Archive

Archive for November, 2008

Maaf Pak Lah !

28,November 2008 Leave a comment

https://i2.wp.com/www.kpmu.net/wp-content/uploads/2008/11/paklahbesday.jpg


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi

Nukilan: Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi 2004


MAAF PAK LAH SAYA RAKYAT MALAYSIA YANG TERLEWAT UNTUK MERAIKAN BIRTHDAY PAK LAH..

SEKURANG KURANGNYA BAIK TERLEWAT DARI TAK TERINGAT LANGSUNG.. BETTER LATE THAN NOTHING..

MOGA PAK LAH AKAN DI DALAM KEREDHAAN ALLAH.

MOGA AKAN DAPAT SAMBUT BIRTHDAY KE 70 TAHUN HADAPAN DENGAN LEBIH SIHAT DAN KUAT

UNTUK MENJAGA AGAMA BANGSA DAN NEGARA.. INSYA ALLAH


Categories: 1

Sisters In Islam atau Sisters Anti-Islam?

26,November 2008 Leave a comment

Disalin dari AnwarIbrahimDitCom

APA hal bising-bising fasal fatwa yang mengharamkan yoga bagi umat Islam. Fatwa sudah dikeluarkan setelah Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil masa yang panjang untuk mengkaji sama ada amalan yoga itu haram atau halal bagi umat Islam. Tidak mungkin fatwa itu akan ditarik balik, sekalipun banyak NGO yang menggunakan nama Islam membantah. Apatah lagi jika yang membantah itu NGO bukan Islam.

Antara yang lantang ialah Sisters In Islam (SII), sebuah NGO wanita yang kononnya mewakili wanita Islam atau Muslimin. Ada-ada sahaja yang SII bantah. Dulu ia membantah fasal poligami, seolah-olah menuntut amalan itu diharamkan. Andainya SII layak memberikan fatwa, pasti sudah banyak benda yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan.

(Lihat komen Sisters In Islam dalam Utusan Malaysia )

Maaf cakap. Ada satu hadis yang menyebut bahawa ramai penghuni neraka adalah wanita. Agaknya suka membantah hukum-hakam adalah salah satu sebab ramai wanita terjerumus ke dalam neraka, selain tidak taat kepada suami.

Dalam soal fatwa mengenai yoga ini, apa perlu SIS bising-bising. Ikut sahajalah. Janganlah berhujah dari segi logik tentang kebaikan senaman yoga.

Majlis Fatwa Kebangsaan pun telah menjelaskan bahawa bab senaman fizikal yoga adalah tidak bercanggah dengan ajaran agama. Yang majlis itu khuatir ialah apabila pengamal-pengamal yoga cuba meningkatkan amalan mereka dengan mencuba bab-bab yang melibatkan unsur-unsur rohaniah agama Hindu, termasuk mencari kedamaian melalui mantra dan meditasi untuk mencapai kesatuan dengan Tuhan. Apa yang ditakuti ialah kemungkinan pengamal-pengamal yoga dari kalangan penganut agama Islam ini merosakkan akidah tanpa sedar apabila mereka mengamalkan senaman budaya Hindu secara sistematik ke peringkat yang lebih tinggi.

Persoalannya, adakah tanpa yoga ahli-ahli SII tidak mempunyai cara lain untuk menyihatkan tubuh badan dan akal fikiran? Setahu Si Keldai ada banyak bentuk senaman yang boleh dilakukan tanpa sebarang unsur yang melibatkan akidah. Malah orang-orang Melayu sendiri mempunyai amalan senaman tradisi yang wujud lebih lama daripada senaman aerobik yang diperkenalkan oleh Barat. Tanyalah orang-orang tua yang panjang umur. Pasti mereka mengamalankan senaman yang diwarisi daripada nenek-moyang dahulu. Orang Cina pula mewarisi senaman taici yang tidak melibatkan unsur-unsur kerohanian.

Jika ahli-ahli SII masih mahu meneruskan amalan yoga, tepuklah dada dan tanya selera. Nah…berapa ramai yang mengaku Islam berzina dan minum arak, walaupun mereka tahu perbuatan itu adalah dosa besar.

