Archive

Archive for June, 2010

Husam akan disaman Felda kerana fakta ‘auta’?

Alhamdulillah pagi ini Panglima sempat membuat beberapa kira-kira matematik tentang isu Felda dengan membandingkan antara jawapan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Ahmad Maslan ( klik sini ) dan jawapan bertaraf ‘auta’ oleh YB Datuk Hussam (di sini). Ternyata memang patut Felda menyaman pembangkang yang terbukti memutar belit fakta dan menggunakannya untuk menghasut peneroka Felda.

Fakta pertama, baki Felda pada 2009 ialah Rm1.35 billion dan menurut Husam beliau mendapat info Felda telah memperolehi pendapatan RM5.2 billion sepanjang 2004 – 2009. Jika dicampur baki dan keuntungan di atas maka kita akan dapat RM6.55 billion untuk 2009.

Fakta kedua ialah Felda telah membelanjakan RM6.71 billion untuk kebajikan peneroka Felda dengan butirannya anda boleh lihat seperti gambar di atas. Bahkan jika ditolak pendapatan dengan perbelanjaan Felda maka kita masih gagal mendapat angka baki 2009 sebanyak Rm1.35. Kecuali apabila kita mencampurkan info Ahmad Maslan yang menyatakan Felda mendapat keuntungan RM 6.6 billion ditambah RM1.35 (baki 2009)= RM7.95. Baki yang akan diperolehi ialah lebih kurang RM1.24 billion jika ditolak perbelanjaan Felda RM6.71 billion dari 2004 hingga 2009.

Persoalan kita sekarang ialah kenapa dalam blog Husam Musa, segala perbelanjaan yang dibuat oleh Felda yang dibentangkan oleh Ahmad Maslan sebanyak RM 6.71 billion tidak dipaparkan semua ? Kenapa hanya RM3.51 billion sahaja disiarkan ? Sila lihat bukti di sini dan disiar oleh Tranungkite di sini atau gambar di atas.

Jelas bahawa jika dicampur baki pada 2009 dengan anggara pendapatan yang dikemukan Husam sebanyak RM5.2 billion maka kita akan memperolehi angka yang jauh berbeza seperti yang ditulis oleh beliau bahawa Felda kehilangan RM8 billion wang tunainya.

Amat jelas sekali taktik mengelirukan rakyat dengan memanipulasi angka telah dibuat dengan sengaja dan patutlah kenapa Felda patut menyaman Suara Keadilan seperti laporan Mstar di sini.

Kepada Husam Musa dan pemimpin pembangkang yang lain, bersedialah untuk membayar segala penipuan dan fitnah anda kepada Felda !!! Patutlah kisah meletakkan serbuk penaik (buat fitnah) ini memang kerja PAS seperti pendedahan bekas pegawai kesayangan beliau Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com

http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/06/isu-felda-bangkarap-antara-jawapan.html

Categories: Uncategorized

Felda akan saman Suara Keadilan PKR – Malaysiakini

Hisham arah KDN bertindak ke atas Suara Keadilan
Jun 26, 10 8:26pm
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein meminta Ketua Setiausaha KDN supaya meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap akhbar Suara Keadilan kerana sering mengeluarkan berita yang tiada asas dan memfitnah.

Katanya, KDN dan agensi berkaitan mesti peka dan mengambil tindakan bagi mengelakkan ia berterusan dan bagi menunjukkan bahawa hak bersuara dan membuat liputan tidak bermakna sesuatu media itu boleh berbuat apa saja.

“Hak bersuara mesti diimbangi. KDN mesti ambil tindakan. Kita dah bincangkan dengan Peguam Negara. Mereka kena tengok syarat-syarat KDN dan tanggungjawab mereka kepada pembaca dan orang ramai. Saya difahamkan kementerian dah panggil akhbar itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di Kulim hari ini.

Akhbar itu pada keluaran bertarikh 22 hingga 26 Jun lalu menyiarkan berita utama di muka hadapan bertajuk ”Felda Bankrap” dan empat lagi artikel berhubung isu itu dalam keluaran sama.

Berikutan laporan itu, semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata Felda akan menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi itu.

Pada 29 Disember tahun lalu, akhbar yang sama menyiarkan berita bertajuk ”Zambry Disyaki Pengganas – Gagal Masuk ke Amerika Syarikat” yang mendakwa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ditahan pihak Imigresen di Amerika Syarikat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Zambry kemudian memfailkan saman fitnah RM100 juta kepada akhbar itu dan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Akhbar itu bagaimanapun membuat permohonan maaf kepada Zambry.

