Home > Uncategorized > Kenapa Anwar Tidak Dicaj Salahlaku Seks Sejak 1998

Kenapa Anwar Tidak Dicaj Salahlaku Seks Sejak 1998

@anwaribrahim dan seks; @NajibRazak kena tahu ini…
Written by GreenHood   Friday, 09 March 2012 10:38

Oleh: GreenHood

“What doesn’t kill you makes your stronger, stand a little taller…”, kata Kelly Clarkson dalam lagu terbarunya.Saya harus bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya. Sewajarnya orang UMNO khususnya dan penyokong BN amnya sedar bahawa ini boleh teraplikasi dalam kehidupan harian. Lebih khusus… dalam politik harian.Mari ambil contoh isu politik semasa.Berapa kali Anwar Ibrahim dikaitkan dengan salah laku moral… SEKS!Anwar Ibrahim pertama kali dilibatkan dengan salah laku seks pada tahun 1998. Sewaktu itu zaman Mahathir menjadi perdana menteri. Akhirnya Anwar sangkut dan dipenjarakan.

Tapi bukan atas kesalahan seks. Beliau dipenjarakan kerana salah guna kuasa. Tidak kiralah kalau pun dalam penghakiman ada menyebut bahawa mahkamah mempercayai perlakuan seks songsang berlaku atau tidak. Turut dikaitkan dengan Anwar pada masa tersebut adalah seorang wanita bernama Norlaila. Yang mendakwa dirinya bersetubuh dengan Anwar dan membuat pengakuan ke pejabat agama Islam yang berkaitan.Lucunya, hingga kini tiada pertuduhan dikenakan ke atas Anwar bersangkut paut dengan dakwaan Norlaila.Selepas bebas dari penjara, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan salah laku seks dikenali sebagai kes ‘liwat II’. Belum pun selesai penghakiman, beliau disensasikan dengan kes ‘china doll’.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata.Media perdana mahu pun maya mensensasikan isu-isu seks Anwar melebihi keputusan mahkamah. Kalau pun end game kes ‘trio Datuk T’ menyebut dalam penghakimannya bahawa terdapat bukti jelas bahawa 99.9% pelaku seks dalam video tersebut adalah Anwar, yang menjadi pertikaian umum adalah mengapa Anwar tidak disabitkan bersalah. Yang bersalah adalah ‘trio Datuk T’ dan mereka yang terlibat dihukum membayar denda.

Menjelang ‘901’, Anwar terbukti kebal dari tuduhan seks yang dikenakan ke atasnya. Empat percubaan semenjak 1998 hingga 2012 – terbukti tiada satu pun kes yang mensabitkan beliau bersalah.Apa yang berjaya hanyalah pembentukan persepsi. Persepsi bahawa Anwar adalah seorang ‘kaki seks’. Selain dari itu…nothing !Anwar dengan senang hati bergerak ke sana ke mari. Malah mengelilingi dunia memberitahu bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik pihak yang menentangnya.

Semua pertuduhan seks yang dikenakan ke atasnya sama ada melalui pertuduhan rasmi iaitu mahkamah atau kata nista berbentuk cacian dan makian, semuanya hanyalah untuk menjatuhkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.Anwar bangkit dengan membawa harapan rakyat. Kononnya memperjuangkan hak rakyat yang selama ini ditindas oleh kerajaan sedia ada. Kerajaan yang tidak pernah berubah semenjak kemerdekaan.

Produk yang cuba ‘dijual’ oleh Anwar bukannya salah laku seks kepimpinan utama kerajaan. Bukan salah laku seks menteri-menteri kabinet kerajaan persekutuan. Sebaliknya produk yang ‘dijual’ oleh Anwar adalah rasuah, korupsi, kronisme, nepotisme dan berbagai lagi yang menyentuh secara langsung akan kepentingan rakyat.Sekali lagi ingin saya katakan di sini… bahawa UMNO khususnya dan BN amnya mesti sedar. Apa produk yang cuba dibawa oleh Anwar mesti ditentang dengan produk yang lebih baik.

Dalam banyak perkara, hanya produk ‘reformasi’ yang dibawa oleh Anwar berjaya dilawan oleh produk ‘transformasi’ Najib. Produk ‘transformasi’ idea Najib mula menapak di hati rakyat. Begitu juga dengan produk ‘1Malaysia’. Ia dilihat lebih menarik dari slogan ‘negara berkebajikan’ dan teori ‘buku jingga’. Selebihnya, produk ‘seks’ yang dijual oleh UMNO-BN bukan sahaja tidak dapat membunuh Anwar bahkan menguatkan lagi diri Anwar dan pakatan pembangkang 

Rujuk

Portal Kritis  Online

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s