Home > Pendapat > PAS kecewa dengan PKR ! selepas 100 hari diberi amanah oleh rakyat

PAS kecewa dengan PKR ! selepas 100 hari diberi amanah oleh rakyat

Pemuda Pas kecewa derma masuk akaun PKR

 

 

SHAH ALAM 24 Jun – Dewan Pemuda Pas Selangor kecewa dengan tindakan penganjur sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan campuran di negeri ini yang memasukkan wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk program itu ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 ( nasihat saya tidak perlu kecewa kerana memang begitulah perangai mereka sejak dulu lagi… )

Ketuanya, Sallehen Mukhyi khuatir perkara seperti itu mungkin boleh berlaku lagi pada masa akan datang melibatkan nilai wang yang lebih besar.

Besat atau kecil bukan masalah…Tetapi sikap tidak amanah ini yang boleh menghancurkan integriti yang diinginkan oleh Perdana Menteri. Sedangkan sebelum ini sudah ada pendedahan dibuat di mana satu surat yang sama diedarkan untuk mengutip derma bagi beberapa pihak berlainan dan disalah guna oleh pihak tertentu. Rujuk pendedahan Lokman Adam bab ini….

Justeru, beliau mendesak pucuk pimpinan negeri yang diterajui PKR, Pas dan DAP menubuhkan Majlis Perundingan Pakatan Rakyat bagi memastikan kesilapan yang diakui sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tidak berulang lagi.

Jangan begitu, desak turun teruslah…Bagi Hassan Ali pula memerintah.

“Saya fikir benda-benda macam ini berlaku disebabkan tidak ada satu pakatan atau jawatankuasa di peringkat parti, yang ada cuma perbincangan peringkat kerajaan negeri.

Jelaslah sekarang tidak ada pakatan antara parti PAKATAN RAKYAT sedangkan mereka telah menggunakan jenama yang sama ketika mengutip undi dari rakyat. Siapa salah sekarang ?

“Disebabkan itulah berlaku kebocoran seperti ini tanpa pengetahuan. Selagi tidak ada jawatankuasa peringkat parti, selagi itu tindakan yang membelakangkan semangat pakatan pembangkang akan berlaku, masing-masing ambil tindakan sendiri.

“Kebocoran ini bukan hanya akan menguntungkan pihak lain termasuk Barisan Nasional (BN) yang akan mencari isu untuk didedahkan, tetapi bakal mengundang persoalan di kalangan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Apa tindakan PAS ? keluar dan bersatulah dengan UMNO. Ibarat carik carik bulu ayam lama lama bercantum juga. Sultan Perak pun dah bertitah agar jangan kita jadi musafir di tanah sendiri.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mengakui wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor dimasukkan ke akaun PKR dan bukan kepada kerajaan negeri seperti sepatutnya.

Ini satu salah laku dan beliau perlu ‘direhatkan’ dari ‘permainan politik’ ini dan orang lain perlu mengambil alih kerja beliau yang bagi saya hanya layak mentadbir syarikat tidak kerajaan yang menaungi rakyat dan menjadi sasaran kecaman semua pihak.

Perbuatan itu dipercayai menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.

Tidak senang hati tapi diam diri ??? macam isu BABI lah … kerana takut hilang jawatan dalam kerajaan ?

Perkara itu terbongkar selepas bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd. Nor mendedahkan wang sumbangan tersebut dimasukkan ke dalam akaun PKR sedangkan surat yang dikeluarkan kepada syarikat swasta untuk memohon sumbangan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ezam sudah berjasa kepada UMNO dengan memberikan sumbangan bermakna ketika UMNO memerlukan ‘ gol’ kemenangan seperti ini. Beliau tentu akan diingati kerana berani mendedahkan salah laku dan itulah juga sebab perpindahan beliau dari NGO GERAK kepada UMNO selepas 10 tahun dipecat dan berkelana di luar parti.

Sambutan 100 hari kerajaan campuran pembangkang mentadbir Selangor diadakan di Stadium Shah Alam di sini Jumaat lalu yang dihadiri para pemimpin kanan ketiga-tiga parti.

Digembar gembur semua ketua kerajaan akan hadir tetapi sayang ramai pemimpin PAS termasuk dari DAP  tidak memberi komitmen dan rakyat telah melihat ini satu keretakan yang akan menimbulkan perpecahan dan meruntuhkan kerajaan yang cuma dipinjamkan sekejap kepada Pakatan Rakyat yang tidak memberi hak dan komitmen menjaga rakyat sebenar di Malaysia ini iaitu bangsa MELAYU….

berita lanjut klik sini

Sementara itu, Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta polis menyiasat Abdul Khalid di bawah kes pecah amanah jenayah (CBT).

“Siasatan itu perlu dilakukan kerana tindakan Abdul Khalid itu tidak sepatutnya berlaku kerana sambutan berkenaan merupakan acara yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang memberikan peruntukan penganjuran sebanyak RM200,000.

“Tindakan mengutip sumbangan untuk akaun PKR seolah-olah menunjukkan parti itu cuba mengambil kesempatan daripada sambutan tersebut bagi mendapatkan sumber kewangan,” katanya.

Itulah sepatutnya dan BPR atau POLIS kena cepat cepat bertindak kerana pengakuan sudah dibuat dan Khalid sudah terjerat dengan soalan wartawan yang sangat ‘terrer’ mencari isu dan bahan berita……

Tidak lama lagi Bung Anwar akan jadi MB….. itupun jika dipersetujui PAS dan DAP lah !! takkan LKS akan diam tak minta ahli DAP menjadi calon kot !

Saudara saudari !!! fikirlah dan renunglah ‘ pakatan tidak berkat’ ini yang hanya dilihat bersatu dari luar namun berpecah dari dalamnya… Apakah mereka akan menjadi harapan untuk rakyat ????

jawab saya ; tidak sama sekali !!!!!

Categories: Pendapat Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment