Home > Uncategorized > PDRM Mesti Siasat Tuduhan Zainudin Maidin Sultan Johor Tolak Mahathir Jadi PM

PDRM Mesti Siasat Tuduhan Zainudin Maidin Sultan Johor Tolak Mahathir Jadi PM

Apabila menemui tweet ini hamba merasa sedih melihat kerakusan politik Malaysia telah semakin menggila sehingga mengheret institusi Raja.

Kebodohan ini wajar dihentikan jika kita mahu Kesultanan Melayu ini kekal.

Namun apakah ada kalangan penyokong PH aka Mahathir ini akan merasa sedih jika kesultanan ini dihina dan ditohmah sedemikian rupa???

Meskipun agak terlewat meliht saat kicauan mesej ini bertarikh 11 May lalu namun kewujudan mesej ini masih kekal di akaun Zam membuktikan ia masih sah menjadi tuduhan liar penyokong kuat Tun M ini.

Kita lebih seronok jika YAB Tun M akan menegur blogger Zamkata ini agar jangan cuba terlalu lantang sehingga menyakiti hati Raja kita.

Kita tidak mahu Tun M dituduh melindungi blogger ini selepas dahulunya Tun M juga yang menempa sejarah mengheret Raja ke Mahkamah Khas sekaligus kemungkinan ia boleh mengurangkan kehangatan sambutan Terhadap Tun M sebaik beliau memulakan tugas di Putrajaya.

Masanya sudah tiba netizen bersuara agar suasana sihat politik Malaysia akan kembali menyinar di ruang minda pemikiran anak muda dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Jangan terus tertipu dan menipu demi kejar kuasa dan kekayaan dunia sementara ini.

Bangkitlah demi alif ba ta….

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment