Home > Uncategorized > Soalan : Mana Pergi RM27 Bilion Duit 1MDB

Soalan : Mana Pergi RM27 Bilion Duit 1MDB

DULU RM42 BILLION, SEKARANG RM27 BILLION?


Ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan angka yang dikemukakan oleh pengkritik 1MDB. Kononnya angka kerugian itu tidak konsisten dan sering berubah.


Maka kredibiliti pengkritik boleh diragukan.


Nampaknya masih ada yang gagal untuk membezakan jumlah wang yang dibelanjakan dengan jumlah wang yang masih tidak diketahui ke mana perginya.


Dan orang-orang ini ditugaskan untuk memberi penerangan isu-isu semasa bagi pihak kerajaan.


1MDB mempunyai liabiliti sejumlah RM49.1 billion setakat 31 Mac 2014. Daripada jumlah ini, RM42 billion adalah dalam bentuk hutang jangka masa panjang.


Ke mana perginya RM42 billion ini?


Kita tidak tahu secara jelas tetapi dari segi kira-kira kasar yang dibuat oleh seorang mantan Perdana Menteri, RM14.7 billion digunakan untuk membeli 15 IPP, 2 kawasan tanah di KL dan 1 tanah di Penang.


Jadi ada baki RM27 billion yang tidak diketahui ke mana kegunaannya.


Mereka yang cuba menjawab ke mana perginya wang ini berkata ia mengatakan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan kemudahan tentera baru. Tetapi kosnya hanyalah RM2.7 billion.


Ini bermakna masih ada baki RM24.3 billion.

Maka diberilah jawapan lagi bahawa wang-wang itu turut digunakan untuk membina 3 loji IPP yang baru.


Adakah mereka ini sedar bahawa 3 IPP tersebut masih belum dibina?


Dan jika benar 1MDB menyimpan wang tersebut untuk tujuan itu, mengapa mereka mempunyai masalah aliran tunai sehingga memaksa kerajaan menyediakan ‘stand-by credit’ berjumlah RM950 juta?


Hakikatnya, 1MDB telah membatalkan hasrat untuk menerbitkan lagi bon (hutang) sejumlah RM8.4 billion hujung tahun lepas bagi tujuan pembinaan loji tenaga 3B di Negeri Sembilan.


Ini sekaligus menafikan baki wang RM24.3 billion digunakan untuk tujuan modal kerja pembinaan loji IPP.


Kemudian ada disebut tentang Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 billion bagi TRX dan RM155 billion bagi Bandar Malaysia.


Memang betul


Tetapi nilai GDV bukanlah kos perbelanjaan. Ia sekadar jumlah yang dijangka diperolehi hanya selepas kawasan tersebut dimajukan.


Jika kita meminjam RM1 juta dan separuh daripada wang itu digunakan untuk membeli tanah, ini tidak menafikan keperluan untuk memberitahu ke mana perginya baki lagi separuh wang pinjaman tersebut.


Lebih menjengkelkan apabila ditanya ke mana wang tersebut pergi, kita menjawab tanah yang dibeli bernilai RM10 juta.


Apakah logik yang diguna pakai oleh mereka ini?


1MDB mungkin ada mengeluarkan kos bagi kerja-kerja pembangunan di kawasan hartanah tersebut tetapi tidak mungkin kos seperti membayar arkitek, mengukur tanah, membersihkan tapak pembinaan, dan meletakkan signboard 1MDB di sekeliling tanah tersebut menelan belanja berbillion ringgit.


Apatah lagi sehingga ke hari ini masih tidak nampak sebarang pembangunan di TRX dan Bandar Malaysia.


Kita juga diberitahu 1MDB menimbang untuk melakukan JV bagi membangunkan kawasan tersebut. Jika ada duit, mengapa perlu mencari pelabur?


Tambah pihak ini lagi, terdapat 30,000 rumah kos rendah yang akan dibina. Tetapi ia baru sahaja menelan belanja sekitar RM3 billion (mengambil kira RM100 ribu seunit).


1MDB ada melakukan program tanggungjawab sosial. Contohnya 2264 pemandu teksi mendapat baucer tukar tayar berjumlah RM520 seorang. Ini baru menelan belanja RM1.2 juta.


4,500 jemaah haji juga dikatakan telah ditaja 1MDB. Ini hanya menelan belanja RM45 juta.


Seorang pelajar muzik telah diberi biasiswa 1MDB. Adakah jumlah biasiswa tersebut bernilai billion ringgit?


Selain daripada perbelanjaan ini, kita tidak tahu ke mana perginya wang tersebut.


Begitu susahkah untuk memberitahu secara kasar ke mana lagi baki RM24.3 billion itu pergi?


Tamat.



Mohon jawapan soalan di atas.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment