Home > 1 > Pakatan Rakyat mendapat sokongan Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan ?

Pakatan Rakyat mendapat sokongan Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan ?

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/12/sultan_sharafuddin_of_selangor.jpg

Melibatkan Sultan di dalam isu politik adalah satu tindakan terbaru Pakatan Rakyat. Blogger Amin Iskandar di sini ada menyentuh isu pemberian anugerah Datuk Paduka tersebut di blognya di sini

Ini semua selepas mereka telah mendiamkan diri sekian lama berkenaan isu Raja yang menjadi tonggak payung orang Melayu Islam di negara kita selama ini…

Selepas mereka dilihat inginkan kesamarataan semua kaum sehingga dilihat meminggirkan Raja maka isu Raja telah disentuh di dalam kongres terbaru PKR yang mencanangkan ke seluruh dunia bahawa mereka mempunyai juga minat untuk menjaga ketuanan Raja orang Melayu..

Tindakan orang terdesak bagi pendapat peribadi saya.

Selepas kredibiliti Anwar sebagai de facto leader PR telah  teruk jatuh merudum di kalangan nyokong mereka sendiri yang tidak nampak bagaimana PR dapat menjadi wira menjaga ketuanan Melayu dan Raja Melayu itu sendiri…

Lebih lebih lagi apabila membaca tulisan Amin Isandar ( penulis media pro PKR dan Pakatan Rakyat : Malaysiakini ) lagilah penulis merasa hendak tergelak apabila dengan selamba Amin Iskandar mengatakan bahawa pemberian anugerah Datuk Paduka kepada Madam Low yang memangku Pengerusi PKNS oleh Sultan Selangor sebagai sokongan kepada Pakatan Rakyat.

” Ketika isu perkauman dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan politik golongan tertentu, bagi memastikan dasar Pecah dan Perintah dapat diteruskan, Sultan Selangor memecahkan kebuntuan.

Apakah ini signal yang jelas dari golongan istana di Selangor untuk menentang politik perkauman dan menghapuskan dasar Pecah dan Perintah? ” Tulis Amin Iskandar…

Lagi menarik beliau seolah olah mencabar rakyat membuat bantahan terhadap keputusan Raja bagi kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat mencadangkan nama madam Low supaya dikurniakan Datuk Paduka.

Agaknya Amin ni dah tak ingat rasanya jasa Madam Low selama ini. Yang berpuluh tahun sudah menabur bakti di PKNS..

UMNO hanya menentang perlantikan beliau sebagai pemangkut Pengerusi PKNS dan tidak menidakkan segala jasa jasa beliau di dalam PKNS.

Kerana sebagai benteng pertahanan Melayu Islam dan juga Raja Raja maka UMNO sekadar ingin mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa jawatan PKNS yang sinonim dengan agenda ketuanan Melayu perlulah diberi kepada Melayu juga.

Di sinilah sedikit kekeliruan dan Amin Iskandar nampaknya ingin menjadikan ia satu isu dan seolah oleh sebagai signal Sultan Selangor menyokong agenda mereka yakni Pakatan Rakyat.

Perlu dimaklumi bahawa Raja sebagai penaung semua rakyat tidak akan melibatkan diri di dalam arena politik. Dan tindakan Raja tidak akan sama sekali bertujuan untuk menambah keuntungan politik mana mana pihak.

Kepada Amin Iskandar, eloklah jangan libatkan diri dan juga melibatkan dengan andaian tidak berasas anda bahawa PR disokong oleh Raja Selangor yang tidak memihak kepada mana mana parti politik pada hakikat sebenarnya.

DAULAT TUANKU !!!

sekian, tamat artikel jam 9.14 Ahad 14 Disember 2008….

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s