– Bernama

sumber – http://www.malaysiakini.com/news/135682

Categories: Uncategorized

KJ berpaling tadah ?


Beberapa hari lalu Daniel telah menyebut mengenai laman web milik Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS yang mempersoalkan kaitan Anwar Ibrahim dengan ICG, organisasi pro yahudi dan Israel.

Hari isnin lalu (14 Jun 2010) kroni rapat Anwar Ibrahim iaitu Kamaruddin Jaafar, ahli parlimen PAS Tumpat pula dengan lantang di Parlimen menyelar Ketua Pembangkang itu seorang yang rapat dengan yahudi yang berada di dalam IMF (International Monetary Fund).

Beliau menyebut seperti dalam gambar di atas ” oleh sebab itu kita menolak IMF kerana IMF ini Yahudi dan Yang Berhormat Permatang Pauh pun ada kaitan dengan yahudi IMF segala ini”.

Ayat yang keluar dari mulut Kamaruddin Jaafar ini menarik perhatian seisi dewan kerana beliau terkenal dengan gelaran kroni Anwar paling rapat dan sanggup berbuat apa sahaja demi Anwar termasuh menjadi Trojan Horse PKR di dalam PAS,barua Anwar Ibrahim dalam IKD dan turut dalam komplot Anwar bersama APPC.

Hari Isnin lalu beliau sanggup pula mengeluarkan ayat sebegitu kepada Anwar Ibrahim.Perkara ini jelas membuktikan yang beliau tahu dan yakin Anwar Ibrahim mempunyai kaitan rapat dengan yahudi di dalam IMF.

Antara lain perkara ini mungkin memperlihatkan Kamaruddin Jaafar sudah tidak lagi menyokong Anwar. Apa yang sudah terjadi di antara mereka?

Adakah duit Anwar Ibrahim sudah tidak sampai lagi kepada Kamaruddin Jaafar ataupun Kamaruddin sudah sedar Anwar semakin habis riwayat politiknya?

Wartawan sila tanya Kamaruddin Jaafar..

tajuk asal : Gempar! Kamaruddin Jaafar Pula Kata Anwar Ibrahim Agen Yahudi

http://danielarif.blogspot.com/2010/06/gempar-kamaruddin-jaafar-pula-kata.html

Categories: Uncategorized

Dr Asri tak perlu sertai parti politik – Zulkifli Nordin

Salam 2 all.

Saya agak terkejut membaca lapuran MalaysiaKini hari ini mengenai kemungkinan sahabat saya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan menyertai UMNo Jumaat depan bersama dengan beberapa ulama’ muda yang lain. Kebetulan minggu lepas Dr. Asri hadir sebagai tetamu di pembukaan Mu’tamar Agong PAS di Kota Bharu.

Saya telah menghubungi Dr. Asri dan berbincang dengan beliau. Beliau menegaskan belum membuat keputusan mengenai soal menyertai mana-mana parti politik buat masa ini. Dan bagi yang berminat dengan kebenaran, sila layari lamanweb beliau http://www.drmaza.

Saya telah mengulangi pendirian saya kepada sahabat saya Dr. Asri supaya beliau tidak menyertai mana-mana parti politik, samada UMNO ke atau PAS? Saya sarankan kepada beliau supaya terus dengan status ulama’ bebas yang tidak terikat dengan politik kepartian, kerana saya telah melihat apa terjadi kepada para ilmuan dan agamawan yang kecundang kepada berhala politik kepartian ini.

Memang seorang ulama’ perlu berpolitik, malahan pada saya wajib seorang ulama’ itu menjadi seorang political savvy. Tetapi bukan dengan berparti politik. Kita lihat contoh di Iran, pengaruh Ayatollah yang sangat dihormati walaupun tidak berparti. Kita lihat Syeikh Dr. Abdul Rahman Syudais yang pandangannya bebas tetapi tegas, samada diikuti atau tidak itu soal kedua, tetapi beliau berani bercakap berdasarkan hak dan kebenaran Al Quran dan Hadis.

