Archive

Archive for October, 2008

Blog Anti Husam – Sah Anwar menipu!

29,October 2008 Leave a comment

Sah Anwar Menipu

Saya ingat Anwar dah berubah….rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan bersama PKR dan PR beliau dah berubah lebih-lebih lagi bila selalu berdamping dengan para ulama di dalam PAS. Rupa-rupanya budaya tersebut telah menjadi darah daging beliau hingga sukar untuk dibuang.   

 

Gambar bawah : Anwar, Azmin dan Khalid Jaafar berborak mesra dengan Paul Wolfowitz

Satu dunia tahu yang Anwar berjanji dengan rakyat Malaysia bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada 16 September, 2008. Anwar dah janji dengan DAP, Anwar dah janji dengan PKR, Anwar dah janji dengan PAS dan ahli-ahli mereka bahawa kerajaan akan bertukar pada 16 Sept. Habis semua orang gelabah lebih-lebih lagi UMNO. Habis semua orang mengharap lebih-lebih lagi pemimpin yang kemaruk pangkat dalam PAS. Dah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri dah mula pasang angan-angan nak jadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Terlalu banyak masa dan tenaga dibuangkan untuk berbincang berkenaan pembentukan kerajaan baru sehingga PAS hampir atau dahpun berpecah. Hinggakan wala’ dan taat kepada pemimpin sendiripun dah beralih arah. Hinggakan pandangan Presiden sendiripun dipertikaikan. Hinggakan matlamat menegakkan negara Islam pun dikesampingkan. Dan yang lebih parah….hinggakan ayat AlQuran pun sanggup di “tapi” kan.
 

 

Bila Dato’ Mustafa Ali membuat kenyataan bahawa tidak akan terbentuk kerajaan PR pada 16 September, maka terloncat-loncatlah budak suruhan Anwar dan Husam menyerang Dato’ Pa. Kununnya mungkin nak jadi hulubalang Anwar dengan harapan Anwar akan jadikan mereka sebagai kroni beliau agaknya. Yang paling sedih ialah bila Husam gunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz agar sama-sama menyerang Dato’ Pa. Peristiwa ini tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Akhirnya, bila tiba 16 September, 2008 tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Tidak terbentuk pun Kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan oleh Anwar dan seperti yang diharapkan oleh jutaan rakyat Malaysia. Yang ada hanya beberapa siri sidang media Anwar yang sering dihadiri oleh kumpulan Erdogan PAS yang terhegeh-hegeh nak jadi menteri. Bila orang tanya pasal kerajaan PR dia hanya jawab… I have the numbers, I have the numbers! Bila orang tanya siapa dia yang nak lompat tak boleh jawab, kununnya strategi… takut kena kacau.

Seribu satu alasan dan dalih diberikan. Dan seperti selalu beliau masih berjaya meyakinkan sebahagian besar penyokong PR untuk percaya kepada alasan-alasannya… termasuk dua tiga kerat yang kempunan nak jadi menteri dalam PAS. Entah ilmu apa yang di pakai Anwar sampai orang boleh percaya kepada cakap dia walau ditipu berkali-kali.
Kemudian dengan muka tak malu terpaksa mengiakan pendapat Dato’ Pa apabila Anwar terpaksa meminta Pak Lah buat sidang parlimen tergempar untuk nak bawa usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri. Satu tarikh baru diberikan iaitu 23 September untuk Paklah buat sidang parlimen tergempar, kalau tidak……..    

Akhirnya bila tiba 23 September… tidak ada apa-apa juga yang berlaku. Yang ada hanya “berlakun”. Memang Anwar pandai berlakun. Kesalahan diletakkan kepada Paklah kerana tidak memanggil sidang parlimen tergempar. Sekali lagi rakyat Malaysia termasuk PAS kena tipu.

Satu persoalan disini….betulkah Anwar ada majoriti ahli parlimen yang dah melompat dan bersama PR? Siapa yang boleh confirm? Macam-macam versi yang Anwar berikan kepada PAS. Sekejap kata dah cukup kuota muslim. Sekejap kata dah cukup bilangan yang melompat tapi masih tak cukup bilangan ahli parlimen muslim. Yang pastinya beberapa nama yang Anwar berikan kepada PAS kununnya dah setuju nak melompat adalah ternyata TIPU. Tak perlulah saya dedahkan disini siapa nama-nama tersebut. Cukup jika saya katakan Anwar “don’t have the numbers” atau hanya “hope to have the numbers”.

Tetapi, apa yang menghairankan ialah macam mana Husam dan kumpulan erdogan dalam PAS yang kununnya pandai sangat berstrategi boleh percaya bulat-bulat kepada cakap Anwar dan masih memberi kepercayaan yang tinggi kepada Anwar walaupun dah ditipu berkali-kali.

Dan yang paling menyedihkan ialah bila mereka menyalahkan Tuan Guru Hj Hadi sebagai punca tidak boleh terbentuknya kerajaan baru PR. Kununnya disebabkan oleh syarat majoriti muslim yang diberikan oleh Tuan Guru Presiden dan keengganan Tuan Guru Presiden untuk menandatangani surat persetujuan lah yang menjadi punca kegagalan kerajaan PR.

Dalam mesyuarat Lujnah Politik PAS yang terakhir (sebelum sidang Parlimen) pun kumpulan erodogan ini masih yakin bahawa kerajaan baru pasti akan ditubuhkan sebaik sahaja sidang parlimen bermula. Hinggakan masing-masing sibuk berbincang tentang portfolio menteri yang PAS akan dapat (termasuklah Khalid Samad sehingga baru-baru ini melalut-lalut buat kenyataan dalam akhbar Sinar – siapa yang beri dia mandat untuk bercakap macam tu pun tak tau). Yang hairannya DAP tidak pula sesibuk atau terlalu optimis membabi buta seperti (kump erdogan) PAS tentang penubuhan kerajaan baru tersebut. Dan bila Karpal Singh dan Lim Kit Siang buat kenyataan bahawa mereka tidak begitu selesa dengan adegan lompat melompat ni – tidak ada pulak golongan “erdogan” dalam DAP yang bangun menentang kenyataan pemimpin mereka. Nampaknya DAP lebih menghormati pemimpin dan lebih memahami konsep wala’ kepada pemimpin berbanding PAS.

 

 

Walaubagaimanapun saya bersetuju bahawa jika sekiranya benar Anwar ada sokongan majoriti ahli parlimen, 13 Oktober adalah tarikh yang sepatutnya kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat terbentuk. Kalau dah lebih daripada separuh ahli-ahli Parlimen telah berpihak kepada Anwar dan Pakatan Rakyat pada masa itu dan kurang daripada separuh sahaja dimiliki oleh BN maka apa lagi dalih dan alasan untuk tidak membuat undi tak percaya terhadap Paklah dan membentuk kerajaan PR. Kalau dah sebelum ini bersungguh-sungguh nak minta Paklah buat sidang parlimen tergempar – sekarang bila parlimen dah bersidang buatlah dan buktikanlah yang Anwar “have the numbers”!!!

 

 

Namun, hampeh….pada tanggal 13 Oktober, 2008 bila sidang parlimen bermula, tidak ada apa-apa pun yang berlaku melainkan ucapan pembahasan bajet oleh Anwar yang meleret-leret sehingga kebanyakan ahli parlimen BN (yang sepatutnya dah jadi ahli parlimen PR) keluar dari Dewan sebab boring.

Kemudian Anwar buat kenyataan lain dalam ceramahnya di Kota Bharu bahawa kerajaan PR akan dibentuk sebelum Hari Raya Haji pulak.

Jadi, apakah kesimpulannya dan kesudahannya??? Apa lagi muslihat Anwar.
Secara nyata dan jelas Anwar telah berulang kali menipu dan berbohong kepada PAS, DAP dan seluruh rakyat Malaysia sehingga negara kita jadi tak keruan baik dari segi politik dan ekonomi. Berilah apapun terma dan nama…. strategi, taktik, perang psikologi, political game dll – yang jelasnya Anwar MENIPU dan BERBOHONG.

Dalam Islam, orang yang MENIPU dan BERBOHONG adalah tidak layak sama sekali diangkat menjadi pemimpin.

Kepada Husam dan kumpulan erdogannya… cukuplah tu. Janganlah anda pulak nanti yang terpalit dengan sifat menipu dan bohong Anwar. Sedarlah bahawa anda semua telah terpedaya dengan dakyah serong Anwar sehingga anda terlebih kagum dan taat kepada beliau berbanding dengan pemimpin sendiri. Sedarlah bahawa disebabkan temberang Anwar sudah banyak kerosakan yang telah berlaku di dalam jamaah kita.

Berilah kepatuhan yang tak berbelah bagi kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Ikutlah cakapnya dan dengarlah pandangannya yang senantiasa dipimpin AlQuran dan AlHadis. Nescaya kita akan sampai kepada matlamat dan ghayah kita walaupun tidak terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat.

Blog Anti Husam klik sini

 

 

Video Anwar Menjanjikan 916 

 

Video Anwar di hari 916

 

Video Anwar mengaku menipu ( ??? )


Categories: 1

Bersatulah demi Islam – YB Zulkifli Nordin

28,October 2008 Leave a comment

Bersatulah demi islam

Zukifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.


“Dalam bercakap soal Islam tiada siapapun dalam parti saya boleh melarang kerana ia adalah hak saya,’’ itulah jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat, Zukifli Noordin kepada penulis apabila ditanya tidakkah beliau bimbang untuk diwawancara oleh Mingguan Malaysia – akhbar yang diboikot oleh Pakatan Rakyat.Sememangnya dalam mempertahankan Islam, Zulkifli dilihat salah seorang pemimpin yang paling lantang. Tanpa mempedulikan akibat daripada kelantangannya, Zulkifli pernah dihadap ke jawatankuasa disiplin PKR kerana membantah majlis forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam.

Bagi Zulkifli memperjuang dan mempertahankan Islam adalah agenda utama hidupnya, soal karier politik ‘‘itu saya serah kepada Allah menentukannya.’ Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR di pejabatnya di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Zulkifli secara terbuka bercakap soal betapa pentingnya umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik.

Beliau membangkitkan bagaimana kaum-kaum lain boleh bersatu apabila terdapat isu yang berkaitan dengan kepentingan mereka. Justeru kata beliau adalah sesuatu yang menghairankan apabila ahli-ahli politik Islam yang mempunyai akidah yang sama tidak mampu bersatu.

Malah apa yang mengecewakan beliau kelantangannya menegakkan perjuangan Islam turut ditegur oleh Ahli Parlimen Pas yang pada pandangan beliau seharusnya memberi sokongan. Justeru dalam menyatukan umat Islam, Zulkifli berpendapat berikutan sikap taksub kepartian yang masih lagi melumuri sesetengah pemimpin politik beliau mencadangkan Raja-Raja Melayu memainkan peranan pro aktif dalam soal itu. ‘‘Sudah tiba masanya kita bersatu demi Islam,’’ kata beliau.

MINGGUAN: YB telah membangkitkan soal kenyataan khas Raja-Raja Melayu dalam Parlimen, apa tujuan sebenarnya?

ZULKIFLI: Kenyataan khas Raja-Raja Melayu itu ingin memperingatkan semua pihak bahawa perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan tidak perlu dipersoal atau dipertikaikan. Saya kupas dalam konteks bahawa Islam ini bukan sahaja dari segi syarak dikatakan tinggi tetapi Perlembagaan negara sendiri meletakkan Islam itu tinggi. Pertama, ia berdasarkan kepada beberapa peruntukan contohnya Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang tidak ada di mana-mana negara pun. Artikel itu mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Kedua, dilindungi orang Islam dalam konteks Artikel 11 (4). Walaupun kebebasan beragama dibenarkan tetapi dari segi umat Islam ia tidak boleh diganggu.

Malah negeri-negeri juga dibolehkan menggubal sebarang akta dan undang-undang menyekat perkembangan agama lain kepada orang Islam. Ketiga, di bawah Artikel 12 kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hendaklah membantu institusi-institusi pendidikan Islam. Lagi satu contoh ialah Perlembagaan menetapkan penubuhan sebuah mahkamah khusus untuk orang Islam bagi melaksanakan undang-undang Islam.

Ini semua adalah antara peruntukan yang ada dalam Perlembagaan yang memberi gambaran jelas bahawa Islam diletakkan di tempat yang tinggi. Keistimewaan ini juga boleh kita lihat apabila di bawah Artikel 150 menegaskan bahawa Yang di-pertuan Agong apabila mengisytiharkan darurat boleh bersama dengan Parlimen menggantung atau membatalkan undang-undang atau membuat apa sahaja perkara yang perlu untuk darurat itu tetapi di bawah Artikel 150 (6A) menyatakan biarpun mempunyai kuasa yang begitu luas satu perkara tidak boleh disentuh ialah undang-undang Islam. Jadi dalam konteks itu sahaja sudah nampak bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri meletakkan Islam di tempat istimewa yang tidak ada pada agama lain malah dalam Perlembagaan tidak sebut pun agama lain.

Keadaan itu berlaku, pertama kerana ia berdasarkan kepada asal usul sejarah negara ini dan kedua, Islam itu menjadi tonggak kestabilan politik negara ini. Sebab itu Islam tidak boleh diganggu-gugat dan sekaligus ia bermakna perkara yang ada kaitan dengan Islam tidak boleh disentuh contohnya Raja- Raja Melayu. Ini kerana mereka adalah pelindung kepada agama Islam, kedua takrif orang Melayu dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan selain berbudaya dan berbahasa Melayu, dia mesti beragama Islam.

Oleh itu kaitan antara Melayu dengan agamanya itu rapat. Sehingga ada kata-kata bahawa Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Kalau dilihat secara menyeluruh dalam Perlembagaan keistimewaan dan ketinggian agama Islam itu memang ditetapkan.

Jadi disebabkan itu Islam sebenarnya tonggak kestabilan politik dalam negara dan tonggak keharmonian rakyat negara ini. Justeru apa juga perkara berkaitan Islam tidak boleh ‘main-main’.

Tetapi sejak kebelakangan ini soal Islam itu sering diganggu-gugat. apakah ini mungkin berpunca daripada perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu?

ZULKIFLI: Ia terjadi kerana kemungkinan ada pihak sedar bahawa di situ terletaknya tonggak kekuatan negara. Jadi apabila Islam dilemahkan atau diganggu-gugat akan berlaku ketidakstabilan politik. Apa yang berlaku sekarang ialah wujud persepsi bahawa orang Melayu itu tidak bersatu. Sebab itulah Raja- Raja Melayu bertitah dalam konteks ini bahawa orang Melayu perlu bersatu dari segala segi walaupun berbeza fahaman politik dan lain-lain.

Sebab itu kalau kita tengok dalam konteks politik sebenarnya kalau orang Islam bersatu dari segi mempertahankan Islam bukannya siasah (politik) seperti bergabung dan sebagainya Islam akan menjadi kuasa politik yang kuat. Contohnya, dalam Parlimen terdapat 132 ahli Parlimen beragama Islam. Mungkin kita tidak boleh bersatu dari segi kepartian tetapi kenapa kita tidak boleh bersatu dari segi mempertahankan Islam? Seharusnya walaupun kita berdiri atas platform parti politik masing-masing kita perlu bersatu apabila timbul isu berkaitan Islam.

Cuba bayangkan apa akan berlaku kalau semua ahli Parlimen Islam bersatu suara dalam hal ehwal Islam, sudah pasti ia akan menjadi kuasa yang cukup kuat malah hampir-hampir dua pertiga.

Lihat kaum lain mereka akan bersatu kalau timbul isu berkaitan dengan kaum mereka. Contohnya, isu penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mereka bersatu suara walaupun daripada parti politik yang berbeza. Kenapa dalam Parlimen mereka boleh bersatu maksud saya dalam memperjuangkan sesuatu isu. Ini yang seharusnya dilakukan oleh orang Islam. Mereka perlu bersatu dalam isu walaupun tidak boleh bersatu dari segi politik.

Tidakkah saudara khuatir implikasi perjuangan saudara memartabatkan Islam kelihatan tidak senada dengan Pakatan Rakyat?

ZULKIFLI: Sebagaimana yang telah saya tekankan banyak kali, saya utamakan Islam dalam apa juga perjuangan. Saya akui saya bukanlah Muslim yang terbaik, tetapi saya akan berikan yang terbaik untuk Islam. Bagi saya, Islam mesti didahulukan dalam apa jua perkara. Kalau ditakdirkan perjuangan memartabatkan Islam ini bercanggah dengan perjuangan Pakatan Rakyat atau mana-mana parti sekalipun, saya tetap akan utamakan Islam. Seperti yang pernah saya sebut, I am a Muslim first, party member second; I am a Muslim first, a lawyer second. I am a Muslim first an MP second. I am a Muslim first, everything else is second.

Walaupun YB bercakap tentang Islam tetapi Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad menganggap nada YB seperti suara UMNO?

ZULKIFLI: Inilah contoh bagaimana orang Islam tidak boleh bersatu dari segi isu bukannya politik. Apatah lagi kalau penentangan itu datangnya daripada Ahli Parlimen Pas. Dia bercakap seolah-olah dia bukan orang Pas. Ini yang menjadi masalahnya. Apa yang saya bahaskan dalam Parlimen adalah menyentuh soal Islam dan sama sekali tidak berkaitan dengan politik. Sepatutnya dia menyokong saya tetapi disebabkan tebalnya fahaman kepartian dia mengambil sikap menolak hanya kerana bunyi ucapan saya boleh menyokong UMNO sedangkan apa yang saya ucapkan boleh membantu Islam. Saya sempat bertanya dengan beliau dari segi apakah ucapan saya salah. Dia jawab isu berkaitan Islam dan orang Melayu itu dimainkan oleh UMNO. Kalau macam itu tidak bolehlah. Dia sepatutnya menyokong saya. Ertinya, kita ini mengamalkan sikap ikut kepartian bukan isu.

Bagaimana kita hendak selesaikan masalah ini kerana UMNO perlu menjaga hati rakan-rakan dalam BN manakala PKR dan Pas pula menjaga hati DAP bila hendak bercakap soal Islam?

ZULKIFLI: Di sini saya rasa perlu ada satu pihak yang memainkan peranan untuk memanggil kesemua pemimpin politik beragama Islam duduk semeja berbincang. Kita jangan cakap dari segi Melayu tetapi cakap dari segi Islam. Ini kerana kalau kita bercakap dari segi Melayu pasti ada yang akan menentang. Saya berpendapat pihak yang paling efektif untuk memainkan peranan berkenaan ialah Raja- Raja Melayu, mungkin Yang di-Pertuan Agong sendiri. Mungkin mula dengan persamaan bahawa kita satu tuhan, satu nabi dan satu kitab. Kalau UMNO panggil Pas tidak akan pergi begitulah sebaliknya. Tetapi kalau Tuanku panggil mereka pasti akan menyambutnya.

Bukankah sebelum ini sudah ada pakatan antara UMNO dan Pas dalam soal itu?

ZULKIFLI: Tetapi ia gagal kerana pendekatan yang digunakan ialah pendekatan parti. Ia tidak akan berjaya. Apa yang harus dilakukan ialah menggunakan pendekatan isu seperti mana dibuat oleh bangsa lain. Mereka menggunakan pendekatan isu. Sebab itulah kalau kita lihat biarpun MIC dan PKR mempunyai fahaman politik yang berbeza tetapi dalam isu Hindraf mereka bersatu. Begitu juga dalam isu Teresa Kok kenapa MCA dan DAP boleh satu suara. Jadi yang hairannya kenapa kita orang Islam tidak boleh berbuat demikian?

Pemimpin-pemimpin politik Islam bukannya tidak memahami bahaya yang menanti, selain Raja- Raja Melayu tidakkah ada mekanisme lain untuk menyatukan mereka?

ZULKIFLI: Mereka perlu duduk berbincang. Sebab itulah pentingnya ada muzakarah atau muqabalah. Bagaimanapun saya tidak nampak cara itu akan berkesan. Bagi saya dalam usaha ini ia harus melibatkan pihak yang neutral. Sebab itu dalam ucapan di Parlimen saya menegaskan bahawa Raja-Raja Melayu perlu memainkan peranan yang lebih aktif.

Ini kerana saya lihat itu sahaja caranya untuk menyatukan orang Melayu dan Islam. Justeru Majlis Raja-Raja boleh memainkan peranan kerana pihak-pihak lain sudah dianggap mempunyai sikap taksub yang tebal terhadap parti.

Tidakkah tekanan demi tekanan yang berlaku ke atas orang sekarang adalah berikutan keputusan pilihan raya umum, YB bersetuju dengan pandangan ini?

ZULKIFLI: Masalahnya bukan Melayu merasakan mereka yang mencetuskan perubahan atau tsunami politik pada 8 Mac lalu. Oleh itu orang kata sekarang ini masa untuk mengutip habuan. Bagi mereka yang duduk dalam Pakatan Rakyat ia adalah masa untuk ‘membayar balik’. Tetapi hakikat sebenarnya perubahan berkenaan bukan sahaja berlaku disebabkan oleh orang bukan Melayu tetapi juga orang Melayu. Kita tidak menafikan bahawa ia terjadi kerana orang Melayu melihat bahawa ‘penyakit’ di dalam UMNO sudah bertambah parah.

Bagi bukan Melayu atau bukan Islam sekarang, mereka berasa menjadi pencetus kepada gelombang perubahan ini, oleh itu mereka yang berada dalam Pakatan Rakyat harus patuh dengan tuntutan mereka. Sebab itu berlaku di mana Ahli Parlimen Pas yang seharusnya menyokong saya bertindak sebaliknya. Ertinya tidak boleh bercakap soal Islam atau negara Islam. Kita seolah-olah bimbang kalau main banyak sangat isu Islam kita akan kehilangan sokongan bukan Islam ertinya harus mengikut teori kononnya tsunami itu dicetuskan oleh bukan Islam.

Dalam soal ini saya menasihatkan pemimpin Islam supaya jangan kita hilang gambaran besar iaitu Islam. Buat apa hendak kita berkuasa kalau kita kehilangan agama kita.

Dalam menegakkan hak Islam ini kita juga berhadapan dengan orang Melayu yang tidak menyokong perjuangan seumpama itu?

ZULKIFLI: Apa yang menjadi kerisauan kepada kita ialah muncul kumpulan baru di kalangan generasi muda orang Melayu yang longgar kepada agama. Mereka ini mempunyai fahaman Islam liberal. Golongan ini sudah nampak mula melonjak. Satu sebabnya mereka ini terdiri daripada golongan elit dan terpelajar justeru pendedahan mereka terhadap dunia siber lebih luas berbanding orang lain. Mereka dilihat sebagai golongan yang mewakili suara Melayu baru. Ini bermakna berlaku satu lagi pecahan di kalangan orang Melayu Islam. Seperkara lagi, fahaman golongan muda berusia 20-an dan 30-an terhadap sejarah agama dan bangsa terlalu longgar kerana mereka terdedah kepada idea-idea liberal sebab itu mereka mengambil sikap sedemikian. Mereka ketepikan soal agama sebaliknya mengutamakan soal hak asasi manusia. Kalau tidak ditangani segera masalah ini khuatir bangsa kita menjadi satu bangsa berbeza-beza.

Siapa yang hendak menangani masalah ini?