Ini adalah soal iman. Apa yang Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan adalah satu panduan setelah melihat semakin ramai umat Islam, khususnya wanita terlibat dalam amalan ini. Jika fatwa tidak dikeluarkan, mungkin lebih ramai lagi yang akan menyertai kelas-kelas yoga. Sekiranya SII menganggap amalan yoga itu tidak bertentangan dengan kesucian agama Islam, teruskanlah beryoga.

Tapi ingatlah betapa ketika Rasulullah s.a.w menyampaikan larangan meminum arak dulu, ada sahabat-sahabat yang sedang minum arak terus mencampakkan gelas minuman. Dan mereka tidak lagi mengulangi amalan jahiliah itu sampai mati. Mereka lakukannya tanpa soal atas dasar keimanan.

Maka apa perlunya SII dan lain-lain NGO yang dianggotai orang Islam mempertikai fatwa mengenai yoga ? Nampak sangat mereka tidak memahami erti iman dan beriman. Orang yang beriman bukan sahaja tidak akan melakukan perkara yang sah haram, malah akan menjauhi perkara-perkara yang hanya berunsur was-was dan syak wasangka.

Perbuatan SII hanyalah memburukkan imej Islam di kaca mata bukan Islam. Maka jika SII membantah, tentulah NGO-NGO bukan Islam akan teransang untuk membantah 10 kali lebih hebat.

Jika SII mahu terus membantah, pakailah saja nama baru Sisters Anti-Islam.

sumber – Malaysiaaktif.com

Categories: 1

Disebalik Kelakuan Si Khalid….

20,November 2008 1 comment
Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya…..

Sejak dari zaman persekolahan lagi, kita sudah dididik mempelajari pelbagai peribahasa dan simpulan bahasa yang mempunyai maksud tersirat disebalik sesuatu yang tersurat.

Apakah selama ini semua tindakan dan kelakuan yang mencetuskan kemarahan kaum melayu dinegeri Selangor kita melihatkan sebagai langkah sumbang dan juga kesilapan Menteri Besarnya bernama Abdul Khalid Bin Ibrahim? Begitulah juga persoalannya apabila kita terikut-ikut dengan alunan irama Kopi Dangdut seorang Jeneral upahan Anwar Ibrahim, apakah kita dikira bijak merumuskan bahawa semua yang telah berlaku adalah dengan niat mahu menguji tahap kesabaran orang melayu khususnya dinegeri Selangor.…?

Natijahnya nanti apabila kita marahkan semua keputusan dan kelakuan si Khalid, maka akan berlakulah pelbagai bentuk bantahan yang dikemukakan, sedikit sebanyak peribahasa diatas tadi membayangkan keadaan ini…

Mari kita senaraikan disini satu per satu diantara keputusan dan tindak tanduk Khalid yang telah menjadi isu kontrovesi dan mainan media disamping mendapat reaksi negatif rakyat melayu Selangor;-

1. Mengumumkan projek ternakan babi secara besar besaran

2. Tidak melantik Timbalan MB walaupun pihak istana telah maklumkan bahawa calon mestilah dikalangan wakil rakyat melayu supaya mampu menjadi wakil kepada Sultan atau pun MB dalam sebarang acara hal ehwal agama islam, ada yang melihat keputusan MB sebagai menjaga hati DAP dan sanggup melihat Dr Hassan Ali berputih mata.

3. Disebaliknya, melantik Theresa Kok sebagai Exco paling kanan dan tempat duduk Yb Kinrara itu dalam Dewan Undangan Negeri pula bersebelahan dengan MB, apakah bermakna Khalid mengiktiraf Theresa sebagai Timbalan MB?

4. Memberikan portfolio portfolio yang penting kepada Exco Exco kerajaan Selangor bukan melayu sebagai contoh – Perlaburan, Perindustrian & Perdagangan [Theresa Kok], Kerajaan Tempatan [Ronnie Liu], Pelancongan [Elizabeth Wong], Pembangunan Kampung Baru [Ean Yong Hian Wah].

