Home > Uncategorized > Kapten Costa Concordia dituduh kemudi kapal seperti memandu Ferrari

Kapten Costa Concordia dituduh kemudi kapal seperti memandu Ferrari

Kapten Costa Concordia dituduh kemudi kapal seperti memandu Ferrari

Lokasi kapal Costa Concordia karam begitu hampir dengan pelabuhan pulau Giglio. – AFP

 

GIGLIO 18 Jan. – Kapten kapal persiaran Costa Concordia, yang karam di perairan pantai barat Itali, dibebaskan daripada tahanan reman semalam, tetapi dikenakan perintah tahanan di rumah.

Francesco Schettino, 52, yang menjadi kapten kapal sejak 2006 berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan membunuh, menyebabkan nahas kapal dan meninggalkan kapalnya sebelum semua penumpang diselamatkan.

Dalam sebutan kes semalam, majistret mengarahkan beliau dibebaskan, walaupun pendakwa raya yang menuduh Schettino mengemudi kapal persiaran mewah itu seperti memandu Ferrari, berkeras mahu dia terus ditahan.

Menurut isterinya, Fabiola, tuduhan ke atas suaminya itu ‘masih belum dibuktikan’ dan dia turut mempertahankan Schettino dengan menyifatkannya sebagai seorang yang ‘sangat berdedikasi dan profesional’.

Angka korban akibat nahas itu meningkat sekali ganda hari ini kepada 11 orang selepas penyelam menemui lima lagi mayat di bahagian belakang kapal berhampiran pusat pemindahan kecemasan, menurut Komander Pengawal Pantai Itali, Cosimo Nicastro.

Nicastro berkata, mangsa yang kesemuanya memakai jaket keselamatan itu dipercayai penumpang kapal.

Pendakwa raya berkata, Schettino cuba menunjuk-nunjuk dengan belayar melalui pulau Tuscan, Giglio, tempat ketua pelayannya tinggal, ketika dia mengemudi kapal persiaran itu hanya kira-kira 150 meter dari pantai.

Semalam pihak berkuasa turut mengarahkan ujian alkohol dijalankan walaupun ketua eksekutif Costa Cruises memberitahu The Times, kapten Schettino tidak pernah minum alkohol.

Namun seorang penumpang yang terselamat mendakwa dia melihat kapten itu meminum arak bersama seorang wanita di bar kapal.

Schettino mendakwa dia telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa dan laporan media tempatan turut mengesahkan beliau berada di jambatan ketika kapal itu melanggar batu dan membawa kapal menghampiri pantai bagi memudahkan usaha menyelamat.

Dia turut bertegas tidak meninggalkan kapal itu. – AGENSI

 

http://www.utusan.com.my/

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s