Home > 1 > Kenapa Eli ditawar jawatan dan Fairus dipaksa letak jawatan? ~ Malaysiakini

Kenapa Eli ditawar jawatan dan Fairus dipaksa letak jawatan? ~ Malaysiakini

Pelik….adakah kerana x faktor maka Eli dikekalkan jawatan ? adakah tidak ada calon lain lebih baik dan berpengalaman ?

adakah ia satu krisis kepimpinan yang dahsyat selain tanda kerosakan moral PR khasnya PKR ?

Lihat berita di bawah :

K’jaan S’gor kekalkan jawatan Eli
Jimadie Shah Othman | Apr 15, 09 1:55pm
Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok.

Katanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.

Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.

Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor kerana membuat keputusan tidak campur tangan dalam politik dan memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas dibincangkan dalam mesyuarat exco pagi ini.

Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan isu peribadi.

Sehubungan itu, katanya, Pakatan akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu.

“Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang.

“Dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat hari ini.

Khalid berkata, beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Beliau juga ditanya sama ada Elizabeth ada memberi tanda-tanda akan menerima tawaran tersebut.

“Beliau perlu menerima tawaran tersebut sebelum esok,” kata Khalid sambil menambah: “Anda datanglah esok”.

Ditanya sama ada ianya keputusan exco kerajaan negeri atau PKR negeri, Khalid menegaskan bahawa ia adalah keputusan kerajaan negeri.

Ditanya sama ada keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: “Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.”

Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan.

Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela.

“Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali,” katanya.

Sementara itu, Elizabeth pula akan mengeluarkan kenyataan sama ada beliau menerima atau tidak tawaran tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/102408

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s