Home > Uncategorized > Husam akan disaman Felda kerana fakta ‘auta’?

Husam akan disaman Felda kerana fakta ‘auta’?

Alhamdulillah pagi ini Panglima sempat membuat beberapa kira-kira matematik tentang isu Felda dengan membandingkan antara jawapan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Ahmad Maslan ( klik sini ) dan jawapan bertaraf ‘auta’ oleh YB Datuk Hussam (di sini). Ternyata memang patut Felda menyaman pembangkang yang terbukti memutar belit fakta dan menggunakannya untuk menghasut peneroka Felda.

Fakta pertama, baki Felda pada 2009 ialah Rm1.35 billion dan menurut Husam beliau mendapat info Felda telah memperolehi pendapatan RM5.2 billion sepanjang 2004 – 2009. Jika dicampur baki dan keuntungan di atas maka kita akan dapat RM6.55 billion untuk 2009.

Fakta kedua ialah Felda telah membelanjakan RM6.71 billion untuk kebajikan peneroka Felda dengan butirannya anda boleh lihat seperti gambar di atas. Bahkan jika ditolak pendapatan dengan perbelanjaan Felda maka kita masih gagal mendapat angka baki 2009 sebanyak Rm1.35. Kecuali apabila kita mencampurkan info Ahmad Maslan yang menyatakan Felda mendapat keuntungan RM 6.6 billion ditambah RM1.35 (baki 2009)= RM7.95. Baki yang akan diperolehi ialah lebih kurang RM1.24 billion jika ditolak perbelanjaan Felda RM6.71 billion dari 2004 hingga 2009.

Persoalan kita sekarang ialah kenapa dalam blog Husam Musa, segala perbelanjaan yang dibuat oleh Felda yang dibentangkan oleh Ahmad Maslan sebanyak RM 6.71 billion tidak dipaparkan semua ? Kenapa hanya RM3.51 billion sahaja disiarkan ? Sila lihat bukti di sini dan disiar oleh Tranungkite di sini atau gambar di atas.

Jelas bahawa jika dicampur baki pada 2009 dengan anggara pendapatan yang dikemukan Husam sebanyak RM5.2 billion maka kita akan memperolehi angka yang jauh berbeza seperti yang ditulis oleh beliau bahawa Felda kehilangan RM8 billion wang tunainya.

Amat jelas sekali taktik mengelirukan rakyat dengan memanipulasi angka telah dibuat dengan sengaja dan patutlah kenapa Felda patut menyaman Suara Keadilan seperti laporan Mstar di sini.

Kepada Husam Musa dan pemimpin pembangkang yang lain, bersedialah untuk membayar segala penipuan dan fitnah anda kepada Felda !!! Patutlah kisah meletakkan serbuk penaik (buat fitnah) ini memang kerja PAS seperti pendedahan bekas pegawai kesayangan beliau Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com

http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/06/isu-felda-bangkarap-antara-jawapan.html

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s