Archive

Archive for March, 2008

Sistem kuota masih relevan – Muhammad

petikan : Sinar Harian

SHAH ALAM – Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, sistem kuota pencalonan untuk pertandingan pelbagai jawatan, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden masih boleh digunakan dan tidak perlu dimansuhkan.

Katanya, sistem tersebut tidak mempunyai sebarang masalah sejak ia diperkenalkan 22 tahun yang lalu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, sistem kuota dalam pertandingan itu diwujudkan bagi memastikan calon yang layak untuk bertanding datang daripada kalangan mereka yang benar-benar serius untuk memikul tanggungjawab selain mendapat sokongan padu daripada setiap ahli parti.

“Sekiranya sistem kuota ini dihapuskan, sesiapa sahaja boleh bertanding walaupun tidak mendapat sokongan daripada majoriti ahli parti di peringkat bahagian.

“Saya tidak faham kenapa timbul soal ini kerana sistem kuota telah diperkenalkan sejak dahulu lagi. Malah, Tun sendiri bersetuju dan beliau sendiri mempraktikkan cara ini,” katanya.

Kelmarin, bekas Presiden UMNO, Dr Mahathir berkata, sistem kuota ketika ini kelihatan terbuka kepada penyalahgunaan kepada mereka yang mempunyai kuasa dan menghalang anggota parti daripada menamakan calon pilihan mereka.

Mengulas kenyataan itu, Muhamad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sistem kuota itu diwujudkan supaya calon yang bakal bertanding mempunyai kewibawaan sebagai pemimpin.

“Kita tidak mahu mereka yang bertanding dalam mana-mana jawatan dalam UMNO ini terdiri daripada yang tidak serius, main-main serta kurang memiliki kewibawaan sebagai seorang pemimpin.

“Oleh yang demikian, tidak perlu untuk kita menghapuskan sistem ini kerana ia mampu memastikan UMNO mempunyai pemimpin yang benar-benar layak untuk membawa parti dan orang Melayu ke arah yang lebih baik,” katanya.

Tambah Muhammad, beliau tidak dapat melihat rasionalnya penghapusan sistem tersebut.

“Kenapa kita perlu mengubah sistem ini kerana jika difikirkan secara rasionalnya sistem ini telah diwujudkan sejak dulu lagi. Tidak perlu kita hapuskan walaupun presidennya orang lain.

Sebelum itu, Muhammad mengadakan perjumpaan bersama-sama 392 ketua kampung seluruh Selangor yang dilantik oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi membincangkan masalah-masalah di peringkat tempatan.

Muhamad berkata, semua ketua kampung memberi sokongan padu kepada kerajaan BN serta akan bekerjasama dengan kerajaan Pusat walaupun Selangor kini dipimpin oleh kerajaan baru.

“Kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menukar dan memecat mana-mana ketua kampung kerana elaun mereka dibayar oleh kementerian di bawah kerajaan Pusat.

“Malah dengan adanya sokongan padu ini, kita (kementerian) akan melaksanakan rancangan pembangunan di kampung dan luar bandar kerana mereka (ketua kampung) merupakan penghubung antara kerajaan pusat dengan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Advertisements

Adakah ini Gambar bogel / telanjang Pemimpin UMNO terbaru masa kini?

31,March 2008 2 comments

Satu gambar menceritakan berbagai makna. Satu gambar menafsirkan mengikut akal dan hati kita. Gambar boleh menaikkan maruah seseorang dan juga menghina hingga ke peringkat serendah-rendahnya. Namun ramai juga yang semakin popular meskipun gambar bogel dan lucah mereka semakin disebar dan dilihat seluruh penjuru dunia. Hingga ada banyak kes gambar sengaja atau tidak disebar agar populariti terus naik di ingatan peminat artis dalam dan luar negara..

Dari sudut agama gambar dikatakan tidak harus dan harus diambil..Banyak sebab dan ilat yang mengharus atau mengharamkannya. Namun pendapat popular berpendapat jika ia mendatangkan kebaikan seperti membuat kad pengenalan, lesen memandu, saat penting dan sebagainya, maka ia perlu. Lebih lebih lagi jika kita ingin menjadikan gambar tadi sebagai bukti kepada hakim atau pihak berkuasa .

Namun gambar memburukkan diri orang lain khususnya pemimpin negara telah menjadi amalan di negara kita. Gambar di atas adalah contoh bagaimana ia digunakan untuk tujuan menanam kebencian sesama Islam..walhal banyak lagi gambar yang boleh diguna jika ingin membuktikan pentadbiran kerajaan tidak cekap dan lemah…

Gambar yang  memalukan diri tentu sama dengan gambar yang menayangkan badan seseorang yang kita panggil gambar bogel..itu bogel anggota badan dan gambar di atas adalah bogel seluruh maruah dan harga diri dengan sewenang-wenangnya.Maruah seseorang sudah ditelanjangi  ke seluruh mata pembaca. Ibarat penjaja yang menayangkan gambar berunsur penghinaan kepada sesiapa yang ditemuinya.

Haji Hadi Awang yang selalu membaca harakahdaily tiap tiap hari, nampaknya tidak mengutuk dan meminta perbuatan tersebut dihentikan. Mungkin tidak perlu bagi beliau memandangkan Pak Lah bukanlah ulama setanding beliau selaku Presiden Parti Islam Malaysia hari ini dan ulama masyhur di Malaysia…..Gambar di atas masih lagi dapat dilihat di saluran utama media alternatif harakahdaily meskipun pilihanraya sudah tamat dan kemenangan 5 negeri sudah diperolehi pembangkang….

