Archive

Archive for June, 2012

Rafizi Ramli Hina Arwah Bapa Mertua Perdana Menteri

Pembangkang semakin keterlaluan sekarang. Menyampaikan ceramah isu politik sehingga memburukkan peribadi yang sudah meninggal dunia seperti bapa mertua Perdana Menteri, ayah kepada isteri beliau yang sudah pun meninggal.

Pendekatan ini tidak patut diamalkan kerana menghina seorang manusia yang sudah mati kerana kebencian terlampau terhadap Barisan Nasional dan Perdana Menteri tidak diajar oleh mana-mana agama atau budaya.

Rafizi Ramli perlu diajar bagaiman menggunakan perkataannya agar tidak terlampau biadap dengan kata-kata seperti menyalahkan arwah bapa mertua Datuk Seri Najib dalam ceramah politik beliau.

Adakah sikap ini dibenarkan oleh pemimpin PKR atau menjadi SOP ceramahnya ?

Baca lagi di sini kisah tersebut dan video yang dimaksudkannya blog panglima perang klik sini http://www.penembak-tepat.com/2012/06/rafiziramli-bukan-sahaja-hina-perdana.html

Advertisements
Categories: Uncategorized

Ali Tinju PVTM Proksi Pakatan Rosakkan Barisan ?

14,June 2012 1 comment

Kenali Prebet Ali Tinju Yang Tunjuk Bontot Kepada Ambiga

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Ali Tinju atau nama sebenarnya 1085628 Prebet Mohd Ali bin Baharom @ Mahat (bersara) yang popular kerana mengadakan ‘senaman punggung’ di hadapan rumah Ambiga kini sedang menempa nama dalam kalangan komuniti bekas tentera. Beliau yang telah melantik dirinya sendiri sebagai Presiden PVTM sebelum ini ‘popular sekejap’ kerana sering mengeluarkan kenyataan panas dan memburukkan kepimpinan KEMENTAH dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) walhal PBTM telah ditubuhkan sejak tahun 1922 lagi dan merupakan pertubuhan bekas tentera yang paling tua di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, Prebet Ali Tinju ini turut membuat serangan peribadi kepada Presiden PBTM dan pegawai kanan tentera atas alasan yang tidak diketahui dan saya berpendapat, ia dilakukan hanya untuk meraih populariti murahan dari kalangan bekas tentera.
Selepas namanya melonjak naik di internet kerana ‘senaman otot punggung’ yang dianjurkan lebih-lebih lagi setelah ditemuramah oleh Malaysiakini, Prebet Ali Tinju dilihat semakin kerap mengeluarkan kenyataan pedas mengkritik kepimpinan PBTM dan kini, menggesa agar bekas tentera untuk berdemonstrasi di hadapan KEMENTAH kononnya untuk menuntut pembelaan keatas kebajikan bekas tentera yang tidak dizahirkan dalam Akta Veteran 2011. Di Facebook, bukan main lagi Prebet Ali Tinju memaksa pembaca untuk membayangkan bahawa beliau seperti HERO bekas tentera walhal, adakah pembaca tahu bahawa ia ada udang disebalik batu? Selepas menjadi popular di internet, kini bekas tentera dimomokkan dengan bayangan HERO Ali Tinju yang seakan pernah mahu mencadangkan dirinya untuk menjadi Senator di Dewan Negara untuk hal ehwal veteran tentera? Kalaulah ada jawatan tersebut wahai Prebet Ali Tinju.

Prebet Ali Tinju telah ‘masuk askar’ – Rejimen Askar Melayu Diraja pada 20 Oktober 1990 dan telah menamatkan perkhidmatan pada 29 September 1998 (7 tahun 340 hari). Setahu saya, anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang dari tempoh 10 tahun khidmat adalah mereka-mereka yang mempunyai masalah disiplin dan kes-kes berat yang mengakibatkan mereka diberhentikan dari perkhidmatan. Prebet Ali Tinju mempuyai kes disiplin sewaktu berkhidmat dahulu. Jangan lupa ya kes pergaduhan (sewaktu sedang mabuk Guiness Stout) dengan Lans Koperal Nazri bin Ibrahim sewaktu berkidmat di Sabah? Seingat saya, cerita pergaduhan tersebut telah berlaku dari Bandar Sandakan telah berlarutan sehingga berantai dan berparang di dalam kem. Panas baran juga ya Prebet Ali Tinju kita ni. Saya turut difahamkan bahawa selain telah muflis, Prebet Ali Tinju juga handal ‘bertinju’ kerana pernah beristeri tiga! Namun, kesemuanya telah berakhir dengan penceraian dan hidup terabai. Kini saya dengar-dengar cerita, Prebet Ali Tinju sudah ‘pasang lain’?

