Archive

Archive for November, 2009

Husam Musa dan Kickdefella dibelasah dalam Surat Nik Amalina

30,November 2009 Leave a comment

Sebelum baca surat tu sila baca komen di bawah yang dikutip dalam blog Kickdefella

 

 

Salam,
Say rasa apa yang puan lakukan ini telah merosakkan imej tok guru sendiri. Cuba ambil sedikit masa dan fikirkan the root of the problem itu sendri.
1. Perbadanan Menteri Besar kelantan (PMBK) di pengerusikan oleh menantu menteri besar? Apa ni????
2. TOk guru melantik Arif??? (saya ingat oleh lembaga pengarah)
2. Kenapa CEO tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan????

As for your part:
1. Isteri CEO PMBK membuat kenyataan menyokong suaminya????? (Isteri tentulah sokong suami)
2. KEnapa dikaitkan isteri orang?? Adakah kita tu baik sangat???
3. Munuduh orang lain sebagai peminum dan sebagainya perlulah dibuktikan. (Fitnah lebih buruk dari membunuh)
4. Adakah begini contoh tok guru mengajar anak-anak? (you are a disgrace to tok guru!!!!!!!!)

To Kick,
SAMAN, SAMAN DAN SAMAN

 

 

 

Dear Armour and Mr Kick,

Rasa-rasanya:

Ketagih arak boleh membuatkan seseorang itu mabuk.
Mabuk boleh membuatkan seseorang itu melanggar pokok kalau memandu kenderaan.
Accident itu boleh menyebabkan pemandunya dan pihak lain yang terlibat degan kemalangan itu mati/cedera dan kemusnahan harta benda yang terlibat. Dosa minum arak dia kena tanggung.

TETAPI

Ketagih kuasa boleh memporakperandakan satu negeri malah satu negara waimma satu dunia. Kalau salahguna kuasa, dosa ni siapa nak tanggung.

LAGI DAHSYAT

Ketagih kuasa + Ketagih PERASAN MEMILIKI BAROQOH, boleh merosakkan agama.

Yang jadi mangsa bukan kecil. Orang-orang yang tak berdosa menjadi taksub membuta. Orang yang mindanya taksub boleh buat apa sahaja. Siapa nak tanggung dosa menganiaya orang Memali menjadi taksub dan siapa nak tanggung dosa yang menyebabkan pengikut alMaunah menjadi taksub.

Orang yang accident mati dan ditanam. Orang yang taksub, terus hidup TAPI mindanya mati. Minda yang telah mati ini tak boleh membawa kita ke mana-mana selain kedunguan dan kejumudan.

Mari kita berjihad menghalang semua ketaksuban ini dari terus berkembang. JANGAN BERJIHAD UNTUK KELUARGA KITA SAHAJA.

PAS tak salah kerana PAS hanyalah sebuah organisasi yang sah di sisi undang-undang ROS macam DAP dan PKR juga.

Yang salahnya bila kita sebagai penjawat awam telah terbukti mengamalkan nepotism, kronysm dan mengamalkan rasuah tetapi menafikannya dan dalam masa yang sama cuba berlindung disebalik kekuatan “baroqoh” yang di perasan ada pada kita.

Maaflah, saya tidak mendapat pendidikan agama dari ustaz ini samada di PUTIK atau di mana-mana. Boleh belajar dengan banyak lagi ustaz lain yang lebih berwibawa, berilmu, berpandangan jauh, tetapi tidak pula menamakan diri mereka ulamak itu dan ulamak ini. Mereka terus membantu membangunkan agama, bangsa dan negara yang sama-sama kita cintai ini.

 

 

 

surat Amalina ada di blog Kickdefella ( komen atas pun dari blog beliau )  http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/27/surat-daripada-nik-amalina-nik-abdul-aziz/#comments

 

Malaysianinsider turut memuatkan isi penting Surat Nik Amalina di sini http://themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/44837–isu-menantu-seorang-lagi-anak-pertahan-nik-aziz-kecam-kickdefella

Advertisements
Categories: 1

Anwar, Aziz dan Ariffahmi

24,November 2009 Leave a comment

NST hari ini melaporkan Husam Musa telah beri kata dua kepada Nik Aziz, “Pecat mereka atau saya akan berhenti”, dalam pertemuan empat mata, Selasa lepas. Dalam pertemuan itu, Husam bercadang untuk meletakkan jawatan, suasana menjadi emosional dan kedua-duanya telah menangis.

Nik Aziz pula pada awalnya menentang rakyat dengan membela menantunya…. namun terpaksa menerima nasihat AJK Tertinggi PAS yang mahukan menantunya mengundur diri bagi mengelakkan imej PAS semakin tercalar.

Kita doakan Nik Aziz ( termasuk ) Anwar  juga turut mengundur diri !!!!

 

 

Sumber : Aidc

Categories: 1

YB Gobalakrishnan mengamuk lagi

22,November 2009 Leave a comment

artikel Mahaguru58 http://mahaguru58.blogspot.com/

 

Yang Berhormat? Yang Beraja di Mata ; Bersyaitan dihati?..Oops…bersultan dihati?
Bilamana saya membaca laporan ini, saya tertanya tanya akan piawaian parti politik PKR tentang latarbelakang calon calon pilihanraya yang mereka letakkan untuk mewakili parti mereka didalam pilihanraya pilihanraya negara ini?

