Home > 1 > YB Gobalakrishnan mengamuk lagi

YB Gobalakrishnan mengamuk lagi

artikel Mahaguru58 http://mahaguru58.blogspot.com/

 

Yang Berhormat? Yang Beraja di Mata ; Bersyaitan dihati?..Oops…bersultan dihati?
Bilamana saya membaca laporan ini, saya tertanya tanya akan piawaian parti politik PKR tentang latarbelakang calon calon pilihanraya yang mereka letakkan untuk mewakili parti mereka didalam pilihanraya pilihanraya negara ini?

Bila tertangkapnya manusia yang diberitakan disini, saya menyesal menulis menyokongnya dahulu kerana dari intipati surat aduan dibawah ini sahaja, saya sudah boleh membayangkan tahap kebiadapan individu terbabit dan cara beliau berkelakuan tidak selayak mereka yang digelar Yang Berhormat!

Satu sahaja nasihat saya kepada para pemilih dan pengundi negara. Pilih lah mereka yang jujur, amanah, bersopan santun dan berbudi bahasa senantiasa.

Sakit hati berulam jantung mendengar cerita cerita pahit sebegini.

Hancur rosak ketamadunan masyarakat negara kita seandainya berwakilkan orang orang sebegini.

Hayati maksud pantun pantun berikut:

Buah manggis masaknya hitam,
Ketika muda kulitnya hijau,
Tuah habis mukapun lebam,
Kerana suka membuat kacau.

Kata tua kata penegas,
Penegas adat dengan lembaga,
Hina bangsa suka berkeras,
Berkeras cepat membawa bala.

Kata tua kata berpadan,
Berpadan kata dengan isinya,
Hina bangsa tiada pedoman,
Badan hina hilang budinya.

Tuan puan fikir fikirkan natijahnya memilih wakil rakyat yang kurang budi bahasanya?

Apakah dengan terlantiknya seseorang itu ke kedudukan sebagai Ahli Parlimen sudah bermakna ia bebas bertindak mengikut sesuka hatinya dan boleh sahaja menceroboh mana mana pejabat kerajaan negeri atau majlis perbandaran atau kementerian dan berlaku samseng?

Jika di negara barat seperti Amerika Syarikat, saya rasa dah kena tembakan ‘Taser’ dah makhluk ini dan dihumban kedalam penjara?

Kenapa pula didalam Tanah Melayu ini, penguatkuasaan undang undang lesu dan lemah sekali?

* Saya ungkapkan Tanah Melayu sebab ianya masih dibawah perintah Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Raja serta Yamtuan Melayu!

Apa tak begitu?

 


Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s