ZULKIFLI: Tanggungjawab ini terletak kepada kepimpinan politik Islam sama ada UMNO atau Pas termasuklah juga Raja-Raja Melayu. Kita harus bertindak daripada sekarang dan tidak boleh menunggu lagi. Kalau kita biarkan fenomena berkenaan orang Melayu boleh terancam. Jadi tanggungjawab besar ini ada kepada kepimpinan politik Melayu-Islam. Mereka perlu mainkan peranan pro aktif bagi menghalang satu bencana kepada bangsa Melayu beragama Islam. Kita tidak mahu satu hari nanti Melayu hanya tinggal nama sahaja. Kekuatan bangsa Melayu adalah kepada agama Islam kalau tidak ada agama Islam berakhirlah mereka. Mereka akan jadi seperti bangsa-bangsa lain. Justeru bagi saya pendekatan berdakwah perlu ditingkatkan. Tetapi malangnya badan dakwah dalam kerajaan terlalu banyak sehingga peranan mereka bertindih akhirnya fungsi mereka tidak berkesan.

Dalam usaha kita untuk mengelak muncul golongan generasi baru Melayu yang longgar kepada agamanya mahu tidak mahu usaha berdakwah kepada golongan ini perlu dipertingkatkan. Secara peribadi, saya berpendapat pendekatan yang pernah digunakan oleh Al-Arqam yang mampu menarik golongan muda menyertai mereka harus dipelajari. Begitu juga pendekatan yang digunakan oleh kumpulan Tabligh.

Sepanjang penglibatan saya dalam perjuangan Islam saya tidak pernah melihat agensi dakwah kerajaan memanggil kumpulan-kumpulan Islam duduk berbincang bagaimana hendak mendekati kaum muda. Saya cukup yakin dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang saya lihat mempunyai pendekatan cukup berbeza. Beliau memanggil semua pihak untuk berbincang. Berikutan sikap terbuka beliau saya fikir inilah peluang terbaik untuk kita memperkembangkan dakwah kepada golongan muda.

Selain itu saya berpendapat sudah tiba masanya badan-badan dakwah kerajaan berdakwah kepada bukan Islam. Salah satu contoh terbaik ialah pembinaan masjid Cina – masjid yang pengisiannya melibatkan identiti kaum Cina.

Setakat ini tidak ada masjid yang khutbah, tazkirah atau ceramah dalam bahasa Mandarin atau al-Qurannya ada terjemahan dalam bahasa itu. Akibat daripada kekurangan tersebut ia mewujudkan persepsi bahawa kalau memeluk Islam ertinya masuk Melayu. Ini persepsi yang salah. Cuba bayangkan orang Cina, tiba- tiba dengan khutbah bahasa Mandarin.

Saya mendapat idea ini apabila seorang budak berketurunan India di Jalan Masjid India memeluk Islam selepas mendengar khutbah dalam bahasa Tamil. Justeru saya cadangkan oleh kerana kaum Cina selalu dikaitkan dengan perniagaan tapak terbaik untuk membina masjid berkenaan ialah bekas Penjara Pudu. Kita bina masjid berorientasikan Cina bermakna masjid itu juga pusat perdagangan seperti mana di Surabaya dan Palembang. Di masjid berkenaan semuanya menggunakan bahasa Mandarin.

Selain itu kompleks berkenaan mesti mempunyai kaitan dengan sikap kaum Cina yang dianggap masyarakat perdagangan dengan cara mewujudkan kedai-kedai di sekitarnya. Melalui cara ini kita akan dapat menghapuskan persepsi bahawa memeluk Islam bererti masuk Melayu.

Suara orang Islam juga dikatakan tidak begitu terserlah dalam Majlis Peguam, apa halangan untuk menubuhkan Majlis Peguam Muslim?

ZULKIFLI: Halangan utama ialah legislatif. Sudah ada contoh di United Kingdom dan Australia bahawa badan peguam seharusnya tidak dimonopoli oleh satu badan sahaja. Di sesetengah negara mereka mempunyai tujuh badan peguam, oleh itu sepatutnya ada badan peguam alternatif di Malaysia, kenapa perlu ada Majlis Peguam sahaja? Kenapa tidak diwujudkan Majlis Peguam Muslim, contohnya.

Ini bagi membolehkan peguam yang beragama Islam memilih sama ada untuk berada di bawah Majlis Peguam atau Majlis Peguam Muslim. Tetapi malangnya kita berhadapan dengan masalah kekangan tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan sebuah lagi badan peguam ditubuhkan sedangkan kita ada Akta Profesion Guaman. Sekarang kelemahan yang ada kepada Majlis Peguam ialah mereka tidak boleh meliputi peguam lain contohnya seperti peguam syarie. Justeru apabila timbul masalah di kalangan peguam syarie apa badan yang akan mengawal mereka? Dari segi salah guna kuasa dan salah laku guaman ada juga peguam syarie yang melakukannya, itu kita tidak nafikan tetapi siapa yang akan memantau mereka. Ini peluang untuk pihak berkuasa mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah badan baru Majlis Peguam Muslim yang merangkumi peguam sivil dan syarie. Ini sudah pasti akan memberi peluang kepada peguam Islam untuk duduk di bawah Majlis Peguam Muslim.

Setakat ini di kalangan peguam Islam mereka hanya menganggotai badan yang bertaraf pertubuhan seperti Persatuan Peguam Muslim, Persatuan Peguam Syarie dan Persatuan Peguam Pembela Islam.

Apakah peguam-peguam Islam tidak mampu menguasai pentadbiran Majlis Peguam?

ZULKIFLI: Masalah jumlah peguam Islam tidak cukup. Kita cuma ada sekitar 40 peratus daripada keseluruhan peguam dan lebih buruk lagi banyak peguam Islam tidak aktif. Macam pemilihan jawatan dalam Majlis Peguam kalau peguam Islam benar-benar aktif sudah pasti kita boleh menguasai majlis berkenaan. Ia berlaku kerana daripada 13,000 jumlah peguam Islam hanya 2,000 hingga 3,000 sahaja yang mengundi. Kalau semua 40 peratus peguam Islam mengundi, boleh bawa perbezaan.

Ini pun sudah menampakkan bagaimana di kalangan peguam Islam pun tidak bersatu dari segi isu.

wawancara dipetik dari : http://www.utusan.com.my/utusan/

Categories: 1

3 dalam 1 – Berita, Hansard Parlimen dan artikel tentang Tan Lian Hoe yang biadap terhadap Melayu !

25,October 2008 Leave a comment

1 ) Tan Lian Hoe Tidak Patut Ungkit Status Orang Melayu

By: Ramjit

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe perlu sedar bahawa berdasarkan sejarah Nusantara, bangsa Melayu meliputi kepulauan Filipina, Tanah Jawa sehingga ke Selatan Thai dan melangkau ke negara Yunan, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

“Bangsa Melayu mula tegak sebagai sebuah kerajaan berdaulat apabila terbentuknya kerajaan Langkasuka (Kedah) dan kesultanan Melayu Melaka di samping banyak lagi kerajaan Melayu di kepulauan Nusantara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Syed Ali, Tan tidak sepatutnya mempersoalkan status orang Melayu sebagai masyarakat pribumi negara ini kerana Umno tidak pernah sesekali mengungkit asal usul masyarakat lain.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tan semasa berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan ke-21 Jumaat lepas yang memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah silam selain menyamakan asal-usul setiap kaum di negara ini.

Selain itu, Tan juga dikatakan mempertikai status orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dalam sebuah rancangan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar baru-baru ini.

Syed Ali berkata Gerakan perlu mengambil tindakan terhadap Tan kerana membuat kenyataan yang didakwanya berbaur hasutan dan perkauman, selain mengetepikan fakta berhubung kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.

— BERNAMA

2) Ikuti perdebatan di Parlimen dalam Hansard Parlimen ( sini ) bertarikh Rabu Oktober 22hb, 2008:

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Saya merasakan bahawa Jabatan Penyiaran ini bertanggungjawab antaranya adalah memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara kita. Saya menyaksikan kadang-kadang berita ini mengungkit-ungkit masalah perkauman, asal usul dan seumpamanya dan ada yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri termasuk Yang Berhormat. [Tepuk]

Jadi, adakah ini menggambarkan, kalau hendak bercakap tentang standard BBC mereka berjaya menjadi benchmark tetapi ini yang berlaku dalam negara kita. Kita ten years behind time!

Jadi, sila jawab.

Dato’ Tan Lian Hoe: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya RTM menyiarkan berita-berita yang mempunyai nilai berita. Saya ingat RTM melalui RTM1 ataupun RTM2 sebenarnya tidak mengungkit-ungkit perkara-perkara yang sebenarnya tidak benar.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat sendiri mengungkit-ungkit fakta sejarah yang dipusing-pusingkan. [Tepuk] Sebagai Timbalan Menteri Penerangan satu tindakan…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading…

https://i2.wp.com/umnobsg.net/v1/images/zoom/AJK%20BSG/viewsize/Datuk.jpgDatuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: …sangat bercanggah dengan kehendak sejarah negara.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading.

Tan Lian Hoe semasa Ahli Parlimen Bukut Gantang. Tan kini
adalah ahli Parlimen Lenggong yang 80% pengundi adalah orang.
Melayu. Wakil Rakyat bahalol yang hina pengundinya!

Dato’ Tan Lian Hoe: Untuk makluman Dewan yang mulia ini sebenarnya isu ini saya ingat telah pun selesai dan saya ingat…

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Siapa kata selesai? Tak mohon maaf apa-apa pun.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu Pahat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mana boleh selesai, mana boleh selesai.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak akan boleh selesai pengubahan fakta.

Tuan Yang di-Pertua: Tertib Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato’ Tan Lian Hoe: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya dalam teks ucapan saya dalam persidangan perwakilan wanita baru-baru ini sebenarnya saya tidak menyatakan bahawa orang Melayu datang daripada…

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua point of order. Yang Berhormat Timbalan Menteri sepatutnya jawab kepada soalan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tak perlu jawab kepada…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu point of order apa?

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Batu hendak pertahankan itu!

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Sebab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading…

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat…

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: …dan Yang Berhormat Batu Pahat bukan dalam soalan.

Dato’ Tan Lian Hoe: Ahli Yang Berhormat…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu, kalau bilang point of order, sebut apa point of order. Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri, teruskan.

Dato’ Tan Lian Hoe: Saya ingat perkara ini saya akan jelaskan kepada Ahli Yang Berhormat sekiranya Ahli Yang Berhormat datang untuk berjumpa dengan saya. Sebab saya tidak mahu panjangkan, sebab ia akan memburukkan…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan kita datang jumpa you, you datang jumpa kita. Bukan kita datang jumpa you.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Duduklah!

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin beritahu Yang Berhormat ini…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa duduk? Apa duduk?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Serai.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa duduk? Soal bangsa kita tidak akan duduk!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading! Ahli-ahli Yang Berhormat, ikut peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab sahaja apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian kecuali saya menjemput Ahli Yang Berhormat yang lain itu untuk mengajukan soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tak payah respons kepada yang lain.

Dato’ Tan Lian Hoe: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat jawapan telah diberi kepada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi bahawa RTM tidak mengungkit-ungkit perkara yang tidak berkaitan kecuali ia adalah nilai berita. Sekian, terima kasih.

3) Artikel Blogger http://pendekar-bujang-lapok.blogspot.com/

Isu kenyataan Ketua Wanita MCA yang merupakan komponen BN bahawa Melayu juga pendatang sangat berbahaya. Ia diucapkan selari dengan nada Pakatan Rakyat yang mendesak ketuanan Melayu dihapuskan agar semua kaum diberi layanan sama rata…atas nama kesamarataan.

Sedangkan mengikut populasi penduduk ia tidak melambangkan keadilan jika majoriti Melayu yang mewakili Bumiputera 67% dan Bukan Bumiputera 33%.

Siapakah Tan Lian Hoe ?

Datuk Tan Lian Hoe merupakan seorang ahli politik wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Beliau merupakan ketua wanita Parti Gerakan.Berasal dari negeri Melaka. Memiliki ijazah Pengajian Melayu dari Universiti Malaya dan bertugas sebagai guru sebelum menyertai politik.

Jika kita lihat, latar belakang beliau sudah menampakkan ‘kemelayuannya’ dan tentu beliau juga memahami siapakah bangsa Melayu.. Namun silap kata telah memakan diri dan hampir memusnahkan kerjaya politiknya…Sehingga Ahli Parlimen BN turut sama menyelar kenyataan tersebut yang ada disalin di sini.

Ia tercetus semasa perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan ke-21 , Tan Lian Hoe menyamakan asal-usul setiap kaum di negara ini. Tan juga dikatakan mempertikai status orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dalam sebuah rancangan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.

Sedikit imbasan perjalanan politik beliau dalam PRU ke 11 dan 12.

https://i1.wp.com/www.pilihanraya.com.my/images/bnparties/ppphead.jpgDalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Parti Progresif Rakyat ingin bertanding di Negeri Perak. Selepas berunding dengan parti ahli Barisan Nasional lain, akhirnya mereka diberikan kawasan Parlimen Taiping dengan M. Kayveas sebagai calon. Namun kawasan ini pada asalnya ditandingi oleh Parti Gerakan. Sebagai ganti, UMNO “meminjamkan” kawasan Bukit Gantang yang merupakan kawasan Melayu kepada Parti Gerakan. Tan Lian Hoe dihantar mewakili Parti Gerakan untuk bertanding di sana dan beliau berhasil menang.

Namun selepas itu, UMNO menyuarakan hasrat untuk bertanding di Bukit Gantang sekali lagi. Tan Lian Hoe pula ingin bertanding di kawasan Taiping dalam pilihan raya umum seterusnya, namun Kayveas tegas ingin kekal di Taiping. Akhirnya Tan Lian Hoe diberikan buat sementara bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 kawasan parlimen Lenggong oleh UMNO Perak, satu kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Tetapi pada hari keesokannya, pihak UMNO berubah fikiran dan “meminjamkan” kawasan Gerik kepadanya. Kawasan ini juga kebanyakan pengundinya berbangsa Melayu. Tan Lian Hoe bertanding di sini dan sekali lagi menang.

Soalan saya, apakah kemenangannya hasil undi Melayu penyokong UMNO pada PRU ke 11 dan 12 tidak berjaya menyakinkan beliau akan ketuanan Melayu yang termaktub di dalam undang undang ?

Apakah tidak cukup ehsan diberikan walaupun kawasan Melayu dikorbarkan untuk rakan UMNO iaitu MCA sehingga mereka masih mengkritik hak hak bangsa teras parti kita ?

Mungkinkah ini taktik ingin mengumumkan ‘perceraian’ secara terhormat bagi melompat ke Pakatan Rakyat ?

Dalam barisan Kabinet Malaysia 2008, Tan Lian Hoe telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Malaysia .

Namun ia tentu tidak berbaloi selaku Ketua Wanita MCA menjadi timbalan Menteri ; andaian yang saya rasa bermain di fikiran beliau dan rakan rakan Gerakan yang akhir akhir ini semakin lantang bersuara…Tentu Anwar dapat menawarkan sesuatu yang lebih tinggi barangkali jika mereka sedia berpisah dengan Barisan Nasional yang sudah berjaya dikaratkan di mata rakyat melalui permainan politik tidak bermaruah Pakatan Rakyat !

Namun soalan terakhir saya, adakah beliau sedar kenyataan tersebut tidak masuk akal dan wajar dikenakan tindakan keras sebagaimana Datuk Ahmad Bukit Bendera digantung parti tiga tahun ? Adakah MCA bersedia menggantung ‘ketua wanita’ nya seperti UMNO lakukan ????

Inilah penentu sikap sebenar MCA dalam berkawan dengan UMNO dalam BN. Kita akan tunggu reaksi mereka dan nanti kita akan tahu mana satu intan mana satu kaca.

Categories: 1

Karpal Singh, hero tamil baru yang digantung ?

