Home > Uncategorized > Isu ‘Reshuffle Cabinet’ @NajibRazak – Antara Fakta VS Auta

Isu ‘Reshuffle Cabinet’ @NajibRazak – Antara Fakta VS Auta

1. Kuasa Perdana Menteri ialah untuk menaik atau menurun sesiapa sahaja. Kes Anwar zaman Mahathir ialah contoh bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri boleh disingkir jika dirasakan perlu walau harganya ialah perpecahan besar Melayu dari UMNO yang berterusan hingga kini.

2. Kuasa PM juga samada memilih seseorang berdasar senioriti / kekananan atau tidak. Seperti kes Pak Lah dipilih paling rendah undi antara Naib Presiden. Namun perlu ingat ia berlaku kerana beliau sangat dihormati kerana integriti tinggi bukan pemalas atau lemah. Juga seperti kes Anwar kesan memilih bukan mengikut senioriti akan membawa implikasi yang besar.

3. Kuasa PM juga menukar seseorang untuk berpindah ke mana jua kementerian namun kementerian kanan seperti Kewangan, Pendidikan dan Dalam Negeri biasanya diberi jawatan tertinggi dalam parti. Jika tidak diletak mengikut adat maka ada akan makan hati dan memilih untuk menentukan sendiri kementerian mana akan dipegang bila jadi Perdana Menteri selepas masuk bertanding mendapat undian tertinggi bertanding jawatan Presiden Parti.

4. Antara kuasa PM juga memilih sesiapa disukai beliau walau tidak disukai ahli parti. Namun seperti disebutkan tadi ialah parti boleh hancur bila suara ahli tidak dihormati Presiden Parti dengan memilih pemimpin yang hanya pandai membodek dan bukan pandai buat kerja dan mendekati rakyat setiap hari. Rakyat tahu siapa yang rajin atau malas dengan kecanggihan teknologi hari ini.

5. Silap haribulan kuasa PM juga akan dirampas apabila ahli parti memilih orang lain sebagai Presiden parti kerana kesombongan beliau mentadbir tanpa merasa denyut nadi pejuang parti dan akan menyebabkan beliau terpaksa berundur dari kerusi dengan sendiri.

Sampaikan mesej ini kepada Presiden Umnon agar beliau berfikir dengan banyak kali menggunakan kepala otak bukan kepala lutut yang tidak mampu memberi nasihat atau pendapat walau sekali.

Sampaikan walau kepada seorang sahaja kenalan whatsapp atau telegram atau Facebook anda pesanan ini.

Sent from my Sony Xperia

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment