Archive

Archive for May, 2014

Kenyataan MB Terengganu Status Dua YB Keluar Umno – Suara TV

Ahmad Razif

Kuala Terengganu – Datuk Ahmad Razif Abd Rahman memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Terengganu bermula hari ini.

Beliau yang dilantik sebagai menteri besar menggantikan Datuk Seri Mohd Said tiba di pejabat tepat jam 7.45 pagi.

Ahmad Razif di dalam sidang akhbar yang diadakan awal pagi tadi berkata, walaupun hari ini adalah merupakan hari pertamanya, beliau tidak boleh berlenggah kerana perlu ke Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi ini untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen ketika ditanya mengenai Ahmad Said.

“Secara rasmi dua orang (Ahmad Said dan Ghazali Taib) masih ahli Umno dan Speaker tidak terima apa-apa (surat perletakan jawatan) secara rasmi” katanya.

Ahmad Razif turut menjelaskan pembubaran DUN Terengganu tidak akan berlaku seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Sebenarnya tiada apa-apa permasalahan yang berlaku dan saya yakin dan percaya persepsi yang berlaku tidak beri apa-apa kesan.

http://www.suara.tv/?p=9931

Categories: Uncategorized