Archive

Archive for July, 2010

Jangan mudah tergoda apabila Yahudi kritik Anwar

24,July 2010 1 comment

Oleh warisatuliman2010

A.w.w. sdr/sdri seiman.

Washington Times melaporkan kononnya Anwar kini bukan lagi kawan baik Amerika. Jangan kita terlalu gembira menerima berita ini. Pertama, maklumat sedemikian perlu dibaca dari pelbagai sudut. Kedua, strategi Zionis-Jesuit-CIA memang cukup rapi dlm soal mengelirukan musuh-musuh mereka.
Sekali baca kita boleh dikelirukan bahawa ia seolah-olahmemaparkan hakikat Anwar berpihak kepada agama dan umat Islam serta negara. Tetapi, pernahkah Anwar meminta maaf kpd umat Islam, rakyat dan pemimpin Malaysia jika tembelangnya yang pro-Zionis/Jesuit/CIA bocor? Tidak pernah sama sekali.

Namun, apabila apabila hati dan perasaan para pemimpin Zionis-Jesuit-CIA terguris, Anwar lintang-pukang ke Amerika untuk sujud meminta maaf kpd mereka seolah-olah jiwa dan raganya berada di tangan mereka.

Kedua, dalam keadaan semasa di mana populariti Anwar di kalangan umat Islam dan rakyat Malaysia, termasuk para penyokongnya sendiri bagaikan berada di hujung tanduk, langkah yang terbaik dilakukan oleh para penaja Anwar di Barat untuk menyelamatkan ‘bidak catur’ mereka itu ialah dengan membuktikan kononnya hubungan mereka telah retak.

Program ‘deception’ dan ‘diisinformation’ ini memang terkenal di kalangan agensi-agensi risik AS dan Israel. Kaedah ini yg juga disebut ‘taqiah’ dalam pertubuhan2 tertentu diamalkan oleh kumpulan agama tertentu termasuk Islam Liberal, agak penyamaran dan kepura2an pengamalnya dapat disembunyikan, tidak terlalu menyerlah atau mudah dikesan.

Kenalah kita penganut Islam dari kelompok murni Ahlussunnahwaljamaah berwaspada terhadap mereka. (Insya-Allah, saya akan cuba siapkan laporan + foto2 tentang pendekatan ‘deception-disinformation’ Barat mengenai siapa sebenarnya Hitler yang sejak sekian lama diwar2kan oleh para penulis dan media Barat sebagai manusia paling buas/ganas kerana bertanggungjawab dlm kekejaman ke atas penganut Yahudi setelah mendapat lampu hijau daripada sahabat seorang penyelidik peringkat PhD).

Sebenarnya, kalau anak didik musuh2 Islam itu, Anwar, sanggup menggunakan pelbagai topeng utk tujuan2 tertentu, sudah pasti guru2nya lebih dahsyat daripada itu.

Jadi, janganlah mudah diperdayakan dgn ‘iklan2’ murahan kononnya Anwar-Zionis/Jesuit/CIA dll sudah berpatah arang. Ia mungkin hanya satu helah atau sandiwara kerana selagi mereka belum dapat mencapai cita2 untuk ‘menjajahi’ kembali M’sia dan rakyatnya kerana M’sia merupakan negara barisan depan Dunia Islam dlm memerangi arus besar pluralisme dan liberalisme agama, selagi itu juga hati mereka tidak akan puas!

Wallahhualambissawab.

sumber : AIDC

http://www.anwaraidc.com/2010/07/jangan-mudah-tergoda-dengan-kritikan-media-us-kepada-anwar.html

Advertisements
Categories: Uncategorized

48 Petugas Khas dihentikan dari 4 PTG Punca Selangor Gagal Halang Kecurian Pasir Hari Ini

48 Kakitangan Task Force diberhentikan – satu lagi kezaliman Kerajaan Pakatan Haram di Selangor

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan agar tidak menyambung kontrak kerja kepada 48 orang anggota Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor,Puchong ,Kuala Langat dan Sepang !

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana mereka ini telah membongkar penyelewangan ,rasuah dan kes curi pasir dibeberapa kawasan di Selangor yang semua orang tahu didalangi oleh beberapa orang kuat didalam kerajaan pakatan sendiri.

Inilah puncanya kerajaan negeri mengalami kerugian besar dalam bentuk royalti pasir yang mencecah puluhan juta ringgit.

Curi Pasir di Selangor:

Kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009

• Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar.

• Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84.

• Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.

Yang menyedihkan keadaan adalah oleh kerana kejujuran yang ditunjukkan oleh penjawat awam ketika bertugas,kerajaan negeri telah bertindak kejam dengan memecat mereka kerana menghalang kroni kerajaan negeri dari mencuri pasir dan mengelak dari membayar cukai dan royalti pasir.

Adakah ini ciri-ciri Kerajaan Rakyat yang diperlukan oleh rakyat negeri Selangor! Menipu rakyat untuk memenuhkan ” kocek ” sendiri! Amat mudah menabur janji sebelum berkuasa tetapi selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan.

Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 2 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).

Suara Politik
Taminsari @ http://belantan.blogspot.com/

Categories: Uncategorized

Mufti dan bekas Mufti sokong Melayu disatukan !

Golongan agama komited satukan UMNO-Pas

KUALA LUMPUR 12 Julai – Golongan agama hari ini melahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berusaha menyatukan UMNO dan Pas demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong kedua-dua parti.

Penyatuan dua parti orang Melayu itu jika benar-benar berlaku dianggap kemenangan paling besar bagi umat Islam negara ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai golongan agama, segala cabaran harus dihadapi dengan tenang kerana tanggungjawab menyatukan umat Islam termasuk membabitkan parti-parti politik orang Melayu merupakan tuntutan agama.

“Tidak boleh tidak, kita terpaksa mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Atas sebab itu saya dalam usia lebih 70 tahun ini tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.

“Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Lokman berkata, jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakan bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Harussani menambah, dalam keadaan umat Islam masih berpecah, pemimpin UMNO dan Pas sepatutnya mengetepikan fahaman politik masing-masing dengan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan.

“Ini bukan soal perkauman tetapi ini menyentuh mengenai masa depan Islam. Apabila kita menyentuh tentang Islam ia bersangkut paut dengan orang Melayu kerana Islam di Malaysia didukung oleh orang Melayu.

“Sebab itu saya mahu UMNO dan Pas kembali bersatu. Mereka boleh duduk dan berbincang atas konsep syura demi Islam dan demi orang Melayu. Bukankah syura merupakan amalan Rasulullah?” katanya lagi.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi berkata, penyatuan UMNO dan Pas akan membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam bertambah kuat.

“Saya tidak akan berhenti melakukan kerja ini. Kerja ini tiada noktahnya kerana ia membabitkan kedudukan Islam serta umat Islam pada masa akan datang.

“Saya tidak rela melihat Islam dipermain-mainkan mana-mana pihak. Saya juga tidak mahu melihat kedudukan umat Islam terus menerus berada pada persimpangan jalan yang amat kritikal ekoran wujudnya perpecahan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya semua pemimpin UMNO dan Pas menginsafi nasib menimpa Islam dan umat Islam ekoran ketiadaan perpaduan yang jitu di kalangan umatnya.

Dalam pada itu beliau berkata, dalam konteks politik semasa, Pas harus bekerjasama dengan UMNO dan bukannya parti lain seperti DAP sekiranya parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi.

“Butalah mata mana-mana pemimpin (Pas) sekiranya ada antara mereka mahu bekerjasama dengan DAP kerana terlalu mementingkan politik,” katanya lagi.

Mengulas isu sama, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Profesor Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hussein berkata, penyatuan UMNO dan Pas bukan sahaja menjadi hasrat kepada golongan agama malah bagi semua umat Islam.

Beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan percaya jauh di sudut hati umat Islam ingin melihat kedua-dua parti itu bersatu dan bekerjasama khususnya berkaitan dengan Islam dan kepentingan Melayu.

“Saya sendiri sentiasa berdoa agar apa yang dihasratkan ini dimakbulkan oleh Allah,” katanya lagi.

Komen : ahli agama seperti mufti mempunyai kedudukan tinggi di kalangan rakyat.

mereka bukan ahli politik tetapi mereka ialah ahli agama yang tidak menjadi alat kepada mana mana ahli politik.

mereka ikhlas berdakwah dan sanggup mengeluarkan kenyataan walaupun ianya boleh menimbulkan polemik dan merugikan pemerintah.

namun mereka sering ditohmah oleh ahli dan fanatik politik yang sempit dari parti pas.

Para Mufti ini sering menjadi sasaran kecaman walaupun mereka yang mengecam mendakwa membawa manusia kepada Islam dan melaungkan slogan takbir dalam tutur kata mereka.

AYuhlah kita berusaha perpaduan dapat diwujudkan di malaysia ..

Categories: Uncategorized

Kenapa CNN temubual Anwar ?

Wartawan US pertikai temubual Anwar di CNN , berapa Anwar bayar kepada CNN menaikkan imejnya di US ??

Misi lobi Anwar ke Washington : Anwar dilaporkan telah berjumpa dengan Sir William Cohen, Howard Berman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Amerika Syarikat dan Kurt Campbell Timbalan Setiausaha Negara Untuk Asia Timur dan Pasifik

oleh : AIDCNews

Pendedahan Joshua Treviño wartawan dari The New Ledger dalam artikelnya bertajuk “CNN, bad journalism, and Anwar’s apology tour”[klik di sini], 4 Julai 2010, membongkar lagi satu ruang misteri yang cuba disembunyikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka misi lawatan memohon maaf kepada Yahudi, di Washington baru-baru ini.