5. Membiarkan salah seorang Exco, Dr Xavier membuat kenyataan bahawa rumah ibadat semua agama dibenarkan pembinaannya seluas 10,000 kaki per segi dalam kawasan perumahan di Selangor.

6. Mencadangkan kuota sebanyak 10% untuk bukan bumiputera memasuki UiTM.

7. Membiarkan beberapa Exco bukan melayu yang diketuai oleh Ronnie Liu mengambil keputusan untuk mengantung Timbalan YDP MPAJ, Abdul Hamid Hussain daripada tugas setelah beliau melaksanakan tanggungjawabnya merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman di Ampang dimana tindakan untuk menggantung Abdul Hamid ini telah dipertikaikan sendiri oleh salah seorang Exco, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat Exco diadakan bagi mencapai keputusan tersebut [menjadi tanda tanya apakah ada kuasa Exco mencampuri soal pentadbiran PBT ataupun mereka telah melanggar bidang Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?]

8. Khalid Ibrahim dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bahawa pemimpin tidak perlu membuang masa menziarah rakyat yang ditimpa kecelakaan dalam tragedi ribut melanda sebuah penempatan perumahan di Klang yang didiami oleh majoriti kaum melayu, tindakannya itu telah mendapat bantahan keras daripada seorang Ahli Parlimen PKR sendiri yang mendesak Khalid memohon maaf diatas kenyataan tersebut.

9. Mencipta sejarah dengan melantik seorang bukan melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS yang belum pernah terjadi dalam pentadbiran anak syarikat kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Itulah adalah diantara kontrovesi beberapa isu panas yang dicipta oleh Khalid Ibrahim semenjak bergelar Menteri Besar Selangor. Sedar atau tidak bahawa apa yang telah dilaksanakannya itu juga boleh merupakan suatu percaturan politik, besar kemungkinan mendapat tunjuk ajar daripada Anwar Ibrahim.

Kalau dikupas daripada perkiraan sifir politik Anwar Ibrahim, parti tunggangannya itu bersama Pakatan Rakyat sudah tidak boleh lagi mengubah selera daripada kaum melayu yang tidak mepercayai perjuangan serta kekuatan gabungan Pakatan Rakyat. Dikalangan pemimpin yang mahu menjadi gurkha gurkha Anwar yakin bahawa hanya dokongan berterusan daripada kaum bukan melayu sahaja boleh menjamin mereka kekal mendapat sokongan tambahan seterusnya memungkinkan mereka merampas kerajaan pusat dalam pilihanraya akan datang.

Adalah lebih munasabah jika dikatakan tafsiran Tsunami Pilihanraya baru baru ini hanya boleh kita berikan kepada peralihan undi kaum bukan melayu. Ini terbukti dengan tersungkurnya ramai pemimpin pemimpin ternama BN seperti Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Kaveyas dan ramai lagi Yb Yb daripada MCA dan MIC hilang gelaran tersebut pada Pilihanraya ke 12.

Kalau dikira daripada prestasi parti komponen BN, masih ramai lagi wakil rakyat daripada UMNO kekal samada di DUN atau Parlimen dan ini jelas membuktikan bahawa undi kaum melayu masih tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, semua tindak tanduk Khalid Ibrahim selama ini adakah mungkin sekadar mahu menguji kesabaran melayu di Selangor supaya berterusan memprotes dan dalam waktu yang sama senario ini akan menjadikan kaum bukan melayu terutamanya yang masih bersama MCA dan MIC akan melabelkan melayu dan UMNO hanya mahu memperjuangkan nasib satu kaum sahaja. Ini amatlah berbeza dengan PKR yang pada awal mukadimah oleh Anwar Ibrahim sendiri sudah memberikan jaminan akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru sekiranya menduduki tampuk pimpinan kerajaan pusat.

Sebagai contoh dalam isu PKNS, lihat sahajalah komen daripada beberapa pimpinan MCA yang berada dalam komponen BN….

Adakah perlu sebuah parti yang bertunjangkan melayu, UMNO khususnya untuk melatah dan mempamerkan kemarahan kepada semua tindakan Khalid Ibrahim…? Apakah disebalik sebarang reaksi negatif pimpinan UMNO dan NGO NGO melayu ini kesudahannya nanti akan terperangkap dengan muslihat politik Anwar, bermakna Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada kaum bukan melayu untuk memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka pada Pilihanraya akan datang. Lihatlah kesannya apa yang terjadi keatas undi kaum cina pada pilihanraya kecil Permatang Pauh setelah Anwar dan Khalid berjaya mainkan isu cadangan 10% – 20% kemasukan kaum bukan melayu kedalam UiTM.

Agak mustahil untuk diterima akal bahawa Khalid Ibrahim sanggup berterusan membuat keputusan demi keputusan yang mengundang kontrovesi serta api kemarahan kaum melayu di Selangor.

Semoga UMNO akan lebih berhati hati dengan sifir politik Anwar Ibrahim….., sebarang tindakan daripada Khalid Ibrahim selepas ini haruslah diperhalusi sebaik mungkin!

sumber – medan-info-kita


Categories: 1

Rafidah vs Shahrizat : Peralihan dikekalkan untuk perpaduan ?

12,November 2008 Leave a comment

[rafidah_shah_novnew.jpg]

Assalamualaikum.

Licit juga politik Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz! Beliau telah mengemukakan pelan peralihan kuasa kononya untuk menstabilkan politik wanita Umno. Padahal apa yang tersembunyi di sebalik pelah itu adalah untuk mengukuhkan kedudukannya.

Beliau sudah tahu kerier politiknya sudah penghujung maka dibuatnya pelan peralihan itu. Beliau akan berundur pada Jun, bukan pada Mac seperti mana pelan yang dikenakan ke atas Abdullah Ahmad Baawi. Kenapa?

Pelan peralihan kuasa itu tidak ubah seperti ubat kalis tua yang terpaksa digunakan Rafidah untuk melindungi politik dan jawatannya. Bijak juga si Rafidah ini.

Mudah saja untuk membaca pelan bikinan Rafidah itu. Dengan pelan itu ia berjaya memenuhi impiannya untuk menghindarkan bekas Ketua Puteri Umno, Azalina Othman Said daripada melangkah masuk ke dalam gelanggang wanita. Jelas sekarang Azalina tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita.

Nampaknya Exco wanita Umno dipulas dan disihir hidup-hidup oleh Rafidah sehinggakan Azalina tiak diberikan peluang. Menyekat Azalina melangkah ke alam gelanggang politik bermakna wanita Umno masih berpegang kepada politik lama atau masih menggunakan kain buruk untuk menutup kemaluan mereka dan menolak peralatan baru yang mudah, rengkas dan berkesan.

Selain itu beliau juga mungkin mengharapkan kalau Mohd Najib Razak jadi PM nanti silap-silap hari bulan beliau akan dilantik menjadi menteri Kabinet pula. Kalau ini berlaku maka beliau mendapat laba dua kali. Sebenarnya inilah yang diimpi dan dimimpikan oleh Rafidah. Kenapa punca beliau bersekongkol dengan puak yang mahukan Abdullah Badawi turun ialah kerana marah dan berkecil hati dengan Abdullah yang tidak melantiknya sebagai menteri.

Justeru adalah elok kalau Sharizat Abdul Jalil mengkaji balik keputusan untuk akur kepada kehendak Rafidah yang berselindung di sebalik pelan peralihan kuasa itu. Tunggu apa lagi beliau sudah menapat pencalonan untuk menentang Rafidah teruskan saja. Sharizat tiak boleh tunggu lama-lama lagi apa lagi kalau ketidaksediaan beliau untuk menentang Rafidah itu atas rasa kesian ia satu kesilapan besar.

Apa yang Sharizat patut sedar kalau beliau akur kepada kehendak Rafidah semata-mata kerana ingin menjaga hati dan politik Rafidah beliau pula nanti akan ditolak oleh wanita yang meletakkan pengharapan tinggi kepadanya untuk mengambil alih tempat Rafidah. Sharizat kena ingat Kamalia Ibrahim sedang menanti untuk membuat kejutan. Jika perhitungan silap ini boleh menyebabkan Sharizat akan menangis tidak berlagu di mana kerusinya kini akan disambar orang.

