Archive

Archive for June, 2008

Anwar pengecut kerana berlindung di kedutaan Turki !

Mana Anwar yang akan jadi perdana menteri September nanti ? kenapa sekarang takut serah diri ke balai polis dan buat buat tak tahu. Berani kerana benar takut kerana salah…

Adakah ini bermakna taktik terakhir berikutan kes kes berikut ?

1. Isu Babi 100 juta

2. Isu pembesaran Gereja Kuil di Selangor

3. Balak di Kedah

4. Pemulauan PAS yang tidak hadir di Shah Alam untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat

5. Isu duit sumbangan syarikat yang telah dibolot oleh PKR

6. Perletakan jawatan SU PKR SElangor hingga membawa kepada demonstrasi 200 penyokong PKR di depan rumah Anwar di Segambut.

7. Protes PKR isu minyak yang tidak disertai PAS dan tidak mendapat sambutan rakyat.

8. Perundingan PAS dan UMNO yang digembar gemburkan hingga meresahkan Anwar selaku de facto PR.

9. Menutup isu akuan sumpah ( baca : palsu ) oleh Raja Petra Kamaruddin hingga menjejaskan nama baik Najib Tun Razak.

10. Sumpah keramat Ezam Mohd Noor yang akan menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri.
Ini boleh juga kita andaikan bahawa Anwar ‘ mengupah’ pembantunya membuat laporan polis bagi menghangatkan kembali sokongan kepada PR selepas satu persatu serangan dari Kerajaan dan UmnO hingga mencalarkan imej Anwar di mata penyokong Pakatan Rakyat.

Justeru, jika dibiarkan tentu rakan rakan lain akan meninggalkan beliau keseorangan jika isu hot sebegini tidak timbul waktu ini.

Pak Lah dalam berita – di sini – dah suruh polis siasat laporan polis oleh pembantu khas Anwar tersebut…Kita tunggulah episod baru politik Malaysia ini dan apa kesannya kepada negara dan diri kita nanti…

Categories: Politik Malaysia

PAS akan pupus jika kekal dalam Pakatan Rakyat

oleh KPMU

June 27, 2008 by Pendeta

Tiada angin masakan pokok boleh bergoyang, namun pokok juga boleh bergoyang jika beruk yang goyangkan, meminjam kata-kata Khairy Jamaluddin. Ura-ura bahawa parti pakatan rakyat Selangor yang kini sedang dilanda masalah telah tersebar luas bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh Malaysia. PAS yang banyak berkecil hati dengan PKR dan DAP kini telah meluas mengorak langkah untuk melakukan
sesuatau sebelum lebih banyak ahli PAS yang sudah mula hilang kepercayaan kepada Parti berkenaan.

Walaupun Naib Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menafikan ada membuat pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di London baru-baru ini, namun ada mata-mata yang menjadi saksi telah menghebahkan perkara ini dan ianya kini amat merungsingkan pemimpin pembangkang khususnya Anwar ibrahim yang sibuk untuk mencanangkan bahawa ada ahli parlimen BN akan melompat parti. Mungkinkah Anwar akan kempunan sebelum 16 Desember ini. Yang dikejar tidak
dapat yang dikendong berciciran. PAS kini hilang kredibiliti mereka dan tercemar imej Islam mereka semenjak menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan Selangor.

Di kawasan Ampang dan Gombak, ramai ahli mereka kini mengeluh dan menyesali apa yang telah dilakukan oleh pemimpin mereka dan ramai yang kini malu untuk mengakui bahawa mereka adalah ahli PAS. Pemimpin PAS juga dikatakan kini agak sukar diketemui dan sengaja melarikan diri dari bersua muka dengan ahli mereka kerana merasa malu dan takut akan dihujani dengan banyak persoalan.

Ada yang berkata bahawa mereka telah menjangka pakatan antara PKR, DAP dan PAS ini tidak akan kekal lama kerana ketiga -tiga parti ini mempunyai perbezaan perjuangan. PAS gagal untuk membawa pemerintahan secara Islam di Selangor seperti apa yang pernah mereka laungkan dahulu. Ada ahli berkata bahawa mereka lebih senang dengan pemerintahan BN dari pemerintahan PKR di Selangor kerana ianya lebih teruk dan jelas bahawa PKR hanyalah boneka kepada DAP di Selangor. Rasuah telah mula berleluasa dan PAS gagal untuk menunaikan manifesto mereka kepada rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihanraya yang lalu kerana dihalang oleh PKR.

Penyelewengan telah mula menular dikalangan pemimpin dan pegawai kerajaan PKR dan ahli PAS Selangor kini mengeluh kerana mereka juga kini dianggap bersubahat dengan mereka. Ada juga yang berkata bahawa PAS akan pupus pada pilihanraya akan datang jika sekiranya terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Oleh Nazri Salih

Categories: Politik Malaysia Tags:

Penjelasan Isu mengenai kenaikan minyak ! dari blog air kopi.

 

Artikel ini dipetik dari http://pedangberbisa.wordpress.com yang menukilkan dari blog Air Kopi ….

Sebarkanlah untuk sesiapa yang ingin penjelasan atau menyerang pembangkang ….

Kita hentam mereka habis habisan !!

[ISU-MINYAK+-01.bmp] [ISU-MINYAK+-02.bmp] [ISU-MINYAK+-03.bmp]

 [ISU-MINYAK+-04.bmp] [ISU-MINYAK+-05.bmp] [ISU-MINYAK+-06.bmp]

 

[ISU-MINYAK+-07.bmp] [ISU-MINYAK+-08.bmp][ISU-MINYAK+-09.bmp] 

 [ISU-MINYAK+-10.bmp] [ISU-MINYAK+-11.bmp]  [ISU-MINYAK+-12.bmp]

 [ISU-MINYAK+-13.bmp] [ISU-MINYAK+-14.bmp]

[ISU-MINYAK+-15.bmp]  

 

 

Categories: 1

PAS kecewa dengan PKR ! selepas 100 hari diberi amanah oleh rakyat

Pemuda Pas kecewa derma masuk akaun PKR

 

 

SHAH ALAM 24 Jun – Dewan Pemuda Pas Selangor kecewa dengan tindakan penganjur sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan campuran di negeri ini yang memasukkan wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk program itu ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 ( nasihat saya tidak perlu kecewa kerana memang begitulah perangai mereka sejak dulu lagi… )

Ketuanya, Sallehen Mukhyi khuatir perkara seperti itu mungkin boleh berlaku lagi pada masa akan datang melibatkan nilai wang yang lebih besar.

Besat atau kecil bukan masalah…Tetapi sikap tidak amanah ini yang boleh menghancurkan integriti yang diinginkan oleh Perdana Menteri. Sedangkan sebelum ini sudah ada pendedahan dibuat di mana satu surat yang sama diedarkan untuk mengutip derma bagi beberapa pihak berlainan dan disalah guna oleh pihak tertentu. Rujuk pendedahan Lokman Adam bab ini….

Justeru, beliau mendesak pucuk pimpinan negeri yang diterajui PKR, Pas dan DAP menubuhkan Majlis Perundingan Pakatan Rakyat bagi memastikan kesilapan yang diakui sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tidak berulang lagi.

Jangan begitu, desak turun teruslah…Bagi Hassan Ali pula memerintah.

“Saya fikir benda-benda macam ini berlaku disebabkan tidak ada satu pakatan atau jawatankuasa di peringkat parti, yang ada cuma perbincangan peringkat kerajaan negeri.

Jelaslah sekarang tidak ada pakatan antara parti PAKATAN RAKYAT sedangkan mereka telah menggunakan jenama yang sama ketika mengutip undi dari rakyat. Siapa salah sekarang ?

“Disebabkan itulah berlaku kebocoran seperti ini tanpa pengetahuan. Selagi tidak ada jawatankuasa peringkat parti, selagi itu tindakan yang membelakangkan semangat pakatan pembangkang akan berlaku, masing-masing ambil tindakan sendiri.

“Kebocoran ini bukan hanya akan menguntungkan pihak lain termasuk Barisan Nasional (BN) yang akan mencari isu untuk didedahkan, tetapi bakal mengundang persoalan di kalangan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Apa tindakan PAS ? keluar dan bersatulah dengan UMNO. Ibarat carik carik bulu ayam lama lama bercantum juga. Sultan Perak pun dah bertitah agar jangan kita jadi musafir di tanah sendiri.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mengakui wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor dimasukkan ke akaun PKR dan bukan kepada kerajaan negeri seperti sepatutnya.

Ini satu salah laku dan beliau perlu ‘direhatkan’ dari ‘permainan politik’ ini dan orang lain perlu mengambil alih kerja beliau yang bagi saya hanya layak mentadbir syarikat tidak kerajaan yang menaungi rakyat dan menjadi sasaran kecaman semua pihak.

Perbuatan itu dipercayai menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.

Tidak senang hati tapi diam diri ??? macam isu BABI lah … kerana takut hilang jawatan dalam kerajaan ?

Perkara itu terbongkar selepas bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd. Nor mendedahkan wang sumbangan tersebut dimasukkan ke dalam akaun PKR sedangkan surat yang dikeluarkan kepada syarikat swasta untuk memohon sumbangan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ezam sudah berjasa kepada UMNO dengan memberikan sumbangan bermakna ketika UMNO memerlukan ‘ gol’ kemenangan seperti ini. Beliau tentu akan diingati kerana berani mendedahkan salah laku dan itulah juga sebab perpindahan beliau dari NGO GERAK kepada UMNO selepas 10 tahun dipecat dan berkelana di luar parti.

Sambutan 100 hari kerajaan campuran pembangkang mentadbir Selangor diadakan di Stadium Shah Alam di sini Jumaat lalu yang dihadiri para pemimpin kanan ketiga-tiga parti.

Digembar gembur semua ketua kerajaan akan hadir tetapi sayang ramai pemimpin PAS termasuk dari DAP  tidak memberi komitmen dan rakyat telah melihat ini satu keretakan yang akan menimbulkan perpecahan dan meruntuhkan kerajaan yang cuma dipinjamkan sekejap kepada Pakatan Rakyat yang tidak memberi hak dan komitmen menjaga rakyat sebenar di Malaysia ini iaitu bangsa MELAYU….

berita lanjut klik sini

Sementara itu, Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta polis menyiasat Abdul Khalid di bawah kes pecah amanah jenayah (CBT).

“Siasatan itu perlu dilakukan kerana tindakan Abdul Khalid itu tidak sepatutnya berlaku kerana sambutan berkenaan merupakan acara yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang memberikan peruntukan penganjuran sebanyak RM200,000.

“Tindakan mengutip sumbangan untuk akaun PKR seolah-olah menunjukkan parti itu cuba mengambil kesempatan daripada sambutan tersebut bagi mendapatkan sumber kewangan,” katanya.

Itulah sepatutnya dan BPR atau POLIS kena cepat cepat bertindak kerana pengakuan sudah dibuat dan Khalid sudah terjerat dengan soalan wartawan yang sangat ‘terrer’ mencari isu dan bahan berita……

Tidak lama lagi Bung Anwar akan jadi MB….. itupun jika dipersetujui PAS dan DAP lah !! takkan LKS akan diam tak minta ahli DAP menjadi calon kot !

Saudara saudari !!! fikirlah dan renunglah ‘ pakatan tidak berkat’ ini yang hanya dilihat bersatu dari luar namun berpecah dari dalamnya… Apakah mereka akan menjadi harapan untuk rakyat ????

jawab saya ; tidak sama sekali !!!!!

Categories: Pendapat Tags:

Erti M.A.H.A.T.H.I.R ; satu pujian, penghinaan atau kenyataan ?

Bagi penyokong Tun ia satu kenyataan !

Bagi penyokong kerajaan Pak Lah ia satu penghinaan !

Bagi Tun ? mungkin ia satu PUJIAN !!!

Jika Pak Lah tidak hirau puji pujian, Mahathir suka PUJIAN …

Meskipun ia mengkhayalkan sesiapa yang menerima pujian tanpa batasan ….

Cuma jika orang tanya bila Tun akan ‘shut up’ dan berhenti ‘bising’ saya tahu ..

Bila ‘tanah’ menimbus diri Tun dan tiada lagi suara, teman, penyokong,anak,isteri dan pancaran cahaya lensa serta mikrofon untuk meluahkan perasaan dan pandangan.