Seorang ulama’ bebas dari politik kepartian adalah saperti harimau yang bebas dihutan belantara. Jangankan berdepan dengannya, mendengar ngaumannya sahaja pun ada yang terkencing dalam seluar. Melihat tapak kakinya sahaja melahirkan kegerunan. Tetapi harimau yang sama, diletak didalam kandang zoo, jangankan mengaum, jadi tontonan bebudak tadika je. Itulah kedudukan ulama’ yang duduk didalam kandang kepartian, sekadar menjadi tontonan dan bahan hiasan sahaja.

Saya berharap Dr. Asri akan menimbang dengan serius saranan saya. Apapun, hak memilih adalah hak beliau, dan jika beliau memilih untuk menyertai mana-mana parti politik, saya akan menghormati keputusan itu walaupun saya mungkin tidak bersetuju dengannya.

Wallahua’lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
07 Rejab 1431
21 Jun 2010

http://zul4kulim.blogspot.com/2010/06/dr-asri-join-umno.html

Bagi saya Dr Asri akan menyusahkan UMNO jika diterima masuk selain boleh menjadi liabiliti kepada Kerajaan ekoran fahaman kaum muda beliau…

Baik rugi sikit dari rugi banyak jika terima beliau menjadi Dewan Ulama Umno.

Categories: Uncategorized

Bukan Chua Jui Ming Sahaja Ditarik Darjah Kebesaran oleh Sultan Johor !

Tiga lagi ditarik gelaran Datuk

JOHOR BAHRU – Wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir merupakan antara tiga lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran oleh Sultan Johor.

Dua orang yang turut dikenakan tindakan sama ialah Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.

Sebelum ini, tindakan yang sama diambil terhadap bekas Menteri Kesihatan merangkap Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Chua Jui Meng.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, tindakan terbaru ke atas Sharifah Mazlina dan dua lagi diambil pada 4 Jun lalu mengikut Fasal 12 Undang-Undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Beliau berkata, pihaknya telah menimbang laporan terhadap beberapa Ahli Darjah Mahkota Johor dan bersetuju menasihatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar supaya melaksanakan kuasa menarik balik darjah kebesaran tersebut yang dinilai menerusi kesetiaan, kemuliaan dan perkhidmatan individu terbabit.

“Lazimnya, pihak kami tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung penarikan darjah kebesaran kerana melibatkan maruah selain tidak dapat menyatakan sebab sebenar kerana terletak pada kuasa Sultan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pautan lain : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ChuaJuiMeng_SharifahMazlinaantara4ditarikgelaran_Datuk_Johor/Article

Pelik sekali kerana ada pihak menuduh BN yang memberi tekanan kepada DYMM Sultan untuk menarik darjah kebesaran.

Sultan pun diorang nak libatkan dalam politik … Kurang asam betul !

Categories: Uncategorized

Siapa Blogger PR yg berani tulis kutuk Khalid Ibrahim ni ???

KAH KAH KAH…SIGAGAP NI TAK TAU RUPANYA DAH BERTAHUN ORANG DOK BISING PASAR CURI PASIR KAT NEGERI DIA..RUPANYA DIA TAK TAU EKS….

Khalid gagap berkata dia baru tahu yang kes curi pasir berleluasa di Selangor. Dasar munafik punya manusia, sudah bertahun orang bising pasal kes curi pasir di Selangor, tiba-tiba dia kata dia baru tahu. Tak mungkin sebagai seorang yang mengetuai sebuah kerajaan dua tahun lebih perkara ini tidak sampai ke pengetahuannya.

Sebenarnya dia bukan tidak tahu, malah dia terlebih tahu. Oleh kerana nak menyelamatkan dirinya , maka alasan itu yang diberinya. Sedangkan sejak dua tahun lepas sudah berapa banyak pasir Selangor yang dicuri.

Yang ini pula kisah menipu rakyat. Kononnya hendak merakyatkan ekonomi Selangor dan hendak pulangkan balik hasil negeri kepada rakyat. Dapat memerintah negeri ibarat beruk mendapat bunga. Dijanjikan kepada rakyat kononnya mereka akan kutip hasil pasir sebanyak RM 127 juta setahun, tiba-tiba dapat RM 5.7 juta sahaja.

Bukan sedikit sasarannya lari, jika setakat kurang 20-30 % mungkin boleh masuk akal lagi. Tetapi ini kurang sebanyak 95.5 % daripada yang mereka laungkan kepada rakyat. Mereka hanya dapat kutip 4.5 % sahaja daripada apa yang ditemberangnya.

Di zaman kerajaan BN memerintah Selangor, mereka dapat kutip sebanyak RM 22 juta setahun hasil pasir. Kononnya PKR lebih cekap dari BN maka mereka akan dapat kutip sebanyak RM 127 juta setahun. Kepala but*h pak hang lah. Temberang saja lebih.

Saya nak beritahu kepada anda, di zaman BN aktiviti perlombongan pasir di tanah kerajaan tidak dibenarkan. Hanya di tanah persendirian sahaja. Ini kerana kerajaan BN tidak mahu membazirkan tanah. Apabila tanah telah menjadi lombong pasir , maka tanah itu tidak boleh digunakan lagi untuk sebarang pembangunan di masa depan. Ianya hanya kekal menjadi lombong sampai dunia kiamat. Makin hari rakyat makin ramai, 20-30 tahun lagi jika semua tanah kerajaan telah menjadi lombong, dimana kita nak bina rumah ? dalam lombong ?

Hasil yang dikutip oleh Kerajaan BN sebanyak RM 22 juta setahun adalah hasil yang dikutip dari perlombongan pasir di tanah persendirian. Kerajaan PKR dapat kutip hanya RM 5.7 juta dari tanah persendirian + tanah kerajaan + pasir sungai . Apa ke jadah ni ?

Kerajaan BN tidak perlu tubuhkan anak syarikat kerajaan negeri untuk kutip hasil pasir, tetapi mereka mampu kutip RM 22 juta. Kerajaan PKR tubuh Kumpulan Semesta dan perniagaan pasir dimonopoli oleh mereka tapi dapat kutip hanya RM 5.7 juta. Apa punya harami ni ?

Dalam masa 20-30 tahun lagi, kalau anak cucu kita tidak ada tanah lagi nak buat rumah kerana semua tanah kerajaan sudah jadi lombong, maka pada masa itu minta anak cucu kita pergi kencing atas kubur Khalid Ibrahim dan Yakob SaFari.

Sudah lah hasil yang dikutip hanya RM 5.7 juta kemudian boleh lagi bayar bonus untuk enam bulan. Apa punya sial ni ?

Ini nak merakyatkan ekonomi Selangor atau nak merakyatkan ekonomi kroni. Anda semua perlu tahu, kebanyakan kakitangan atasan Semesta adalah kroni-kroni Khalid Ibrahim semasa di Guthrie.

Tak masuk akal langsung, sebuah syarikat baru boleh bayar bonus enam bulan. Tindakan mereka membayar bonus sebanyak itu adalah untuk keuntungan kroni-kroni peringkat atasan. Yang banyak terima bonus adalah bos-bos peringkat atasan, Pekerja bawah hanya terima sikit sahaja walaupun enam bulan.

Bos-bos gaji berpuluh ribu sebulan. Jika RM 10 ribu sebulan X 6 bulan= RM 60 ribu. Manakala pekerja bawahan yang gaji yang gaji RM 1 ribu sebulan X 6 bulan = RM 6 ribu sahaja.

Untuk menghalalkan tindakan mereka dapat RM 60 ribu maka mereka turut sama bagi kepada pekerja bawahan RM 6 ribu.

Khalid Ibrahim mesti tahu punya perkara ini kerana Semesta anak syarikat kerajaan negeri. Tidak munasabah langsung jika Semesta tidak merujuk kepada beliau terlebih dahulu sebelum bayar bonus enam bulan.

Nak merakyatkan ekonomi Selangor kononnya, puk* mak hang lah. Kroni-kroni MB balun bonus sampai enam bulan, rakyat di bawah duduk jaja bil air yang dapat potongan hanya RM 11.00.

Ada orang PKR hubungi saya minta saya balun Selcat kerana kononnya DAP melalui Teng Chang Kim menghina orang-orang melayu termasuk Yakop SaFari dalam kes yang sedang dijalankan sekarang.

Jawab saya, mengapa mengadu kepada saya. Pergilah mengadu kepada Hassan Ali. Dulu waktu kami bising-bising pasal kakitangan kerajaan melayu dihina oleh Teng Chang Kim, kamu tak peduli pun kepada kami. Sudah lama kami nampak yang Selcat itu ada agenda jahat, tetapi pada waktu itu kamu semua menafikan dan mengatakan BN jahat, BN rasuah dan sebagainya.

Sekarang bila sudah kena atas batang hidung sendiri, mulalah lemas dan mulalah mencari talian hayat dengan orang-orang UMNO. Pergi mampus kamu…..

penulis blog : cuba teka tulisan sapa ?

Categories: Uncategorized