Kalau ini berlaku Rafidah tidak rugi apa-apa kerana beliau masih kekal di tempatnya itu. Baik kalau Sahrizat membuat perhitungan serapi mungkin agar tidak menyesal dikemudian hari


catatan oleh : Tun Paduka Tuan

Categories: 1

Kecederaan ahli UMNO Seremban : Sayuti Omar tambah ‘parah’

11,November 2008 Leave a comment

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/08/mso.jpg
Dalam laporan Utusan ( saya tak pasti dibaca Sayuti Omar atau tidak ) ditulis kejadian pergaduhan tersebut begini :

pergaduhan yang tercetus pada persidangan perwakilan Bahagian Seremban hari ini sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera akibat dibaling kerusi dan mesyuarat terpaksa ditangguhkan.

Dalam tulisan Sayuti Omar pula bertajuk “ Umno sekarang makin hari makin buruk ” ditulis macam ni :

Manakala bahagian Seremban, Negeri Sembilan pula ditangguhkan, lagi teruk, apabila mesyuarat itu menajdi kecoh dan sampai baling kerusi. Dua ahli perwakilan dilaporkan mengalami cedera parah. Apa yang berlaku di Seremban hari ini adalah klimaks ‘kemabukan kuasa’ dalam Umno.

Saya merasa sedikit terkejut dengan ‘cedera parah’ yang ditulis. Dan saya percaya sesuatu perlu dilakukan sebelum Sayuti Omar yang cuba memburukkan UMNO akan semakin buruk ekoran tulisan ‘buruk @ beruk’ nya tersebut.

Sayuti Omar mungkin tidak perasan barangkali dan harap harapnya posting tersebut akan ditukar jika benar dia sedar melalui teguran jarak jauh saya ini.

Untuk keadilan saya akan paste laporan akhbar lain agar saya tidak mengambil dari satu sumber sahaja.. Ini bagi menjelaskan bahawa Sayuti Omar telah menjadikan cedera ringan kepada cedera parah dalam hal ingin menjadikan imej UMNO semakin buruk, tidak akan berjaya.

Memang seronok dapat ‘memberukkan’ orang UMNO namun ia tentu tidak dapat diterima apabila ia diburukkan dengan komen tambahan sesedap rasa beliau.

Akhirnya Mstar menjelaskan lagi kekeliruan tersebut :

SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir semalam ‘tercemar’ apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

Oh tak cukup kuat lagi hujah saya ?

Ok kita ambil yang lain pula iaitu dari Malaysiakini , portal yang selalu dirujuk oleh penyokong pembangkang atau mudah kata parti lawan UMNO lah kiranya :

Ekoran itu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Ishak Ismail mengambil keputusan untuk membatalkan mesyuarat tersebut. Difahamkan ada perwakilan yang mengalami kecederaan.


Jelas di situ tidak ada cedera parah sebenarnya. Yang ada hanya cedera sahaja… Jadi, dari mana sumber MSO tersebut hingga ‘cedera’ telah bertambah perkataannya menjadi ‘parah’ oleh beliau ?

Saya tak puas hati lagi laporan Malaysiakini kerana boleh dibalas lagi jika dibuat hujahan maka saya ingin mencari dari harakahdaily pula.

Namun saya tidak bertemu. Jap saya akan usahakannya dari Berita Harian namun tetap gagal juga.

Yang penting, beberapa laporan berita telah mengesahkan tambahan ‘skrip’ buruk Sayuti tersebut…

‘cedera’ Sayuti Omar telah bertambah ‘parah’ dari apa yang dilaporkan oleh media massa kita….sedangkan ianya hanya cedera biasa yang cuba digambarkan parah.

Wassalam..


http://pendekar-bujang-lapok.blogspot.com/

Categories: 1

Sah ! Timbalan Presiden Umno akan ditandingi tiga M buat pertama kali !!!

9,November 2008 Leave a comment

Berita terkini sekejap tadi mengesahkan  pertandingan bagi jawatan timbalan presiden Umno Mac ini akan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon 3M – Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Ali Rustam.

Muhd Taib melayakkan diri bertanding jawatan tersebut selepas mendapat dua pencalonan untuk memenuhi kelayakan minima 39 pencalonan pada jam 1.05 tengahari tadi.
https://i2.wp.com/www.ns.gov.my/daerah/pilah/images/stories/mtaib.jpgBekas menteri besar Selangor itu mendapat pencalonan dari bahagian Kelana Jaya dan Hulu Terengganu – kedua-duanya dari Selangor.

Sebelum itu, Muhd Taib mendapat pencalonan dari bahagian Ampang – juga dari Selangor.

Manakala Mohd Ali melayakkan diri bertanding jawatan timbalan presiden semalam.

Muhyiddin pula jauh di hadapan dengan mendapatkan 88 pencalonan sehingga ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak pula menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden.

Sementara itu, dua lagi calon melayakkan diri bertanding jawatan naib presiden.

Mereka ialah Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Rais Yatim yang kini masing-masing mendapat 21 pencalonan.

Berikutan itu, lapan orang calon telah layak bertanding jawatan naib presiden.

Enam lagi ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal, Datuk Khaled Nordin, Datuk Syed Hamid Albar dan Tan Sri Isa Samad.

sumber : Malaysiakini

Categories: 1

Obama berasal dari Kuala Lipis, Malaysia !

8,November 2008 1 comment

Kenduri kesyukuran untuk kemenangan Obama di Kuala Lipis?

Assalamualaikum semua. Seperti sedia maklum, hari ini calon parti Demokrat iaitu Barack Obama sudah pun memenangi pilihanraya untuk menjadi presiden Amerika Syarikat yang ke 44, berkuatkuasa tahun hadapan. Tahniah kepada presiden baru negara polis dunia ini, presiden pertama berkulit hitam (sebenarnya campuran) di negara yang walaupun komposisi penduduknya pelbagai bangsa tetapi hakikatnya dikuasai bangsa-bangsa berkulit putih yang berasal dari Eropah.

Di sini ada satu pengumuman. Tetapi lihat dahulu gambar-gambar di bawah ini yang diambil daripada artikel bertajuk Kampung Relong di Kuala Lipis dan makam Raja Ahmad yang dibuat berdasarkan satu pengalaman ketika mengembara seluruh Semenanjung Malaysia, selepas tamat menyajikan ketiga-tiga buku dalam siri trilogi “Berpetualang ke Aceh”… iaitu di sekitar Lipis awal tahun ini.

Lihat ini… Nama Gua Bama

Dan ini jalan masuk ke sana… Jalan Bama.

Kalau nak tahu, inilah asal-usul tempat Barack Obama membesar! Bapanya yang dikatakan berasal dari Kenya sebenarnya berasal daripada Kenyir atau Tasik Kenyir, Terengganu. Ada juga yang kata bapanya itu sebenarnya berasal dari Sawarak, dari bumi Kenyalang. Tapi ada orang silap sibut jadi Kenya je… Mungkin sebab terlalu kenyang selepas makan, lalu perkataan Kenyalang punya ‘lang’ pun hilang, tinggal le jadi Kenya, heh!

Dari Kenyir atau Kenyalang, bapanya telah membawa dia ke Kuala Lipis lalu membesar di Gua Bama. Sebab itu ada perkataan Bama menjadi nama keluarga. Sebabnya, bila orang tanya, awak asal mana? Dia jawab: “Bama!”. Maka dijawab orang balik “Ooo… Bama”. Jadi Obama le, heh! Tetapi ‘fakta’ ini digelapan untuk menghilangkan asal-usul calon presiden Amerika Syarikat ini yang berkaitan dengan Tanah Melayu, hehe! Agaknya takut dikaitkan dengan orang-orang Selempang Merah, takut dikatakan geng terrorist kot? Ala… layan ajelah cerita aku ni…

Maka di sini ada satu pengumuman. Dengan itu dijemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menghadiri majlis kesyukuran sempena Barack Obama dapat menjadi presiden yang akan diadakan dalam gua pada malam Jumaat Keliwon. Datang jangan tak datang, datang jangan tak datang, hehe!

