Home > 1 > Akhirnya Pak Lah melepaskan ‘kemarahan’ yang terpendam terhadap 2M – Mahathir & Muhyidin

Akhirnya Pak Lah melepaskan ‘kemarahan’ yang terpendam terhadap 2M – Mahathir & Muhyidin

https://i1.wp.com/media1.malaysiakini.com/110/cf1b1ecd0f8305c33849a4072178ace9.jpg

1. Punca kemarahan Pak Lah dapat dibaca selepas sekian lama ‘menderita’ terseksa zahir dan batin dengan perangai dan juga lagak yang mengalahkan hero hindustan oleh 2M di atas. Mungkin silap tidak dimasukkan sekali satu lagi M iaitu Mukhriz, namun ia jelas kerana Pak Lah tidak mahu ia dilihat sebagai satu ‘bonus’ untuk menantunya KJ yang sedang mencari sokongan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Mac tahun hadapan.

2. Kesabaran Pak Lah harus dilihat sebagai reaksi di saat saat akhir ( jika berlaku ) sebagai PM. Beliau tentu akan melepaskan jawatan yang sangat dikehendaki oleh ramai orang yang tidak sabar termasuk M dari Johor di atas. Perbuatan yang mengkhanati kepercayaan dari Presiden parti demi kepentingan politik peribadi.

3. Tidak ramai orang mampu memendam rasa seperti Pak Lah selama bertahun tahun menahan asakan dan tumbukan bertubi tubi dari Mahathir dan team penyokongnya. Meskipun Pak Lah juga sedar tidak ramai yang sanggup melawan arus ‘ciptaan’ Mahathir yang melabelkannya sebagai pemimpin lembek dan lemah, tidak sama dengan Mahathri yang 22 tahun diangkat dengan begitu tinggi dan dipuji dari kanan kiri. Kita faham kenapa gelaran buruk tersebut diberikan walhal ia adalah hasil ‘perang dingin’ yang berlaku ekoran salah faham bahawa Pak Lah memusnahkan segala apa yang dirancang oleh beliau.

4. Mungkin sudah tiba masa Pak Lah menyerang sehingga ‘saat terakhir’ mempertahankan maruah dirinya yang selama ini dihina dan dipijak pijak oleh pembuli pembuli yang merasakan mereka sangat berkuasa dan mampu ‘melawan Tuhan’ …. Taktik bertahan mungkin sudah tidak relevan lagi dan saya cukup pasti Pak Lah akan menjadi semakin bersemangat menegakkan keadilan dan membasmi penyelewengan meskipun ia akan mengorbankan ‘jawatan’ PM yang sangat sangat diburu oleh semua.

5. Harapan kita moga Najib akan selamat sampai ke saat menjadi PM dengan selesa dengan sokongan yang melimpah ruah dari segenap lapisan masyarakat. Atau kita cadangkan sahaja peralihan dilanjutkan sehingga Najib bersedia dengan pertahanan luaran dan dalaman sebelum menjadi PM ke 6 menggantikan Pak Lah yang telah digelar oleh Bukan Islam sebagai Bapa Demokrasi Moden.

Kami penyokong Pak Lah akan bersedia mempertahankan beliau habis habisan dari serangan orang seperti Mahathir yang ‘cukup lama’ dibiarkan menjadi’batu api’ yang telah menggoncang kestabilan negara dan parti tunjang bangsa dan agama Islam di Malaysia..

Hidup Pak Lah !!!!!!!!

https://i2.wp.com/phoenity.com/hibiscus/history/mahathir_cry.jpg

PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan…Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik…Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding… tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.

– Bernama

Categories: 1
  1. ketam761
    20,October 2008 at 9:38 am

    SIAPALAH PAK LAH KALAU TUN MAHATHIR TAK LANTIK DIA JADI PM???
    KALAU TUN MAHATHIR LANTIK DATUK SERI NAJIB DAHULU APA AKAN JADI PADA PAK LAH??