Bila tertangkapnya manusia yang diberitakan disini, saya menyesal menulis menyokongnya dahulu kerana dari intipati surat aduan dibawah ini sahaja, saya sudah boleh membayangkan tahap kebiadapan individu terbabit dan cara beliau berkelakuan tidak selayak mereka yang digelar Yang Berhormat!

Satu sahaja nasihat saya kepada para pemilih dan pengundi negara. Pilih lah mereka yang jujur, amanah, bersopan santun dan berbudi bahasa senantiasa.

Sakit hati berulam jantung mendengar cerita cerita pahit sebegini.

Hancur rosak ketamadunan masyarakat negara kita seandainya berwakilkan orang orang sebegini.

Hayati maksud pantun pantun berikut:

Buah manggis masaknya hitam,
Ketika muda kulitnya hijau,
Tuah habis mukapun lebam,
Kerana suka membuat kacau.

Kata tua kata penegas,
Penegas adat dengan lembaga,
Hina bangsa suka berkeras,
Berkeras cepat membawa bala.

Kata tua kata berpadan,
Berpadan kata dengan isinya,
Hina bangsa tiada pedoman,
Badan hina hilang budinya.

Tuan puan fikir fikirkan natijahnya memilih wakil rakyat yang kurang budi bahasanya?

Apakah dengan terlantiknya seseorang itu ke kedudukan sebagai Ahli Parlimen sudah bermakna ia bebas bertindak mengikut sesuka hatinya dan boleh sahaja menceroboh mana mana pejabat kerajaan negeri atau majlis perbandaran atau kementerian dan berlaku samseng?

Jika di negara barat seperti Amerika Syarikat, saya rasa dah kena tembakan ‘Taser’ dah makhluk ini dan dihumban kedalam penjara?

Kenapa pula didalam Tanah Melayu ini, penguatkuasaan undang undang lesu dan lemah sekali?

* Saya ungkapkan Tanah Melayu sebab ianya masih dibawah perintah Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Raja serta Yamtuan Melayu!

Apa tak begitu?

 


Categories: 1

Video Baiah PAS yang perlu ditonton oleh Rakyat Malaysia !

12,November 2009 Leave a comment

http://www.youtube.com/watch?v=hqUAFS-CcUE

 

klik link di atas untuk mendengar tentang pengakuan Baiah Cerai Taklik dalam PAS..

Apakah ia masih tidak mencukupi lagi untuk menyakinkan ahli PAS bahawa parti mereka tidak lagi menjadikan Islam sebagai perjuangan ?

 

Bukankah menggadaikan isteri dan anak satu cara untuk memastikan keutuhan kuasa mereka walaupun dengan menggunakan jaminan kebahagian keluarga calon mereka ?

PAS tidak dapat lagi mengelak dari isu ini dan kita yakin perubahan sokongan akan semakin jelas terhadap kerajaan yang begitu menjaga maruah wanita dan anak mereka dari menjadi mangsa.

 

 

 

Categories: 1

Baiah PAS Mempertuhankan Politik – Mufti Perak

9,November 2009 2 comments

Mufti anggap jatuh talak isteri sertai parti lain persendakan perkahwinan

KUALA LUMPUR: Amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik

“Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan,” katanya ketika mengulas mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas melakukan baiah talak tiga yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu termasuk melompat parti

Bagi Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, menyifatkan baiah sehingga talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang melompat parti adalah tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam

“Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa

“Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur. Bagaimana jika pemimpin itu melompat parti pada usia 65 tahun, sudah punyai ramai cucu, anak dan menantu. Apa yang berlaku jika mereka bercerai, cuba bayangkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam

Sementara itu, Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin, berkata amalan baiah itu adalah satu dasar yang paling tidak masuk akal dan begitu mengejutkannya

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata, amat malang bagi gerakan yang mengambil Islam teras perjuangan menjadikan baiah itu sebagai dasarnya

“Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian,” kata beliau dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com.

Katanya, beliau yang pada mulanya tidak percaya dengan laporan media terbabit berasa terkejut selepas perkara itu diakui rakannya dalam Pas yang pernah mengangkat baiah itu

“Malah ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan

“Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud,” katanya

Zulkifli berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah

Beliau mempersoalkan tindakan Pas yang tidak membangkitkan isu itu secara dalaman dan mencari penyelesaiannya secara muzakarah sebaliknya memilih untuk mendedahkannya kepada umum

“Saya khuatir dengan isu seperti ini, mereka yang menyokong Pas selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka,” katanya

petikan dari : Berita Harian

Categories: 1

Sebab kenapa dua ahli PAS Liberal dibuang oleh Hassan Ali di Selangor

7,November 2009 Leave a comment

Ketika diminta mengulas tentang mengapa Khalid dan Saari Sungip dibuang dari Dewan Harian PAS Selangor, beliau berkata
1. Fahaman mereka terlalu liberal
2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantaun tersebut.
4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.

Hassan juga mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku.

Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada exco DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10mlm-4pg, kedai arak etc. Cadangan tenpat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meting exco bahawa armarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu.

source : http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/11/04/sejak-jawatankuasa-disiplin-dibentuk-ole/

Lagi menarik komen bawah blog tersebut :

ana akan cadangkan enta di ambil tindakan disiplin kalau enta ahli PAS.

tindakan enta menulis perkara-perkara yang bersifat dalaman di dalam blog adalah perbuatan org2 fasiq yang mencari kemurkaan Allah.

Categories: 1

Anwar sokong Wahabi dan Dr Asri gila populariti ?

4,November 2009 1 comment
1. Cerita Dr. Asri bekas mufti Perlis masih panas. Dr. Asri pun suka ianya dipanjangkan nampaknya. Mungkin beliau suka akan kontroversi yang melonjakkan namanya. ‘Market’ beliau makin naik. Sebagai seorang sahabat, saya suka mengingatkan Dr. Asri agar berhati-hati. Pelanduk boleh melupakan jerat, tapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Jika benar JAIS punya agenda, tentu saudara juga punya agenda.
2. Bermula dari tangkapan oleh JAIS, salah satu agensi kerajaan Negeri Selangor, kini saudara diheret konflik dengan JAKIM dibawah kerajaan pusat. Imbas saja kes Ustaz Ramlan Poringi yang tiba-tiba mempertikaikan sumpah Saiful Bukhari walhal Mufti Wilayah Persekutuan mengakui Ustaz Ramlan tidak berkebolehan membaca kitab-kitab agama dalam bahasa Arab. Namun penyokong pembangkang bersorak gembira!
3. Begitu juga dalam kes saudara, masakan seorang Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam Malaysia boleh mempertikaikan kelulusan saudara. Penyiasatan salahlaku perisytiharan ijazah palsu ini dikendalikan oleh satu jawatankuasa di peringkat jabatan, bukannya oleh seorang individu! Maka itu saudara tidak perlu melenting. Tidak mustahil keadaan pegawai tersebut juga sama situasinya dengan situasi Ustaz Ramlan Poringi yang telah dimanipulasi.
4. Saudara banyak berceramah tentang hikmah dan kesabaran. Saudara juga membidas pengagungan berlebihan kepada pemimpin. Kini tiba masanya saudara diuji. Akhlaq ulama’ diikuti oleh pengikutnya. Seharusnya saudara yang memimpin pengikut malam saudara ditangkap agar tidak agresif serta memberikan kerajasama, bukannya menuruti arahan pengikut bersembunyi dalam bilik lebih setengah jam!
5. Banyak kekeliruan di sini. Saranan saya saudara harus lebih tawadhu’, menuruti sifat Rasulullah yang bijak menangani situasi tanpa berkompromi dengan kawan atau pun lawan. Saudara bisa mengatakan tindakan saudara ini untuk pertahankan maruah diri namun jangan sampai masyarakat menilai saudara juga seperti ahli politik, bersilat sana sini bagi menghalalkan tindakan. Atau apakah mungkin saudara menjurus kearah itu?
6. Berbalik ke soal AnWAR, beliau juga berdamping rapat dengan Ustaz Abdullah Yasin yang tidak pernah mendapat pengiktirafan serta tauliah untuk mengajar di negara ini. Ustaz Abdullah Yasin berkelulusan dari Arab Saudi dan mendapat taraf penduduk tetap negara ini semasa AnWAR berkuasa dalam kerajaan. JAKIM dan Ustaz Ahmad Awang (tika Presiden Persatuan Ulama’ Malaysia) pernah mempertikaikan Ustaz Abdullah Yasin.
7. Yang dipertikaikan ialah pembawaan Ustaz Abdullah Yasin menjurus kearah Wahabi. AnWAR sering mengarahkan JAKIM tidak mengganggu Ustaz Abdullah Yasin. Ustaz Abdullah tinggal di Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi, serta punya tauliah untuk mengajar Indonesia dan Arab Saudi. Ustaz Abdullah sering memberi kuliah di rumah-rumah mewah sekitar Bukit Damansara yang punya hubungan dengan AnWAR dan Wan Azizah.
8. Saya bersetuju bahawa ilmu agama yang diajar itu tidak bergantung kepada tauliah atau tidak, namun sebagai manusia tentunya kita terikat dengan undang-undang. Kita terikat dengan hubungan kepada Allah dan hubungan kepada manusia. Maka JAWI perlu menyiasat perkara ini, jangan biarkan ia terlepas pandang. Jangan biar AnWAR mencatur dan mengheret golongan agama yang dihormati mengikut nafsu dan selera politiknya.
Kepada Ustaz Asri, “ular menyusur akar tetap berbisa”. Tidak rugi kita merendah diri dan jangan terlalu mabuk dengan publisiti. Golongan seperti saudara seharusnya memimpin kerana golongan seperti saudara melangkaui batasan ‘glamour’ dan politik…..

Sekian.

cilok dari blog mediasiber

Categories: 1