OK, habis perkara. Sesekali bergurau senda, apa salahnya ya tak? Bukannya menghina sesiapa kecuali pada mereka yang bermasalah dan mudah terasa.

Adapun gurauan ‘bodoh’ ini timbul apabila saya mendapat tahu Obama berjaya menjadi presiden Amerika siang tadi. Malam ini pula terasa mahu membuat satu posting tentangnya. Hmm… Ada perkara lain saya mahu cakap tentang kes Bama ini tetapi biar selepas ini.

Umum tahu betapa dunia seolah-olah dalam keadaan menyambut hari raya sebaik sahaja Obama diisytiharkan menang. Manakan tidak, Obama yang mempunyai middle name atau nama tengah Hussein telah memecah tradisi penguasaan kulit putih ke atas kerusi tertinggi pentadbiran Amerika Syarikat yang secara efektiknya membawa peranan de facto leader seluruh dunia… dan lagi dia juga ada dikaitkan dengan orang Islam selain bersimpati terhadap golongan-golongan lain tidak berkulit putih atau golongan minoriti seperti orang Hispanik dan sebagainya.

Obama diharapkan akan lebih perihatin dan lembut hati terhadap negara-negara lain yang sering dikira ekstrimis lebih-lebih lagi negara-negara Islam terutama Iran yang dilihat sering melawan hegemoni Barat. Lalu kemenangannya dinobatkan sebagai satu permulaan era baru keamanan dunia dan ini disambut dengan kenaikan harga-harga saham rata-rata di seluruh kaunter sejagat-raya.

Pada saya, jangan tertipu dengan semua ini. Hakikatnya, polisi-polisi Amerika Syarikat terhadap dunia masih dikuasai Yahudi dan para pelobi mereka.

Ya, mungkin Yahudi lebih mahukan calon Republikan iaitu John McCain menang dalam pilihanraya ini. Kerana Mc Cain diharapkan dapat meneruskan polisi keras Bush terhadap negara-negara Islam yang dikira boleh mengancam dunia (sebenarnya mengancam rancangan Israel dan Yahudi untuk menakluki dunia). Tetapi rakyat Amerika Syarikat sudah sangat muak dengan cerita-cerita perang di Iraq yang turut mengorbankan sanak-saudara mereka sendiri juga kisah penyiksaan tahanan di kem Guantanamo yang melangkaui batasan hak asasi manusia apalagi dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Maka kuasa lobi Yahudi yang selama ini begitu hebat dapat menentukan arah turun-naik para pemimpin Amerika Syarikat malah para pemimpin dunia pun tidak dapat menyekat kemaraan Obama.

Tetapi percayalah, Yahudi tidak akan membiarkan kemaraan Obama menjadi kekalahan apalagi mengancam polisi besar mereka untuk menakluki dunia seperti digariskan dalam dokumen Protocols of the Elders of Zion. Malah dalam keadaan dunia sudah pun berkurun lamanya terjerat dengan sistem politik demokrasi serta ekonomi kapitalis ciptaan mereka, Yahudi tetap untung juga, sekurang-kurangnya di sebalik tabir.

Fikirkan, saham-saham dunia terutama di Wall Street banyak merudum setelah muncul masalah kredit di Amerika yang dipercayai akan membawa kepada resesi atau kemelesetan besar peringkat dunia, setelah selesainya acara Sukan Olimpik di Beijing bulan Ogos seperti dijangka ramai juga pengkaji. Apa jadi pada saham-saham ini? Di kala ramai pihak jadi panik mahu melepaskan pegangan, percayalah ada pihak lain yang sibuk membeli dan pada harga yang sangat murah lagi.

Nah, sekarang bursa-bursa saham seluruh dunia kelihatan mahu melonjak kembali dengan kenaikan Obama. Tentu pihak-pihak yang membelinya pada harga yang rendah dahulu boleh membuat untung besar sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa hari akan datang ini bukan?