    TUN MAHATHIR MEMPUNYAI HAK MACAM AKU JUGA MEMPUNYAI HAK UNTUK MENYATAKAN PANDANGAN DAN KRITIKAN..WALAUPUN BUKAN AHLI UMNO KERANA AKU TAHU YG MEMIMPIN UMNO AKAN MEMIMPIN NEGARA.
    JADI KEPADA PAK LAH DAN THE TOADIES KALAU TAK DAPAT TERIMA PANDANGAN DAN KRITIKKAN.. JANGAN MASUK POLITIK DAN TOLONGLAH BERAMBUS DGN SEGERA.

  2. ketam761
    20,October 2008 at 9:50 am

    KENAPA PAKLAH MELATAH?? KERANA KHAIRYI JAMALUDDIN???
    SIAPA PAKLAH??SIAPALAH PAK LAH KALAU TUN MAHATHIR TAK LANTIK DIA JADI PM???
    KALAU TUN MAHATHIR LANTIK DATUK SERI NAJIB DAHULU APA AKAN JADI PADA PAK LAH??

    TUN MAHATHIR MEMPUNYAI HAK MACAM AKU JUGA MEMPUNYAI HAK UNTUK MENYATAKAN PANDANGAN DAN KRITIKAN..WALAUPUN BUKAN AHLI UMNO KERANA AKU TAHU YG MEMIMPIN UMNO AKAN MEMIMPIN NEGARA.AKU BERHAK BAGI PANDANGAN DAN MENGKRITIK UMNO TERUTAMA PEMIMPINNYA.. INI LAH PUNCA UTAMA UMNO DAN BN TEWAS KERANA MENGANGGAP BUKAN AHLI UMNO SEBAGAI ORANG LUAR YG TIADA KEPENTINGAN.. WAHAI WARGA UMNO SEDARLAH KAMI YG MENENTUKAN SAMA ADA KAMU MEMERINTAH ATAU TIDAK JADI JANGAN JADI SOMBONG MACAM BARUA YG TAK SEDAR DIRI.. KENYATAAN PAK LAH MENUNJUKKAN DIA YG TERDESAK,MUNGKIN BUKAN UTK DIA TAPI UNTUK ORG2 YG DIA NAK TINGGAL.. FORGET IT AKU TAK MAHU ORANG2 PAK LAH YG TAK EFFISIEN MENTADBIR MALAYSIA JADI WAJAR DISINGKIRKAN SEPENUHNYA..KEPADA ORANG2 PAK LAH YG EFFISIEN MACAM TAN SRI MOHD MOHAMAD TAIB (WALAUPUN BAGI PENDAPAT AKU DIA TAK PATUT BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN,NAIB ATAU MT SUDAH LA) WAJAR DIKEKALKAN.

    JADI KEPADA PAK LAH DAN THE TOADIES KALAU TAK DAPAT TERIMA PANDANGAN DAN KRITIKKAN DARIPADA KAMU BUKAN AHLI UMNO MAKA UMNO AKAN TERKUBUR DIMASA AKAN DATANG DAN JANGAN MASUK POLITIK DAN TOLONGLAH BERAMBUS DGN SEGERA.

  3. syeikhsifu
    21,October 2008 at 9:53 pm

    Seandainya Pak lah dah terlupa siapa mahathir saya nak beritahu kat pak lah siapa Dr Mahathir.Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia Keempat yang mewariskan takhta kerajaan kepada Abdullah. Mahathir telah menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Abdullah pada 31 Oktober 2003, sewaktu kedaulatan Malaysia cukup terpelihara, nama Malaysia harum di arena antarabangsa, ekonomi Malaysia kukuh, politik Malaysia stabil, rakyat Malaysia dalam keadaan aman sejahtera.

    Mahathir mewariskan kuasa kepada Abdullah sewaktu Malaysia jadi pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) da Persidangan Islam Antarabangsa (OIC). Kedua-dua jawatan ini diberikan kepada Malaysia kerana kebijaksanaan, integriti dan kredibiliti Mahathir.

    Pendek kata, Mahathir telah menyerahkan kepada Abdullah sebuah negara-bangsa Malaysia yang merdeka, berwibawa, disegani dan dihormati komuniti antarabangsa. Waktu itu, tidak pernah kedengaran wujudnya sesetengah elemen atau kuasa asing tertentu yang mempengaruhi, apatah lagi yang dipercayai mencorak-warnakan apa jua dasar Malaysia.

    Sebab itulah Abdullah menyifatkan perlantikannya sebagai satu “amanah untuk mewarisi kejayaan” Mahathir. Sebab itulah juga sewaktu membentangkan usul terima kasih kepada Mahathir di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, pada 3 November 2003, Abdullah merakamkan usul penghargaan kepada Mahathir seperti berikut:

    Hargai Mahathir

    Menerima hakikat bahawa Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir), yang menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat sejak 16 Julai 1981, dan telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, tegas, cekap, berkesan, cemerlang dan bijaksana, telah pun mengosongkan persada kepimpinan negara;

    Menghargai serta menyanjung tinggi perjuangan, pengorbanan, budi, jasa dan bakti Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) yang amat murni, abadi serta tidak ternilai besarnya, menerusi pelbagai dasar, strategi dan program yang pragmatik, demi perpaduan dan ketahanan nasional, keselamatan dan kesejahteraan bangsa serta kemakmuran dan kegemilangan negara;

    Menyedari serta menginsafi konsistensi, kesungguhan dan keprihatinan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) di dalam perjuangannya memartabatkan Islam dan umat Islam di seluruh jagat, khususnya di negara Malaysia yang majmuk, menerusi penguasaan dan kecemerlangan ilmu di semua bidang kehidupan mutakhir;

    Menghayati serta menyokong penuh kebijaksanaan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) dalam menangani krisis ekonomi negara akibat kedurjanaan pengganas kewangan antarabangsa menerusi strategi ekonomi, kewangan dan pengurusan yang unik, efektif dan diiktiraf dunia;

    Mengiktiraf bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) adalah satu doktrin perdana bagi perjuangan membina negara Malaysia yang terus berdaulat dan merdeka serta lebih bersatupadu, sejahtera, aman, makmur, maju, cemerlang, bermaruah dan berwibawa di era globalisasi dan neo-kolonialisme;

    Kagumi Kebijaksanaannya

    Mengakui bahawa perjuangan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) memajukan ICT menerusi penubuhan Koridor Raya Multimedia, serta memajukan bioteknologi menerusi kewujudan Lembah Bio akan memberi manfaat besar kepada bangsa dan negara Malaysia di hari muka;

    Mengkagumi kewibawaan, kebijaksanaan serta keberanian Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) yang telah memperkasakan martabat bangsa dan negara Malaysia serta umat manusia di negara-negara membangun secara amnya, di arena antarabangsa, menerusi inisiatif multilateral sewilayah, di antara benua dan di seluruh jagat, serta menerusi pandangan, gagasan serta pemikirannya yang universal di bidang kemanusiaan, kesaksamaan, kesamarataan, perdagangan, sains, teknologi, siasah dan keluhuran undang-undang antarabangsa, khususnya di peringkat ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB);

    Maka, Dewan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 3 November 2003, bersamaan 9 Ramadan 1424, mengambil ketetapan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih dari seluruh rakyat jelata Malaysia kepada Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir);

    Berikrar akan terus berjuang mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan dan kesejahteraan tanah air menerusi seluruh dasar, strategi dan program yang telah diperkenal serta diperjuangkan oleh Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir);

    Dan terus berusaha ke arah mencemerlangkan rakyat Malaysia di hari muka berasaskan semangat Perlembagaan Persekutuan, prinsip-prinsip Rukunegara dan juga matlamat utama Wawasan 2020.

    Minta Maaf

    Berdasarkan seluruh huraian di atas, benarkah Abdullah tidak kenal siapa Mahathir? Berasaskan huraian di atas, tidakkah Mahathir berhak untuk menegur Abdullah? Berdasarkan huraian di atas, benarkah dakwaan Abdullah bahawa Mahathir berniat “menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian” di kalangan warga UMNO bila Mahathir meluahkan isi hatinya dalam blognya baru-baru ini?

    Abdullah pastinya amat arif mengenai persoalan ini: siapakah yang sebenar-sebenarnya menjadi punca dan paksi kepada seluruh kegelisahan dan kecelaruan dalam UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pada hari ini?

    Oleh itu, biarpun Mahathir sudah meninggalkan UMNO sejak beberapa bulan lalu, Abdullah wajar insaf bahawa Mahathir telah berkelana jauh daripada UMNO kerana beliau amat kecewa dengan kepimpinan Abdullah sendiri!

    Lantas, bersalahkah dan berdosakah Mahathir bersuara demi agama, bangsa dan tanahairnya? Bersalahkah dan berdosakah Mahathir berusaha menebus kesilapannya memilih Abdullah kerana beliau terpesona dengan imej Abdullah sebagai Mr Clean yang hanya berjuang untuk mencari A-Ghazali dan Al-Shafie?

    Secara peribadi, saya amat kesal dengan bidasan Abdullah terhadap Mahathir. Secara peribadi juga saya berpendapat amat wajar sekali Abdullah memohon maaf kepada insan yang bernama Mahathir kerana insan inilah yang bertanggungjawab menamakan Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima. Fikir-fikirkankah!

  4. penulis_cyber
    23,October 2008 at 8:33 pm

    Mahathir keluar dari UMNO ‘no big deal’, kecik punya hal lah. Sudah terkeluar duri dalam daging. Itu kata Musa Hitam. Tapi kalau ikut Shahnon Ahmad, macam mana yang ditulis dalam bukunya Shit, itu ‘kepala tahi’ sudah keluar. Bayangkan orang yang menahan nak terbuang air besar. Selagi dia tak ‘melepas’ selagi itu dia tak boleh buat macam-macam. Berpeluh-peluh. Boleh mengakibatkan macam-macam penyakit sebab simpan barang toksid, beracun dalam badan. Tapi bayangkan bila jumpa jamban, bila itu ‘kepala tahi’ sudah keluar. Syukur pada Tuhan, boleh buat doa selamat hantar satu tandan pisang ke surau. Bila agaknya ahli UMNO beramai-ramai nak hantar pisang ke surau?

    Dalam buku Shit, Pak Profesor Shahnon ibaratkan Mahathir sebagai itu… ‘kepala tahi’ dalam UMNO. Yang kita jadi ‘ribut’ pasal apa? Pelik orang UMNO ini, pergi cebuk dan bersihkan kotoran yang tinggal dan tengok siapa lagi najis-najis lain yang nak ikut keluar dari perut seperti mualnya najis yang di ilustrasikan oleh sasterawan negara dari Kedah itu.

    Anda mungkin menganggap saya kejam, brutal, tak ada hati perut, bagaimana dengan tindakan dengan orang tua ‘sakit’ yang mengugut mahu menghancurkan ‘institusi’ Melayu? Mengajak ahli parlimen UMNO keluar beramai-ramai dari UMNO dalam keadaan ekonomi yang mengancam rakyat. Patutkah saya berpeluk tubuh?

    Sebenarnya sebaik menerima pesanan SMS itu, saya mengucapkan “inna lillah wa inna ‘ilayhi raji’un. Ayat yang bermaksud “sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami kembali)” dari Surah al-Baqarah ini bukan untuk disebut pada orang yang baru mati sahaja tetapi juga bagi mengucapkan rasa bersyukur kerana telah terlepas dari ‘musibah’. Allah selamatkan Datuk Seri Abdullah Badawi dan Allah selamatkan orang Melayu serta semua rakyat Malaysia. Allah selamatkan negara kita.

    Syukur pada Allah UMNO yang menjadi parti pembela nasib orang Melayu sudah terlepas dari musibah yang paling besar. Good riddance to bad rubbish. Marah ke? Kesat sangat ke bahasa saya? Bagaimana dengan sikap Mahathir yang tak ada hati perut? Dalam keadaan UMNO tengah tenat tiba-tiba dia mengugut, inikah contoh seorang negarawan?

    Bila kita berada didalam kekusutan dan berada didalam masalah, Imam Ali suruh kita cari punca masalah tersebut. Punca Mahathir menyinga bermusuh dengan Pak Lah sudah saya bukukan. Cuba baca semula Macam-Macam Ada (2) Mahathir Menggila Pak Lah Derita Antara Al-Quran, Al-Dollar Dan Al Kohol, tahun 2006.

    Dia patut membuat peristiharaan ini lebih awal dan memang sudah lama pun dia sepatutnya pergi main jauh-jauh dari UMNO. Dalam usia bonus ini lebih baik duduk di masjid buat ibadat. Tak payahlah menyusahkan diri, pergi sana, pergi sini ugut Pak Lah suruh berhenti. Tak payahlah tulis blog, lebih baik baca quran, baca yasin atau terus tunggang kuda.

    Sudah baca ‘cokelat angin’ dari utara? Itu cerita mengenai dia, buka blog saya Shalattas.com Mungkin dia terlupa cerita ‘Crywolf’, kisah budak penjaga kambing yang kesunyian mempermainkan orang ramai dengan memberitahu kononnya ada serigala. Pada penghujung cerita bila betul datang serigala membaham kambingnya siapa pun tak percaya. Cukuplah Rafidah sampai patah tumit kasut pujuk bila tiba-tiba Tun M mengumunkan hendak berhenti.

    Pelik sungguh Mahathir yang terpaksa melakukan ‘political sucide’ semata-mata kerana dendam terhadap Pak Lah tak mahu meneruskan jambatan bengkok antara Johor dan Singapura. Apa untungnya ikut jejak tiga orang Presiden UMNO terdahulu yang keluar dari UMNO? Arwah Dato’ Onn mencuba populariti dengan mengugut untuk keluar dari UMNO. Macam Mahathir, kali pertama orang UMNO pujuk, tapi kali kedua, sorrylah. Musa HItam masa jadi TPM pun cuba juga merajuk, mengugut supaya Mahathir berhenti tapi Musa hanyut. Musa adalah duri dalam daging kepada Mahathir ketika itu. Baca buku saya ‘Musa Derhaka’. Dato’ Onn diikuti oleh anaknya. Kapten Hussein Onn ketika itu ialah sebagai Ketua Pemuda UMNO dia meninggalkan sayap UMNO itu terkapai macam itu sahaja. Lepas itu anak beranak tubuh Parti Negara, juga hanyut macam tu saja. Apalah nasib UMNO?

    Perbuatan yang sama dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein buat perkara yang sama ikut Tengku Razaleigh Hamzah, yang nak jadi Presiden UMNO tapi tak jadi sebab kalah lawan Mahathir dan keluar beramai-ramai tubuh Parti Semangat 46. Kemudian Ku Li kembali semula kepada UMNO.

    Kalau Mukhriz pula buat perangai macam Mahathir macam mana Hussien Onn ikut bapanya dulu, la ni parti apa pulak mereka nak tubuh?

    Karpal Singh kata tindakan Mahathir keluar UMNO membuktikan dia seorang ahli politik murahan dan bukannya seorang negarawan. Saya setuju. Seorang negarawan tidak akan keluar dari parti yang dianggapnya telah berjasa untuk bangsanya. Dulu Mahathir kata dia adalah ahli UMNO seumur hidup. Tapi belum mati, Mahathir dah keluar dari UMNO.

    Mahathir perlu sedar bahawa rakyat hari ini sudah di dedah dengan dunia tanpa sempadan. Rakyat mampu menilai secara terang maupun senyap setiap tindakan yang dilakukan oleh Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri terutama mereka yang mempunyai roh Islam. Lupakah Mahathir yang beliau pernah dianggap sebagai Kamal Atartuk oleh orang Al-Arqam? Saya pernah tulis buku ‘Memo Untuk Mahathir’. Bila lagi mahu berhenti memecahkan perpaduan sesama Islam?

    Kembalilah kepada ‘kebenaran’, kebenaran itu amat pahit. Pak Lah perlu di adili sekiranya ia harus di adili. Terbukti Pak Lah masih menerima sokongan padu dari ahli Parlimen. Kenapa Pak Lah saja yang mesti berhenti? Kenapa tidak pemimpin lain yang ada dalam UMNO? Mereka juga perlu diadili sekiranya bertindak dalam kondisi yang sama dikenakan ke atas Pak Lah. Apa yang dilakukan oleh Pak Lah dalam kerajaan BN adalah ‘collective responsibility’.

    Ramai ahli-ahli UMNO yang membesar dan berjuang dalam UMNO sewaktu Mahathir jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sedih dah marah dengan tindakan Mahathir. Ada yang menganggap tindakan Mahathir itu seperti habis madu sepah dibuang. Mereka faham dan yakin bahawa berjuta orang Melayu, yang ahli UMNOnya dan yang bukan ahli UMNO dapat rasakan kemelut dan pergolakan yang sedang melanda UMNO hari ini terutamanya selepas PRU-12.

    Ada yang bertanya apakah tindakan Mahathir keluar parti adalah satu tindakan orang pengecut dan memalukan? Mana perginya kata-kata Mahathir dalam kebanyakan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO dan dalam ucapan-ucapan di majlis UMNO yang lain kononnya “pemimpin tak penting tapi yang penting adalah parti“? Salahkah orang Melayu bertanya kalau parti lebih penting dari pemimpin, kenapa keluar parti?

    Sebagai orang Melayu yang beragama Islam serta sentiasa memilih dan melihat Islam sebagai teras kepada keharmonian, kesucian dan keadilan untuk semua hal tanpa mengira teman atau musuh. Sepatutnya Mahathir tak perlu melakukan ugutan.

    Apakah tak mungkin dari sudut politiknya PAS mahukan UMNO dan BN terus melakukan kesilapan demi kesilapan kerana kesilapan itu akan menguntungkan PR dan Pembangkang akan mempercepatkan lagi proses Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri? Dan akhirnya UMNO menjadi tak releven. Siapa penyebabnya kalau bukan Mahathir?

    Hakikatnya tidak lagi sesuai untuk diterjemah kepada rakyat yang hidup di abad ke-21 ini bahawa Mahathir saja yang betul, yang bijak dan beliau tak ada gantinya. Tak elok bila ‘ego is bigger than life’. Mempolitikkan setiap isu yang dianggap akan memberi keuntungan yang bersifat sementara dan bukan bertunas dari keikhlasan untuk membela rakyat, satu tindakan yang sia-sia.

    Rakyat generasi selepas merdeka hari ini bukan lagi memiliki mentaliti dan falsafah pemikiran generasi sebelum merdeka.

    Tak berapa hari sebelum keluar dari UMNO dan semasa menyampaikan ucaptama ketika merasmikan laman web Johor MyKmu di Johor Bahru, ada tetamu yang bertanya kepada Mahathir kalau Pak Lah letak jawatan selaku PM dan Presiden UMNO, apakah UMNO boleh mengembalikan kegemilangannya pada pilihan raya umum akan datang, kerana yang ditolak oleh rakyat pada PRU-12 adalah BN yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP sedangkan siapapun yang memimpin UMNO, selagi parti komponen yang lain gagal mengambil hati rakyat, tak guna juga.

    Jawab Mahathir, selagi UMNO kuat BN akan kuat. Tapi nampaknya Mahathir cakap tak serupa bikin bila bertindak keluar UMNO.

    Orang Melayu yang taksub dengan Mahathir kena buat penilaian semula tentang orang tua crywolf ini. Sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkuasa dan telah membuat macam-macam untuk Malaysia, namun apakah rakyat akan menyanjung dan mengenang Dr. Mahathir macam mana rakyat Vietnam mengenang Ho Chin Minh? Nasib baik Melayu ini baik, Mahathir tak jadi Suharto atau Saddam Hussein. Pada hal punyalah benci rakyat Malaysia pada Mahathir, Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baik ada Dato Sri Abdullah Badawi yang terkenal sebagai Mr. Nice dan Clean Man muncul menyelamatkan kerajaan Barisan Nasional di mana UMNO menjadi tulang belakangnya.

    Macam manalah orang Melayu hendak angkat muka pada bangsa lain dan hendak bercakap tentang ‘ketuanan Melayu’ dan hendak marah jika kaum lain ‘menderhaka’? Air yang keruh dihulu akan keruh juga dihilir.

    Selain dari Tun Razak yang mati semasa jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, tiga Presiden yang lain sanggup berada di luar UMNO di penghujung usia mereka. Apa makna ini semua? Kenapa bila marahkan nyamuk kelambu mesti di bakar?

    Mahathir pandai, dia tahu Melayu mudah lupa, mereka lupa yang dia pernah digambarkan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad, orang Kedah dalam bukunya ‘Shit’, makna P… M… yang dianggap sebagai ‘kepala tahi’ dari perut yang bergelumbang dengan najis yang busuk dan memualkan. Pelanduk lupakan jerat, jerat tak pernah melupakan pelanduk.

