Home > 1 > Kickdefella ditawar wang henti bongkar kisah PAS Kelantan!

Kickdefella ditawar wang henti bongkar kisah PAS Kelantan!

Tulis Kickdefella di blog beliau http://kickdefella.wordpress.com/2010/04/09/mohon-maaf/

Kepada cyber trooper PAS, menulislah sebagai seorang yang beriman. Menjadi cyber trooper PAS tetapi gaya bahasa mirip insan rendah akhlak hanya membawa imej buruk kepada PAS. Jika fakta yang saya kemukakan tidak mampu untuk anda lawan dengan fakta, maka, berundur ke tepi dan desak pimpinan anda untuk bersuara.

Masalahnya tidak ada pimpinan PAS yang mahu menghubungi saya dan memberi penjelasan atau meminta penjelasan saya. Yang ada hanyalah panggilan untuk menawarkan saya kerja dan wang ringgit bagi menyelesaikan isu yang saya bangkitkan.

Banyak juga tuduhan bahawa saya lakukan semua ini adalah untuk membalas dendam kepada Menteri Besar Kelantan kerana tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Jika pembaca rujuk kembali posting-posting terdahulu, sejak 2009 lagi saya sudah nyatakan di dalam blog ini bahawa saya tidak lagi berminat bekerja dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Saya juga nyatakan bahawa saya menolak tawaran daripada Dato’ Haji Husam untuk berkhidmat sebagai Pegawai Khas beliau dan tawaran kedua beliau untuk berkhidmat di PMBK Sawit. Semua ini sudah saya nyatakan beberapa bulan lebih awal daripada tarikh saya ditamatkan kontrak.

Bagi saya : Kickdefella telah melaksanakan tugasnya membongkar kesilapan yang dibuat PAS Kelantan memerintah negeri. Beliau telah bangkit dari kesilapannya. Ini bukti bahawa PAS Kelantan telah mempraktikkan slogan PAS for ALL. iaitu boleh semua benda yang diharamkan kepada orang Umno BN.

Jika rakyat tak dapat terima lagi penjelasan beliau ini tentu malang sekali kerana ia tidak direka seperti fitnah Raja Petra tetapi dibongkar oleh bekas orang kuat PAS sendiri dan pernah menjadi pegawai di dalam kerajaan negeri…

fikirlah sedalam mungkin…

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s