia menyebut nama saya yang mana saya fikir saya juga perlu sebut namanya dalam tulisan saya.

Rata-rata kesedaran para pelajar Malaysia yang menuntut di negara-negara Selatan (Australia dan New Zealand) tentang perkembangan negara dan semangat �
patriotisme� adalah kurang berbanding dengan mereka yang berada di utara seperti United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. Tak kenal maka tak cinta. Itulah yang terjadi pada anak-anak muda yang tak tahu sejarah para pejuang bangsanya. Begitulah mengikut pendapat �Afiah yang mengajurkan pertemuan ini.�

Ketika berucap di dewan itu, Annuar Musa berkata bahawa dia sudah tidak ada cita-cita politik. Ye ke? Biar betul? Kalau dah tak ada cita-cita politik kenapa ikut KJ? Kalau dah tak ada cita-cita politik, letaklah jawatan sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Kelantan, beri kepada YB Alwi atau beri kepada Dr. Awang Adek. Eloklah Dato Seri Annuar diberi tugas berucap dengan pelajar di luar negara saja.

Khairy jauh lebih popular dari Hishammudin Ketua Pemuda UMNO.
Mungkin KJ tahu kalau ada sejuta orang yang bencikan kita, ada sejuta pula yang kasihkan kita.

Khairy pernah cuba meletakkan jawatan, diatas permintaan ramai dia terpaksa menerima semula jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda. Di bawah antara komen pemimpin veteran:

Perletakan jawatan tak semestinya menyelesaikan masalah, sebaliknya mencipta masalah baru dalam Pemuda dan beri kesan pada partiMuhyiddin YassinNaib Presiden UMNO
Kita kena ingat Khairy jadi Naib Ketua bukan dia sendiri pilih, bukan Perdana Menteri pilih tetapi Pemuda yang pilih
Adnan YaakubMenteri Besar PahangKadang-kadang kita pun berasa simpati kepada Pak Lah. Sejak menjadi Perdana Menteri tidak habis-habis masyarakat bercerita pasal menantu dan anak isterinya, ada saja yang tak kena. Macam-macam versi pemimpin UMNO bercerita pasal KJ. Apakah mereka tahu �mind set� anak-anak elite, VIP? Tahukah mereka semua anak kaum elite tenggelam di dalam �comfort zone�? Pernahkah mereka bergaul dengan golongan elitis? Kebanyakan dari mereka bercita-cita tinggi. Tidakada orang yang sudah berada di atas mahu ke bawah melainkan mahu mendaki lebih tinggi. Cuba baca buku �Rich Dad Poor Dad� oleh Robert Kiyosaki.

Kebanyakan orang kita tak suka ada Melayu yang lebih dari mereka. Kalau bangsa lain tak apa. Pelik. Kerjanya sakit hati, iri hati melihat kejayaan orang lain, dalam masa yang sama marah bila Melayu mundur.�

KJ merupakan tokoh pemimpin pelapis yang bukan sahaja pandai kerana ada kelulusan dari Oxford. Sekadar kelulusan sahaja tak cukup. Tapi dia memang telah mempamerkan �karisma� dan kebijaksanaannya dalam politik dan dunia penulisan, memiliki �political will�. Sejak dia menuntut di London lagi mulutnya sudah celupar, dia berani berdepan dengan Tun M ketika itu Perdana Menteri.

Salahkah kalau dia bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri diumur yang muda? Najib ketika umur 29 tahun jadi Menteri Besar Pahang. Rahim Tamby Chik 29 tahun jadi Ketua Menteri Melaka. Isa Samad umur 31 Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ghadafi umur 29 tahun jadi Presiden Libya sampai hari ini.�

Di Amerika satu perkara biasa bila anak muda bercita-cita mahu jadi Presiden USA. Apa salahnya jika mereka mempunyai kemampuan untuk memimpin dan memperjuangkan nasib bangsanya?

Mereka yang hasad, pendengki dan munafik (hipokrit, berpura-pura dan bermuka-muka) akan diletak oleh Allah di bawah kawah api neraka (the lowest depth of the fire) Surah An-Nisaa�, ayat 145.Setiap soalan dapat dijawab dengan baik. Annuar dan Khairy bercakap tanpa teks dan saya tertarik cara Khairy Jamaluddin menjawab setiap soalan yang dikemukakan dengan memuaskan.

Antara banyak soalan yang dikemukakan kepada Khairy Jamaluddin, pada saya yang paling menarik ialah soalan
bila dia jadi Perdana Menteri nanti apa yang dia akan buat?Ini soalan politik, silap jawab boleh berubah menjadi �political suicide�.

Jawapan yang diberikan oleh KJ kepada pelajar yang mempunyai kelulusan Ijazah dalam jurusan P.P.E Philosophy, Politics and Economy dari Oxford ini ringkas, tepat pada setiap persoalan dan mampu membuat mereka yang menyoal dan mendengar serta berfikir sejenak keupayaan pemimpin Pemuda yang telah menimbulkan banyak kontroversi ini. KJ dengan tiba-tiba juga telah menjadi ikon seperti Mawi.�

Bukan calang-calang anak muda yang dilahirkan di Dubai, dibesarkan di beberapa buah negara termasuk Jepun dan England ketika ayahandanya menjadi Duta Malaysia di luar negara. Selaku generasi muda yang dapat menggarap dan mengupas
ideologi, motif dan strategi global serantau maka tak hairan jika dia dapat mencanang atau aturkan politik Pemuda ke taraf �global�.

Inilah untungnya bila mereka yang mahu menjadi pemimpin dapat menguasai ilmu pengetahuan, kaedah analisis dan idea-idea alternatif yang dapat menghadapi kemaraan mereka dalam menghadapi
dunia tanpa sempadan akibat boleh berfikir secara �lateral thinking� mengikut Edward De Bono. Samakah orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?