Moga Allah memberi kesihatan yang baik hingga Tun dapat membantu Pak Lah menguatkan BN/UMNO dan menyatu padukan PAS PKR dan DAP sebagai warga Malaysia.

Mungkin mustahil tetapi tiada yang mustahil di sisi Allah.

Categories: 1

Tok Janggut akan pertahankan PERDANA MENTERI !!!

Tok Janggut akan pertahankan PERDANA MENTERI !!! di blog klik sini

Sebelum artikel ini ditulis, semalam kita digemparkan dengan ‘detik detik’ awal usaha meruntuhkan negara Malaysia tercinta ini dengan cara jijik dan kotor telah bermula. SAPP sudah khianat parti BN…Mereka sudah bersatu hati dengan Anwar selepas bertemu di luar negara demi perut demi pangkat, wang, dan sokongan tanpa mengira kepentingan Nasional. Jika saya menjadi Perdana Menteri, mereka inilah pengkhianat perjuangan BN dan perlu dinyahkan dari Malaysia segera.

Namun Pak Lah tetap baik hati. Paling kuat dia kata ; Yong tamak. Itu sahaja. Kita yang di bawah ini merasa sangat pelik dengan sikap cool dan tenang Pak Lah ini. Tun Mahathir dan anak dok kutuk dan perli dia boleh diam membatukan diri..Hingga tidak pernah lagi saya lihat Tun mahathir dikalahkan dalam diam oleh Pak Lah yang memang handal dalam strategi politiknya. Bab itu saya akan hurai nanti lain artikel jika panjang umur Insya Allah….

Mahathir Mohamed and George Bush share a moment in the Oval Office in May 2002.

Dalam belayar malam malam dekat jam 12 tengah malam Jumaat ini saya bertemu gambar datuk beliau.. Sebelum ni saya hanya mendengar sahaja nama tanpa melihat gambar. Namun malam berkat ini saya ditemukan dengan arwah pejuang UMNO dan pencetus tarikh keramat kemerdekaan Malaya hingga kini disambut iaitu 31 Ogos 1957. Beliau ialah Abdullah Fahim..

Mungkin di tengah kesedihan saya melihat Pak Lah diperlakukan dari dalam dan luar UMNO, saya merasa sangat hiba mengenangkan Islam akan jatuh di tangan munafik berwajah Islam juga. Mereka menyerang dari luar dan dalam segala usaha murni kerajaan ke arah menerapkan nilai nilai Islam sejati dalam pentadbiran. Hingga tercetuslah Islam Hadhari !

klik sini untuk artikel penuh Anwar agent yahudi atau tidak !

Gambar beliau saya temui di Blog Ustaz Zamihan Al Ghari – seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berkhidmat di JAKIM sekarang ini. Hingga DR MAZA pun melenting dengan pendekatan ilmiah beliau hingga mendesak Al Ghari di atas dikenakan tindakan…. Namun tiada apa apa lagi setakat ini. Lagi patut DR ASRI yang kena diusir dari kerusi Mufti selepas banyak membidaahkan dari menerangkan ajaran asli Islam.

Dan ramai bersetuju termasuk Mursyidul Am PAS yang jelas sukakan aliran pembaharuan hinggakan tupai halal dimakan. Juga Hj Hadi yang pernah menuntut di Arab Saudi tentu tidak ada masalah dengan ASRI kerana pernah terdidik dengan ajaran wahabi ini yang subur mekar di tanah Arab hasil perancangan licik YAHUDI yang menerapkan ‘fikrah batil’ dalam pengajian di sana.
klik sini untuk terperinci

Sebab itu Universiti Madinah ditaja pelajarnya. Diberi duit menyebarkan ajarannya. Mendapat tiket percuma tiap tahun selama pengajiannya. Hingga ramai terliur untuk mengaji di sana kerana ‘ kilauan ‘ wang yang melimpah dari ‘kurnia’ Kerajaan Arab Saudi yang sangat PRO Amerika Syarikat!


Jika dibaca sejarah keluarga Pak Lah kita dapati beliau dari keturunan Patani. tempat lahirnya ramai ulama yang sangat warak dan takutkan Tuhan.. Ada juga titisan darah berkat itu pada Pak Lah hingga beliau dikenali Mr Clean…atau Al Amin jika dikiaskan dengan zaman Nabi s.a.w. yang memang sebelum dilantik jadi pemimpin umat arab jahiliyyah pun sudah ada Al Amin dalam diri baginda s.a.w….

Bukan bermaksud Pak Lah taraf Nabi tetapi nak cerita bahawa beliau memang seorang yang memiliki ketelusan dan integriti yang tinggi hingga tiada tuduhan dapat dilempar kepada beliau dan akhirnya anak dan menantu yang menjadi sasaran kecaman masyarakat. ada juga pendapat kata ulama pattani juga ada darah titisan Ahli Bait – wallahu a’lam.

Jika dikira dari segi umur, datuk Pak Lah rupanya hidup lama hampir mencecah 100 tahun. Panjang umur tanda berkat amalan yang bertunjangkan agama. selaku cucu saya yakin Pak Lah mewarisi sifat tersebut dan banyak perubahan dilihat dari tindakan pentadbiran beliau semasa mula mula memerintah hinggalah sekarang ini.

Pernah Syeikh Afifuddin mengadakan Haul Syeikh Ab Qadir Jailani di Putrajaya yang saya antara hadirinnya , beliau mendengar berita tersebut dan meminta untuk menghadirinya. Dalam acara tersebut beliau turut mengikuti haul dan bacaan qasidah Dibaie hingga ulama dari Haramain ASWJ yang menjadi Munsyid turut mendoakan kemusnahan bagi sesiapa yang inginkan Islam di Malaysia musnah…Dan doak juga agar Malaysia diamankan Allah dari ancaman luar dan dalamannya.

Patutlah datuk beliau meninggal menyebut ALLAH ALLAH lantaran jiwa sufi yang kuat dalam diri hingga menghabiskan saat terakhir umurnya dengan mengalunkan zikir Isim Mufrad ALLAH ALLAH..

Tapi, orang tak fikir dan nilai perkara begini. Hingga diperli ayah dan datuk Pak Lah tak ubah macam Badwi di mekah kerja jaga unta dan rendah harga diri. Seperti Fadzil Noor dan Bunyamin yang telah mati tidak lama selepas menghina keluarga Ulama sufi ini ! Kerana Awliya Allah jika disakiti seperti menyakiti Allah dan Allah isytihar perang bagi mereka yang memusuhi Kekasih-Nya..- hadis qudsi.

Lantas terfikir di benak saya bahawa sebab itulah beliau sangat cenderung kepada perkara agama.

Berani mengubah sistem kehakiman, memberi pampasan kepada bekas Hakim yang dizalimi, membebaskan anak Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Diuji dengan kematian isteri dan kesusahan menanggung kesakitan hingga kerap tertidur kerana berjaga malam… Komited hingga J-QAF dilahirkan dengan anak muda kita dihantar ke seluruh pelusuk negara mengajar agama menerusi program bersepadu yang terbaik pernah dihasilkan demi keuntungan generasi akan datang. Menaikkan gaji agar ramai merasa selesa dengan kehidupan serba mahal zaman sekarang ini.. dan banyak lagi yang hendak dicatat di sini tidaklah dapat untuk ketika ini…

Namun sayang, Pak Lah tidak pernah dihargai.

PAS tidak hargai kerana iri hati,

PKR cari jalan nak jadi menteri.

DAP gunakan peluang memecahkan umat kita biar bergaduh sesama sendiri!!!

Fikirkanlah dan jangan mudah terpedaya dengan serangan saraf merosakkan nama Perdana Menteri. Sekian lama perubahan ingin dilaksanakan akhirnya Pak Lah berdegil melaksanakannya biarpun kehilangan sokongan dari ahli parti sendiri atau kawan kawan dalam BN.

Namun saya pasti Pak Lah akan semakin kuat. Yang jahat akan keluar dengan sendiri. yang jujur dan amanah akan menjadi orang kepercayaan Pak Lah satu hari nanti… Sekarang pun sudah ramai mengundur diri atau diundurkan .. Hingga mudah Kabinet Malaysia menjalankan pentadbiran.

Moga ALLAH menguatkan Pak Lah dan orang yang ikhlas bersamanya …Amin 6666x 1000000.

TG HJ ABDULLAH FAHIM (1869-1961)

TG HJ ABDULLAH FAHIM (1869-1961)

Dilahirkan di Makkah.

Ayahnya Hj Ibrahim bin Tahir berasal dari Pattani merupakan seorg guru al-Qur’an dan ulamak di Syib Ali.

Beliau berjaya mendalami Ilmu Teras, Sastera Arab dan ilmu Falak. Mempunyai lebih 42 org guru.

Mendirikan Sek Agama Kepala Batas dan guru yg mula2 mengajar Ilmu Hadis di sek berkenaan.

Mufti Pertama P.Pinang setelah merdeka.

Pengamal Mazhab al-Syafi’iiyah yg tegas dan menyifatkan fahaman Wahhabiy sbg fahaman Khawarij.

Beliau juga menolak doktrin Ibn Qayyim alJauziyyah yg disifatkan sbg al-Kharijiy.

Datuk kpd Perdana Menteri ( gambar di atas – tuan blog ).

Memilih tarikh kemerdekaan Malaysia.

Kembali kerahmatillah dlm Husn al-Khatimah dgn mulutnya menyebut : Allah-Allah-Allah pada 27 April 1961 jam 8 malam ( usia 92 tahun – tuan blog ).

Categories: 1

Blog Datuk Seri Shahidan Kassim sokong Pak Lah !

Nampaknya blogger dari kalangan ‘orang besar ‘ UMNO semakin bertambah dengan kemasukan senarai terbaru ini iaitu Shahidan kassim. Beliau juga nampaknya terikut dengan trend terkini zaman sekarang iaitu mendekati rakyat yang selalu merayau di alam siber agar mereka tetap setia dengan BN dan khasnya UMNO sebagai wadah perjuangan ataupun dokongan…

Diharapkan semakin ramai YB dan Menteri akan mewujudkan blog masing masing. Dengan membuka peluang sebarang kritikan dan pujian tanpa ada sekatan atau tapisan merintangi ‘ perubahan’ ini…

Asal tulisan Datuk Seri Shahidan Kassim : http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/