    Selaku seorang yang tahu bahawa kedudukan pemimpin nombor satu negara itu penting, maka menjadi tanggungjawab saya selaku rakyat mempertahan dan menyelamatkan institusi yang terpenting. Melayu cuma ada dua ‘institusi’, satu raja, satu Perdana Menteri. Saya tak peduli apa orang hendak kata dan saya tak menyesal menyabung nyawa mempertahankan Mahathir ketika dia adalah ‘institusi’. Dan saya tak setuju dengan cara Shahnon menghina Presiden UMNO lambang ‘ketuanan Melayu’. Tapi hari ini bila Mahathir menderhaka, mencabar dan cuba menghancurkan parti yang dianggapnya keramat satu masa dulu, saya terpaksa berperang dengan Mahathir untuk menyelamatkan ‘institusi Melayu’.

    Saya perlu memberikan sokongan kepada Presiden parti yang menerajui kerajaan yang telah memberikan banyak kemudahan, menjamin keselamatan dan kemakmuran. Saya bukannya ada dua negara. Dan tak macam sesetengah rakyat Malaysia yang menjadi warganegara kepada dua Negara. Bagi saya bumi ini yang kita pijak maka langit ini yang mesti kita junjung. Di mana saya pergi, saya tetap anak Malaysia biarpun keluarga dan tok nenek saya berasal di luar Malaysia dan saya adalah generasi pertama yang dilahirkan di Malaysia.

    http://pedangberbisa.wordpress.com/2008/09/06/mahathir-dan-perangnya-terhadap-pak-lah-ulasan-bekas-penyokong-kuat-beliau-shalattas/

  5. rmf7
    16,February 2009 at 10:22 am

    perghh…. berapi-api …. pada pandangan aku mudah sangat dan nak paki paki la.. tak nak sudah.. kita fikirkan sendiri,

    Jambatan Bengkok:
    adalah wajar kemarahan ini ditujukan kepada Pak Lah.. Flip Flop: mula mula setuju nak teruskan selang 20 hari batal.. alasan singapura nak ruang udara dan pasir: Jawapan pak lah pada aku ni adalah jawapan yang bodoh piang:

    Contoh terbaik aku bagi, mudah, Katakan Si A ingin membuat reban dbelakang rumah dia, dan memberitahu kepada si B, Si B pula kata, kalau si A nak buat reban, Si A kena bagi duit kar si B, padahal tanh tu Si A yang punya.

    Begitu juga isu jambatan, buat Jambatan dalam wilayah Malaysia, kenapa Singapura letak syarat nak ruang udara dgn pasir? ( rujuk surat PM Singapura ke PM Malaysia dalam rundingan Jambatan) kalau nak cari sendiri..

    Penjimatan

    Selepas pembatalan jambatan, slogan penjimatan duit rakyat dilancarkan: Kita tidaka mahu bangunan yang tinggi , projek mega dan lampu gemerlapan untuk memajukan negara kita- ini lah lebih kurang kata pak lah.

    Sebaliknya wujud la pulak WPI yang mengutamakan singapura. Koridor-koridor banyak la lagi. malas nak type.

    FTA

    Pejanjian FTA dengan Jepun telah menghasilkan urusniaga dianatara kemasukkan kereta dari jepun dan kemasukkan hasil sayuran dari Malaysia ke jepun. Kalau nak fikirkan semula, berapa tinggi teknologi kita dalam pertanian.Jika kita padankan malaysia dengan thailand dan jepun. Kesilapan ini telah menghasilkan dasar bumi hijau dan pemecatan tengku Mahaleel, dan penjualan MV Agusta. ada kaitan diantara satu dgn yang lain.

    WPI

    Daripada Western Gate Development, Nusajaya, JB city centre hingga ke Estern Gate Development- Untuk Siapa ? Musa Hitam dengan berani menyatakan bahawa pemansuhan koata Bumi 30 % didalam WPI untuk kepentingan siapa? Penggunaan Airport Singapura sebagai laluan utama bukan Airport Senai di Johor. Nyata kepentingan Singapura diutamakan dari Malaysia. Salah Tun juga ni.. sbb buat teguran.

    Kalau nak dibariskan terlallu banyak perkara yang merugikan negara akibat kesilapan kesilapn yang dilakukan.Salah ker seorang warganegara bersuara?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s