Archive

Archive for February, 2009

Taktik berulang : tuduh kerajaan tangguh kenaikan tol demi pilihanraya -Malaysiakini

27,February 2009 Leave a comment

Kabinet hari ini menangguhkan kenaikan harga tol di lima buah lebuhraya yang diumumkan semalam.

Hari ini Menteri Kerja Raya mengumumkan mengenai perkara tersebut.

Penangguhan ini adalah disebabkan oleh pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang akan berlangsung pada 7 April ini.

Semalam, perdana menteri yang hampir bersara, Abdullah Ahmad Badawi sendiri meminta kabinet Malaysia memikirkan semula tentang kenaikkan harga tol ini.

Apakah Najib tidak terfikir sebelum ini?

Sememangnya kenaikkan harga tol memang tidak sesuai dalam keadaan kapitalisme dunia mengalami krisis.

Akan tetapi penangguhan kenaikkan tol ini bersifat sementara. Ianya akan kembali dinaikkan setelah semua pilihanraya kecil yang tertangguh selesai.

 

http://aminiskandar.wordpress.com/2009/02/27/harga-tol-tangguh-naik-kerana-pilihanraya-kecil-bukit-gantang-dan-bukit-selambau/

 

komen saya :

 

– taktik sama….tuduh semua perkara baik dibuat kerajaan demi pilihanraya dan pilihanraya…. memang hampeh keje  diorang ni.

 

lagi menarik link ini ( sila klik ) dakwaan beliau Amin Iskandar diupah DAP

http://perakbangkit.blogspot.com/2009/01/blogger-amin-iskandar-adalah-penulis.html

Categories: 1

Tujuh Wasiat Untuk Rakyat Asal Raja-Raja Melayu-Malaysiakini

16,February 2009 Leave a comment

Tujuh Wasiat Untuk Rakyat Asal Raja-Raja Melayu

Di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam, November 22hb, 2008, Yg. Arif Dato’ Mohd Noor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia telah membacakan“Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Melayu”

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama – Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua – Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga – Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkanREJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat – Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima – Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam – Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh – Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Categories: 1

Mesyuarat Haram oleh MB haram dan Exco Pakatan Haram-Malaysiakini

8,February 2009 Leave a comment

MASIH… Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (dua, kiri) ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh hari ini. Beliau berkata barisan Exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu. -fotoBERNAMA  dari  Mstar Online

 

 

 

MB Nizar umum empat dasar penting
Muda Mohd Noor | Feb 7, 09 1:26pm
kemaskini 6:03pm Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mesyuarat exco negeri dengan mengambil beberapa keputusan penting.  

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat itu bersama semua tujuh orang exco di kediaman rasmi menteri besar sejak pagi tadi. 

Dalam sidang medianya tengah hari tadi, beliau mengumumkan empat keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat khas exco tersebut: 

bullet buttontajak pajakan untuk perindustrian akan ditukar status kepada pegangan bebas selama 99 tahun untuk merangsang pelaburan ke negeri tersebut,

bullet buttonmenghidupkan semula lapangan terbang Ipoh dan meluluskan peruntukan RM2.7 juta untuk kegunaan pesawat tambang murah Firefly,

bullet buttonkerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta dalam skim kifalah kepada warga tua khususnya miskin yang meninggal dunia, dan

bullet buttonseramai 342 anggota majlis pihak berkuasa tempatan bawah kerajaan Pakatan Rakyat – sebelum ditumbangkan oleh BN minggu ini – akan terus menjalankan tugas mereka.

Mohammad Nizar menambah, minit mesyuarat yang mengandungi keputusan-keputusan besar itu akan dihantar kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.

Katanya, beliau akan mengekalkan jawatannya sekarang sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya. 

“Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan,” tambahnya, 

“Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri BN) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

“Belum pernah ada dalam dunia begini.”

Seperti pagi semalam, tambahnya, beliau akan terus ke pejabat rasminya di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada Selasa depan.
Tindakan yang sama akan diambil oleh barisan exco tiga parti utama kerajaan campuran itu.

Beliau juga berkata, satu permohonan akan difailkan di mahkamah pada Selasa depan untuk mencabar kesahihan pelantikan menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abd Kadir semalam.

Lebih 100 orang penyokong PAS termasuk anggota Unit Amal parti itu berada di kediaman tersebut yang kelihatan seperti biasa. 

Mereka bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa terhadap apa yang menimpa pada Mohammad Nizar dan kerajaan pimpinannya.

Dr Zambry mengangkat sumpah di Kuala Kangsar semalam di tengah-tengah kekecohan akibat bantahan ribuan penyokong Pakatan Rakyat – tidak jauh dari Istana Iskandariah, tempat berlangsungnya majlis tersebut.

Sementara itu, perkembangan berkaitan di negeri tersebut, antaranya: 

bullet buttonAngkatan Muda PKR Ipoh Barat membuat aduan polis sebagai tindak balas terhadap laporan Pemuda Umno berhubung akuan berkanun ketua bahagiannya Fauzi Mamat yang mendakwa timbalan perdana menteri cuba menyogok RM50 juta dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak.

Datuk Seri Najib Razak didakwa berbuat demikian di kediaman rasminya di Putrajaya tidak lama selepas pilihanraya umum tahun lepas.

bullet buttonSembilan yang ditangkap polis dalam perhimpunan besar depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar semalam bagi membantah pelantikan Dr Zambry ditahan reman sehingga esok.

bullet buttonPara pemimpin BN Perak membatalkan satu mesyuarat khas – asalnya dijadual jam 5 petang ini di bangunan Umno – dipercayai bagi membincangkan barisan exco baru negeri tersebut.

bullet buttonPakatan Rakyat melancarkan kempen penerangannya berhubung kemelut kerajaan Perak 8 malam esok bertempat di kediaman menteri besar.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang dijadual menyampaikan ucapan.

bullet buttonPemuda Umno Perak membuat laporan polis terhadap pemimpin atasan Pakatan Rakyat berhubung dakwaan “menghina titah Sultan Perak” yang dianggap berbau hasutan.

Selain terhadap Mohammad Nizar, ketua pergerakannya Zainol Padzi Paharudin turut menamakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengerusi DAP Karpal Singh.

Categories: 1

Tahniah MB baru Perak dan hapuskan darjah kebesaran Nizar PR yang jelas derhaka !

6,February 2009 Leave a comment

Sekejap tadi selesai sudah angkat sumpah MB Perak.

Walaupun ada kekecohan dari penyokong pembangkang yang tidak puas hati.

Jadi apa perlu buat sekarang ?

Desak Nizar dicabut gelaran Sultan kurnia sebelum ini…

 

Gesa tarik balik anugerah Datuk Seri

06/02/2009 3:37pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disaran ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada krisis tersebut dan bersikap “lempar batu sembunyi tangan”.

“Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu kerana lebih mengutamakan kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

Categories: 1

Hoyyyy Mahadey kau apa sibuk2 haa ?

5,February 2009 Leave a comment
Imej Umno akan menjadi lebih buruk – Dr M
Abdul Aziz Mustafa 
Thu | Feb 05, 09 | 6:44:56 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) – Imej UMNO yang sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu akan menjadi lebih buruk bila ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Majathir Mohamad.

Iklan
 
 
   

Walaupun Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Umno bersedia menerima sesiapa sahaja untuk menjadi ahli, tetapi dua orang yang diterima menjadi penyokong Barisan Nasional di Perak itu diingatkankan oleh Dr Mahathir sebagai mempunyai masalah.

“Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks”.

“Apakah Umno begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka?

“Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan Umno (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya.

“Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya. _

 

– tak paham lah aku dgn si tua sorang ni.

– bila lagi nak berhenti ambik tahu dan rosakkan parti ni yang baru je nak elok ni ?

– umno sekarang jika rosak adalah umno mahadey jugak. yang rosak lepas krisis paling teruk dlm sejarah hingga umno dibubar. mahadey ingat tak lagi cuba tanya..takut dah kena sindrom nyanyuk..dan mudah lupa.

-mahadey nak balas dendam pun biar berpada pada..jangan benci sangat sampai orang dah meluat macam aku ni..

-jangan lah ada lagi orang nak bodek mahadey ni sampai terganggu usaha pemimpin tertinggi kita. orang nak bela dia tak ubah macam tak sedar lagi siapa sebenar kena disokong siapa perlu ditolak.

Aku takut malaysia akan musnah macam umno pernah musnah satu ketika dulu jika korang bagi lagi muka kat mahadey ni..

jika najib rasa sesuai biarlah dia terima mana mana adun sekalipun. Tiru mcm bapak dia ajak ramai join kerajaan…

lagipun memang orang kecewa akan keluar parti..contohnya macam mahadey sendiri pun keluar juga.

jadi jangan bising bisinglah..

 

tak nak berhenti juga ? mari aku sergah sikit HOYYYY MAHADEY KAU APA SIBUK2 HAA ???????

 

 

Categories: 1

Sumpah Melayu

2,February 2009 Leave a comment

[sumpah_melayu[1].jpg]

Categories: 1

Anwar Operator CIA + berita wakil YB Osman buat laporan polis di Malaysiakini

2,February 2009 Leave a comment

Kemasukan secara tiba-tiba ADUN Bota, Dato Nasaruddin Hashim ke dalam PKR menguatkan spekulasi bahawa CIA telah bantu Anwar beli calon-calon BN.

Dikhabarkan Anwar telah hubungi tujuh ADUN BN di Perak, tetapi yang bersetuju untuk melompat hanyalah ADUN Bota. Anwar beri jaminan ada tiga ADUN BN lagi akan melompat.

Di Negeri Sembilan, cerita sama juga berlaku. Dikhabarkan tiga ADUN BN akan melompat ke PKR. Khabarnya, jika tiga ADUN ini melompat, PR akan boleh membentuk kerajaan dan seorang Menteri Besar dari PKR akan dipilih, berkongsi kuasa dengan DAP.

Sekali lagi Anwar berperanan di sebalik pembelian calon-calon itu.

Anwar operator CIA

Inilah wajah sebenar Anwar Ibrahim. Menjelajah ke luar negara bercakap topic DEMOKRASI, kecam Sadam Hussien perlu ditumbangkan kerana tidak demokrasi. Kecam Iran tidak demokrasi, kecam Osama Laden sebagai teroris, tetapi dalam masa sama membela Wolfowitz , si zionis Amerika yang membunuh beribu-ribu umat Islam di Iraq. Walhal kalau Anwar bukan operator CIA, yang sepatutnya dikecam bukannya Osama Laden, tetapi si Zionis Wolfowitz yang secara jelas membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Iraq, ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.

Jadi memang patut seorang wartawan Iraq lempar kasut kepada Presiden Bush, sebagai melambangkan kebencian rakyat Iraq di atas serangan Amerika.

Anwar kata dia bantah cara Wolfowitz serang Iraq. Tetapi dalam masa sama mempertahankan Wolfowitz sebagai kawan baiknya, meskipun seluruh dunia mengecam Wolfowitz. Bukankah itu lidah bercabang!

Anwar kata dia bantah Wolfowitz di Pentagon. Betulkah dia bantah, sedangkan Stephen Sackur wartawan BBC HARD TALK pun seperti tidak percaya Anwar bantah Wolfowitz.(lihat video di atas)

Kenapa Stephen Sackur tidak percaya kata-kata Anwar ?

Pertama kenyataan media susulan daripada Anwar yang menyatakan kecaman itu selain dari cakap satu pihak sahaja (Anwar).

Kedua, perjumpaan Anwar dan Wolfowitz di Pentagon, pusat CIA. Seseorang yang dikenali sebagai identiti Muslim akan disoalsiasat dengan rapi ketika mahu masuk ke Amerika, apatah lagi masuk ke Pentagon yang merupakan pusat CIA Amerika. Tidak siapapun muslim dapat masuk ke pusat CIA itu, kecuali telah dikenalpasti sebagai rakan atau operator atau talibarut Amerika.

Wolfowitz, si zionis itu akan menghalau Anwar, jika dikenalpasti Anwar sebagai musuh, sebaliknya akan mengalu-alukan jika Anwar adalah tali barut Timbalan Setiausaha Amerika itu.

Ketiga, selepas pertemuan, Anwar disogok pelbagai ’habuan’ oleh Wolfowitz termasuk pensyarah pelawat di John Hopkins Universiti(bekas tempat Wolfowitz jadi dekan), konsultan Bank Dunia danPengerusi dan Presiden Foundation For The Future (kedua-dua habuan ini diberi ketika Wolfowitz jadi Presiden Bank Dunia).

Begitu murah maruah Anwar, bercakap berdegar-degar membantah Wolfowitz membunuh umat Islam, tetapi dalam masa sama mengutip laba dan menjadi khadam berketuakan si Yahudi itu.

Kalau benar sekalipun Anwar membantah Wolfowitz kerana serangan Iraq, orang seperti ini (Anwar) tidak layak menjadi menjadi ketua apatah lagi menjadi PM, kerana, cakap berdegar-degar, tetapi mudah ‘dibeli’ dan mudah tunduk kepada sesiapa sahaja (walaupun Yahudi) asalkan orang itu berkuasa dan mempunyai banyak duit.

Tidak hairan Anwar suka membeli orang, kerana dirinya pun mudah dibeli dengan wang ringgit.

Ketika Anwar berbuih mulut di luar negara melaungkan demokrasi, tetapi di negara sendiri, Anwar bertindak membelakangkan demokrasi, membeli calon-calon BN semata-mata untuk memuaskan hatinya dan membuktikan kepada sahabat-sahabatnya di luar negara bahawa dia bakal jadi PM.

sumber NTanwar,aidcclub.forumotion.net

 

beritaMalaysiakini di sini http://www.malaysiakini.com/news/97406

Categories: 1