Home > 1 > Beri saya peluang – Wan Farid – Utusan Malaysia

Beri saya peluang – Wan Farid – Utusan Malaysia

Beri saya peluang – Wan Farid

Oleh IRMAN HASHIM

KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersedia menghadapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Mohd. Abdul Wahid Endut, 51, yang dipilih sebagai calon Pas pada pilihan raya kecil itu.

Wan Ahmad Farid berkata, dalam pilihan raya kecil itu nanti bukan personaliti yang dipertandingkan sebaliknya agenda parti yang dipertaruhkan.

”BN telah melakukan persediaan dengan mengambil pendekatan memperjuangkan falsafah parti untuk rakyat berbanding melihat siapa calon parti lawan,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Beliau diminta mengulas pemilihan Mohd. Abdul Wahid sebagai calon Pas yang akan menentang beliau dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Wan Ahmad Farid berkata, rakyat perlu memberi peluang dan ruang kepadanya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat walaupun Mohd. Abdul Wahid merupakan calon berpengalaman.

”Walaupun Mohd. Abdul Wahid tidak pernah kalah sejak lima penggal lalu tetapi undi diperoleh beliau tidak konsisten.

”Justeru, saya yakin rakyat akan memberi peluang tersebut berdasarkan trend pengundian dalam pilihan raya kecil kali ini,” ujarnya.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu meminta rakyat tidak terpengaruh dan percaya dengan segala dakyah yang disebarkan mengenai personalitinya yang dikatakan sombong dan tidak mesra.

”Sebelum ini, rakyat tidak pernah mengenali saya dengan dekat kerana saya tidak diberikan peluang sebagai wakil rakyat.

”Justeru, saya ingin meminta peluang ini untuk berkhidmat kepada penduduk Kuala Terengganu,” katanya.

http://www.utusan.com.my

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s