Archive

Archive for October, 2010

Selangor defisit RM65.96 juta, Anwar gagal

30,October 2010 Leave a comment

SHAH ALAM – UMNO Selangor mencabar Kerajaan Selangor memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri berikutan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri itu yang mengalami defisit RM65.96 juta pada tahun lalu.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, Laporan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri yang mengalami defisit pada 2009 membuktikan Anwar gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan.

“Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan, ini memberi kesan buruk kepada rakyat Selangor dan membuktikan Pakatan Rakyat tidak mampu menjana ekonomi negeri ke arah yang lebih baik walaupun mempunyai penasihat ekonominya sendiri dan kononnya ditadbir menggunakan pendekatan korporat.

“Jika begini keadaan ekonomi dan kewangan Selangor, apa yang telah dibuat oleh Penasihat Ekonomi negeri (Anwar) ini sebenarnya. Adalah lebih elok pecat sahaja,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Abdul Shukor juga tidak menolak kemungkinan kemerosotan kewangan Kerajaan Negeri berpunca daripada pengurusan yang tidak berhemah yang dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Katanya, Abdul Khalid seolah-olah ‘memperlekehkan’ laporan tersebut apabila menyatakan Ketua Audit Negara hanya mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun 2009 dan tidak melihat kedudukan kewangan negeri pada tahun ini yang didakwanya dalam keadaan yang positif.

“Apa yang cuba diputarbelit oleh Abdul Khalid ini dengan membuat kenyataan sedemikian. Adakah beliau lupa bahawa Laporan Ketua Audit Negara itu merujuk pada tahun 2009 dan bukannya 2010.

“Namun, kita melihat kenyataan Abdul Khalid ini hanya satu cubaan untuk ‘menutup malu’ pada mata rakyat kerana beliau telah gagal menguruskan kewangan negeri Selangor pada tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rabu lalu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan menafikan fakta Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri yang mengalami defisit pada tahun lalu.

Abdul Khalid kewangan kerajaan negeri tidak mengalami defisit sebaliknya menyatakan kewangan kerajaan negeri meningkat dan tidak lagi berada dalam kedudukan negatif pada tahun kewangan selepas 31 Disember 2009.

Malah, Abdul Khalid turut menyatakan kedudukan defisit kewangan Kerajaan Negeri tidak membimbangkan selain menganggap keadaan sedemikian adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana institusi kewangan.

Sinar Harian

Komen: nak perintah Malaysia macam mana kalau dah defisit?

Patutlah hutang peribadi Khalid berpuluh juta tak mampu dibayar oleh beliau kepada Bank Islam.

Kalau saya jadi Cina dah lama saya pastikan PKR DAP ‘bungkus’ awal. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: Uncategorized

Amaran Kepada Menteri : Jangan Cari Gaduh Dengan Blogger

21,October 2010 1 comment

MENTERI KABINET Janganlah Cari Gaduh Dengan Blogger

Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Utama Dr. Rais...
MENTERI KABINET Janganlah Cari Gaduh Dengan Blogger
Oleh: yieMEGA

KEJADIAN Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan ‘cari gaduh’dengan blogger bukan baru, malah telah lama berlaku dan ia terus berlaku tanpa ada langkah-langkah untuk mengelakkanya oleh menteri-menteri kabinet.

Malah perkara ini sudah terjadi sebelum ini iaitu sebelum ‘tsunami politik’ melanda Malaysia yang membawa kepada kejatuhan beberapa buah empayar-empayar yang dikuasai oleh BN sebelum ini. Malah kejatuhan empayar-empayar tersebut juga ada kena mengena dengan Menteri Kabinet yang ‘kurang ajar’ dengan blogger. Hasilnya lihat sahaja beberapa empayar-empayar BN telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Mungkin, menteri kabinet yang ada hari ini tidak mengambil pengalaman lalu sebagai pengajaran mereka, oleh yang demikian mereka tidak serik-serik mencari pasal dengan blogger. Adakah mereka tidak sedar yang perana blogger di dalam politik negara kita pada hari ini sungguh penting, adalah tidak wajar seseorang Menteri Kabinet memusuhi blogger.

Terbaru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr. Rais Yatim yang berkemungkinan mengambil tindakan saman terhadap blogawan Rocky Bru’s. Penulis memang menghormati Dr. Rais sebagai Menteri Kabinet yang ‘berbudi bahasa’ apabila bercakap. Tapi bukan soal berbudi bahasa yang penulis ingin cakapkan di sini.

Penulis sendiri telah membaca artikel blog Rockybru’s, di sini penulis melihat tidak ada apa-apa pun yang blogawan RockyBru‘s boleh dipersalahkan dengan hal ini kerana beliau menyiarkan ‘link asal’ rumor atau maklumat tersebut. Jadi tidak nampak keperluan untuk RockyBru’s dipersalahkan berhubung hal ini.

Penulis ingin memberi amaran kepada semua menteri-menteri kabinet supaya menghormati pandangan blogger, kerana ‘persengketaan dengan blogger’ bakal memberikan implikasi yang cukup tinggi, lebih-lebih lagi kita ada dua PRK yang sedang menunggu kita iaitu Galas dan Batu Sapi.

Peranan blogger-blogger di dalam PRK tersebut semangnya AMATLAH PENTING. Apa yang penulis bimbangi sekiranya para blogger ‘memboikot’ PRK tersebut mungkin akan mengundang kecelekaan kepada BN sendiri. Tambahan pula, mengikut maklumat yang penulis terima sudah ada beberapa blogger yang akan ‘memboikot’ kedua-dua PRK tersebut disebabkan isu ini.

Sehubungan dengan itu, penulis dengan ini mendesak agar Dr. Rais Yatim menarik balik semua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rockybru’s di samping kembali semula bekerjasama dengan blogger. Sebagaimana lagu P.Ramlee yang berbunyi”Barang yang lepas jangan dikenang”.

 

http://suaragenerasimuda.blogspot.com/2010/10/menteri-kabinet-janganlah-cari-gaduh.html

Categories: Uncategorized

Pada mulanya….versi PAS vs Umno

17,October 2010 1 comment

Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA…

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA…

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA…

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA…

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

PADA MULANYA…

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

PADA MULANYA…

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

PADA MULANYA…

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

PADA MULANYA…

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA…

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA…

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

PADA MULANYA…

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA…

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA…

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA…

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA…

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

PADA MULANYA…

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA…

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA…

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA…

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA…

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PADA MULANYA…

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

 

 

 

21 dalil dari blog Anwar Pembohong http://www.dapmalaysia.net/2010/10/21-dalil-pas-termasuk-dalam-perkara.html

Categories: Uncategorized

Laporan Polis Rahimi Osman Yang Asal

8,October 2010 Leave a comment
   
 
 
 
bahan dari blog selangor daily
 
Categories: Uncategorized

Ini realiti di Singapura sekarang (Kiblat DAP) yang bakal dialami Malaysia jika jatuh ke tangan Cina DAP PKR !

4,October 2010 Leave a comment
ISA Dilaksanakan Begitu Keras Dengan Tahanan Paling Lama Cecah 23 Tahun (Chia Thye Poh-tahanan politik).
Kebanyakkan yang masuk ISA ialah aktivis politik, pemimpin kesatuan dan pelajar.
Badan Kehakiman Dikawal Kerajaan
Kesatuan Pekerja Kebangsaan dipengerusikan Menteri Kabinet Singapura (tidak bebas).
Semua Stesen TV Dan Suratkhabar Adalah Milik Kerajaan
Pihak Yang Cuba Bantah Kerajaan PAP Akan DiSaman Sampai Bankrap Dan Tidak Ada Mana Hakim Yang Berani Buat Keputusan Menentang Kerajaan.
Rakyat Diberikan Saham Yang Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai Sehari Sebelum Pilihanraya Umum 2001 (rasuah)
Penduduk di Kawasan Perumahan Yang Tidak Menyokong Kerajaan, Tidak Akan Mendapat Khidmat Penyelenggaraan yang Sempurna pada  PRU 1997 (ugutan)
Kaum Melayu tidak dibenarkan berkhidmat sebagai juruterbang dan Komando Angkatan Tentera.
Hanya ada seorang saja Jeneral India Muslim yang berkhidmat dengan SAF, yang lain semua cina.
Pemilikkan rumah orang melayu di Bedok dan Geylang dikawal dan dihadkan oleh Housing and Development Board (HDB) untuk menyekat pengembangan orang melayu dan digantikan dengan orang cina yang dibawa masuk dari Negara China ( ethnic residential quotas 1989)
Diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan dengan kebanyakkan syarikat meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin dan mengutamakan pekerja asing (gaji murah) daripada bangsa Minoriti Singapura.  Ada sesetengah kes bilamana calon kaum minoriti berjaya membuktikan kefasihan bercakap dalam bahasa Mandarin, mereka akan diminta menulis dalam bahasa cina pula.
Kebanyakkan pemilik rumah (cina) tidak membenarkan orang india menyewa rumah mereka.
Kerajaan Singapura memberi biasiswa sebanyak  S$500 sebulan kepada kanak-kanak dari Tanah Besar China (terutama Hunan dan Hubei) untuk belajar di Singapore.  Keistimewaan sama tidak diberi kepada kanak-kanak dari Malaysia mahuoun India
Bahasa kebangsaan Singapura pada 1965 ialah bahasa Melayu tetapi telah ditambah kepada bahasa-bahasa lain berikutan penurunan populasi melayu.
Racial Harmony Day dirayakan setiap 21hb July tiap tiap tahun bagi memperingati rusuhan kaum yang berlaku pada 1964 yang berlaku antara etnik cina dan melayu.  Rusuhan kaum ini adalah antara punca kenapa Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia 1965 bila ia dijadikan alasan oleh LKY untuk menuntut hak kesemarataan dari Tunku  untuk
semua rakyat dalam Persekutuan Malaysia.
Jadi, jika anda ingin memangkah DAP dalam pilihanraya umum akan datang, ingatlah apa yang sedang berlaku di Singapura sekarang akan turut berlaku di Malaysia.  Hari ini sebagai pembangkang, mereka boleh cakap pasal apa sahaja termasuk penghapusan ISA dan soal kesamarataan tetapi percayalah, apabila mereka berkuasa, mereka akan memperkenalkan dasar-dasar yang menindas orang melayu seterusnya membangkitkan tindak balas orang melayu dan ketika itulah mereka akan memperkenalkan ISA semula atas alasan keselamatan negara.
Di Singapura, LKY juga bercakap mengenai kesamarataan tapi hakikatnya tidak ada yang samarata sebaliknya diskirminasi yang nyata.
Mungkin kalau ada pun yang PAP boleh belajar daripada DAP ialah  bagaimana nak menggunakan duit judi lumba kuda untuk jadi sumbangan kepada fakir miskin, nak nak yang beragama Islam…..hehehe..
sumber: Mr. Google
Categories: Uncategorized