“Wawancara dirakam sebagai sebahagian daripada Misi Lawatan Mohon Maaf ke Amerika Syarikat untuk membetulkan kembali kenyataan anti-Semitik yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim di Malaysia dapat disimpulkan bahawa media Barat telah membuat liputan yang salah berkenaan Anwar”, dedah wartawan dari The New Ledger itu.

Kenyataan Joshua Treviño itu merujuk kepada wawancara di antara wartawan CNN International Connect To The World dengan Anwar Ibrahim yang disiarkan Jumaat lepas.

Penulis yang juga Presiden Trevino Strategies and Media, Inc.di Sacramento, California berhujah Anwar telah menggunakan lobi rangkaian sahabatnya di CNN dan membayar penerbitan wawancara tersebut untuk menaikkan semula imejnya di kaca mata dunia.

“Wawancara CNN tersebut tidak menyebut langsung berkenaan berita utama terhadap yang dilemparkan kepada Anwar hari ini (anti-semitik)”, kritiknya.

Joshua Treviño yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Ketenteraan USA di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush turut mengkritik wartawan CNN yang tidak bertanyakan soalan kegagalan Anwar mengotakan janjinya untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008 dan meminta bukti daripada Anwar yang mendakwa kerajaan Malaysia dibantu pelobi Yahudi di Amerika Syarikat dan beberapa pihak di Israel, sedangkan kedua-dua persoalan ini sudah menjadi pengetahuan umum.

Penulis The New Ledger juga menyifatkan wartawan CNN itu tidak melakukan penyelidikan mendalam dalam pembikinan beritanya. Hanya menghabiskan beberapa minit untuk bertanyakan Anwar dengan soalan-soalan yang mudah tetapi tidak serius kepada persoalan yang menjadi perhatian pihak Barat.

Misalnya ketika bertanyakan Anwar, berkenaan dengan dwi sistem undang-undang iaitu undang-undang Syariah (Islam) dan undang-undang sivil yang diamalkan di Malaysia.

Menurutnya lagi ketika menjawab persoalan tersebut, jawapan Anwar kabur. Anwar dilihat berusaha menampilkan dirinya anti undang-undang syariah seperti yang dikehendaki oleh pihak Barat tetapi dalam masa sama tidak mahu kehilangan sokongan rakan kompenannya dalam Pakatan, PAS yang mempertahankan perundangan syariah itu.

“Wartawan CNN itu jelas tidak berminat melakukan hal-hal kewartawananan, hal ini memudahkan Anwar untuk mencipta lebih banyak kekaburan”, tegas penulis itu.

“Inilah yang terjadi di kalangan media utama. Sesiapa sahaja yang telah dibayar oleh Anwar untuk menaikkan imejnya di Amerika Syarikat yang pastinya mempunyai hubungan rapat di kalangan pengamal media, khususnya di CNN”, tegas penulis itu lagi.

Menurut penulis, strategi wawancara dan soalan yang dirancang adalah sebahagian daripada kaedah untuk menjayakan misi lawatan Anwar ke Amerika dalam usaha menambat semula sokongan Yahudi.

Dalam AIDCNews sebelum ini[klik di sini], kami melaporkan usaha keras Anwar dengan melutut kepada Yahudi serta membersihkan imejnya sebagai bukan “anti-Yahudi dan anti-Semitik”.

Dalam menjayakan misi itu Anwar dilaporkan telah berjumpa Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan Keith Maurice Ellison, ahli kongres kerajaan Presiden Obama.

Berita antarabangsa, AFP pula melaporkan Anwar telah berjumpa dengan Kurt Campbell yang menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Negara Untuk Asia Timur dan Pasifik. Klik di sini

AFP melaporkan Anwar juga turut berucap di Woodrow Wilson International Center(WWIC), sebuah pusat Antarabangsa yang diambil dari nama bekas Presiden Demokrat Amerika Syarikat ke-28, Thomas Woodrow Wilson. Woodrow Wilson dianggap simbol ‘keagungan Yahudi’.

Dalam ucapan Anwar di WWIC, pidatonya senada dengan hasrat Israel iaitu untuk mendapatkan ‘Sebuah Negara Israel Yang Sah’ melalui muslihat yang licik yang dinamakan ‘two state solution’. Tonton ucapan Anwar di WWIC dalam video di atas.

Lebih mengemparkan lagi laporan dari Jackson Diehl dari The Washington Post. Selain melaporkan Anwar berjumpa dengan beberapa tokoh Yahudi termasuk Howard Berman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Anwar turut dilaporkan memohon maaf kepada Yahudi berkenaan dengan penggunaan istilah yang pernah diucapkan sebelum ini yang mengguris perasan Yahudi.

“Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah “pencerobohan Zionis” yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. “Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?” katanya. “Saya perlu berhati-hati”. Lapor Diehl. Klik di sini

http://sejarahmelayu.blogspot.com/2010/07/wartawan-us-pertikai-temubual-anwar-di.html

Categories: Uncategorized