Kebangsawanan �
elite� V.I.P. atau V.V.I.P merupakan nikmat daripada Allah untuk segelintir manusia. Tidak semua manusia dilahirkan boleh jadi �raja�, anak raja apa lagi menantu Raja atau Pemangku Raja. Tan Sri Muhammad Taib pernah menjadi menantu Sultan Selangor. Dato Syed Omar al-Idrus pula pernah menjadi pemangku Sultan Terengganu.

Islam mengiktiraf kedudukan dan kelebihan kaum �
bangsawan� dan orang besar-besar yang menjadi ketua kaum. Sebab itu kedudukan �raja-raja�, ketua satu-satu kaum sebelum kedatangan Islam tetap dikekalkan oleh Rasulullah SAW setelah mereka memeluk Islam.�

Keberanian Khairy datang berjumpa dengan para pelajar mengingatkan saya buku �
Berani Gagal� yang ditulis oleh Billy Lim mengenai matlamat dan visinya. Tentu sekali KJ mempunyai matlamat dan visi yang mesti ada kepada siapa saja yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Saya terfikir apakah perkara yang saya tulis ini boleh memotivasikan minda para penuntut luar negara yang membacanya kerana Melayu itu Islam maka mereka perlu tahu Islam itu apa?

Khairy bukannya orang Melayu pertama yang menuntut di Oxford, lahir dalam keadaan serba kemewahan dan terdedah kepada politik global. Tapi KJ berpandangan jauh, lebih cekal dan lebih tekad untuk menjadi �world figure�.

Ketika dia masuk politik dia tak pakai baju bapak atau nama datuk dia? Atau �accidental leader� yang lahir dengan tak sengaja seperti Hishamuddin misalnya yang dapat kerusi Ketua Pemuda disebabkan krisis Anwar Ibrahim, dimana Zahid Hamidi terpaksa meletak jawatan dan Hishamuddin dapat jawatan free saja.

Cuba dia baca buku saya Anak Omak vs Anak Bapak September 2004, muka depan. Apakah anda sudah baca buku saya?Khairy diramalkan akan menjadi Perdana Menteri pada usia 40 tahun. Betulkah Pak Lah dan Najib akan duduk di kerusi PM masing-masing selama 3 tahun saja…? Siapa yang akan duduk di kerusi itu selama 6 tahun sebelum Khairy?Hari ini jika ditakdirkan Khairy menjadi Perdana Menteri Malaysia dia bukan �kaduk naik junjung�, dia bukan dari golongan �cicak mengkarung� tapi dia Putera Raja yang ada imuniti macam Idris Jusoh, MB Terengganu. Dia adalah Melayu yang tak ada sifat �inferiority� dan rasa rendah diri kerana seorang diplomat mempunyai �imuniti� sedangkan raja-raja di Malaysia sudah hilang �imuniti�.

Bayangkan, dalam waktu yang sangat singkat baru tiga tahun Pak Lah duduk dikerusi kuasa berbanding 22 tahun Mahathir memerintah secara diktator, cukup banyak bahan untuk dituangkan ke dalam �
melting pot� sastera para bloggers yang mahu menjadi pahlawan dan champion bangsa. Apakah satu hari nanti Raja Petra akan dinobatkan sebagai pahlawan atau pun pengkhianat bangsa? Atau orang gila?

Rasulullah SAW tidak diutuskan untuk menghapuskan golongan diraja, tetapi dalam masa yang sama baginda membawa firman Allah yang perlu difahami oleh mereka yang �
berakal�, yang tidak ego dan membiarkan diri dikuasai oleh nafsu.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang bertaqwa.

Taqwa
adalah darjat yang lebih tinggi daripada raja atau sultan, baik di dunia atau lebih-lebih lagi di akhirat. Namun apa yang menarik, kebangsawanan (elitist)adalah satu nikmat yangboleh digunakan sebagai alat untuk mencapai darjat taqwa.�

Akibat kebanyakan orang kita Melayu yang tak perlu ke universiti sudah ada ijazah PHD �
perangai hasad dengki�, siapa saja yang lebih dari mereka menjadi musuh, dari dulu sampai hari ini. Bila lagi nak berhenti buat kerja-kerja Firaun? Kenapa tak berubah jadi manusia yang baik hati?

Jangan kata mempunyai kedudukan seperti Khairy, jual nasi ayam dara di warung pun mereka akan cari bomoh supaya warung itu tutup. Kita buat apa untuk mengubah sikap bangsa kita yang merugikan kita semua?

Sejarah kegemilangan Islam telah diharumkan oleh raja-raja berjiwa sufi seperti Maharaja Najasyi, Umar Ibnu Aziz, Sultan Salehuddin al-Ayubi, Sultan Murad II, Sultan Muhammad al-Fateh, Maharaja Aurangzeb dan juga sultan-sultan di Alam Melayu pada zaman pertengahan. Namun sejarah juga telah memaparkan golongan bangsawan yang �Bersultan di mata, beraja di hati� seperti Firaun, Namrud dan raja-raja pada abad ke-20 seperti Al-Malik Farouq dan Shah Iran raja segala raja. Begitu juga dengan para Presiden seperti Saddam Hussien, Sukarno, Suharto.

Di mana ada raja, cara hidup raja akan menjadi ikutan rakyat jelata. Mahu lihat perangai raja lihat saja perangai rakyatnya. Raja gila bola, rakyat ikut gila bola sama. Kerabat raja gila artis ianya menjadi kegemaran rakyat. Belum ada raja yang suka ke masjid, kalau ada seorang raja dan masjid yang dulunya kosong akan berisi semula.
Bapanya borek anaknya rintik.�

Presiden, Perdana Menteri, Raja dan Sultan dan keluarga mereka terdedah kepada ujian dunia.
Selaku saudara Islam saya berhak mengamalkan amar makruf nahi mungkar . Selebih dari itu saya sekadar berdoa agar Allah memberikan hidayat kepada mereka dan keluarga mereka. Mereka milik rakyat, tanpa rakyat siapalah mereka? Dalam negara yang mengamalkan demokrasi mereka menjadi sasaran pengkritik jika didapati menyalah gunakan kuasa. Suka tak suka mereka mesti terima.

