Home > Uncategorized > Ali Tinju PVTM Proksi Pakatan Rosakkan Barisan ?

Ali Tinju PVTM Proksi Pakatan Rosakkan Barisan ?

Kenali Prebet Ali Tinju Yang Tunjuk Bontot Kepada Ambiga

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Ali Tinju atau nama sebenarnya 1085628 Prebet Mohd Ali bin Baharom @ Mahat (bersara) yang popular kerana mengadakan ‘senaman punggung’ di hadapan rumah Ambiga kini sedang menempa nama dalam kalangan komuniti bekas tentera. Beliau yang telah melantik dirinya sendiri sebagai Presiden PVTM sebelum ini ‘popular sekejap’ kerana sering mengeluarkan kenyataan panas dan memburukkan kepimpinan KEMENTAH dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) walhal PBTM telah ditubuhkan sejak tahun 1922 lagi dan merupakan pertubuhan bekas tentera yang paling tua di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, Prebet Ali Tinju ini turut membuat serangan peribadi kepada Presiden PBTM dan pegawai kanan tentera atas alasan yang tidak diketahui dan saya berpendapat, ia dilakukan hanya untuk meraih populariti murahan dari kalangan bekas tentera.
Selepas namanya melonjak naik di internet kerana ‘senaman otot punggung’ yang dianjurkan lebih-lebih lagi setelah ditemuramah oleh Malaysiakini, Prebet Ali Tinju dilihat semakin kerap mengeluarkan kenyataan pedas mengkritik kepimpinan PBTM dan kini, menggesa agar bekas tentera untuk berdemonstrasi di hadapan KEMENTAH kononnya untuk menuntut pembelaan keatas kebajikan bekas tentera yang tidak dizahirkan dalam Akta Veteran 2011. Di Facebook, bukan main lagi Prebet Ali Tinju memaksa pembaca untuk membayangkan bahawa beliau seperti HERO bekas tentera walhal, adakah pembaca tahu bahawa ia ada udang disebalik batu? Selepas menjadi popular di internet, kini bekas tentera dimomokkan dengan bayangan HERO Ali Tinju yang seakan pernah mahu mencadangkan dirinya untuk menjadi Senator di Dewan Negara untuk hal ehwal veteran tentera? Kalaulah ada jawatan tersebut wahai Prebet Ali Tinju.

Prebet Ali Tinju telah ‘masuk askar’ – Rejimen Askar Melayu Diraja pada 20 Oktober 1990 dan telah menamatkan perkhidmatan pada 29 September 1998 (7 tahun 340 hari). Setahu saya, anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang dari tempoh 10 tahun khidmat adalah mereka-mereka yang mempunyai masalah disiplin dan kes-kes berat yang mengakibatkan mereka diberhentikan dari perkhidmatan. Prebet Ali Tinju mempuyai kes disiplin sewaktu berkhidmat dahulu. Jangan lupa ya kes pergaduhan (sewaktu sedang mabuk Guiness Stout) dengan Lans Koperal Nazri bin Ibrahim sewaktu berkidmat di Sabah? Seingat saya, cerita pergaduhan tersebut telah berlaku dari Bandar Sandakan telah berlarutan sehingga berantai dan berparang di dalam kem. Panas baran juga ya Prebet Ali Tinju kita ni. Saya turut difahamkan bahawa selain telah muflis, Prebet Ali Tinju juga handal ‘bertinju’ kerana pernah beristeri tiga! Namun, kesemuanya telah berakhir dengan penceraian dan hidup terabai. Kini saya dengar-dengar cerita, Prebet Ali Tinju sudah ‘pasang lain’?

Persoalannya, bagaimanakah bekas tentera mahu mendukung kepimpinan dari seorang individu yang tidak mampu mempimpin keluarganya sendiri?

Amat menghairankan apabila Prebet Ali Tinju cuba mendesak ATM dan Kementerian Pertahanan walhal beliau hanya berkhidmat hanya untuk tempoh 7 tahun 340 hari. Sudah jelas tidak layak! 

Di Facebook, Prebet Ali Tinju seringkali menggelarkan dirinya sebagai JENERAL ALI atau JENERAL ALI TINJU. Bukankah itu satu tindakan yang amat keji kerana menggelarkan diri anda sebagai seorang Panglima? Sebagi seorang bekas tentera, anda mungkin tahu betapa signifikannya pangkat seorang Panglima dan untuk meraih populariti, anda sanggup menggunakan pangkat tersebut sesuka hati? Jika dahulu anda pernah mengaku bahawa anda telah membohongi ramai pihak dengan gelaran Dato’, kini janganlah sewenang-wenangnya mahu menggunakan gelaran Panglima.

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk membuka pekung Prebet Ali Tinju namun, berharap agar Prebet Ali Tinju sedar dengan tindakannya yang hanya akan memberi ruang kepada pihak-pihak berkepentingan untuk terus memperalat bekas tentera untuk tujuan politik mereka. Hasrat murni Prebet Ali Tinju untuk memastikan kebajikan bekas tentera terus terbela harus dipuji namun, ia harus dilakukan mengikut prosedur dan cara yang betul. Apa yang pasti, KEMENTAH sentiasa merencana perlaksanaan terbaik untuk memastikan kebajikan bekas tentera sentiasa terbela. Jika benar Prebet Ali Tinju merupakan pendukung aspirasi kerajaan, maka nasihat saya hentikanlah pelawaan demonstrasi di hadapan KEMENTAH yang saudara ingin anjurkan. Populariti murahan ini akan memakan diri saudara satu hari kelak.

Anda mungkin tidak sedar bahawa tindakan anda akan hanya dijadikan sebagai tindakan auto-pilot pihak pembangkang kerana dengan sendirinya cita-cita mereka untuk memecah-belahkan bekas tentera akan tercapai. Adakah anda sanggup menjadi ROBOT DEMONSTRASI PEMBANGKANG?

Ingat, budaya demonstrasi jalanan bukan budaya orang yang bertamadun. Ia bukan budaya rakyat Malaysia!
Sedarlah Prebet Ali Tinju kerana ia masih belum terlambat.

Sumber dari Rakan Blogger di MINDEF, Askar Setia.

Categories: Uncategorized
  1. richardwee
    26,July 2012 at 10:42 pm

    What do we expect of a former private and a *Batman* (budak suruhan)…..i mean his IQ? Im a critic of PBTM, too…..but, i never deny the fact that PBTM has done some goodness for the Veterans too. But….not enough and they could have done better. But for this joker (so-called Ali Tinju)…..I am lost of adjectives to describe him. Probably this one and only adjective is suitable……orang gila!
    Talking about *orang gila*….reminds me of one individual …..still remember HITLER? We all know that Hitler was a Lance Corporal and a *despatch rider* in the german army. I am not saying that this Ali Tinju has got Hitler’s capabilities….no way! What i am trying to say is that…..one was a Lance Corporal and the other a private. I reckoned both has got a very minimum IQ…….and both are crazy. In the end….Hitler committed suicide. As for Ali Tinju….i do hope he doesn’t.
    I do sympathise with the PVTM members. Come on veterans…..you must be crazy, too, to have this joker as your president. C..U..B..A..A..N! Ha3!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s