Home > 1 > MB Selangor hilang jawatan ketua bahagian – Utusan Malaysia

MB Selangor hilang jawatan ketua bahagian – Utusan Malaysia

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
KUALA SELANGOR 20 Jan. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar (gambar) di sini hari ini.

Dengan pengumuman itu, bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.

Arshad pada sidang akhbar juga berkata, pembubaran itu dibuat kerana AJK bahagian itu yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian 2007 (untuk sesi 2007-2010) kini hanya tinggal tiga orang.

Beliau berkata, ia selaras dengan Artikel 25.7 (Pindaan 25.9) Perlembagaan PKR iaitu jika dua pertiga daripada AJK bahagian berhenti serentak, Majlis Pimpinan Pusat hendaklah mengadakan mesyuarat agung khas untuk melantik semula AJK baru.

”Kita mempunyai 30 AJK bahagian. Mereka yang dipilih dan mempunyai kuasa hanya 20 orang manakala 10 lagi adalah lantikan.

“Sekarang 13 daripada 20 yang dipilih telah meletak jawatan, dua lagi meninggal dunia, seorang keluar parti (Azmi Mohamad) dan seorang lagi dipecat (Ketua Penerangan, Ibrahim Mahidin). Jadi, yang tinggal hanya tiga orang iaitu saya, Abdul Khalid serta seorang AJK iaitu Faridah Abdul Rahman. Mengikut Perlembagaan PKR, bahagian ini boleh dibubarkan kerana tidak cukup ahli,” katanya.

Menurut Arshad, peletakan jawatan beramai-ramai dibuat kerana AJK telah hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Abdul Khalid yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.

Jelasnya, AJK bahagian juga berasa terpinggir dan diabaikan kerana sejak 14 bulan lalu, tiada mesyuarat diadakan menyebabkan aktiviti dan gerak kerja tidak dapat dilakukan.

Malah dakwanya, PKR Bahagian Kuala Selangor tidak mempunyai pejabat pentadbiran sendiri sebaliknya menggunakan kemudahan Pejabat Kerja Menteri Besar di Pekan Ijok yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

“Abdul Khalid juga mula mewujudkan jurang dan tidak percayakan AJK yang dilantik, bersikap diktator, angkuh, membawa gaya pentadbiran autokrasi dan langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan parti walaupun ada ahli keluar parti.

“Segala pengorbanan, tenaga dan penat lelah AJK di awal penubuhan parti sehingga berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional (BN) juga tidak dihargai. Ini bukan rintihan kami sebagai AJK sahaja malah juga sebagai penyokong PKR,” kata beliau.

Sehubungan itu kata Arshad, pembubaran itu diharap dapat mengubah kepimpinan bahagian tanpa Abdul Khalid.

http://www.utusan.com.my/

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s