23,October 2008 Leave a comment

https://i0.wp.com/www.theedgedaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_9998528c-cb73c03a-c5577c00-c6eebc37/1/pic8_29042008.jpg

“Saya gunakan kuasa saya di bawah Peraturan 44(3) kepada Bukit Gelugor, saya gantung dua hari tidak boleh hadir dewan kerana guna perkataan kurang ajar, saya sekarang serius dan tidak main-main,” kata Pandikar Amin.

Itulah kata nada tegas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak dapat menahan kemarahan apa dituduh oleh peguam terkenal tetapi haprak itu, bahawa beliau main-main dan tidak serius ketika mempengerusikan persidangan dan membuat peraturan.

Biadap betul Karpal Singh dan penulis tidak merasa pelik kerana beliau sangat selamba sahaja mengherdik siapa sahaja yang dirasakan sasaran sesuai walaupun dari kalangan Raja atau rakyat biasa seperti Speakar Dewan Rakyat.

Seperti isu beliau mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury. Sepatutnya Karpal Singh perlu memahami bahawa perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

Kata Karpal semasa perbahasan – ” Tuan Speaker, jangan main-main. Tuan Speaker tidak serius dalam perkara ini.

Maka berlakulah apa yang telah berlaku iaitu penggantungan selama dua hari terhadap Karpal Singh dan ia tetap diteruskan meskipun dirayu oleh Anwar selaku Ketua Pembangkang.

Kata Pandikar : “Sebelum ini saya enggan menggunakan kuasa saya, kalau ketua pembangkang boleh beri jaminan kepada saya bahawa dalam persidangan akan datang bahawa tuduhan liar https://i0.wp.com/cache.daylife.com/imageserve/0g6ob8ufhwb8h/340x.jpgselama ini pura-pura saya tidak dengar.

Berat untuk saya buat keputusan dan tarik balik. Kalau saya dapat sokongan daripada ahli Yang Berhormat bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Susah mengendalikan cerdik pandai tetapi ‘kurang ajar’ seperti Karpal Singh ini. Namun ia menggambarkan tahap kematangan dan ketahanan emosi beliau sehingga tergamak menuduh Speaker tidak serius di dalam menjalankan tugasnya, satu tuduhan yang amat berat dan tidak berasas…

Memang sejarah telah menunjukkan Karpal telah banyak kali membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan orang melayu tetapi akhir akhir ini lebih biadap manusia ini. Sudahlah mempertikaikan titah DYMM Sultan Perak, dia juga pernah mempersoalkan tindakan Raja Raja Melayu seperti DYMM Sultan Terengganu, Selangor dan Raja Perlis.

Biadap tak biadap Karpal ini ialah hingga sanggup mempertahankan kenyataan kurang ajarnya itu walaupun ada 2000 laporan polis dibuat terhadap dia. Yang malangnya orang melayu yang menjadi Menteri Besar Perak pula kata Karpal ada hak untuk membuat kenyataan yang menghina itu. Sayang kerana demi sebuah pakatan rapuh Melayu sanggup korbankan kehormatan kepada Sultan….

Justeru bukan sekadar digantung 2 hari dari sidang Parlimen, bahkan kewarganegara beliau juga patut dikaji semula berdasarkan apa yang telah beliau lakukan sebelum ini. Dan diharapkan agar laporan polis  terhadap beliau sebelum ini, disiasat secepat mungkin bagi membuat  pendakwaan terhadap kesalahan yang dilakukan.

Kita tidak mahu ada lagi yang ingin mencontohi jejak langkah sumbang tersebut hingga ada ramai yang akan turut digantung dari menghadiri sidang selepas ini sehingga merugikan perbahasan yang tentu memerlukan ramai menyertainya bagi memastikan kualiti perbahasan dapat ditingkatkan dan menjadi medan kepentingan rakyat diutamakan…

https://i2.wp.com/farm2.static.flickr.com/1047/580964032_d4961aff50.jpg

Baca kembali nasihat Sultan Perak Sultan Azlan bertitah demikian sempena sambutan Hari Keputeraan baginda ke-80 di Istana Iskandariah baru baru ini :

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini bertitah :

kepentingan negeri dan rakyat hendaklah mengatasi kepentingan politik kepartian.

Titah baginda masa untuk (parti politik) membuat janji telah berakhir sebaliknya kini (parti yang menang) perlu menunaikan setiap janji untuk manfaat rakyat jelata.

“Masa berkempen telah berakhir. Kini adalah masa bekerja. Berkempen dan bekerja sangat berbeza. Segala janji hendaklah dipenuhi, segala kata perlu dikota.

“Segala fikiran, tenaga dan sumber hendaklah dijuruskan untuk memajukan negeri, terutama usaha menambah baik prasarana, menarik pelaburan, merapatkan jurang pendapatan, menyediakan perumahan bagi rakyat berpendapatan rendah, membasmi kemiskinan, membangunkan modal insan dan mewujudkan peluang pekerjaan,” titah baginda.

Sultan Azlan Shah turut bertitah bahawa institusi Raja perlu bijaksana memberi tafsiran kepada semangat yang terkandung dalam konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, kedua-duanya yang tidak seharusnya dijadikan instrumen menghalalkan cara jika perkara yang dinasihatkan itu sama sekali bertentangan dengan undang-undang dan bercanggah dengan prinsip Perlembagaan.

Walaupun Raja bertindak atas nasihat Ketua Kerajaan, tetapi Raja tidak wajar memberi perkenan jika nasihat yang diberikan itu tidak mencerminkan keadilan, titah baginda.

Berasaskan semangat Raja Berperlembagaan, Sultan Perak bertitah seseorang Raja mempunyai peranan untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, memberi galakan dan dorongan serta memberikan sesuatu peringatan dan teguran.

“Raja sewajarnya menggunakan akal bicara, menggunakan hikmah mempertimbangkan secara arif lagi bijaksana dalam memberikan sesuatu perkenan terutama dalam perkara berhubung kepentingan negeri dan rakyat,” titah baginda lagi.

Daulat Tuanku !!

Categories: 1

Anak Najib sudah mula berjinak dunia politik – AgendaDaily

21,October 2008 Leave a comment

Nizar Najib nak kenali UMNO dari bawah


Agenda daily



TIDAK ramai antara perwakilan mesyuarat UMNO Bahagian Titiwangsa yang bersidang di sebuah hotel di Ampang, Ahad sedar kehadiran pemuda ini yang duduk di barisan depan pentas bersama beberapa perwakilan Pemuda UMNO bahagian itu.

Kalau yang mengetahuinya barangkali rakan- rakan beliau serta pimpinan tertinggi bahagian UMNO yang diketuai bekas Menteri Kesihatan itu, Datuk Seri Sulaiman Mohamad.

Jika beliau memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Nizar, mungkin perwakilan tidak ambil kisah kerana ada 488 perwakilan hadir di mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun, itu yang dikehendaki pemuda berusia 30 tahun itu yang kini adalah Ketua Pemuda UMNO cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru dalam Bahagian Titiwangsa.

Mohd Nizar bakal bapa kepada dua anak tidak lama lagi, tidak mahu orang ramai atau perwakilan mendekatinya kerana beliau anak Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau tidak mahu diberikan layanan istimewa semata-mata ayahandanya Timbalan Perdana Menteri dan bakal menerajui negara selepas pelan peralihan kuasa Mac depan.

Perunding Pengurusan ini ingin mengenali UMNO daripada peringkat bawahan bukannya terus ke puncak menggunakan kelebihan kedudukan Najib yang dipanggil ayahanda.

“Saya tahu, ini (anak Najib) memang unik tetapi bukan advantage…saya kena guna dengan betul elak, makan diri,” katanya.

Mohd Nizar berkata, ayahandanya tidak menghalang beliau terjun ke dunia politik selepas mereka dan keluarga berbincang.

“Ayahanda harap saya berfikir sendiri dan tak paksa,” katanya.

Menurutnya, antara lima beradik, hanya beliau terbabit politik sejak setahun lalu.

