Archive

Archive for July, 2009

Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.

Utusan Malaysia

SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.

Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)

Oleh hal demikian, kenyataan ‘buta’ sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.

Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.

Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.

Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.

Pemerintahan

Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.

Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.

Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.

Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.

Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.

Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.

Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.

Mereka perlu ‘belajar’ untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.

Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)

Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?

Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.

Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.

Categories: 1

Apabila kematian jadi modal politik

Oleh: ROSLAN BIAN

Belum ada perkembangan terbaru kes kematian Teo Beng Hock, pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang mayatnya ditemui di bumbung tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketika polis dan SPRM sedang berusaha merungkai misteri kematian Teo, pembangkang seperti biasa memilih untuk menyalahkan pihak lain dan kali ini SPRM menjadi mangsa terbaru percaturan politik mereka. Pelbagai tohmahan mula dilemparkan kepada pihak berkenaan selain beberapa siri perhimpuan yang sudah dan akan diadakan pembangkang termasuk terbaru pembabitan Kerajaan Negeri untuk menganjurkan perhimpunan tuntut keadilan di Stadium Kelana Jaya, Ahad ini.

Persoalannya, keadilan apa yang hendak dituntut? Adalah tidak adil apabila DAP dan PKR membuat pelbagai tohmahan terhadap SPRM sebelum siasatan menyeluruh bagi mengetahui punca sebenar kematian Teo yang tragis serta menimbulkan kontroversi. Mereka seharusnya percaya pada jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa polis akan menyiasat kematian Teoh,30, secara menyeluruh dan secara professional agar diketahui apa sebenarnya berlaku. Beliau juga mahu semua pihak tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berhubung kes itu yang boleh mengelirukan masyarakat sehingga siasatan selesai. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula berkata, tiada apa yang hendak disorokkan berhubung kematian pembantu Exco tersebut. Malah beliau meminta jangan menunding jari kepada sesiapa sebaliknya tunggulah polis selesai menyiasat ke tersebut.

Namun jaminan dua pemimpin utama itu serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dipedulikan pemimpin pembangkang yang cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu itu ketika keluarga mendiang dan tunang Teo bersedih meratapi kematian lelaki itu. Sepatutnya mereka membiarkan polis menyiasat dan jika tidak berpuas hati mungkin kerajaan boleh menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk melakukan “inquiry” terhadap kes tersebut. Lagipun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Khamis memaklumkan kerajaan negeri melantik patologi hospital swasta untuk bersama-sama polis menyiasat punca kematian Teo. Walaupun ini mengambarkan ketidakpercayaan kepada polis, tetapi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bersetuju membenarkan patologi hospital swasta yang dicadangkan membantu siasatan kes berkenaan.

Oleh itu pembangkang harus faham bahawa jika mereka boleh membuat pelbagai tuduhan mengaitkan kematian Teo dengan SPRM, rakyat yang berfikiran terbuka dan matang juga boleh membuat pelbagai andaian terhadap kes itu. Ramai sedia maklumkan kes ini bermula dengan tindakan SPRM menyiasat beberapa Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berhubung penyalagunaan dana peruntukkan wakil rakyat. Hal ini diakui SPRM dengan mengesahkan empat wakil rakyat serta Exco berhubung dakwaan itu. Ini tidak termasuk dakwaan Ahli Parlimen Wang Maju, Wee Chee Keong yang mendakwa seorang Exco di Selangor terbabit kegiatan gelap atau ‘underworld’ dan beliau mengaku sudah memberi keterangan kepada polis berhubung tulisan diblognya mengenai perkara itu. Justru itu disebalik kemungkinan Teo yang diklasifikasikan mati mengejut atau mungkin membunuh diri, ada macam-macam andaian boleh dikaitkan dengan siasatan SPRM terhadap Exco dan Adun terbabit.

Kematian Teo penuh misteri pastinya mengalih tumpuan siasatan SPRM kepada pihak polis yang kini menyiasat SPRM serta punca-punca lain yang boleh dikaitkan dengan kematian mendiang Teo. Siasatan polis pasti mengambil kira semua aspek termasuk tahap kecederaan Teo bagi memastikan sama ada beliau jatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM di plaza itu. Ketika ditemui, mayat Teo lengkap memakai kot. Ini mungkin menunjukkan beliau sudah selesai disoal siasat dan dibebaskan untuk peluang. Jika ada telefon bimbit mangsa, polis pastinya dapat mengesan masa dan kepada siapa terakhir yang dibuatnya.

Sebenarnya, parti pembangkang tidak perlu menjadikan kematian Teo sebagai modal politik masing-masing apatah lagi menjadikan SPRM kambing hitam dalam insiden ini. -17/7/2009

web asal http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_902b45da-7f000010-96478e00-ae1b1d7e

Categories: 1

Harussani vs Nik Ajissss ~ Malaysiakini

[Nik+Aziz.jpg]

Categories: 1

Sayuti Omar : Nik Aziz memang bercakap menipu sejak dulu !!

Saya sekadar salin kembali ulasan Sayuti Omar di blog beliau. Tak tambah dan tak kurang sepatah pun. Jika anda tidak percaya lagi dan tetap taksub dengan Nik Aziz maka saya hanya boleh kata ANDA SUDAH BUTA HATI !

Nota : Ulasan ini sepatut disebarkan kepada semua orang di dalam alam maya ini.

SATU masa dulu sekitar tahun 90-an seorang ahli parlimen bergelar ustaz meminta saya memohon maaf kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebabnya, kata bekas wakil rakyat itu kerana saya derhaka kepada Tok Guru. Saya dikatakan derhaka kerana mengkritik dan menegur sikap Tok Guru itu menerusi buku berjudul “Kesan dan Akibat – Pindaan Perlembagaan Kelantan.”
Apa yang saya kritik dalam buku itu ialah mengenai sikap Tok Guru itu yang bercakap berubah-rubah dan tidak konssten, meraban. Saya mengistilahkan sikap itu sebagai berdolak dalih.
Permintaan bekas ahli Parlimen itu dibuat menerusi seorang bekas kawan saya, (bukan orang itu tetapi orang lain).
Saya menjawab kepada orang yang menyampaikan permintaan bekas wakil rakyat berkenaan; Kenapa saya harus memohon maaf, dan bila saya derhaka kepada tok guru? Apakah kritikan kepada orang politik dianggap derhaka? Apakah konotasi derhaka sebenarnya?
Selepas itu saya bersemuka dengan bekas wakil rakyat berkenaan di parlimen. Saya bertanya beliau apakah istilah yang boleh saya pakai terhadap seseorang yang bercakap tidak betul dan merubah-rubah isi kata-katanya? Saya tidak mahu menanyai hukumnya, tetapi bertanya apakah sifat orang berkenaan.
Hari ini cakap begini esok cakap lain pula dan lusa menarik balik apa yang dicakapkan. Kata saya kepada bekas wakil rakyat itu kalau dalam bahasa Inggeris orang yang bercakap tidak tetap dan berubah-rubah dipanggil over laping. Atau dalam bahasa Kelantan dikatakan ‘belawak” (bohong). Manakala dalam bahasa Arabnya disebut munafik.
Orang munafik kalau menurut ustaz-ustaz otodoks di kampung-kampung bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api neraka.
Saya bertanya kepada bekas wkail rakyat, bila Tok Guru Nik Aziz cakap begitu apakah istilah yang tepat untuk dipakai? Perkataan apakah yang tepat untuk dikiaskan? Dia tidak menjawab dan hanya diam saja seolah cuba menafikan yang dia ada mengatakan sesuatu kepada saya.
Dan saya merasakan tuduhan beliau ke atas saya derhaka kepada Tok Guru itu tidak betul.
Tidak menurut sifat-sifat derhaka yang sebenarnya. Ia dibuat kerana rasa taksub dan teruja bekas wakil rakyat itu kepada Tok Guru berkenaan. Menegur sesuatu kesalahan seseorang bukan derhaka tetapi tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan bijaksana.
Moral kisah yang saya cuplikkan itu bagi menunjukkan bahawa perangai Nik Aziz bercakap tidak betul dan berputar-putar itu bukan baru berlaku. Ianya sudah lama diamalkan sebelum ini. Kalau orang mengatakan dia nyanyuk dengan cakap yang tidak istiqamah itu adalah tidak betul. Dia bukan nyanyuk tetapi itu mungkin tektik politiknya. Mungkin strateginya untuk jadi poplar.
Mungkin Nik Aziz menerima pakai berbohong itu adalah sebagai strategi politik yang ampuh. Mungkin dia tahu hukumnya mengenai itu. Mungkin juga dia menerima pakai istilah bohong sunat yang diamalkan oleh para pengawal poligami! Ataupun berbohong itu adalah keistimewaan yang Pas berikan kepada orang yang memegang jawatan Mursyidul Am.