Bukan mudah untuk membebaskan diri daripada tipu daya dunia di mana syaitan sentiasa mengambil kesempatan untuk menarik mereka ke neraka apabila mereka tunduk kepada kemahuan nafsu semata-mata. Mahukah kita membiarkan mereka menuju jalan ke neraka? Menegur adalah �fardu kifayah� jihadul akhbar, jika yang ditegur itu ketua yang zalim, menegur bukan menfitnah.�

Kebangsawanan, harta dan kuasa selalunya beriringan. Siapa raja dialah berkuasa. Namun hakikatnya, semua raja adalah hamba yang hina dina di hadapan Allah SWT kerana mereka dijadikan oleh Allah SWT dari setitik air mani yang hina dina. Kuasa itu amanah yang dipertanggungjawabkan dan akan ditanya di akhirat kelak. Merasakan diri berkuasa satu perbuatan yang syirik.

Pemimpin yang bijak akan menggunakan nikmat itu untuk berbakti kepada Allah. Harta, kuasa dan pengaruh, semuanya dikorbankan untuk Allah. Apakah kita mempunyai pemimpin yang sedemikian rupa? Mereka inilah yang menjadi raja di dunia dan �
raja� di akhirat. Mungkin mereka terlupa perjanjian dengan Tuhan bahawa �tidak akan ku sembah selain Allah dan Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah� tapi yang disembah adalah nafsu akibat dipengaruhi syaitan.�

Lebih mudah untuk tidak mencintai dunia semasa tidak ada, daripada ketika ia sudah berada dalam genggaman
. Umar Al-Khattab menangis ketika dibawa ke hadapannya mahkota Maharaja Parsi, lantas berkata: �Sesungguhnya aku takut perkara-perkara inilah (harta) yang akan menjauhkan kita dengan Allah�.

Menjadi orang miskin yang sabar adalah payah, namun menjadi orang kaya yang syukur jauh lebih payah lagi
. Ini disebabkan manusia sering lupa apabila diuji oleh nikmat daripada diuji dengan bala. Banyak menteri-menteri yang jatuh dalam kehinaan. Bila hilang saja kerusi, nilai macam nasi basi. Itik tak sudu, ayam tak sudi jadi makanan babi.

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna sudah tidak ada jalan untuk para pemimpinmembebaskan diri daripada godaan dunia, harta, kuasa dan wanita. Jalannya adalah �muhasabah diri� akui hanya Allah saja yang berkuasa, siapa yang merasa dirinya berkuasa telah melakukan satu perbuatan �syirik� yang telah membuat Allah murka.

Itulah keadaan UMNO hari ini, cakap salah tak cakap salah. Dari tak cakap baik terangkan perkara sebenar.
Berkata benar sekali pun pahit – sabda Rasulullah SAW. Memang sukar mahu mencari yang terindah dikalangan yang terbilang macam buah durian yang sudah penghujung.

Apakah orang UMNO ada pilihan selain dari memberi orang muda peluang? Sampai bila kita terpaksa memilih
yang terbaik dikalangan yang terbuang? Sampai bila kita mahu beritahu mereka yang tak sedar diri, tak mahu cermin mukaenough is enough�.�

Lebih baik pilih lebah dari pilih langau, tahukah anda beza antara lebah dan langau? Lebah menyengat tapi menghasilkan madu. Langau biarpun cantik sentiasa terpalit dengan yang busuk. Macam kereta Lamborghini yang chassisnya sudah bengkok. Berhentilah berangan nak masuk F1.

Disebabkan Annuar berucap dengan panjang lebar. Saya pula tak mencatit dikertas apa lagi menyimpan alatsimpanan suara maka saya terpaksa tulis apa yang saya ingat dan apa yang ada dalam ingatan untuk dikongsi bersama. Tak kisahlah ia tak ikut susunan yang betul. Yang penting saya telah mendokumentasikan apa yang berlaku.

Selebihnya sila klik sini dan sini lagi untuk menghabiskan tulisan yang panjang dan padat ini !!!
Categories: 1

ANWAR IBRAHIM PERLU PECAT JAWATAN EXCO TERESA YANG MORAL RENDAH MENIPU RAKYAT ISU MAKANAN PENJARA

25,September 2008 Leave a comment

Selepas disiarkan kenyataannya makanan penjara seperti makanan anjing pada 19 September 2008, 3 hari berikutnya Teresa menafikan dirinya ada membuat ‘statement’ macam tu. Dalam reaksinya menafikan tuduhan tersebut Teresa mengatakan ia Adalah laporan salah dan putar belit akhbar Melayu ; Utusan Malaysia yang memang tidak disukai DAP dan juga PKR serta parti PAS sendiri kerana suara lantangnya sejak dari dahulu.

Namun kebenaran telah terbukit semalam dengan Teresa sendiri mengakui dia tersilap cakap. Akhirnya Teresa akui Utusan Malaysia tidak putar belit ( berita klik sini )seperti mana akhbar Sin Chew memutar belit kenyataan Datuk Ahmad. Namun Teresa seolah tidak mengalah dan berkata : dia sanggup disaman oleh Utusan memandangkan penjara ISA pun sudah dirasainya…

Utusan Malaysia tidak pernah menghina kaum Cina mahupun India yang bercakap benar – tidak macam Teressa Kok yang beria sangat nak saman orang tetapi akhirnya diri sendiri yang bakal menjadi mangsa saman nampaknya…Bahkan laporan berita semalam NGO desak Utusan menyaman Teresa ( berita sini ) lantaran kenyataan kurang ajarnya tersebut.

Utusan Malaysia hanya membela bangsa Melayu dan agama orang Melayu sahaja dalam laporannya.Bukan ingin memainkan sentimen perkauman kerana ia sangat bahaya sedangkan DAP sebenarnya selalu mengaitkan tindakan kerajaan dengan perkauman sedangkan ia tidak benar sama sekali. Lihat sahaja bukti pengakuan Teresa Kok ini dan ia adalah mainan politik harian DAP.

Teresa tidak ingat barangkali ucapannya dirakam dengan suara, gambar, video.. Dia mungkin merasakan dapat mengelakkan diri dan ingin membalas ‘budi baik’ kerajaan dengan menyamakan makanan penjara seperti makanan anjing. Namun dia tersilap kata dan langkah… dan dengan selamba menutupnya dengan alasan dia kepenatan selepas dibebaskan ISA.
Tetapi selepas Utusan Malaysia menyiarkan terjemahan kenyataan Teressa di akhbar Sin Chew sama dengan laporan di Utusan, sama laporan portal pro pembangkang Malaysiakini, bahkan sama dengan rakaman video TV3 mengesahkannya juga, Teressa akhirnyat terbelit dalam perangkap yang dipasangnya sendiri dan terpaksa angkat bendera putih.

Lihat di sini ( laman tv3 ) rakaman Teresa Kok menyamakan makanan penjara seperti makanan anjing dan jelas sekali kenyataan yang ‘baru semalam’ diingatinya dan diakui beliau sendiri…

Dia tahu sukar lagi baginya menipu selepas satu negara sudah nampak ‘tahi’ yang cuba dicalitnya kepada pihak tidak berkenaan.

Team bloggers Alif ba ta juga mendedahkan pembohongannya itu dengan menyiarkan rakaman Buletin Utama 19 September 2008 di kebanyakan blog blog utama. Dan ia seakan akan membawa hasil semalam dengan Teressa Kok terpaksa mengaku kalah dan mengaku ‘penipuan bersiri terbaru’ nya edisi Ramadhan tersebut…

Namun, sikap bongkaknya tetap dipertahankan dan nampaknya tekanan demi tekanan beliau sudah hampir ‘rebah’ dengan permainan liarnya sendiri di dalam mencari sesuap ‘undi’ bagi pilihanraya umum akan datang. Katanya: beliau sanggup disaman Utusan Malaysia. Apatah lagi sudah kena ISA tentu tidak ada lagi masalah untuknya jika di saman oleh Utusan Malaysia.

Saya percaya tentu Cina juga tidak suka bangsa mereka yang suka menipu dan merosakkan kedamaian seperti Teressa ini. Mereka tentu gemarkan bangsa mereka yang suka berkawan dengan Melayu, yang faham dan tidak mengacau agama dan syiar Islam . Sebagaimana kita juga seperti mereka, sukakan perpaduan dan tidak sesekali ingin merosakkan kepercayaan mereka amalkan serta kebebasan beragama yang mereka rasai sejak awal kemerdekaan sehingga sekarang…

Tidak seperti Minah ini yang suka sangat komen azan orang Islam, komen tulisan jawi, komen peruntukan zakat agar disalur juga kepada agama lain dan macam macam lagi..

Exco seperti ini tidak patut dibiarkan kekal dalam kerajaan Negeri Selangor kerana ia boleh membawa malu kepada Pakatan Rakyat dan tentu bagus jika Teressa Kok dilucutkan jawatannya kerana jelas menggunakan kedudukannya sebagai ahli Parlimen untuk melanyak orang Melayu/Islam dan akhbar Melayu sesuka hati dan bongkak dengan pendiriannya itu.

Bahkan, tiada sedikitpun timbul rasa insaf dan ingin meminta maaf kepada orang Islam / Melayu walhal sangat jelas kesalahannya. Paling kurang minta maaf kepada kerajaan pun dah memadai. Seperti yang diminta oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ( berita klik sini )…

Beliau juga dilaporkan berkata, kenyataan Teresa  yang dibuat pada 19 September itu jelas sekali satu kenyataan biadap bertujuan menjejaskan nama baik kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

Tapi siapa yang sudi memohon maaf jika hati penuh rasa bongkak dan sombong macam Teressa ? Apakah DAP sanggup ‘mengorbankan ‘ Teresa Kok jika ia jalan selamat menghentikan kemarahan dan kutukan rakyat kepada Pakatan yand disertai DAP ??? Seperti desakan beberapa NGO agar Teresa dikenakan tindakan ( berita klik sini ) kerana ‘dosanya’ memburukkan nama negara dengan kenyataan tidak bermoral dan jelas menipu di atas…

Kita akan tunggu pengumuman Lim Kit Siang isu ini dan adakah ‘korban’ ini akan dilaksanakana segeras sebelum nama Pakatan Rakyat mereka akan semakin merudum selepas mana berbohong isu 916 yang lalu….

Baca berita KEMENANGAN bloggers mendedahkan pembohongan ” Teressa Kok ” ini yang disiarkan Utusan Malaysia ada di bawah ini….

Teresa mengaku buat kenyataan bercanggah

Teresa Kok


KUALA LUMPUR 24 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 19 September lalu beliau mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing”.

“Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” katanya dalam satu forum mengenai ISA anjuran DAP di sini malam tadi.

Komen Exco Kerajaan Selangor itu yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya disiarkan dalam laman blognya hari ini.

Teresa mendakwa “tersilap membuat kenyataan” dengan alasan ketika itu beliau keletihan berikutan jadual yang padat sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA.

Dalam reaksinya berhubung kontroversi ‘makanan anjing’ yang menimbulkan kemarahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Teresa mencela Utusan Malaysia dengan menuduh ia menjadi isu besar “kerana diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia untuk memburukkan imejnya.”

Para pembaca Utusan Malaysia mengecam usaha Teresa untuk memfitnah akhbar itu memandangkan kenyataan “sama seperti makanan anjing” tersebut turut disiarkan oleh portal Internet Malaysiakini, akhbar Sin Chew Daily dan stesen televisyen TV3.

Dalam blog yang sama, Teresa mendakwa, sama ada beliau mengatakan makanan di lokap ISA “sama seperti makanan anjing” ataupun “sedikit lebih baik daripada makanan anjing”, maksudnya adalah sama iaitu makanan di lokap ISA itu teruk sekali.