Itu menandakan sikap Hj Hadi selaku pemimpin utama PAS yang suka jika ada lawannya dimalukan…Namun beliau tentu tidak akan menerima jika gambar beliau dalam keadaan memalukan disiar ramai. Kita tidak mahu dan tentu tidak suka jika senario meletakkan gambar membuka aib dan kelemahan ditonjolkan di khalayak umum seluruh dunia. Dan UMNO tidak perlulah mengikut ahli parti PAS yang berkata mereka pejuang Islam sedangkan Islam tidak mengajar kita menghina apatah lagi membuka aib saudara seagama.

Gambar tadi jika sekilas dilihat seolah olah Pak Lah lemah dan teruk, hingga boleh tertidur di khalayak ramai. Beliau boleh dilihat sangat tidak pandai menjaga diri dan masa rehatnya hingga sentiasa tidur walaupun di majlis rasmi dan di hadapan rakyat

Tetapi terfikirkah kita bahawa sangkaan tadi jika diteliti adalah dari sangkaan kurang baik kepada beliau. Kita sedar atau tidak telah meletakkan buruk sangka di hati hingga terpedaya dengan gambar yang tidak disebut pula apa punca ketiduran Pak Lah ketika itu.

Sepatutnya gambar tadi menimbulkan kekaguman dan terharu atas kesungguhan Pak Lah mentadbir negara hingga terlalu letih dan penat menanganinya. Kesibukan menghadiri majlis di serata tempat di seluruh negara tentu tidak akan dapat dipenuhi dengan senang lenang tanpa usaha dan kudrat yang banyak diperlukan….Usaha menjaga negara memang memerlukan stamina dan kekuatan yang tinggi apatah lagi di usia sudah melebihi 60 an yang tentu sedikit sebanyak memakan juga kudrat manusia biasa seperti beliau. Lihat kenyataan Menteri Besar Kedah baru dari PAS yang berkata beliau sekarang sudah kurang waktu tidur seperti dulu setelah menjadi Menteri Besar walhal Kedah bukanlah sebesar Malaysia…Barulah ketika itu hati kita selamat dari dosa kerana bersangka baik dengan seluruh manusia.

Namun gambar tadilah punca kekurangan sokongan rakyat kepada beliau. Gambar tadilah telah menjadi salah satu program kempen pembangkang dan digantung di mana mana sahaja blog pembangkang di alam maya. Gambar tadilah telah menjatuhkan maruah dan kredibilit beliau selaku Perdana Menteri yang juga pengasas penjenamaan semula Islam melalui pendekatan Islam Hadhari.Gambar tadi telah membogelkan maruah dan harga diri seorang Perdana Menteri.

Beliau yang telah melancarkan alternatif kepada apa yang dibawa oleh PAS melalui Islam Hadhrai sehingga isu tadi telah diulang ulang dan diucap ratusan kali di setiap pelusuk dengan harapan rakyat tidak akan melihat kepada kerja dan kemajuan tetapi memandang sinis perbuatan tidur tersebut sehingga menenggelamkan segala apa yang telah berjaya dicapai selama ini.

PAS sangat bimbang mereka akan tenggelam dalam suara Islam Hadhari yang mana sangat efektif dan berkesan dalam mengangkat kembali ketinggian Islam di dalam mendepani globalisasi yang sangat menekan umat Islam hari ini.

Nampaknya politik kebencian peribadi masih menjadi agenda utama pembangkang. Mereka tetap suka melihat kekurangan dan kelemahan dan sangat takut jika kesempurnaan menjadi milik mutlak lawan. Mereka tetap mengutuk siapa sahaja yang naik takhta kerusi Perdana meskipun dari kalangan terbaik hingga dijolok dengan Mr Clean dan dari keluarga ulama asalkan motif politik mereka akan tercapai dengan kejian dan tohmahan.

Yang gembira hanyalah golongan bukan Islam khususnya YAHUDI dan NASRANI yang akan menarik nafas gembira melihat perlaksanaan Islam Hadhari gagal hasil putar belit dan tipu daya mereka dan Imam Hadhari akan tersungkur dikepung oleh segelintir Melayu Islam UMNO sendiri dan golongan Melayu Islam PAS dan Melayu Islam bekas UMNO dari PKR ….

Adakah pengganti Pak Lah , Najib lebih baik lagi dan mampu mempertahankan diri untuk sepenggal jika kes kes seperti Altantunya dibangkitkan ???

Fikirkanlah samada kita mampu berfikir dan ada kesempatan berfikir lagi sekarang ini !

Categories: Pendapat

PAKATAN PEMBANGKANG PKR – PAS,adakah melayu islam menang sorak kampung tergadai ?

 Mukaddimah

 

Parti Barisan Nasional telah kehilangan sebanyak banyak kerusi dengan mengalami penurunan yang banyak   dan peratusan yang tinggi berbanding pilihanraya 2004.. Faktor kenaikan harga barang, isu jenayah, video skandal seks menteri kanan MCA, kritikan keterlaluan terhadap Samy Vellu, telah menurunkan dengan drastik sekali sokongan rakyat…Mereka telah muak dan benci kepada Barisan Nasional dan bertindak memilih Barisan Alternatif yang dibarisi dari PKR PAS dan DAP… Pakatan tersebut telah mula memerintah di Selangor, Kedah, Perak,dan  Pulau Pinang..

 

Kempen Jom Ubah, tawaran Negara Kebajikan dan berbagai lagi telah menarik perhatian rakyat terhadap apa yang ditawarkan sehingga mereka sangat bangga memilih BA dari mengundi parti tradisi mereka iaitu BN. Meskipun belum lagi nampak janji tersebut dilaksanakan seperti janji janji yang dilontarkan semasa kempen pilihanraya lalu…

 

Apa yang nyata sekarang ialah Parti DAP telah menunjukkan belangnya hari pertama memerintah di Pulau Pinang. Mereka telah menjadikan dasar DEB sebagai punca kewujudan kronisme, neopotisme dan sebagainya… Mereka merasakan bahawa dasar tersebut tidak adil kepada rakyat bangsa Cina dan India.

 

Padahal selama ini DEB telah dilaksanakan sejak dari peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mencetuskan ketegangan kaum yang sangat teruk di seluruh negara. Fokus  DEB ialah membaiki kekurangan yang wujud agar semua akan turut mendapat kebaikan dari kemakmuran ekonomi negara.

 

Ketika itu hubungan antara kaum terus punah dan masing masing mula membenci antara satu sama lain. Mereka sudah lupa kebaikan jiran yang selama ini berada di sekeliling dan telah menjadikan perkauman sebagai timbangan kepada tindakan mereka meniupkan api kemarahan hingga membawa kepada kematian.

 

Mereka sudah lupa kebaikan kebaikan yang diperolehi hasil hubungan kaum yang terjalin selama itu sehingga masing masing telah mengecap kenikmatan yang tidak sedikit dalam mengecap kedamaian dari kejayaan pengurusan kerajaan memerintah.

 

Namun semua itu telah musnah dalam sekelip mata. Mereka terlepas kata dan tertikam saudara senegara. Mereka tidak lagi dapat membezakan antara kawan dan lawan. Antara saudara dan musuh negara. 

 

Hasutan dan khabar angin yang tersebar telah menjadi punca api kemarahan dan juga permusuhan sehingga mereka tidak dapat lagi menahan kemarahan hingga membunuh sesiapa sahaja tanpa ada lagi masa berfikir untuk seketika. Peristiwa tersebut terus diingati tatkala kita mengalami masalah antara kaum dan kurangnya sokongan dari kalangan rakyat. Ketika itu tiada lagi sms dan internet seperti sekarang ini yang boleh menjadi alat kepada propaganda jahat sesetengah pihak menjatuhkan maruah dan intergriti musuh mereka.

 

Pelik juga kerana kita tidak pernah mendengar pendedahan dari pihak kerajaan terhadap pembangkang padahal kerajaan sangat berkuasa dan mengetahu apa sahaja pergerakan mereka. Namun tiada dimomokkan kepada rakyat tentang kejahatan mereka meskipun ada yang akan marah jika disiarkan dengan berleluasa kejahatan mereka di media utama negara.

 

Sebenarnya PAS dan PKR adalah perti serpihan dari UMNO yang mana adalah pihak yang tidak berpuas hati dengan parti UMNO khususnya dari aspek penerimaan pendapat dan juga pendekatan yang dijalankan sehingga membawa kepada perpecahan… Mereka golongan serpihan yang terus meluahkan kemarahan dan kebencian sehingga sanggup berkata ‘ dengan syaitan pun ambo sanggup berkawan asal dapat jatuhkan BN. Mereka juga yang berkara kerajaan sangat zalim dengan gelaran Mahafiraun Mahazalim dan lain lain lagi….

 

Mereka juga dari golongan yang tidak akan mengenang budi meskipun Pak Lah selaku Menteri Dalam Negeri telah berbudi dengan melepaskan anak Mursyidul Am PAS dan juga Penasihat PKR dari terus meringkuk dalam penjara.. Mereka tidak akan ingat atau buat buat lupa… Kerana hasutan dari dalam agar terus melawan sehingga mereka mendapat kemenangan akan terus berkumandang bagi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada ini…

 

Kita tidak kisah jika kerajaan hendak dijatuhkan jika zalim , korup, jahat, menindas, menentang hukum Allah Taala dan sebagainya. Namun tuduhan yang ada hanya tinggal tuduhan yang tidak dapat dibuktikan. Tuduhan yang tidak akan dapat mengaitkan apa apa dengan kerajaan. Bahkan ramai yang sudah digugurkan dari jawatan kerana gosip yang hangat diperkatakan walaupun tiada bukti mensabitkan mereka. Ini tanda kesungguhan dari kerajaan menentang usaha mengamalkan rasuah dan penyelewengan dari terus menjadi barah yang akan terus bernanah di dalam pentadbiran kerajaan…

 

Padahal PAS juga tidak menguatkuasakan HUDUD ketika memerintah di Kelantan dan Terengganu …Meskipun idea dan juga motto perjuangan mereka berteraskan ke arah mendaulatkan hukum Allah namun kita tidak melihat dengan jelas di mana kegagalan mereka melaksanakannya…

 

Mungkin ia sangat sensitif hingga didiamkan oleh kepimpinan mereka hingga sekarang takut pakatan rakyat yang baru nak merangkak ini akan tersungkur dan jatuh rebah. Padahal ketika inilah peluang mereka mendapat sokongan kaum lain bagi membentuk kerajaan idaman yang mereka impikan. Meskipun HUDUD ALLAH terpaksa diKORBANkan seketika dari diperkata.

 

Mungkin inilah dasar sesumpah yang menjadi mainan mereka yang ingin menjadi jaguh di kalangan orang Islam hingga lawan dimaki hamun dan diperleceh walaupun mereka juga tidaklah maksum dan takutkan Tuhan berdasarkan situasi terkini yang berlaku di negara kita….Mereka boleh menghalal seketika dan mengharamkannya di ketika lain pula….

 

Apakah begitu teruk sekali parti UMNO hingga jika PAS ditawarkan oleh syaitan untuk meruntuhkan UMNO pun sanggup diterima asalkan UMNO akan rebah???? 

 

Allah !!!  Mengapa teruk sekali kenyataan tersebut dibuat? Apakah kesannya kepada agama dengan kenyataan yang sangat mengejutkan kita tersebut? Apakah ia sekadar kata kata yang tidak membawa apa apa?? Apakah kita masih lagi buta dari melihat bahawa apa yang dikata itu sangat teruk dan menimbulkan seribu satu sangkaan yang sangat teruk kepada UMNO?