Ah… Itu baru dari sudut kewangan. Cuba baca pula keadaan sosio-politik sejagat yang tidak dapat lari daripada pengaruh Amerika yang dikuasai Yahudi. Rasanya ramai tahu betapa kalau boleh Israel mahu Iran diserang secepat mungkin tetapi Amerika masih teragak-agak. Mungkin kerana belum seratus peratus yakin dapat menewaskan Iran dengan mudah dan itulah yang saya dengar daripada pihak-pihak tertentu… kerana usaha-usaha subversif seperti menggunakan ajen-ajen CIA untuk membuat kekacauan dalaman selain mensabotaj jaringan pertahanan dan perhubungan Iran masih tidak dapat dijayakan. Dan Iran sebenarnya ada rangkaian pertahanan termasuk alatan militari buatan sendiri yang sangat canggih. Kalau tidak, tentu negara yang pernah menjadi pusat peradaban besar empayar Persia itu sudah lama diserang.

Dalam keadaan ini, ramai mengira Yahudi akan cuba memenangkan McCain kerana calon Republikan ini akan meneruskan polisi “memerangi pengganas” George W. Bush. Ya, kemungkinan besar itulah rancangan McCain dan ini boleh dilihat daripada kata-katanya sendiri terhadap polisi luar negara yang bakal diimplementasikan atau diteruskan jika dapat menjadi presiden. Sekarang Obama pula yang dapat naik sedangkan calon presiden berkulit hitam ini dikatakan lebih terbuka untuk dibawa berbincang walaupun dengan para pemimpin Islam yang dituduh ‘menaja’ pengganas.

Apa yang saya lihat, kenaikan Obama akan memaksa kerajaan sekarang pimpinan Bush dan parti Republikan untuk bertindak lebih pantas menguatkuasakan lagi polisi “memerangi pengganas” mereka sehingga mencapai matlamat muktamad. Jika McCain naik, mereka mungkin ada tempoh masa panjang untuk boleh berlengah-lengah. Tetapi ada kemungkinan (entah betul entah tak, takut juga Obama ni cuma wayang kulit aje… tapi kita ambik positif dulu le yek… yang dia lebih lembut dalam menghadapi persoalan Iran dan sebagainya) Obama akan menukar polisi kelolaan Bush menjadi polisi luar yang lebih moderat apabila dia naik nanti. Maka kerajaan sekarang tinggal tempoh sekitar 2 bulan sahaja untuk menyampaikan hajat para pelobi Yahudi… iaitu serang Iran dan tewaskannya secepat mungkin.

OK… sekarang ini minyak tengah murah… Dari lebih US$140 setong sekitar 2 bulan lalu dan turun sekitar lebih sikit US$70 setong. Ada pihak percaya, jika Iran diserang, harga minyak boleh naik mendadak hingga ke US$200 setong! Hmm… kalau saya ni pemodal Yahudi le, tentu saya beli dan simpan dahulu bekalan minyak mulai sekarang kemudian saya cocok pemerintahan Amerika mana yang patut sehingga nak tak nak, ia harus menyerang Iran lalu saya boleh membuat untung atas angin hampir 200 peratus dalam tempoh 2 bulan!

Selain membuat duit, saya juga boleh mencapai sasaran dan idaman Zionis untuk menjatuhkan sebuah negara Islam yang mampu mengancam Tel Aviv dan seterusnya dapat menyalakan api besar Perang Dunia ketiga sehingga ia betul-betul membara tanpa dapat ditahan lagi. Kerana seperti digariskan General Albert Pike dan para pemikir tertinggi Zionis lebih 100 tahun lalu, inilah peperangan yang akan betul-betul melumpuhkan dunia terutama kuasa-kuasa Islam lalu membenarkan kerajaan The New World Order pimpinan Dajjal al-Masih menzahirkan diri 100 peratus!

Artikel ini belum sempurna… Lanjut sila ke blog asal di sana ( dan sila klik di sini )

Categories: 1