Beliau sekaligus menyambung kesinambungan politik Najib dan bakal jadi ikon terbaru politk generasi bekas Perdana Menteri ke dua, Tun Abdul Razak Hussin.

Ditanya kenapa memilih UMNO, Mohd Nizar berkata, parti itu memberi banyak sumbangan kepada rakyat khususnya orang Melayu di negara ini.

“UMNO perlu harus hidup demi masa depan orang Melayu. UMNO perlu terus kekal demi politik dan ekonomi orang Melayu,” ujarnya penuh semangat kepada Pengarang Berita Agendadaily, ROSLAN BIAN yang duduk menemaninya makan tengahari ketika persidangan ditangguhkan.

Katanya, golongan muda termasuk beliau perlu mengenang jasa UMNO dan berjuang memastikan kesinambungan parti itu.

Beliau melahirkan kecewa kerana golongan muda tidak mahu mengenali dan mendekati UMNO sebaliknya seolah-olah menentang parti yang memberikan pelbagai manfaat selama ini.

Mohd Nizar jelas merujuk ucapan perasmian Sulaiman pada sebelah pagi yang berkata, ketika ahli dan permimpin UMNO berjuang memastikan parti itu terus hidup, anak-anak mereka pula dalam keadaan membenci parti.

“Kita menikmati kemudahan pendidikan kerana perjuangan parti ini. Golongan muda harus kenang semua ini,” ujarnya.

Ditanya, rasionalnya memilih UMNO Cawangan Jalan Daud, Kampung Bharu, Mohd Nizar berkata, beliau ingin bersama-sama pemimpin di situ mencari idea terbaik memajukan kawasan berkenaan tanpa meminggirkan penduduk asal di situ.

Lagipun katanya, beliau bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di Jalan Maktab tidak jauh dari cawangannya.

Berbual hampir setengah jam terutama ketika membicarakan soal bangsa Melayu yang kini semakin tertekan, Mohd Nazir seperti ayahandanya, penuh visi dan beliau amat berharap turut dapat memberi sumbangan besar kepada orang Melayu dan negara.

Barangkali pepatah, kemana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.

“Biarlah saya bermula dari sini (cawangan UMNO). Saya ingin lalui proses dari bawah..doakan saya,” ujarnya sebelum meminta diri untuk solat Zohor.

Mohd Nizar mendirikan rumahtangga dengan Nur Sharmila Shaheen, 29, dan memperolehi cahayamata pertama menjelang Ramadhan 2006 dan bakal menerima kehadiran penyeri hidup kedua, awal tahun depan.

Anak pertamanya Mohd Nabil, mengekalkan tradisi huruf “N” dalam keluarga Najib.

Mohd Nizar dan Sharmila berkahwin pada Jun 2004.

Mohd Nabil juga merupakan cicit lelaki pertama Allahyarham Tun Abdul Razak. – 19/10/2008

Categories: 1

Akhirnya Pak Lah melepaskan ‘kemarahan’ yang terpendam terhadap 2M – Mahathir & Muhyidin

19,October 2008 5 comments

https://i1.wp.com/media1.malaysiakini.com/110/cf1b1ecd0f8305c33849a4072178ace9.jpg

1. Punca kemarahan Pak Lah dapat dibaca selepas sekian lama ‘menderita’ terseksa zahir dan batin dengan perangai dan juga lagak yang mengalahkan hero hindustan oleh 2M di atas. Mungkin silap tidak dimasukkan sekali satu lagi M iaitu Mukhriz, namun ia jelas kerana Pak Lah tidak mahu ia dilihat sebagai satu ‘bonus’ untuk menantunya KJ yang sedang mencari sokongan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Mac tahun hadapan.

2. Kesabaran Pak Lah harus dilihat sebagai reaksi di saat saat akhir ( jika berlaku ) sebagai PM. Beliau tentu akan melepaskan jawatan yang sangat dikehendaki oleh ramai orang yang tidak sabar termasuk M dari Johor di atas. Perbuatan yang mengkhanati kepercayaan dari Presiden parti demi kepentingan politik peribadi.

3. Tidak ramai orang mampu memendam rasa seperti Pak Lah selama bertahun tahun menahan asakan dan tumbukan bertubi tubi dari Mahathir dan team penyokongnya. Meskipun Pak Lah juga sedar tidak ramai yang sanggup melawan arus ‘ciptaan’ Mahathir yang melabelkannya sebagai pemimpin lembek dan lemah, tidak sama dengan Mahathri yang 22 tahun diangkat dengan begitu tinggi dan dipuji dari kanan kiri. Kita faham kenapa gelaran buruk tersebut diberikan walhal ia adalah hasil ‘perang dingin’ yang berlaku ekoran salah faham bahawa Pak Lah memusnahkan segala apa yang dirancang oleh beliau.

4. Mungkin sudah tiba masa Pak Lah menyerang sehingga ‘saat terakhir’ mempertahankan maruah dirinya yang selama ini dihina dan dipijak pijak oleh pembuli pembuli yang merasakan mereka sangat berkuasa dan mampu ‘melawan Tuhan’ …. Taktik bertahan mungkin sudah tidak relevan lagi dan saya cukup pasti Pak Lah akan menjadi semakin bersemangat menegakkan keadilan dan membasmi penyelewengan meskipun ia akan mengorbankan ‘jawatan’ PM yang sangat sangat diburu oleh semua.

5. Harapan kita moga Najib akan selamat sampai ke saat menjadi PM dengan selesa dengan sokongan yang melimpah ruah dari segenap lapisan masyarakat. Atau kita cadangkan sahaja peralihan dilanjutkan sehingga Najib bersedia dengan pertahanan luaran dan dalaman sebelum menjadi PM ke 6 menggantikan Pak Lah yang telah digelar oleh Bukan Islam sebagai Bapa Demokrasi Moden.

Kami penyokong Pak Lah akan bersedia mempertahankan beliau habis habisan dari serangan orang seperti Mahathir yang ‘cukup lama’ dibiarkan menjadi’batu api’ yang telah menggoncang kestabilan negara dan parti tunjang bangsa dan agama Islam di Malaysia..

Hidup Pak Lah !!!!!!!!

https://i2.wp.com/phoenity.com/hibiscus/history/mahathir_cry.jpg

PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan…Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik…Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding… tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.

– Bernama

Categories: 1

Rocky Bru pertahan Utusan – tentang saman menyaman pembangkang !

15,October 2008 Leave a comment

TUESDAY, OCTOBER 14, 2008

Kebebasan akhbar disokong tetapi tidak untuk Utusan

Tulisan Blogger Another Brick In The Wall


Begitu banyak dan lama Utusan Malaysia berjasa kepada orang Melayu, mengapa ianya dicerca begitu rupa? Tidak adakah orang Melayu atau pencinta kebebasan akhbar yang sanggup mempertahankan serangan terhadap Utusan di blog Rocky Bru ?

Dalam tulisannya semalam, beliau memberi gambaran seolah-olah tindakan dua ahli politik DAP menyaman Utusan Malaysia atas isu remeh temeh akan menyekat kebebasan akhbar. Dan, ini tidak konsisten dengan kritikan mereka bahawa kerajaan menyekat kebebasan akhbar.

Pandangan tidak populis Rocky ini menarik kritikan dari pembaca dan komentar blognya.

Sikap orang awam yang dicerminkan dalam komentar tidak konsisten. Mereka menerima pakai pandangan yang mereka mahu dengar tanpa mengambilkira percanggahan prinsip dalam pandangan mereka.

Jika orang ramai boleh bangun menentang saman terhadap Rocky dan YB DAP, Jeff Ooi, mengapakah mereka tidak bising bila taktik saman mahkamah digunakan terhadap Utusan?

Sebarang tindakan membuat saman mahkamah dan berjumlah yang tidak realistik adalah satu tindakan keterlaluan yang sebenarnya menyekat kebebasan yang keterlaluan.