 

 

Meskipun tetap teguh mempertahankan agama bangsa dan negara dari dulu hingga kini dan selamanya apakah itu imbalannya? Apakah dosa UMNO hingga dikaitkan sangat teruk dari syaitan ? kerana jika UMNO lebih baik dari syaitan tentu tidak akan timbul kenyataan PAS sanggup berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan UMNO…

 

 Adakah menguruskan kehidupan rakyat dan menaikkan negara hingga dikenali ke peringkat dunia satu DOSA ? adakah memberi peluang pekerjaan dan tahap kesihatan yang memuaskan satu DOSA? Adakah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia juga satu DOSA ?

 

Memang sukar memenuhi semua harapan dan hasrat penduduk Malaysia yang terdiri dari jutaan nyawa dan pegangan agama ….. Tidak ada yang akan menerima seratus peratus apa yang dilakukan. Namun usaha kerajaan tetap diteruskan dalam agenda melunaskan amanah yang terpikul di pundak mereka selaku pimpinan tertingi negara….Dan konsep itulah berdasarkan dasar musyawarah antara semua kaum dibuat dengan tekad ingin berganding bahu dengan semua kaum ke arah mengukuhkan negara hingga disegani di dunia.

 

Isu Vote Subsidi

 

Vote atau undi adalah rahsia. Sesiapa sahaja ahli warganegara boleh mengundi. Tanggunagjawab yang dilaksanakan sekali  bagi tempoh empat tahun..  

 

Isu undian melayu mengikut peratusan ????? Adakah perlu kita mengimbangi peratusan undian bangsa Melayu untuk memastikan kekuatan politik Melayu akan terus mendominasi arena politik negara ini….? Adakah kita tidak perlu buat apa apa untuk menyusun gerakan mengimbangi undian di kawasan kritikal Cina dan India??? Adakah tiap kali pilihanraya kita perlu bersusah payah pulang jauh semata mata menjalankan tanggungjawab mengundi walhal di bandar bandar utama masih kurang undian untuk bangsa Melayu  kita ??

 

Ini bukan untuk menaikkan kemarahan bangsa lain dengan mengemukakan idea ‘ vote subsidi ‘  ini tapi hanya ingin mengajak kita membuka sedikit minda terhadap apa yang sudah berlaku dan perlu diubah untuk masa hadapan. Kita tidak mahu idea dan pandangan yang baik akan hanya menjadi hak ekslusif sesetengah pihak sahaja dan tidak menjadi pendapat ramai hingga gagal melahirkan usaha padu mempraktikkannya….Jika tidak minda kita akan terus berada di takuk lama.

 

Bagi mengimbangi kuasa undi bangsa Melayu perlu membuat imbangan undian ke serata kawasan majoriti Cina. Ini kerana survival politik melayu memerlukan satu gerak kerja yang tersusun dan bijak beberapa langkah lebih dari percaturan oleh bangsa lain.

 

Adakah kenyataan ini berbaur perkauman ? atau ia bagi mengelak peperangan antara kaum ? atau sekadar cadangan yang hanya terlintas tatkala kita melalui gerbang pilihanraya?

 

Sebenarnya Melayu amat memerlukan imbangan undi di kawasan dan negeri majoriti bukan Melayu.. Menurut pendapat sesetengah pakar politik, BN sepatutnya kalah di 9 negeri tetapi masih lagi mendapat undian dari bangsa melayu yang tetap dengan perjuangan BN sebagai parti tunggak kerajaan kita hari ini. Jika senario ini berterusan kita risau majoriti bangsa Melayu akan kurang di kawasan peratusan tinggi bangsa lain di bandar bandar besar di seluruh negara….

 

Kerana undian dari kaum lain yang telah memihak kepada PAS dan PKR serta DAP hingga suasana berubah bak ditimpa tsunami yang tidak dijangka kehadirannya….Keghairan ingin mengajar BN telah mengakibatkan suasana tidak tenang dan huru hara timbul di sesetengah negeri sehingga membantutkan sedikit perjalanan awal penubuhan barisan Exco dan majlis mengangkat sumpah..Itu belum lagi episod akan datang yang entah tidak jelas kepada kita untuk memperkatakannya….

 

Jika imbangan tidak stabil tentu tidak ada lagi kekuatan politik Melayu/Islam selaku penghuni awal dan asal negara ini yang telah mendapat keistimewaan sebagai bumiputera.. Kita bimbang satu hari parti Melayu/Islam akan kehilangan imbangan undian kerana undi sudah berpecah tiga iaitu PAS dan PKR sehingga parti bangsa lain akan mendapat undian tinggi dan majoriti.

 

Ketika itu apa sahaja yang kita lakukan tentu sudah terlambat kerana hak demokrasi pemilihan pimpinan adalah dari apa yang kita perjuangkan selama ini dan tentu tidak boleh diubah sesuka hati.. Kerana jika Melayu berdaulat di negerinya sendiri tentu tidak akan timbul prejudis dan sangka buruk kepada bangsa lain walaupun keadaan ini tidak juga boleh dijadikan alasan untk mereka berdiam diri menggoyangkan kaki melihat tanpa berbuat apa apa memajukan negara mereka sendiri…

 

Inilah cabarannya ! adakah kita bersedia?

 

Abu Sofeyyah DM,

Sepang.

Categories: Pendapat

Hukum Mengumpat – Naib Ketua Pemuda PAS PUSAT

26,March 2008 1 comment

Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang. Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[4] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

– Soalan Pena Biasa : adakah ceramah Pas boleh digambarkan seolah-olah situasi antara yang dizalimi dengan pemerintah tatkala mereka mendedahkan aib orang ? Adakah pengadu kepada Khalifah mengadu di khalayak ramai atau secara bersendirian??

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran “Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut”. Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

Soalan Pena Biasa : Adakah rakyat ada kuasa mencegah kemungkaran ? bukankah kes – kes syariah dikendalikan oleh Jabatan agama manakala jenayah oleh Pihak Polis atau Badan Pencegah Rasuah ? Kenapa diceritakan kepada rakyat jika betul ingin menghentikan kemungkaran? Menyebarkan aib kepada rakyat bertujuan menghasut sebenarnya agar mereka menolak kerajaan parti Barisan Nasional atau UMNO secara keseluruhannya.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya “Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?”

 

Soalan Pena Biasa : ini juga tidak melibatkan khalayak ramai dan tidak timbul tersebar aibnya antara manusia. Kerana ia tidak disebutkan syarat di buat soalan dengan disaksikan ramai orang.

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

– Soalan Pena Biasa : bukankah ia juga perlu dilakukan secara tertutup dan setelah sahih maklumat dan kemungkarannya?? Adakah kita perlu berteriak dan menjaja keburukan mereka yang melakukan kejahatan di mana mana ??

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

Soalan Pena Biasa : adakah ada pemimpin pro kerajaan yang menunjukkan kemungkarannya ? yang ada ialah fail fail dan surat sulit yang didedahkan bukannya kenyataan terbuka dari pemimpin tersebut. Ini jelas melanggar etika dibolehkan mengumpat mengikut Islam yang sebenar.

 

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Soalan Pena Biasa : maksud Imam Ghazali ini perlu difahami dengan mendalam kerana tidak ada suruhan untuk kita menggelar orang dengan gelaran buruk…Kajian lanjut perlu dibuat dengan melihat fatwanya dalam bahasa Arab dan juga petikan dari kitab kitab ulama muktabar lain berkaitan masalah ini. Kerana jika dilihat dengan lebih lanjut memang ada tegahan menggelar sehingga menimbulkan kemarahan mereka yang digelar seperti yang ditanda garisan di atas.

Kesimpulannya : Pena biasa melihat Islam tidak membuka sedikitpun ruang menjatuhkan maruah lawan atau kawan kerana urusan di atas yang dibolehkan adalah dibuat secara bijaksana dan bukan terang-terangan sebagaimana yang dibuat oleh pembangkang zaman sekarang. Kerana Islam menjaga Maruah, keturunan, harta, nyawa dan

 

Kesimpulan

Hasil daripada 6 keadaan yang dibolehkan mengumpat ini, kita dapati bahawa mendedahkan kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah UMNO pada hari ini adalah dibenarkan oleh Syarak atas sebab-sebab berikut:

1. Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka akan memilih UMNO sebagai parti yang memerintah. Namun apabila penyelewengan pemimpin-pemimpin UNMO didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong mereka untuk menggantikan pemimpin-pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat. Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan mereka adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan mereka yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai pemutus kepada setiap keputusan negara.

Maka kalaulah pada zaman Khilafah Islamiah, seseorang rakyat boleh mendedahkan kepada Khalifah keburukan para menteri yang berada dibawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegurnya ataupun menggantikannya dengan menteri yang baru, maka kita pada hari ini boleh untuk mendedahkan kepada rakyat kezaliman pemerintah dan tidak amanahnya mereka terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini di dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini.

Jawapan Pena Biasa : di sini juga jelas menunjukkan kaedah sebenar membasmi kemungkaran dengan rakyat mengadu kepada Khalifah bukan mencerca dan mencela di dada blog akhbar dan ceramah politik di seluruh negara.


2. Kemungkaran yang dibuat oleh pimpinan UMNO pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir tersebut kepada rakyat dan orang awam. Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telahpun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan. Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.

Soalan Pena Biasa : apakah yang dilakukan terang-terangan tidak dijelaskan di sini. Tentu tidak jelas juga maksud yang dibolehkan kerana ilat ( sebab ) telah kabur maka hukum juga turut kabur disebabkan kekaburan ilat tadi… Jika ada orang Islam mencuri maka Islam tidak boleh dikaitkan dengan keburukan perbuatan tersebut. Begitu juga jika ada yang melanggar hukum Islam di kalangan pemimpin kerajaan maka ia bukan dasar atau arahan Kerajaan pimpinan Barisan Nasional bahkan bersifat peribadi yang pasti akan menerima hukuman pengguran serta merta jika terbukti dengan kesalahan. Jika tidak, tentu balasan di neraka pasti lebih dari cukup membakar sesiapa yang jelas merompak dan mencuri harta dan khazanah negara. Janganlah kita risaukan kerana Allah Taala Maha Adil dan Saksama.


3. Pendedahan kejahatan para pemerintah pada hari kepada masyarakat adalah atas sebab kita ingin meminta bantuan masyarakat untuk mengubah kezaliman pemerintah dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh perlembagaan Malaysia.

Soalan Pena Biasa : Ini menunjukkan makna bahawa mereka ingin menjadi pengganti pemerintahan bukan sekadar memberi nasihat dan membuat pendedahan. Berlainan dengan ulama zaman dahulu yang ikhla membuat teguran tanpa ada niat mendapat kerusi atau jawatan dalam kerajaan bahkan sanggup dicabuk kerana menolak jawatan kerana takutkan Tuhan.

Susah kita ingin melihat ulama seperti Imam Abu Hanifah yang teruk diuji namun itulah tanda sebenar kehebatan ulama yang TAKUTKAN Allah Taala lebih dari takut memalukan diri atau parti…

 


Penutup

Walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada rakyat kejahatan dan kezaliman para pemimpin yang zalim, namun keharusan ini hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran.

Namun, seandainya kemungkaran yang dilakukan oleh para pemimpin adalah kemungkaran tertutup yang hanya berkait antara dia dan Allah yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada rakyat , maka HARAM hukumnya kita mendedahkan kejahatan yang disembunyikan oleh pemimpin tersebut kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang itu. Selagi mana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan maka kita tidak boleh mendedahkannya kepada masyarakat.


footnote

[1] Ini adalah kerana pertembungan PAS & UMNO bukan kerana nafsu merebut kerusi dalam pilihanraya , tetapi melibatkan soal prinsip dan dasar iaitu Islam demi mendaulatkannya di Tanahair ini sementara UMNO membangkang usaha tersebut .

[2] Antara orang – orang yang zalim ialah mereka yang enggan melaksanakan hukum Allah swt sekalipun mereka telah memiliki mandat untuk berkuasa . Ianya berasaskan firman Allah swt : . . Rujuk Surah al Maaidah : Ayat 45

[3] Saya dengar khabar , Sohibus samahah Mufti Negeri Perlis Dr. Asri Zainal Abidin juga ingin mengeluarkan fatwa berkait industri hiburan ini , jika benar apa yang saya dengar, harapan saya bila keluarnya fatwa itu nanti kerajaan dan kabinet tidak lagi menolak mentah – mentah fatwa tersebut.

Oleh: Ustaz Haji Nasruddin Tantawi ( Naib Ketua Pemuda PAS Pusat ) http://www.naunganalquran.blogspot.com/

Keterangan lengkap bab ini boleh dibaca di http://tasekpauh.blogspot.com/2006/11/hadis-bab-256-riyadus-solihin.html

 

PETISYEN ONLINE – SOKONGAN KEPADA PAK LAH

To: Rakyat Malaysia di mana sahaja

Isnin 10 Mac 2008 lepas, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir ( anak bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir ), yang juga MP Jerlun berkias menegur Kepimpinan agar “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional”, selepas kekalahan di 5 + 1 negeri dan prestasi buruk seluruh Negara.

Kemudian, pada Rabu 12 Mac 2008, Mukhriz menghantar sepucuk surat peribadi kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mengesa agar berundur dari semua jawatan.

Sesuai dengan prinsip kepertanggung jawaban (accountability) dan melunaskan tanggung jawab fardu kifayah (sesuai dengan prinsip kedua Islam Hadhari – Kerajaan yang bertanggung jawab dan diyakini rakyat) kepada rakyat, masyarakat dan Negara,

PM Abdullah wajar meneruskan pemerintahannya kerana rata rata rakyat sudah nampak sinar keyakinan dengan pentadbiran dan Kepimpinan beliau yang terang dan nyata begitu telus dan berwibawa.

Tindakan tunduk kepada desakan ini akan menyebabkan proses mengadili kes-kes rasuah dan salah laku akan terhenti dan banyak penyelewengan akan terus menerus bermaharajalela di kalangan pentadbir negara ini.Khususnya yang berkaitan dengan pimpinan sebelum ini.

Penyingkiran tokoh yang dikaitkan dengan rasuah telah menambah keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri bahawa beliau berada di landasan yang betul menguruskan negara ke arah Cemerlang dan Terbilang.

Sesuai dengan tindakan yang dibuat begitu jelas ingin menghancurkan kerajaan Islam Hadhari yang begitu efisyen memberi keadilan kepada semua kaum maka petisyen ini dibuat bertujuan memberi semangat dan juga sokongan kepada beliau agar terus melawan tuntutan mendesak meletak jawatan.

Pemimpin yang benar benar bersih semakin dipilih di dalam Kabinet Pak Lah, maka tiada sebab lagi kita untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatannya.

Jika tidak ; bermakna kita mahu negara akan diperintah dan dikuasai pihak yang berminat dengan khazanah negara dan tidak mahu ketelusan menjadi amalan pentadbiran Malaysia. Samada dari dalam Malaysia atau luar negara.

Sebagai menentang langkah berani dan mementingkan diri sendiri oleh Mukhriz itu, demi Agama, Bangsa dan Tanahair, maka sebuah petisyen awam online ini dikhaskan kepada semua pengguna alam siber untuk sama sama menyokong dan menunjukan kesungguhan mendesak agar PM Abdullah TIDAK berundur dari semua jawatan serta meneruskan lagi dengan lebih tegas proses menegakkan keadilan dan kestabilan di negara Malaysia ini.

Sila e mail semua sokongan (lengkap dengan nama penuh, no. MyKad/IC, no- telefon (dan no. keahlian UMNO / PAS, sekiranya ada) – sebagai membuktikan kesahihan penanda tangan petisyen) kepada:

petisyensokongpaklah@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Moga Tuhan selamatkan Malaysia dan para pemimpin yang ikhlas memerintah negara kita, tanahair tercinta!

KLIK DI SINI UNTUK TANDATANGAN PETISYEN

Categories: Politik Malaysia, Umum

Kritikan terhadap Kabinet Malaysia 2008 ; satu pandangan

BERIKUT   ARTIKEL TENTANG KABINET MALAYSIA YANG BARU 2008……
Banyak pihak yang menyanggah jangkaan saya sebelum ini mengenai senarai barisan Kabinet Baru Malaysia 2008. Malah ramai juga yang mengambil peluang untuk mengutuk. Semua ini pada pandangan saya adalah pandangan sebenar warga Malaysia. Kita berhak mengeluarkan pandangan dan orang lain pula berhak untuk membidas pandangan yang kita telah berikan itu.
Dari senarai Kabinet Baru Malaysia 2008 yang diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi, saya boleh nampak beberapa kepincangan berlaku dimana beberapa Ahli Parlimen (MP) yang terkenal korup, banyak skandal dan “banyak kes” dengan Badan Pencegah Rasuah, Polis dan juga agensi lain tersenarai didalam Kabinet Baru Malaysia 2008.

Sebagai contoh anda boleh perhatikan nama-nama yang tersenarai dibawah ini.