Bagi saya dan rakan-rakan tidak menjadi pesoalan siapa Dato Seri Abdullah akan namakan sebagai pengantinya yang penting dia hendaklah orang yang bersih dari segala skandal . Berdasarkan situasi sekarang saya yakin bahawa Dato Seri Abdullah tidak akan tunduk kepada desakan menyuruh beliau mengundurkan diri. TERUSKAN PERJUANGAN MU PAKLAH. Kerana sekiranya YAB Dato Seri mengundurkan diri sekarang di dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil dan di dalam keadaan politik yang bermasalah maka rakyat akan mengingati beliau sebagai PM yang bermasalah. Teruskan memimpin YAB Paklah kerana saya yakin bahawa beliau mempunyai kemampuan yang tinggi untuk memulihkan Ekonomi Malaysia. Saya juga yakin Tun Dr Mahatdir sepatutnya turut memberi bantuan kepada YAB Paklah. Saya ingin tuan/puan memberikan komen kepada saya cadangan sekiranya TUN MAHATDIR DI BERIKAN JAWATAN PENASIHAT EKONOMI NEGARA. YAB Paklah perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan terlebih dahulu sebelum mengundurkan dirinya dan menamakan Penganti.Ada desas -desus menyatakan Bahawa Ds Anwar berminat untuk kembali kepada UMNO. Ini satu kebaikan kepada UMNO dan kerajaan Negara ini sekiranya ini berlaku.Bagi saya sekarang bab kata orang utara Perlih kita tak bolih kira temollog kita sendiri kita kena ambik kira kekuatan Parti dan kestabilan Kerajaan. Stabilnya kerajaan maka ekonomi pun akan menjadi semakin stabil.Insyallah. Malaysia hari ini semakin bermasalah dari segi ekonomi sudah tiba masanya Tun Dr Mahatdir, Tun Daim Zainuddin,Dato Seri Anwar , dan Nik Aziz untuk duduk semeja dan membincangkan Islam dan permasalah dari segi politik perlu diletakan ketepi ….Rakyat akan semakin tertekan…..Perjumpaan ini juga hendaklah di hadiri oleh YAB Paklah…..Kita semua Melayu yang berugama Islam…Islam mengajar kita untuk mengeratkan perpaduan,bermaafan sesama sendiri,tidak mengutamakan diri sendiri,Berjimat cermat,Jujur, dan tidak mengikut nafsu semata-mata serta banyakan bersabar dan hormatkan orang tua. INGATLAH KITA TIADA PEMIMPIN YANG PALING AGUNG DI DUNIA INI KECUALI RASULLAH SAW PERSURUH ALLAH AZZAWAJJALLA. Kita perlu mengambil pendekatan yang di gunakan oleh RASULLAH SAW di dalam pentadbiran sesebuah Negara inilah yang cuba di terapkan oleh YAB Paklah. Tetapi dah menjadi kebiasaan orang Melayu yang berugama Islam serta para pemimpin parti politik yang mana apa pun yang di buat oleh orang yang mereka tidak suka akan di katakan tidak baik,tidak bagus,lekeh dan sebagainya.Kadang kala hasil yang dibuat oleh seseorang pemimpin bukanlah akan nampak pada masa sekarang tetapi ianya mengambil jangkamasa yang panjang barulah tumbuh hasilnya. Tun Dr Mahatdir pun tidak kurang hebatnya di dalam bidang pentadbiran akan tetapi mengambil masa 22 tahun untuk membawa negara ini ketahap sekarang. Akan tetapi kesukaran yang di hadapi oleh kebanyakan pemimpin negara ini adalah untuk mengubah tahap pemikiran rakyat terutama bangsa saya Melayu..Tahap pemikiran rakyat masih berada di tahap suap dan telan maksudnya semua perlu di sediakan .. Pada saya rakyat perlu di berikan kepentingan bukannya sifat ego dan kepentingan diri sendiri. Ini pemimpin sekarang tidak kira mana-mana parti semuanya mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri. YAB Dato Seri Abdullah meletakan kepentingan rakyat adalah di hadapan beliau disebabkan oleh ini beliau sedang cuba sedaya upaya untuk menstabilkan harga barang dan ekonomi negara.Insyallah saya yakin YAB Dato Seri Abdullah akan mengambil beberapa lagi langkah yang akan dapat membantu rakyat dari segi kenaikan harga barang keperluan akibat daripada kenaikan harga minyak… Saya tahu YAB Dato Seri Abdullah sekarang sedang menghadapi desakan daripada dalam dan provokasi daripada pembangkang juga sedang membantu musuh dalaman beliau untuk menjatuhkannya.INSYALLAH daripada apa yang saya perhatikan bahawa kehendak mereka tidak akan mencapai kejayaan di dalam masa ini. Disini saya juga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Dato Seri Idris Jusoh .Bab NCER saya ingin cadangkan perubahan kepada YAB Paklah kerana lebih banyak ldang dan kawasan penanaman padi perlu di buka…. SAYA MENGANJURKAN ROMBONGAN UMRAH ….KEPADA AHLI-AHLI POLITIK TERUTAMA YANG VETERAN DARI PERLIS DAN KELANTAN. MARILAH KITA SEMUA BERTAUBAT DAN MUHUN PENGAMPUNAN DARIPADA ALLAH AZAWAJJALA YANG MANA SETIAP KALI KITA MEMBUAT PERCATURAN POLTIK MAKA KITA AKAN TERLIBAT DI DALAM MEMBUAT DOSA. Kepada yang selalu menabur fitnah kepada saya bab UMRAH dan sumbangan yang saya selalu beri kepada rakyat. Untuk pengetahuan semua saya selalu pergi MEKAH mengerjakan UMRAH di tanah Haram . Jikalau duit sumbangan yang saya berikan adalah HARAM maka saya akan mendapat pembalasan yang serta merta bila ke MEKAH. dan jika duit saya menghantar orang k uMRAH adalah haram maka saya akan di berikan pembalasan yang setimpal bila menjejakan kaki di tanah haram.Ini belum ada di takdir apa berlaku kepada saya ketika ada di sana. Saya tahu tuan/puan yang selalu menabur fitnah itu tidak pernah menjejakan kaki anda di tanah haram kerana itu anda kurang pengetahuan tentang tanah haram…Sekiranya berbuat dosa besar dan tidak menyucikan diri lalu pergi ke Tanah Haram maka yakinlah bahawa mereka akan mendapat pembalasan.

Categories: 1