Sebab seseorang yang memegang jawatan Mursyidul Am tentulah mereka yang bertaraf ulama, suci, terhindar dari dosa besar dan dosa kecil. Mempunyai moral yang baik, akhlak yang baik dan saksyiah yang tinggi dan luhur. Makanya mereka yang memiliki kecemerlangan itu tidak mungkin mudah untuk ‘berjibah’ dengan dosa-dosa kecil dan dosa besar.
Justeru apabila Nik Aziz berdolak dalih atau berbohong dalam kes membabitkan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ia tidak menghairankan kerana itulah stail Tok Guru itu. Jika diperhatikan apa yang berlaku ke atas Nasharudin jelas Timbalan Presiden Pas itu menjadi mangsa stail politik Nik Aziz yang dibatasi susila Melayu dan Islam!
Hari ini beliau telah menjadikan Nasharudin sebagai bola politiknya. Dia boleh tendang ke mana saja dia suka. Sekajap dia suruh Nasharudin letak jawatan, keluar Pas dan menyertai Umno. Pada masa lain pula dia menanfikan apa yang dihemburkan itu dan meminta maaf. Nik Aziz melihat semua itu hanya sebagai satu tektik saja tanpa merasai perasaan orang lain.
Serangan atau tendangan kepada Nasharudin tidak habis-habis. Terbaru dia meminta Nasharudin berkempen di Manik Urai pula. Sebelum ini dia yang melarang Nasharudin daripada hadir ke Manik Urai. Macam-macam alasan digunakan bagi menghalkan tindakan itu, kononya untuk mengelakkan Nasharudin dari diboo.
Anihnya perbuatan Nik Aziz itu tidak dicela oleh orang Pas. Kedudunaya sebagai Menteri Besar Kelantan, sebagai Mursyidul Am dan panggil Tok Guru seolah menghalalkan untuk dia melakukan itu semua. Orang Pas jadi malu mata untuk menegur kesalahan Nik Aziz dan rela membiarkan dilarut dalam kesalahan yang dilakukan.
Apa yang dilakukan ke atas Nasharudin sebenarnya sesuatu yang teruk dan melampau. Ia tidak sepatutnya dilakukan oleh orang berjawatan Mursyidul Am. Kalau perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang terdesak dan gilakan kedudukan, ada kulihanya. Tetapi bila Nik Aziz sendiri turut sama bersikap sebagai orang pendendam ia memberi gambaran nilai saksyiah yang murni sudah tidak ada dalam Pas.
Kalaulah orang seperti Nik Aziz boleh bercakap bohong, bermain politik sesama sendiri, apalah lagi pemimpin lain yang cetek dan kewarakannya boleh dipertikaikan serta menerima bulat-bulat politik sekular apalah hendak diharapkan kepada mereka untuk membawa kebenaran dan kemurnian dalam Pas.
Cara Nik Aziz layan Nasharudin seolah Nashardin seroang ahli biasa Pas dan langsung tidak menghormati kepada kedudukan Nasharudin sebagai timbalan presiden yang dipilih oleh muktamar. Satu masa dia berpegang kepada keputusan muktamar, misalnya mengenai konsensus sokongan kepada Pakatan Rakyat yang dibuat di muktamar Ipoh tetapi dalam masa lain dia sendiri memungkiri keputusan muktamar.
Justeru itu kalau sekiranya Nasharudin terus merasa ‘malu mata’ untuk tidak turun ke Manik Urai walaupun Nik Aziz merayu dan mempelawanya janganlah marahkan kepada Nasharudin. Sebagai orang yang ada perasaan, hati, perut dan pedal Nasharudin juga harus membela dirinya sendiri yang sudah dicarik-carikan itu.
Elok juga kalau Nasharudin tidak duduk satu pentas dengan Nik Aziz di Manik Urai. Saya cukup bimbang kalau Nasharudin duduk sepentas nanti ia akan dieksplotasikan oleh orang tertentu untuk terus memburukkan Nasharudin. Tidak mustahil kalau kehadiran itu kelak akan dipusing menjadi cerita lain pula kononya Nasharudin yang menangis-nangis meminta untuk turun ke Manik Urai. Dalam politik apa saja boleh berlaku. Jadi bagi mengelakan kecelakaan berlaku bertimpa-timpa Nasharudin kena bijak mentafsiran pelawaan itu.
Persoalanya apakah bila tiba-tiba Pas Kelantan teringat kepada Nasharudin menandakan Pas ada masalah di Manik Urai? Biasanya kalau manusia sudah sakit dan terhimpit mulalah dia merab tidak tentu fasal. Waktu inilah baru dia teringat kepada waris waras yang selama ini dijauhinya. Dasar manusia! [d’kota kl 2:15 pm 10/07/09]

Categories: 1