1.Abdullah Ahmad Badawi (Skandal Oil For Food Iraq, skandal “centrifuge” nuklear, pembelotan “treason”, agen asing)
2. Najib Tun Razak (Kes Altantuya, Kapal Selam, Pembekalan ke Kementerian Pertahanan)
3. Mohamad Nazri Abdul Aziz (Kes permit teksi)
4. Ahmad Zahid Hamidi (Kes gengsterisme dan pukul)
5. Zaid Ibrahim (Kes saman hukum hudud dan salah laku komersial)
6. Mohd. Johari Baharom (Rasuah, Lepaskan tahanan jenayah berat, Kongsi gelap)
7. Dr. Masitah Ibrahim (Kes menceroboh tanah orang)
8. Nor Mohamed Yakcop (Kes rugikan Bank Negara RM40 Bilion dalam urusniaga FOREX)
9. Syed Hamid Albar (Kes maksiat)
10. Ir. Mohd. Zin Mohamad (Kes gengsterisme, pukul dan rasuah)
11. Muhyiddin Mohd. Yassin (Kes rasuah, menggelapkan harta negara, pembelotan “treason”, agen Singapura)
12. Shaziman Abu Mansor (Kes rasuah, salahguna kuasa)
13. Hishammuddin Tun Hussein (Kes maksiat, salahguna kuasa)
14. Noh Omar (Kes rasuah, salahguna kuasa, gengsterisme)
15. Mustapa Mohamed (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)
16. Azalina Othman Said (Kes salahguna kuasa, rasuah, menipu)
17. Mohd. Shafie Apdal (Kes salahguna kuasa, rasuah)
18. Muhammad Muhd. Taib (Kes salahguna kuasa, rasuah, menipu, derhaka kepada Sultan)
19. Liow Tiong Lai (Kes rasuah, kongsi gelap dan salahguna kuasa)
20. Zulhasnan Rafique (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)
21. Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)
22. Joseph Kurup (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)
23. Dr. Maximus @ Johnity Ongkili (Kes salahguna kuasa, rasuah)
24. Ong Tee Keat (Kes rasuah, salahguna kuasa, kongsi gelap)

Semua ini menunjukkan bahawa hampir sebahagian besar daripada anggota Kabinet Baru Malaysia 2008 terpalit dengan pelbagai masalah dan ini sebenarnya memberikan satu kelebihan buat Abdullah Ahmad Badawi. Dengan tersenarainya ahli kabinet ini, maka proses mencantas orang-orang yang rapat kepada kepimpinan lama (Mahathir Mohamed) berjaya dilakukan. Mereka yang tertinggal ini memang akan memberikan satu baiah yang kuat kepada kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi kerana takut kes mereka dibongkarkan atau didedahkan.

Memang proses mencantas telah dilakukan dan kini tiba masanya pula Abdullah Ahmad Badawi dicantas dari kerusi empuknya. InsyaAllah pada perhimpunan agung UMNO nanti, Abdullah Ahmad Badawi akan dicantas pula oleh sekalian pimpinan akar umbi dalam pemilihan jawatan presiden UMNO.

Apa yang pasti yang telah tercantas seperti Rafidah Aziz, Adnan Mansor, Fong Chan Onn, Ong Ka Ting, dan lain-lain lagi akan membalas perbuatan Abdullah Ahmad Badawi mencantas mereka. Kita boleh tunggu dan lihat.

Satu lagi, nampaknya kelibat Khairy Jamaluddin tidak kelihatan dimana-mana. Adakah Khairy Jamaluddin akan dilantik menjadi DUTA Besar Malaysia ke negara-negara asing termasuk Singapura. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Sebagai langkah selamat buat Khairy Jamaluddin, eloklah beliau menerima watikah perlantikan sebagai DUTA. Anda akan selamat dengan cara ini.

—————————————————————————————————————————
 Analisa ‘ Pena Biasa ‘:
– Pak Lah dikritik kerana dilihat masih mengekalkan menteri korup dan memasukkan yang korup juga ke dalam jemaah menteri kabinet
– Fakta tidak dibentangkan dengan fakta sokongan ( lebih tepat dikatakan fitnah )
– Bertujuan menimbulkan kekecehon agar UMNO dan BN akan tumbang… lebih tepat mahu Kerajaan Malaysia runtuh !
– Khairy masih dikutuk meskipun khabar khabar angin hanya menjadi khabar dibawa angin…
Pena biasa merasakan usaha menampilkan kabinet dinamik hanya kekal menjadi bahan ketawa bagi pembangkang yang sentiasa tidak akan mengakui ketelusan dan intigriti yang cuba ditampilkan oleh Pak Lah. Mereka akan mencuba merosakkan pandangan positif yang cuba diterapkan dalam pandangan umum rakyat. Ini kerana takut sokongan akan berkurangan dan menjadikan mereka tiada lagi isu melawan kerajaan @ BN..
Nasihat untuk orang beriman :
– Jauhilah sangkaan kerana kebanyakan darinya adalah dosa
– Jangan mencari-cari kesalahan orang lain
– Teguran mestilah dilakukan dengan hikmah dan penuh adab
– Jangan menimbulkan tuduhan yang tidak dapat dibuktikan
Sesungguhnya jika seseorang melakukan pecah amanah, menipu dan mencuri wang negara maka Allah sebagai sebaik baik wakil dan penolong akan menghukum bila tiba masanya. Hukuman di dunia atau ditangguh ke akhirat.
Perbuatan menuduh tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menjadikan usaha membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat akan terjejas. Ketaatan kepada pimpinan ( tidak kira dari parti mana ) asalkan tidak melanggar perintah Allah ; wajib ditaati dan disokong sepenuh jiwa.
Perbuatan menderhaka ada hukumannya di dalam Islam kerana menggugat keutuhan dan kredibili pemimpin yang belum terbukti melakukan kesalahan.
Moga Allah membuka pintu rahmatnya kepada kita semua dengan membaiki sangkaan kepada saudara seagama !
Majulah Islam untuk semua bangsa di dunia !

Categories: Politik Malaysia

Komen artikel ; RAFIDAH : JAWATAN HILANG WIBAWA BERKECAI


Posted on Wednesday, March 19 @ 20:26:53 MYT by greenboc

Oleh datozaini ( petikan dari : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=7786 )

Akhirnya Ketua Wanita Umno mengambil keputusan yang sangat menghibakan apabila berjanji akan terus mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia. Walaupun tiada pangkat dan tiada jawatan dalam Kabinet baru PM namun beliau masih setia bersama Umno/BN. Walaupun beliau juga merupakan pemimpin nombor satu seluruh wanita di Malaysia mencipta sejarah tidak diberikan jawatan dalam Kabinet, namun beliau tetap menebalkan muka yang sentiasa tebal untuk bersama-sama hanyut dengan kepimpinan PM. Inilah pengorbanan Wanita Umno nombor Wahid………..yang wajar dicontohi oleh semua wanita-wanita Umno yang lain agar semuanya akan terkumpul dalam lipatan sejarah Umno untuk dijadikan sukatan pelajaran sejarah beberapa tahun yang akan datang.

Sungguh tragis, penuh kejutan, tidak ada dalam mana-mana lipatan sejarah Umno untuk menidakkan jawatan dalam Kabinet untuk Ketua Wanita Mereka. Rafidah bukanlah kalah, beliau masih menang dan berstatus Ahli Parlimen di Kuala Kangsar. Kenapa beliau tidak dipilih menjadi anggota Kabinet? Kenapa Timbalan beliau pula iaitu Dato Seri Shahrizat yang tersembam di Lembah Pantai kepada Puteri Reformasi dilantik sebagai Penasihat PM bertaraf Menteri? Kenapa Rafidah dibuang oleh Pak Lah? Apa Dosa Rafidah kepada Pak Lah?

Rafidah banyak jasanya kepada Umno, tidak terbilang berapa banyak saham-saham dan AP yang beliau telah agihkan kepada semua juak-juak dalam Umno? Kenapa PM sanggup membuang Rafidah yang telah menghabiskan masa,jiwa dan raganya untuk Umno selama ini.Atau adakah ini hanya muslihat untuk meredakan tekanan kepada Umno atau BN yang kalah teruk dalam PRU 12? Kenapa Rafidah menjadi mangsa kambing hitam demi menyelamatkan orang-orang atasan Umno?

Teruk sangatkah mutu kerja Rafidah di Kementerian beliau dulu? Hebat sangatkah Rais Yatim yang suka membazirkan duit rakyat dengan pesta-pesta hiburan jika dibandingkan dengan Rafidah? Hebat sangatkah Muhammad Taib yang melarikan tunai RM 3juta jika hendak dibandingkan dengan Rafidah yang mempunyai nilaian AP yang beratus-ratus juta? Hebat sangatkah Noh Omar yang naik pangkat jadi Menteri sekadar menjaga bebudak sekolah sebelum ini jika hendak dibandingkan dengan Rafidah yang menjaga seluruh wanita di Malaysia? Hebat sangat Shaberry Chik,Shahrir Samad dan sekutunya yang pernah membuat pakatan menentang arus dalam Team B dulu jika hendak dibandingkan dengan kesetiaan Rafidah? Hebat sangatkah Dr.Mashitah yang dibuang jauh oleh rakyat Baling sehingga tidak menjadi calon pun namun dipilih PM menjadi Timbalan Menteri, hina sangatkah Rafidah?

Wahai kaum hawa, wanita Umno Malaysia, sedarlah………….ketua kamu diaaniayi, bangkitlah membela ketua wanita kamu. Kenapa kamu menyepi diri disaat Rafidah perlukan sokongan kamu. Ikutlah jejaj Dato Seri radzi Sheikh Ahmad yang meletak jawatan sebagai SU UMNO DAN BN kerana tidak diberikan jawatan dalam kabinet.Beliau cerdik kerana ini bermakna memang PM tak percayakan kerja-kerja beliau selama ini? Orang kanan beliau sendiri pun sanggup PM singkirkan! Malang sungguh nasib pemimpin Umno dekad ini. Ayuh bangkitlah, tetapkan pilihan anda, bersama rakyat sebelum terlambat. Salam Perjuangan.

————————————————————————————————————————

komen :

Pena Biasa melihat ini satu lagi contoh hasad dengki di atas keutuhan Barisan Nasional hingga sanggup bersusah payah menghasut yang digugurkan dan juga para penyokong menteri yang digugur agar memberontak di atas keputusan Pak Lah.

Entah mengapa keutuhan dan kestabilan kabinet Kerajaan Malaysia ingin diporakperandakan oleh makhluk yang tidak ada fikiran yang panjang di atas kesan yang boleh terjadi jika negara runtuh hasil artikel artikel seperti ini di alam maya. Artikel ini disokong pula oleh (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) dengan meletakkannya di laman mereka…

Dengan jumlah pengguna internet di Malaysia yang sudah berjumlah jutaan pengguna tentunya melebihi dari media cetak dan eletronik yang terhad di Malaysia dan diikat dengan berbagai akta dan undang-undang…Namun kebebasan bersuara telah diguna untuk memperleceh dan menghina serta memburuk-burukkan negara dan pimpinannya. Mereka suka jika semua pimpinan jatuh dan tersungkur di tangan mereka walaupun mereka akan mengalami kesan yang buruk hasil kecelaruan dalam pentadbiran. Rakyat seharusnya menolak dan memprotes artikel seperti ini kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya yang menulis…Kita kena hati-hati dan mengingatkan mereka sekeliling kita agar tidak terpengaruh…

Boleh jadi yang menulis dari golongan yang kecewa ( kerana tidak diberi habuan dunia )

Atau upahan musuh negara ??

Atau pihak yang ingin merosakkan keamanan Malaysia sebagai negara Islam ulung di dunia?????

Hati-hatilah membaca agar tidak merosakkan minda kita …….

Categories: Politik Malaysia