Archive

Archive for January, 2010

Polis nasihatkan orang ramai tidak terperangkap isu 4 kepala babi di dua masjid

27,January 2010 Leave a comment

Nampaknya cubaan menghuru-harakan negara semakin menjadi-jadi.

Ramai sudah ditangkap tetapi ramai juga mahu menjadi ‘hero’ buat kacau dan mencetuskan suasana panik dan cemas di negara kita.

Polis sudah nasihatkan orang ramai tidak terperangkap dengan cubaan busuk ini.

Kita kena faham tidak ada orang yang mahu mencetuskan permusuhan antara agama kecuali mereka yang inginkan sesuatu atau mendapat sesuatu.

Ayuh kita hentikan usaha ini dengan mengajak semua rakyat Malaysia kekalkan keamanan negara dari terus diporak-perandakan oleh tangan proksi kuasa asing.

Categories: 1

MB Selangor hilang jawatan ketua bahagian – Utusan Malaysia

21,January 2010 Leave a comment

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
KUALA SELANGOR 20 Jan. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar (gambar) di sini hari ini.

Dengan pengumuman itu, bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.

Arshad pada sidang akhbar juga berkata, pembubaran itu dibuat kerana AJK bahagian itu yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian 2007 (untuk sesi 2007-2010) kini hanya tinggal tiga orang.

Beliau berkata, ia selaras dengan Artikel 25.7 (Pindaan 25.9) Perlembagaan PKR iaitu jika dua pertiga daripada AJK bahagian berhenti serentak, Majlis Pimpinan Pusat hendaklah mengadakan mesyuarat agung khas untuk melantik semula AJK baru.

”Kita mempunyai 30 AJK bahagian. Mereka yang dipilih dan mempunyai kuasa hanya 20 orang manakala 10 lagi adalah lantikan.

“Sekarang 13 daripada 20 yang dipilih telah meletak jawatan, dua lagi meninggal dunia, seorang keluar parti (Azmi Mohamad) dan seorang lagi dipecat (Ketua Penerangan, Ibrahim Mahidin). Jadi, yang tinggal hanya tiga orang iaitu saya, Abdul Khalid serta seorang AJK iaitu Faridah Abdul Rahman. Mengikut Perlembagaan PKR, bahagian ini boleh dibubarkan kerana tidak cukup ahli,” katanya.

Menurut Arshad, peletakan jawatan beramai-ramai dibuat kerana AJK telah hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Abdul Khalid yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.

Jelasnya, AJK bahagian juga berasa terpinggir dan diabaikan kerana sejak 14 bulan lalu, tiada mesyuarat diadakan menyebabkan aktiviti dan gerak kerja tidak dapat dilakukan.

Malah dakwanya, PKR Bahagian Kuala Selangor tidak mempunyai pejabat pentadbiran sendiri sebaliknya menggunakan kemudahan Pejabat Kerja Menteri Besar di Pekan Ijok yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

“Abdul Khalid juga mula mewujudkan jurang dan tidak percayakan AJK yang dilantik, bersikap diktator, angkuh, membawa gaya pentadbiran autokrasi dan langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan parti walaupun ada ahli keluar parti.

“Segala pengorbanan, tenaga dan penat lelah AJK di awal penubuhan parti sehingga berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional (BN) juga tidak dihargai. Ini bukan rintihan kami sebagai AJK sahaja malah juga sebagai penyokong PKR,” kata beliau.

Sehubungan itu kata Arshad, pembubaran itu diharap dapat mengubah kepimpinan bahagian tanpa Abdul Khalid.

http://www.utusan.com.my/

Categories: 1

Nik Aziz Tak Amal Kroni Lantik Anak Menantu Kerja dalam Kerajaan Negeri ?

15,January 2010 Leave a comment

Nik Aziz terima keputusan anaknya letak jawatan

KOTA BHARU 12 Jan. – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima keputusan anaknya, Nik Mohd. Abduh untuk melepaskan dua jawatannya dalam pentadbiran negeri yang dibuat secara lantikan politik.

Menteri Besar itu berkata, keputusan anaknya itu perlu dihormati kerana setiap individu mempunyai minat dan pendirian tersendiri.

“Saya hendak halang macam mana, masing-masing ada minat tersendiri. Saya minat politik dan dia minat berniaga. Saya setuju sebab anak- anak saya ada yang mengajar, berpolitik dan berniaga.

“Kami tidak pernah berbincang mengenai perkara ini, keputusan dia sendiri. Dia sudah akil baligh dan berpendidikan untuk buat keputusan,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai pengesahan Nik Mohd. Abduh untuk melepaskan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Pengarah Binaraya PKINK Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Semalam, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat itu tidak hadir pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPKB-BRI walaupun menerima surat tawaran daripada pihak berkuasa tempatan itu.

Sebelum ini, Nik Mohd. Abduh dalam blognya menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan tersebut ekoran tekanan pelbagai pihak terhadap keluarganya.

Ia bermula dengan isu adik iparnya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ekoran kes itu, Nik Abdul Aziz menerima tekanan hebat kerana penglibatan anak serta menantunya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

http://www.utusan.com.my/

– fikir fikirkanlah wahai saudara/i sekelian…..

Categories: 1

Anwar mengaku menipu rakyat Pulau Pinang !

2,January 2010 Leave a comment

Berita Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/120948 tidak menyiarkan permohonan maaf Anwar yang menjanjikan jawatan Pengerusi MAIPP kepada PAS semasa pilihanraya kecil tahun lepas..

Dan orang PAS juga nampak seperti tidak kisah tentang janji tersebut.

Dua perkara saya nampak iaitu :

1. Jika berjanji tak perlu tepati

2. Jika tak dapat penuhi tak perlu minta maaf

Bestlah kalau jadi ahli parlimen dan ahli politik macam tu. Boleh dapat undi dengan buat janji sahaja.

Itu pandangan peribadi saya lah… saya tak pasti anda fikir macam mana.

Categories: 1