Teresa turut menafikan tuduhan bahawa beliau pernah membuat dakwaan tidak benar di Parlimen berhubung isu wanita China dibogelkan di pusat tahanan polis, sedangkan siasatan mendapati wanita itu ialah wanita Melayu.

“Tengoklah mereka, orang UMNO memang macam ini, saya tidak pernah berkata bahawa wanita berbogel dalam VCD itu adalah wanita warga China,” katanya.

Teresa juga berkata, beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. “Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?,” katanya.

ARTIKEL OLEH : KERIS PUSAKA MELAYU

http://kerispusakamelayu.wordpress.com

Categories: 1

Rakaman Video Teressa Kok Menipu !

24,September 2008 Leave a comment

Jelas Teressa Kok kata seperti makanan anjing ; lihat video TV3 ini pada minit 6:09

Categories: 1

Harakah kesal dengan laporan Malaysiakini !

22,September 2008 Leave a comment

Kesal Malaysiakini buat kenyataan tanpa kebenaran penulis – Harakahdaily Net

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Sep 17, 08 | 7:04:11 pm MYT
Merujuk kepada laporan laman web, Malaysia kini, saya Wan Nordin Wan Yaacob ingin menyatakan rasa kesal dengan laporan yang disiarkan dalam Malaysiakini.com hari ini bertajuk ‘Fractures re-emerge within PAS over Sept 16 plan’ oleh Jimadie Shah Othman yang menyiarkan kenyataan peribadi saya yang tertera dalam blog saya.

Iklan

Saya kesal dikaitkan dengan isu tersebut yang sebenarnya disalahtafsir oleh Malaysiakini dalam laporannya hari ini.

Saya menyatakan bahawa saya bukan diarah, sebaliknya hanya diminta menarik kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mana saya buat dengan rela hati saya tanpa paksaan sesiapa pun.

Dengan laporan Malaysiakini itu, saya menafikan ianya datang daripada saya dan saya percaya ia datang daripada salah seorang kakitangan yang mungkin memberi kenyataan tersebut kepada Malaysiakini tanpa kebenaran saya.

Saya akui memang wartawan Malaysaikini cuba menghubungi saya semalam, namun saya tidak mahu menjawab telefon tersebut malah tidak mahu melayan pertanyaan beliau.

Justeru ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan kepada Malaysiakini berhubung isu yang disiarkan.

Apa yang terkandung di dalam blog saya tidak ada kena mengena dengan pekerjaan saya, malah saya menafikan sekeras-kerasnya ada usaha menekan saya. _

Analisa Penulis :

1. Malaysiakini nampaknya sudah membuat laporan tergesa gesa tanpa mendapat kebenaran penulisnya.

2. Malaysiakini tetap meneruskan usaha menerbitkan laporan tersebut tanpa keizinan penulis Harakah.

3. Adakah ini akan merenggangkan hubungan Harakah dan Malaysiakini selepas in ?

4. Adakah Harakah dapat meminta Malaysiakini memohon maaf atas kenyataan tanpa kebenaran penulisnya ?

5. Kenyataan penulis Wan Nordin juga keliru dengan ‘saya bukan diarah tetapi diminta ‘  seperti juga kenyataan Anwar Ibrahim ‘ saya tidak  berbohong tetapi tidak gila ‘…

6. Ramai percaya penulis di atas ingin menutup isu kenyataan Nik Aziz yang mengkritik Mustafa Taib – yang jelas melambangkan usaha menyekat suara Nik Aziz – yang sangat bahaya untuk imej Islam PAS yang ingin dilihat terbuka dan tidak menyekat suara mana mana anggotanya.

7. Politik mungkinkan apa sahaja. Dan mungkin ini juga satu lagi tindakan ‘ menyapu sampah bawah karpet’ ?

Categories: 1

Bakal Ketua Pemuda Malaysia Mukhriz Mahathir : Sejarah ringkas

20,September 2008 Leave a comment

Di tengah kehangatan atas kehangitan tipuan ‘sesumpah malaya’ tentang peralihan kuasa, mari kita mengenali siapa dia bakal ketua Pemuda Malaysia, bagi memudahkan anda mengenali dengan lebih dekat anak emas Tun Mahathir ini.

Setakat saat tangan saya menaip di laptop ini, Mukhrizlah anak yang maju lebih jauh dalam politik berbanding anak anak Tun yang lain.

Perwakilan perlu dibekalkan semua maklumat dan mereka perlu meneliti semua maklumat bagi pemilihan penting Ketua Pemuda ini yang bakal melayakkan seseorang berada di dalam Kabinet Malaysia selaku Menteri. Menerajui mana mana kementerian untuk manfaat rakyat Malaysia keseluruhannya..

Ada artikel boleh dibaca di bawah ini dan saya suka jika kita dapat menambahkan lagi atau membetulkan apa juga fakta tidak sahih dalam artikel dicuplik di bawah….

Selamat membaca …

Karya Blogger Raksasa BN :  http://www.raksasabn.blogspot.com

Kenali Calon Ketua Pemuda Anda:

I. Dato Mukhriz Mahathir

[mukhriz200.jpeg] Mukhriz Mahathir tidak pernah menidakkan gelaran “anak bapak” yang sering dilemparkan kepadanya. Ini kerana hidupnya sentiasa dicatur mengikut kehendak ayahnya.

Sebelum Mukhriz mula mengorak langkah di dalam Pemuda UMNO, siapakah calon Pemuda Ketua Pemuda ini?. Mukhriz merupakan anak lelaki bongsu mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. Dari bangku sekolah, Mukhriz tidak mempunyai cita-cita yang tinggi. Mukhriz tidak mempunyai minat dalam perniagaan mahupun politik. Sejajar dengan itu, Mukhriz tidak pernah diberi tekanan belajar seperti Mirzan dan Mokhzani yang telah belajar di Universiti terkemuka seperti Wharton.

Bukan Dr Mahathir tidak sayang kepada Mukhriz tetapi sebaliknya, peranan yang ditetapkan untuk Mukhriz ialah untuk menjaga hal ehwal keluarga apabila Dr Mahathir tiada lagi. Sebaliknya, Mirzan ditugaskan menjaga empayar perniagaan keluarga manakala Mokzhani diketengahkan sebagai penggantinya dalam bidang politik. Mukhriz memang tidak mempunyai minat untuk meneruskan pelajaran ke menara gading dan lebih berminat untuk menjadi ahli muzik atau berkecimpung dalam aktiviti kegemarannya, sukan menyelam. Walaupun pada mulanya direstui oleh kedua ibu bapanya, kegagalan Mirzan untuk menjayakan semua peluang perniagaan yang ada telah memaksa Dr Mahathir membentuk seorang lagi ahli perniagaan dalam keluarganya. Tugas untuk menjaga keluarga dialihkan kepada puterinya, Marina. Dr Mahathir telah mengarahkan Mukhriz untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perniagaan.

Oleh kerana takut akan kelibat ayahnya, Mukhriz akur. Tetapi dia memberikan syarat kepada ibunya bahawa jika dia terpaksa belajar, dia ingin melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat agar dia boleh mendalami lagi minatnya dalam dunia muzik. Setelah dipujuk oleh Dr Siti Hasmah, ayahnya bersetuju. Namun, pelajaran bukanlah merupakan kualiti kuat Mukhriz. Walaupun menggunakan segala kuasa ayahnya, tidak satu pun Universiti ternama yang sanggup mengambil Mukhriz sebagai pelajar. Inilah detik permulaan Dr Mahathir membenci Amerika Syarikat

Setelah gagal mendapat tempat di Amerika Syarikat, Mukhriz telah dipikat oleh Datuk Hanafi Ramli, Naib Ketua Bahagian Kubang Pasu untuk meneruskan pelajaran di Jepun. Datuk Hanafi yang ketika itu begitu rapat dengan Mokhzani menjanjikan Mukhriz bahawa teknologi muzik yang terbaik berada di negara Jepun. Mukhriz bersetuju dan telah dimasukkan kedalam Universiti Sophia. Beliau kemudiannya jatuh cinta dengan seorang gadis Jepun.

Sebagai membalas budi Mukhriz yang bersetuju untuk belajar di Jepun sekaligus memberi nafas dalam politiknya, Datuk Hanafi, yang dilantik Pengerusi TDC telah membantu Mukhriz untuk mendapat tempat menjadi perunding kepada Bank of Tokyo. Mukhriz dibayar sebanyak RM20,000 sebulan untuk menasihati Bank of Tokyo sebagai perunding dalam hal ehwal pelancungan. Bidang ini merupakan bidang yang baru diwujudkan di dalam Bank of Tokyo dan telah dibuat setelah TDC melantik bank tersebut sebagai penasihat kepada TDC di Jepun dengan bayaran berjuta juta ringgit. Mukhriz bahagia kerana dapat tinggal di Jepun dan meneruskan api cintanya itu.

Namun, mahligai yang didirikan olehnya akhirnya berkecai apabila Mukhriz dipaksa memutuskan hubungannya dengan gadis Jepun tersebut setelah ayahnya memanggilnya pulang. Walaupun sedih, Mukhriz sekadar mengeluh dan mentaati perintah ayahnya. Bagi meredakan potensi pertelingkahan keluarga, Mirzan telah menemukan Mukhriz dengan Tan Sri Ting Pek Khiing. Gabungan Mukhriz dan Ting telah diberikan hak untuk membangunkan pelancungan di Pulau Layang-Layang untuk projek dive-tourism, sukan kegemaran Mukhriz.

Setelah hati lukanya terubat, Mukhriz telah diarah untuk memulakan perniagaan dengan beberapa tokoh Melayu tempatan. Malangnya Mukhriz tidak gemar akan perniagaan yang serius. Semua perniagaan yang dimasuki gagal menempah nama. Mirzan sedar untuk berjaya, Mukhriz perlu bergabung dengan usahawan yang benar berpengalaman dalam industri yang berdasarkan hiburan, atau sebagainya yang berada didalam kepompong minat adiknya.

Mirzan telah memanggil Datin Irene Gan untuk bergabung tenaga dengan adiknya itu. Mereka telah diberi hak untuk menguruskan hotel-hotel Seri Malaysia, rangkaian hotel yang dipunyai oleh Kerajaan. Walaupun tidak mendapat banyak keuntungan, formula ini tampak berjaya. Mirzan telah mereplikasi formula ini dan telah mengatur Mukhriz dengan syarikat seperti Airzed, TBWA, Aijya, Opcom dan Kosmo Technology.

Kegagalan Mokhzani diterima oleh UMNO benar-benar menikam kalbu Dr Mahathir. Walaupun dilantik sebagai Bendahari Pemuda UMNO, satu jawatan yang dikejar-kejar oleh ramai Pemuda UMNO, perwatakan Mokhzani tidak dapat diterima oleh akar umbi. Pada detik-detik akhir zaman pemerintahannya, penglibatan perniagaan Mokhzani telah dikritik teruk dan dia terpaksa memindahkan semua pegangan perniagaanya. Ini menamatkan riwayat politik Mokhzani. Nama Mirzan juga telah terjejas akibat penglibatannya didalam skandal MISC, justeru Mahathir terpaksa, menoleh kepada Mukhriz sebagai penggantinya di dalam UMNO.

Tetapi Mukhriz tidak pernah dididik sebagai seorang pemimpin. Dia tidak mampu bergerak tanpa arahan dari ayahnya ataupun abang-abangnya. Disebabkan oleh kekurangan daya kepimpinan itu, Mukhriz telah ditolak dalam pemilihan di Kubang Pasu. Kerana tidak mempunyai pilihan lain, Dr Mahahtir telah menggunakan segala kuasa yang ada pada dirinya bagi memastikan Mukhriz menang dalam pemilihan EXCO Pemuda Malaysia.

Mukhriz telah diberi jawatan sebagai Pengerusi Biro Ekonomi. Namun, kerana dia tidak gemar perkara yang serius, Mukhriz sebagai EXCO yang terbanyak undi telah memilih menerajui Biro Antarabangsa. Ini membolehkan Mukhriz menjelajah dunia dan tidak tersekat dalam kepompong keluarganya. Mukhriz tidak pernah menggunakan platform ini untuk menjana program besar, sebaliknya banyak bertumpu kepada program-program kecil yang tidak melibatkan ramai orang.

Setelah 4 tahun berkecimpung dalam politik UMNO, Mukhriz masuk didalam bab baru yang dicaturkan oleh ayahnya – bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Adakah Mukhriz calon Ketua Pemuda anda?

Categories: 1

Layakkah Mukhriz bertanding Ketua Pemuda Umno?

18,September 2008 5 comments

Bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO yang keseterusnya? Adakah ini yang diangankan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir? Lupakan sahaja angan-angan itu kerana Mukhriz tidak harus dan tidak layak untuk memegang jawatan terbabit miskipun hanya untuk masuk bertanding sebagai calon.

Pemuda umno masih tidak lupa tindakan Mukhriz yang mengkritik dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka supaya meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dianggap tidak beretika dan biadap kerana cuba meremehkan status Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, suatu ketika dahulu.

Selagi benih Mahathir yang sudah dilihat pengkhianat pada UMNO dalam parti menghadapi kegetiran selepas pilihan raya umum lalu, selagi itulah keadaan tidak jadi elok. Kejap kata nak duduk dalam UMNO bersama rakan-rakan seperjuangan untuk desak Pak Lah letak semua jawatan sebagai perdana menteri, perisiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional dengan segera, kejap mengubah pendirian (mungkin keluar UMNO).

Semakin jelas nampak macam diri Mukhriz sedang menghadapi satu jenis penyakit nervous disorder. Macam sondol dinding salah, sondol lantai salah dan tak nampak pintu keluar terbuka luas untuk dia mencari tempat yang lebih lapang.

Pemuda juga tak lupa dengan kenyataan Mukhriz mengenai tindakan Yong Teck Lee macam dunggu, macammana nak jadi Ketua Pemuda kalau dah dunggu,sejak dari mula dipilih menjadi wakil parlimen Jerlun dalam pilihan raya umum lalu. Justeru itu, tidak syaklah beliau sangat seronok dengan Yong yang bagaikan lupa diri sedang memperkosa semangat setiakawan dalam BN selama ini.

Tetapi apabila Mukhriz mengenakan syarat sekiranya apa pun usul Yong yang menjurus kepada menyokong Anwar, beliau akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah Mukhriz begitu dunggu untuk memahami bahawa tindakan Yong itu sememangnya terang-terang memberi keuntungan kepada Anwar? Malahan apa yang digendang selama ini terhadap Pak Lah adalah secara langsung memberi markah kepada Anwar. Itulah yang Anwar suka sekali. Pendek kata, apa saja yang mengusik ke arah menggugat UMNO dan BN adalah kredit untuk Anwar yang tak sabar-sabar mahu jadi perdana menteri kalau Pakatan Alternatif berjaya memerintah.

Pada hakikatnya, belum tentu PAS dan DAP dengan mudah mahu memberi laluan pada Anwar yang bukan presiden mana-mana parti setakat ini. Lagipun, sifat Anwar juga disedari bukan ramai yang berkenan. Dia sudah dilihat seperti orang kenan (terencat akal) bila dia membentak-bentak mahu jadi PM.

Beri ceramah satu pentas dengan PAS dan DAP boleh. Tapi untuk memberi Anwar mengetuai mereka, cerita lain. PAS lebih tahu apa yang tersirat dalam diri Anwar.

Dalam perkara Yong dengan BN, Anwar memerlukan sangat orang seperti Mukhriz – selalu keliru dengan pendiriannya. Dia jadi bodoh-bodoh alang apabila berdepan dengan keadaan yang mana mahu dikira untung dan yang mana mahu dikira rugi.

Oleh kerana Mukhriz terlalu kemaruk dengan keputusan Yong mahu mengajukan usul tidak percaya kepada Pak Lah yang sekarang ini dianggap bukan lagi presidennya, tetapi musuh, Mukhriz tidak sempat berfikir panjang.

Dia lebih ghairah mahu memanggil sidang akhbar dan membuat kenyataan. Tidak banyak bezanya ketika beliau membaut sidang akhbar mahu menetapkan pendirian sama ada mahu meninggalkan UMNO menjejaki ayahndanya atau tidak, beliau juga mengenakan syarat.

Beliau pernah berkata, beliau hanya akan letak jawatan sekiranya Pak Lah tidak berhenti di akhir Julai – satu tempoh yang terlalu lama bagi orang UMNO mahu melihat sejauh mana kebenaran Mukhriz dalam menetapkan tarikh itu. Tapi sampai sekarang si dunggu ini masih tak letak jawatan dan masih menebalkan mukanya semata-mata untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

1 Ogos sudah berlalu, apakah Mukhriz sudah terlupa catatan dalam diarinya menulis surat letak jawatan kalau Pak Lah masih lagi perdana menteri.

Bukan sekadar ahli UMNO sahaja yang akan mengingati tarikh itu, ahli-ahli parti lain termasuk pembangkang pun menunggu tarikh keramat bagi Mukhriz itu. Tarikh keramat Anwar pada 16 September. Jadi setiap bulan kita ada tarikh keramat dari pemimpin Melayu.

Kerana itulah saya kata Mukhriz memang ada banyak persamaan dan layak benar Anwar ajak Mukhriz masuk PKR saja lebih mudah. Lagipun ayahnda Mukhriz dulu pun bos Anwar. Untuk balas budi bekas bosnya, memang sesuailah Anwar berbaik-baik dengan Mukhriz.

Nasihat kepada Mukhriz janganlah jadi seperti Anwar, seorang ahli politik Mat Jenin, baru panjat pokok kelapa sudah berangan-angan.

Tulisan : Raksasa BN

Categories: 1

A Kadir Jasin : Muhyidin patut letak jawatan selepas Zaid Ibrahim

16,September 2008 Leave a comment

UPDATE, 15 Sept.]TAHNIAH Senator Zaid Ibrahim kerana bikin seperti cakap. Utusan Malaysia Online melaporkan: KUALA LUMPUR 15 Sept. – Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.

[Versi Yang Dirombak/Zaid Ancam Letak Jawatan]

MUNGKIN benar kata Senator Zaid Ibrahim. Muhyiddin Mohd Yassin wajar meletakkan jawatan kabinet kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Hari ini, Mingguan Malaysia (yang saya baca online) melaporkan yang Ketua Penerangan UMNO Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Kok Lanas, Mohd. Alwi Che Ahmad juga sependapat dengan Zaid.

Saya melihat kenyataan Mohd Alwi sebagai lebih berwibawa berbanding Senator Zaid kerana Mohd Alwi dipilih rakyat dan ada jawatan dalam Umno.

Zaid tidak ada jawatan dalam Umno sejak dipecat pada tahun 2004 atas tuduhan politik wang (kemudian dibebaskan), tidak bertanding pilihan raya dan menjadi menteri atas pilihan Abdullah seorang sahaja.

Ada orang bertanya kepada saya di mana Zaid ketika pilihan raya umum 8 Mac lalu. Saya kata, saya tidak tahu. Berkempen di Kota Barulah agaknya.

Tapi adalah wajar Zaid sebagai orang yang terhutang budi kepada Abdullah menjadi pendekar pertama turun gelanggang bersilat pencak mempertahankan panglimanya daripada serangan Muhyiddin.

Lagipun pendekar-pendekar Umno seperti Nazri Abdul Aziz dan Shahrir Abdul Samad nampaknya tidak selantang dulu lagi. Atau boleh jadi juga media massa arus perdana tidak lagi memberi keutamaan kepada mereka.

Ular tedung tidak hilang bisanya kalau menyusur akar. Tetapi ular air, ular daun dan ular tikus, panjatlah pokok paling tinggi sekalipun tetap tidak ada bisa.

Kalau Abdullah tidak mahu meletakkan jawatan walaupun digesa dan diminta mungkin Muhyiddin memulakan lambaran baru dalam Umno yang kian tenat sekarang dengan meletakkan jawatan kabinet.

Saya yakin, khasnya dalam suasana sekarang di mana para pembesar Umno penakut tetapi gila kuasa, Muhyiddin, sebagai Naib Presiden kanan Umno, akan lebih dihormati jika meletakkan jawatan kabinet dan menumpukan sepenuh masa kepada kerja-kerja parti.

Lagipun, Muhyiddin telah berkata dia bersedia menerima apa saja kemungkinan berikutan kenyataannya di Singapura baru-baru ini yang tempoh peralihan kuasa 2010 terlalu lambat.

Alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan. Kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. Kita sudah pun nampak kesan tindakan Muhyiddin itu.

Selepas dia membuat pendirian mengenai tempoh peralihan kuasa itu, Mohd Najib Abdul Razak yang setia itu pun nampaknya sudah mula mengubah rentak tarinya.

Tiba-tiba Timbalan Perdana Menteri itu berkata rancangan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada beliau perlu ditentukan oleh ahli di Perhimpunan Agung Disember ini. Tiba-tiba kuasa dan hasrat ahli menjadi penting.

Ini tidak lain tidak bukan kerana Mohd Najib sudah berasa tercabar. Dia bimbang keberanian dan kesediaan Muhyiddin menerima padah melawan arus akan mengancam harapannya sendiri untuk menerima jawatan Perdana Menteri dalam dulang emas daripada Abdullah.

Muhyiddin, sebagai bekas pengurus ekonomi dan perniagaan, tentu lebih daripada sedar bahaya dan ancaman ketidaktentuan ekonomi negara yang sedang berlaku sekarang.

Kalau kepemimpinan Umno dan negara tidak dikemaskinikan, usahkan Umno dan orang Melayu, malah seluruh negara dan rakyat jelata akan diancam kemelesetan ekonomi dan huru-hara sosial.

Apa guna Muhyiddin atau sesiapa juga menjadi menteri kalau Umno nazak dan masa depan negara diancam ketidaktentuan.

Nota kaki: Saya kerinduan hendak mendengar buah fikiran Senator Zaid Ibrahim sebagai menteri de facto undang-undang dan seorang yang mengisytiharkan dirinya Melayu liberal, mengenai langkah menahan blogger dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kalau saya belum nyanyuk, saya rasa Senator Zaid pernah mencadangkan agar ISA dihapuskan.

Rindu Saya Terjawab — (Daripada Malaysiakini) De facto Law Minister Zaid Ibrahim today threatened to resign if the government continues to use the Internal Security Act, which allows detention without trial, against political dissidents.

The outspoken Barisan Nasional politician also called for the immediate release of DAP MP Teresa Kok and controversial blogger Raja Petra Kamaruddin who were arrested under the tough security law last Friday.

“We have a government that commits to laws and reforms, we can’t be using old-style politics or resort to creating fear. We have laws and they (the detainees) should be charged in court.

“I’ll try to meet with Prime Minister (Abdullah Ahmad Badawi) this week to convey to him my position. If (he considers) my position untenable, I will leave,” he told Malaysiakini in a telephone interview from Kota Baru, Kelantan.
Nota: Kalau Abdullah tidak setuju tahanan ISA didakwa dimahkamah, saya rasa Zaid wajib letak jawatan. Baru anak jantan. Jangan suruh Muhyiddin saja letak jawatan. Bikin seperti cakap.

Sila layari Blog A Kadir Jasin di sini

Categories: 1