Persoalannya, bagaimanakah bekas tentera mahu mendukung kepimpinan dari seorang individu yang tidak mampu mempimpin keluarganya sendiri?

Amat menghairankan apabila Prebet Ali Tinju cuba mendesak ATM dan Kementerian Pertahanan walhal beliau hanya berkhidmat hanya untuk tempoh 7 tahun 340 hari. Sudah jelas tidak layak! 

Di Facebook, Prebet Ali Tinju seringkali menggelarkan dirinya sebagai JENERAL ALI atau JENERAL ALI TINJU. Bukankah itu satu tindakan yang amat keji kerana menggelarkan diri anda sebagai seorang Panglima? Sebagi seorang bekas tentera, anda mungkin tahu betapa signifikannya pangkat seorang Panglima dan untuk meraih populariti, anda sanggup menggunakan pangkat tersebut sesuka hati? Jika dahulu anda pernah mengaku bahawa anda telah membohongi ramai pihak dengan gelaran Dato’, kini janganlah sewenang-wenangnya mahu menggunakan gelaran Panglima.

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk membuka pekung Prebet Ali Tinju namun, berharap agar Prebet Ali Tinju sedar dengan tindakannya yang hanya akan memberi ruang kepada pihak-pihak berkepentingan untuk terus memperalat bekas tentera untuk tujuan politik mereka. Hasrat murni Prebet Ali Tinju untuk memastikan kebajikan bekas tentera terus terbela harus dipuji namun, ia harus dilakukan mengikut prosedur dan cara yang betul. Apa yang pasti, KEMENTAH sentiasa merencana perlaksanaan terbaik untuk memastikan kebajikan bekas tentera sentiasa terbela. Jika benar Prebet Ali Tinju merupakan pendukung aspirasi kerajaan, maka nasihat saya hentikanlah pelawaan demonstrasi di hadapan KEMENTAH yang saudara ingin anjurkan. Populariti murahan ini akan memakan diri saudara satu hari kelak.

Anda mungkin tidak sedar bahawa tindakan anda akan hanya dijadikan sebagai tindakan auto-pilot pihak pembangkang kerana dengan sendirinya cita-cita mereka untuk memecah-belahkan bekas tentera akan tercapai. Adakah anda sanggup menjadi ROBOT DEMONSTRASI PEMBANGKANG?

Ingat, budaya demonstrasi jalanan bukan budaya orang yang bertamadun. Ia bukan budaya rakyat Malaysia!
Sedarlah Prebet Ali Tinju kerana ia masih belum terlambat.

Sumber dari Rakan Blogger di MINDEF, Askar Setia.

Categories: Uncategorized

Kerana Tiada Isu Bakal Menantu PM Jadi Sasaran Pembangkang

 

Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta
2:18PM Jun 12 2012
Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevMenurut The New York Posthari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.

Pada hemat aku la yang tak berapa cerdik ni, tindakan pembangkang di malaysiakini menggembargemburkan kisah bakal menantu PM menunjukkan buktii pembangkang tidak lagi ada isu besar untk musnahkan najib.
mereka terpaksa mengguna apa sahaja termasuk tahi untuk busukkan najib.kalau mereka tidak menyerang rakyat akan nampak pembangkang habis isu nak jatuhkan Barisan.tapi mereka terpaksa guna ‘tahi’ ini untuk menutup isu yang gagal dijawab seperti tuduhan tiga bilion duit anwar.
kalu dah abis peluru pun jangan tunjuk bodoh hang pa. Malu sikit beb.
chauu dulu. adios
Categories: Uncategorized