Archive

Archive for December, 2009

Hj Hadi : Blogger Jangan Sebar Fitnah

25,December 2009 Leave a comment

KUALA LUMPUR – Penulis blog dinasihatkan agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang,

Ahli Parlimen Marang itu berkata, terdapat sesetengah penulis blog yang ghairah mendapat sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan terlebih dahulu kesan yang bakal dihadapi masyarakat ekoran perbuatannya itu.

“Bukan semua maklumat boleh didedahkan kepada umum kerana adakalanya boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat walaupun ianya benar. Kita perlu me:letakkan yang benar pada tempat yang betul dan bukannya blogger yang mahukan upah semata-mata untuk berbohong,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Blogger di Taman Melewar di sini, semalam.

:Turut hadir Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Pengerusi Lajnah IT Pas Pusat, Abdul Ghani Shamsudin.

:Abdul Hadi berkata, blogger perlu memahami bagaimana Islam mengajar umatnya agar lebih teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita supaya tidak bercanggah dengan fakta yang sebenarnya.

:”Sebagai contoh Islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengesahkan sesuatu fitnah, sekiranya tiada empat orang saksi, maka sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar berlaku,” katanya.

:Menurutnya, penyebaran maklumat yang baik akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat akan menghasilkan dosa berterusan.

Beliau turut mengakui bahawa peranan blog adalah cukup penting di kurun ke-21 ini dan telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

“Sehubungan itu, saya menggalakkan kita melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang kerana ianya satu kemestian yang perlu dipelajari.

“Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela Islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran Konvensyen Blogger Pas oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas ini juga merupakan satu langkah terbaik untuk memastikan blogger mempunyai matlamat jelas dan berperanan secara strategik.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Katanya, tumpuan utama sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

p/s : adakah sekarang Hj Hadi sudah terkena batang hidung sendiri selepas gembira meraih hasil lumayan dari perbuatan blogger PAS menfitnah orang ?

Allah maha Adil telah membalas balik segala perbuatan yang dibuat…

Advertisements
Categories: 1

Video Anwar Berceramah Di Kursus Biro Tatanegara

11,December 2009 Leave a comment

Nampaknya dengan kehadiran video ini tentu Anwar Ibrahim tak akan senang dan lena tidur malam.

Mereka yang sokong dia juga akan kepanasan.

Kerana jelas Anwar Ibrahim berjuang yang lain dengan apa yang diperkatakannya ketika menjadi menteri dalam kerajaan.

Sekian, terima kasih !

Categories: 1