Home > Uncategorized > Rencana Menarik Tentang Seksualiti Merdeka Mesti Anda Baca

Rencana Menarik Tentang Seksualiti Merdeka Mesti Anda Baca

Jangan beri muka kepada penganjur seks bebas

 

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

 

PROGRAM mempromosikan seks bebas melalui Seksualiti Merdeka 2011 akhirnya dihentikan atas alasan demi menjaga keselamatan semua pihak.

Namun begitu tanpa rasa bersalah, penganjur yang terdiri daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan dan individu tetap mempertahankan tindakan mereka untuk memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini yang dianggap hak manusia sejagat.

Persoalannya, kenapakah penganjur begitu bertegas untuk mempertahankan golongan yang melakukan perbuatan di luar tabii ini biar pun ia mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk daripada golongan bukan Islam?

Hujah kononnya tindakan mengharamkan penganjuran program itu sebagai menafikan hak golongan LGBT di negara ini adalah satu hujah dangkal dan tidak masuk akal.

Begitu juga apabila penganjur mendakwa, tindakan pengharaman itu akan meminggirkan golongan tersebut yang kononnya telah menderita akibat dipinggir masyarakat.

Sebenarnya ia hanyalah hujah semata-mata bagi melaksanakan apa yang dianggap matlamat menghalalkan cara.

Dalam keadaan apa sekalipun, kewujudan dan usaha mengiktiraf LGBT tidak boleh diterima sama sekali, apatah lagi di Malaysia yang masyarakatnya amat teguh berpegang kepada ajaran agama dan adat resam.

Oleh itu, kehendak penganjur program mempromosikan seks bebas ini untuk berunding dengan pihak berkuasa tidak harus dilayan sama sekali.

Pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu bersusah-payah mengadakan rundingan dengan kelompok berkenaan kerana ternyata sekali apa yang mereka perjuangkan hanya membangkitkan kemarahan rakyat negara ini.

Kalau benar, penganjur hendak sangat memperjuangkan golongan LGBT tersebut, mereka boleh melakukannya di luar negara dan bukannya di Malaysia.

Tidak timbul soal golongan LGBT di Malaysia menderita akibat dipinggirkan atau dianaktirikan. Selama ini tidak ada siapa pun yang mengetahui sisi gelap kehidupan mereka apabila golongan itu bergaul dengan orang ramai.

Dalam kata lain tidak pernah wujud pun satu peraturan atau undang-undang yang menyatakan golongan LGBT tidak boleh belajar atau bekerja di negara ini.

Justeru apabila wujud satu kelompok yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan hendak menganjurkan program seks bebas yang sekali gus mengiktiraf LGBT maka sudah tentulah ia satu perbuatan yang janggal.

Kita tidak mahu Malaysia dirosakkan oleh golongan yang melakukan perbuatan di luar tabii kerana ia bukan sahaja bertentangan norma-norma kehidupan tetapi juga melanggar perintah semua agama.

Hubungan sejenis dan seks bebas ditentang oleh semua agama malahan dalam Islam ia adalah perbuatan yang amat dilaknat oleh Allah SWT. Oleh itu tidak perlu ada simpati kepada mereka yang cuba memperjuangkan perbuatan tersebut.

Sudah cukup kita melihat bagaimana buruknya kesan negara-negara yang mengiktiraf LGBT dan paling memualkan apabila mereka ini berkumpul dalam pesta atau perarakan tertentu.

Apakah kita mahu menyaksikan kelompok songsang ini berarak di ibu negara atas nama kebebasan dengan gelagat mereka yang cukup menjijikkan?

Atas sebab itulah, kita mengharapkan ketegasan pihak berkuasa akan berkekalan. Jika dalam isu perhimpunan haram Bersih masih ada perundingan yang boleh dijalankan tetapi dalam isu Seksualiti Merdeka ini tidak ada apa yang perlu dibincangkan.

Sebaliknya mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas kerana dilihat cuba menggugat ketenangan dan keharmonian hidup bermasyarakat serta beragama di negara ini apabila begitu berani menganjurkan satu aktiviti yang terkeluar daripada kehidupan normal rakyat Malaysia.

Justeru, kita mahu melihat sejauh manakah tindakan tegas pihak berkuasa terhadap penganjur, laporan polis sudah dibuat dan kini orang ramai menunggu apa kesudahannya.

Sebab itulah ada pihak menegaskan, pembatalan sahaja tidak mencukupi sebaliknya ia perlu disusuli dengan tindakan tegas dari segi undang-undang.

Percayalah, jika kali ini tiada tindakan tegas diambil sudah pasti selepas ini akan ada lagi acara yang pelik-pelik akan dianjurkan oleh pihak tertentu atas nama hak asasi manusia dan kebebasan.

http://www.utusan.com.my/

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s