Home > Uncategorized > Selangor defisit RM65.96 juta, Anwar gagal

Selangor defisit RM65.96 juta, Anwar gagal

SHAH ALAM – UMNO Selangor mencabar Kerajaan Selangor memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri berikutan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri itu yang mengalami defisit RM65.96 juta pada tahun lalu.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, Laporan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri yang mengalami defisit pada 2009 membuktikan Anwar gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan.

“Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan, ini memberi kesan buruk kepada rakyat Selangor dan membuktikan Pakatan Rakyat tidak mampu menjana ekonomi negeri ke arah yang lebih baik walaupun mempunyai penasihat ekonominya sendiri dan kononnya ditadbir menggunakan pendekatan korporat.

“Jika begini keadaan ekonomi dan kewangan Selangor, apa yang telah dibuat oleh Penasihat Ekonomi negeri (Anwar) ini sebenarnya. Adalah lebih elok pecat sahaja,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Abdul Shukor juga tidak menolak kemungkinan kemerosotan kewangan Kerajaan Negeri berpunca daripada pengurusan yang tidak berhemah yang dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Katanya, Abdul Khalid seolah-olah ‘memperlekehkan’ laporan tersebut apabila menyatakan Ketua Audit Negara hanya mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun 2009 dan tidak melihat kedudukan kewangan negeri pada tahun ini yang didakwanya dalam keadaan yang positif.

“Apa yang cuba diputarbelit oleh Abdul Khalid ini dengan membuat kenyataan sedemikian. Adakah beliau lupa bahawa Laporan Ketua Audit Negara itu merujuk pada tahun 2009 dan bukannya 2010.

“Namun, kita melihat kenyataan Abdul Khalid ini hanya satu cubaan untuk ‘menutup malu’ pada mata rakyat kerana beliau telah gagal menguruskan kewangan negeri Selangor pada tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rabu lalu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan menafikan fakta Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri yang mengalami defisit pada tahun lalu.

Abdul Khalid kewangan kerajaan negeri tidak mengalami defisit sebaliknya menyatakan kewangan kerajaan negeri meningkat dan tidak lagi berada dalam kedudukan negatif pada tahun kewangan selepas 31 Disember 2009.

Malah, Abdul Khalid turut menyatakan kedudukan defisit kewangan Kerajaan Negeri tidak membimbangkan selain menganggap keadaan sedemikian adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana institusi kewangan.

Sinar Harian

Komen: nak perintah Malaysia macam mana kalau dah defisit?

Patutlah hutang peribadi Khalid berpuluh juta tak mampu dibayar oleh beliau kepada Bank Islam.

Kalau saya jadi Cina dah lama saya pastikan PKR DAP ‘bungkus’ awal. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s