Sebagai seorang wartawan-blogger dan bekas editor yang menghargai dan memperjuangkan kebebasan akhbar, Rocky telah menyuarakan satu pandangan yang amat releven. Tentu sekali, dia telah mengambilkira realiti amalan kewartawanan di Malaysia.

Mengapa orang ramai dan blogosphera bersikap sedemikian rupa terhadap Rocky dan mempertahankan saman ini? Adakah kerana yang menyaman itu DAP? Adakah kerana yang kena saman Utusan Malaysia? Adakah ini bermakna blogger tidak boleh di saman tetapi akhbar boleh?

Kesian “mayat” Tan Sri A Samad Ismail “gelisah” di dalam kubur.

Azan dan Status Islam

Teresa Kok menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM30 juta kerana dikatakan membuat laporan salah mengatakan beliau mempersoalkan penggunaan pembesar suara untuk melaungkan azan bagi surau.

Agak susah untuk menerima penafian beliau. Isu azan adalah satu isu yang sering disuarakan oleh ahli-ahli politik DAP, termasuk ahli Parlimen veteran, YB Tan Seng Giau sendiri.

YB Tan berasal dari Kelantan, fasih dalam berbahasa Melayu, dan boleh membaca Jawi. Dia boleh dianggap faham dan biasa dengan amalan Islam orang Melayu Kelantan. Itu pun beliau tiada toleransi terhadap azan.

Utusan dituntut maaf dari Teresa tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka enggan berbuat demikian.

Karpal Singh pula telah memfailkan saman RM10 juta kerana menurutnya Utusan telah memberi gambaran dia mempersoalkan status Islam sebagai agama persekutuan yang tertera dalam perlembagaan.

Bagi kes Karpal, beliau menuntut Utusan menyiarkan maaf dan telah dipenuhi. Namun, Karpal masih tetap menyaman. Adakah ralat Utusan itu tidak memadai untuk Karpal?

Rasanya, tidak susah untuk mengumpulkan kesemua kenyataan Karpal sepanjang berdekad beliau berada dalam politik dan memberi pelbagai kenyataan memperjuangkan ideologi sekularisma DAP/PAP.

Sebut saja mengenai subjek negara Islam atau Daulah Islamiah, berlumba antara Karpal Singh dan Lim Kit Siang untuk menyuarakan bangkangan dan memberi interpretasi Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia mengenai Islam sebagai agama rasmi.

Seberapa boleh, mereka enggan mengakui Islam negara persekutuan dan ugama lain bebas diamalkan tetapi tiada peruntukan dalam Perlembagan untuk kerajaan memberi peruntukan.

Tabung Azan

Tulisan Rocky Bru semalam secara tidak langsung mempromosi usaha Dato’ Syed Ali Al Habshee, Ketua Bahagian UMNO Cheras untuk menubuhkan Tabung Azan bagi memberi sokongan moral kepada Utusan Malaysia dalam menghadapi saman oleh Teresa dan Karpal Singh.

Memang patut UMNO memberi sokongan tersebut kerana Utusan Malaysia adalah wadah (doyen) perjuangan orang Melayu ke arah mencapai kemerdekaan dan selepas kemerdekaan hingga ke hari ini.

Jika UMNO wujud pada tahun 1946, Utusan Melayu (suratkhabar tulisan jawi yang wujud sebelum Utusan Malaysia wujud) telah beroperasi lebih 100 tahun, dari Jun 8hb, 1907.

Kewartawanan Beretika?

Katakan Utusan bersalah dalam kedua-dua kes. Adakah hanya Utusan sahaja yang melakukan amalan kewartawanan yang kononnya tidak beretika?

Jika diamati betul-betul, tuduhan terhadap amalan kewartawanan Utusan adalah juga amalan kewartawanan Rocket, Siasah, Harakah, Berita Keadilan dan usah disebut, Malaysia Today.

Buktikan tiada langsung diguna teknik putarbelit, menyimpan maklumat, melaporkan half truth, dan fitnah di dalam penerbiatan? Bezanya hanya samada dilakukan secara terang terang atau secara halus.

Perbuatan menuduh atau memfitnah masih tetap boleh dilakukan dengan diolah menjadi persoalan atau dipilih kenyataan atau pendapat sesiapa yang mereka rasa boleh disesuaikan dengan tujuan laporan. Ini mungkin selamat dari segi undang-undang tetapi masih juga tidak beretika.

Kadangkala, diselit dan dibahaskan dari aspek theology yang susah dinafi dan menakutkan orang biasa untuk mempersoalkan.

Adakah Utusan sahaja yang kononnya bias terhadap satu-satu pihak?

Realitinya, dunia suratkhabar dan termasuk blog-blog di Malaysia, malah seluruh dunia, mereka mewakili satu parti politik atau satu kumpulan berkepentingan atau satu aliran ideologi pemikiran.

Sedikit sebanyak masing-masing memainkan peranan dan terlibat dalam “perang ide” atau “perang psikologi.” Semua pihak menggunakan media untuk mendoktrinasikan massa.

Juangkan Kebebasan Akhbar?

Hujah yang bakal diguna adalah dengan saman yang mahal, pihak editor akan lebih berhati-hati dan professional dalam membenarkan sebarang berita dan artikel disiarkan. Pada logiknya demikianlah rupa tetapi ia tidak semudah itu.

Dalam kedua-dua kes, agak susah untuk tidak membandingkan apa yang dilakukan oleh DAP meyerupai amalan PAP di Singapura. PAP mendiamkan penentang dan pengkritik dengan cara menyaman di mahkamah dan seterusnya setelah menang kes, bertindak membankrupkan.

Adakah DAP mempunyai niat serupa untuk meniru parti kembarnya menggunakan proses mahkamah? Elemen-elemennya agak berbeza tetapi intipati senarionya hampir serupa.

Secara logik, kita harus bertanya samada keengganan Utusan dan kesusahan yang konon dihadapi Teresa Kok bernilai RM30 juta?

Ini harus mengambilkira Teresa ditangkap “gelembung” mengenai keadaan makanan semasa dalam tahanan ISA. Entah entah, dia dapat dapat makan roti bakar untuk sarapan, dan boleh orde Kentucky Friend Chicken atau Secret Recipe. Pasti DAP tidak akan tuntut di Parlimen perincian bil Teresa semasa dalam tahanan.

Tidak lupa, harus juga kita perhatin bahawa Teresa dan keluarganya menghadapi perasaan ngeri dari peristiwa molotov cocktail dibaling ke rumahnya. [Sedih perbuatan sedemikian harus wujud di negara kita yang aman dan damai.]

Atau ketidakpuasan hati Karpal Singh terhadap kenyataan maaf Utusan Malaysia menjangkau RM10 juta?

Oleh kerana akhbar-akhbar sedemikian sering dibatal atau ditarik lesen penerbitan, mereka dapat menangguk simpati orang ramai dan dianggap dianiayai dan tidak bersalah atas kesalahan yang sama.

Sepanjang yang dapat saya ingat, tidak pula kerajaan atau ahli politik Barisan Nasional yang menyaman akhbar-akhbar politik pembangkang hingga bankrup untuk mendiamkan mereka.

[Harap usah diambilkira ISA dalam perbahasan ini kerana itu hanya melencungkan perbahasan. ISA lebih berkait rapat kepada keselamatan dalam negara dan hanya dikenakan terhadap pengamal akhbar, apabila mereka menghangatkan perhubungan antara kaum hingga boleh menimbulkan masaalah keselamatan.]

Sungguhkah pembangkang kita perjuangkan kebebasan akhbar?

PKR terang-terang memalukan Utusan Malaysia dengan melarang mereka menghadhiri sidang akhbarnya dan dibesar-besarkan dengan signboard. Di dalam sidang akhbar, Anwar Ibrahim akan menyerang dan memperlekehkan sebarang soalan yang ditimbulkan oleh portal berita Agendadaily.

Dengan ini boleh senang-senang disimpulkan, mereka menyokong kebebasan akhbar tetapi tidak untuk Utusan Malaysia.

Hidup munafiq (atau hipokrasi)!

Categories: 1