Archive

Archive for March, 2009

Pendirian Mahathir isu PPSMI – Malaysiakini

16,March 2009 1 comment
Oleh Dr. Mahathir Mohamad 

SAYA berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) – satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah. 

Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang. 


Saya setuju dengan beliau dalam bab ni…. PPSMI harus diteruskan tanpa ada kompromi !!!!!!
Categories: 1

Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?

 

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.
Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.
Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.
Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.
Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!
Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan ‘jadi’ itu?
Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.
Categories: 1

Konspirasi antara Arnaud Dubus, Anwar dan Edouard Rothschild-Malaysiakini

 Oleh Teh Tarik Satu!

Membaca tulisan Arnaud Dubus wartawan akhbar Liberation yang berpusat di Peranchis mengenai cara Altantuya dibunuh dan kaitannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak membuatkan kawan terfikir untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa si penulis tersebut.

Bukan apa, sebagai orang yang telah lama bergelumang dalam dunia kewartawanan dan pernah menjalani latihan kewartawanan di beberapa negara Eropah termasuk Peranchis membuatkan kawan berpendapat tentu wartawan ini agak istimewa sehingga dicari oleh pihak yang berkepentingan di Malaysia.

Lebih menarik, wartawan tersebut dalam rencananya turut menyebut beliau telah ke Kuala Lumpur dan Ulan Baataar untuk menyiapkan rencananya dan ia tentu melibatkan kos yang besar.

Timbul juga persoalan, siapa yang dijumpainya di Kuala Lumpur? Anwar Ibrahim? Khairy Jamaluddin? Karpal Singh atau Saiful Bahri Azlan. Kawan tidak ada jawapan untuk ini tetapi dalam kotak fikiran kawan tentu ada individu berpengaruh yang turut dijumpainya.

Ini feel biasa wartawan senior yang selalu terbang ke luar negara.

Siapa pula yang menajanya? Adakah ia ditanggung oleh akhbar Liberation atau orang lain? Kawan tak rasa akhbar Liberation menanggung semua perbelanjaan semata-mata untuk membuat rencana yang boleh dibuat dengan mencantumkan beberapa artikel karut yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin sebelum ini.

Bersangkutan daripada pencarian kawan juga menyebabkan kawan mengingati kembali kisah sebelum tersiarnya tulisan yang dipaparkan menerusi akhbar dalam bahasa Peranchis tersebut.

Beberapa hari lalu, kawan diberitahu oleh seseorang bahawa berita ini akan keluar. Sumber kawan adalah orang yang biasa melakukan tugas penyiasatan dan penjejakan tetapi kawan yakin dia bukan perisik. Kawan baru sekali berjumpa dengannya.

Disebabkan itu, kawan tidak menganggap ia sebagai maklumat yang sahih atau bertaraf A1 dan hanya mendengarnya sebagai maklumat yang perlu disaring walaupun dia ada menyebut nama Liberation dan Dubus.

Sekarang kawan ada sebab untuk mempercayai cerita sahabat baru ini. Dan kawan ingin berkongsi dengan yang lain tentang apa lagi yang diperkatakannya.

Menurut sahabat itu lagi, berita tersebut memang dirancang dengan teliti. Penggerak di belakang tabir ialah John Soh Chee Wen dan beberapa rencana lain juga telah dirancang bertujuan untuk menggemparkan rakyat negara ini menjelang Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Tulisan-tulisan tersebut akan dimuatkan dalam beberapa akhbar lain dan kemudiannya akan memenuhi portal berita dan blog yang lazimnya pro pembangkang. Nama Malaysiakini turut disebut. Ia akan digerakkan dengan aktif dalam tempoh sehari dua ini dan nampaknya ia telah bermula.

Katanya lagi, gerakan yang sama akan turut dibuat di Filipina, Thailand dan Indonesia bertujuan untuk menghancurkan imej Najib.

Adakah pendekatan ini akan berjaya? Kita tunggu dan lihat kerana kawan masih menerima beberapa maklumat baru yang dalam proses pengesahan termasuk penglibatan individu lain dalam menyebarkan maklumat kepada pihak asing walaupun maklumat tersebut hampir semuanya telah basi.

Pencarian kawan juga menemui sesuatu yang menarik tentang siapa Dubus yang sebenarnya. Facebook miliknya mudah dicapai dan banyak maklumat boleh ditemui di situ.

Dan kisah gelapnya pula menyebut bahawa lelaki ‘cute’ ini adalah seorang biseksual dan gemar meniduri gadis-gadis manja. Dubus juga adalah seorang yang gemar melepak di kelab-kelab gay di kota Bangkok dan mudah tertarik dengan jejaka tampan.

Kawan tak tahulah kalau di kota Bangkok beliau ada berjumpa dengan Anwar atau tidak. Sebab Anwar pernah ke Bangkok dan dengar ceritanya ketika ke sana tahun lalu pemimpin tersebut turut membawa Saiful Bukhari Azlan.

Kawan yakin Dubus dan Anwar ada kaitan sebab anwaribrahimblog.com adalah yang paling awal memaparkan tulisan Dubus ini bukannya Rockybru, Zorro atau The Malaysia Insider.

Satu lagi penemuan kawan yang menarik ialah tentang siapa pemilik akhbar Liberation ini. Didapati Edouard Rothschild adalah pemegang saham terbesar dalam akhbar yang berhaluan kiri ini.

Beliau juga adalah peneraju Rothschild & Cie Bank yang ditubuhkan pada tahun 1987. Adalah dipercayai beliau pernah berhubung dan bekerjasama rapat dengan Anwar menerusi Bank Dunia dan IMF di samping Foundation For The Future di mana Anwar adalah pengerusinya.

Memang hebat gerakan yang dirancang. Cuma kawan lebih berminat untuk mengetahui siapa pula yang akan diperkudakan untuk menjayakan agenda menumbangkan Najib.

 

sumber : http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=5532:si-gay-juga-yang-dicari-anwar&catid=51:berita-tempatan&Itemid=83

Categories: 1

PKR parti bebas rasuah : Anwar Ibrahim -Malaysiakini

PKR PARTI PALING BERSIH RASUAH

 

 

Friday, March 6

1. Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizudin Ahmat MENDESAK DS Anwar sebagai Pemimpin De Facto mengambil tindakan segera dua pemimpin PKR negeri yang didakwanya melakukan penyelewengan.

2. Beliau mendakwa salah seorang daripada dua pemimpin berkenaan menerima sejumlah wang daripada perusahaan kuari manakala seorang lagi melakukan penyelewengan tanpa menyebut jenis penyelewengan itu.

“Tunggulah Sabtu ini, saya akan serahkan segala bukti yang ada dan berharap jawatankuasa berkenaan akan meneliti dan menyiasat dengan seadil-adilnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

3. Dakwaan mengenai penyelewengan dua pemimpin PKR terbabit dibuatnya pada 26 Februari lalu dalam sidang akhbar di pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

4. Beliau mempunyai bukti dan dokumen termasuk slip bank mengenai transaksi kemasukan wang ke dalam akaun peribadi salah seorang yang didakwanya terbabit menerima wang daripada perusahaan kuari.

“Saya tidak sebut dua pemimpin tinggi PKR negeri ini terlibat dengan rasuah.

”Saya sendiri tidak tahu duit apa yang diterima tetapi yang saya nyatakan,saya ada bukti tentang itu,” katanya.

Menurutnya, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap dua pemimpin berkenaan walaupun telah menyerahkan dokumen berhubung isu itu pada 8 Januari lalu kepada Presiden parti.

Dalam pada itu, Amizudin menyatakan rasa tidak puas hati kerana dirinya pula dituduh melakukan penyelewengan.

5. Katanya, beliau dituduh menerima rasuah berjumlah RM5,000 sebulandaripada kuari berkenaan, mempunyai empat buah kereta dan mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis MPSPtidak disambung.

6. Teringat ceramah-ceramah DS Anwar di mana-mana jua , katanya…” Kita adalah parti paling bersih dalam dunia, Parti kita, Pemimpin-pemimpin Kita Bersih Rasuah, Bersih Moral..Tidak macam pemimpin-pemimpin UMNO/BN semuanya…semuanya dari atas ke bawah semuanya korup, semuanya kotor…Kita saja yang bersih…marilah tuan-tuan, marilah sertai PKR parti paling bersih dalam dunia…”…gitu…

 

http://jentayuabaka.blogspot.com/2009/03/pkr-parti-paling-bersih-rasuah.html

Categories: 1

Kerajaan Lawak PR bersidang bawah Pokok -malaysiakini

4,March 2009 2 comments

 



Mensyuarat Pokok oleh kerajaan Rimba yang menggunakan undang-undang rimba 


boleh la tunjuk berani kerana polis guna pendekatan diplomasi ,kalu guna tembak air pakat lari berterabur 


pulun betul Speaker ini yang membuat sidang DUN bawah pokok kerana matlamat mereka satu iaitu KUASA 


wajah pemimpin yang kemaruk kuasa dan hilang kewarasan 

baca details di sini: http://sejarahmelayu.blogspot.com/2009/03/kerajaan-haram-pr-bersidang-bawah-pokok.html 
Categories: 1

PAS akan talak tiga dengan DAP – Malaysiakini

[24%20--%20KL48_290408_AGONG_PARLIMEN.jpg]

 

 

Kerajaan BN-Pakatan tidak jelas

KOTA KINABALU 1 Mac – Cadangan Pas untuk menubuhkan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang memerlukan perbincangan dan kajian mendalam.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini, cadangan Pas itu adalah tidak jelas dan terlalu umum mengenai bentuk kerajaan campuran yang dimaksudkan.

“Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan Pas dengan kerajaan campuran itu. Perkara ini memerlukan penjelasan yang lebih terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pertemuan dan ramah mesra calon-calon Wanita dan Majlis Tertinggi UMNO di Bangunan UMNO Sabah di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, yang mencadangkan supaya BN dan pakatan pembangkang membentuk satu kerajaan campuran.

Abdul Hadi berkata, kerajaan baru tersebut perlu dibarisi oleh pemimpin dan wakil dari semua parti sama ada BN atau pembangkang.

Cadangan itu turut mendapat sokongan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa, kerajaan campuran itu akan membawa kestabilan kepada negara ini.

Muhyiddin yang juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, perkara itu masih belum dimaklumkan sepenuhnya termasuk rangka kerja yang dimahukan.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, menyifatkan cadangan berkenaan tidak perlu kerana BN sememangnya sebuah kerajaan campuran yang mewakili semua kaum dan agama.

“Saya berpendapat, cadangan tersebut yang datang daripada pembangkang adalah satu helah politik mereka kerana mahukan simpati,” katanya.

Menurutnya, pakatan pembangkang merupakan antara penyebab utama kepada suasana tidak harmoni kaum iaitu dengan memainkan sentimen serta isu-isu

 

sumber : http://www.utusan.com.my

Categories: 1