Home > 1 > Kemaraan Erdogan dalam PAS semakin jelas !

Kemaraan Erdogan dalam PAS semakin jelas !

SHAH ALAM 30 April – Pas Shah Alam mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Husam Musa masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dua pemimpin itu merupakan gandingan ulama dan profesional yang diputuskan oleh ahli Pas kawasan itu bagi memantapkan lagi pengaruh dan kepimpinan parti.

Katanya, selain Abdul Hadi dan Husam, pihaknya turut mencalonkan tiga pemimpin gabungan muka lama dan baru untuk menduduki jawatan Naib Presiden.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang yang menyandang jawatan itu ketika ini.

“Dalam mesyuarat khas yang diadakan malam tadi, ahli Pas Shah Alam memutuskan Abdul Hadi kekal sebagai Presiden manakala Husam dicalon mengisi jawatan Timbalan Presiden.

“Bagi tiga nama yang dicalonkan Naib Presiden, Tuan Ibrahim adalah muka baru setelah beliau menolak untuk dicalonkan bagi jawatan itu sebelum ini.

“Kali ini, kita berharap agar beliau tidak menolaknya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pihaknya mungkin mengemukakan satu usul untuk menambah bilangan Ahli Jawatankuasa Pas peringkat pusat dalam muktamar parti itu pada 4 hingga 7 Jun ini.

“Usul ini kita buat berikutan pertambahan bilangan ahli serta kawasan Parlimen. Mungkin jumlah yang sedia ada tidak mencukupi dan ia wajar ditambah kepada 30 hingga 36 jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berbanding 18 jawatan ketika ini.

“Malah, Pas Shah Alam juga telah mencalonkan kira-kira 24 nama yang turut terdiri daripada muka lama dan baru untuk jawatan itu. Bagaimanapun, keputusan akhir akan ditentukan pada pemilihan nanti,” jelasnya.

 

berita dipetik dari :http://www.utusan.com.my

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s