Home > 1 > Krisis Ekonomi Amerika – Bank Yahudi yang Untung !

Krisis Ekonomi Amerika – Bank Yahudi yang Untung !

Ini bukan untuk menerangkan tentang ekonomi secara keseluruhan kerana penulis pun tidaklah alim sangat atau mahir berkenaan isu tersebut, tetapi kesempatan meneliti pakar ekonomi Islam bernama Ustaz Zaharudin yang kini sedang belajar dengan sarjana Barat di UK ( baca : Orientalis ) yang mungkin diikuti juga oleh Dr Asri selama 6 bulan November ini.

Ia mungkin bulan madu – mencari ilmu – atau mungkin juga mencari sesuatu yang boleh barangkali menjadi bahan mengubat luka hatinya ekoran krisis jawatan Mufti yang didakwa ada tekanan orang atas. Ia segera dinafikan MB Perlis dan nampaknya Dr Asri seakan merajuk hingga ke luar negara membawa diri. Kenapa negara lain tidak menjadi pilihan beliau ? mungkin kena anda tepuk dada dia tanya.

Dalam artikel Ustaz Zaharudin ( klik sini ) ada disebutkan nama bank yang telah bankrup dan nama bank yang membeli bank yang gagal dan bankrup tadi.

Setelah dibaca ternyata Bank yang membelinya ialah Bank Yahudi iaitu J.P Morgan ( klik sini )…Ia salah satu antara bank bank yahudi yang menjadi Along di Amerika selain bertaraf badan bertaraf multinasional ( hantu along sedunia ) iaitu IMF yang berjaya memerangkap negara lemah dan dalam kesempitan seperti Indonesia, Filipina, Thailand sehingga mereka meminjam dan sedang membayar balik dengan kadar riba / bunga yang sangat tinggi.

Bayangkan bagaimana sebuah bank konvesional Washington Mutual yang asetnya bernilai USD307 bilion terpaksa ‘gulung tikar’, dan dijual kepada syarikat gergasi JP Morgan dengan harga USD 1.9 bilion sahaja ??? Apakah ia satu lagi ulangan kisah spekulasi tahun 1998 yang berulang tahun 2008 ? pusingan 10 tahun berulang lagi ????

Penguasaan golongan Yahudi memang diakui ramai walaupun ia satu kenyataan yang pahit ditelan.

Menurut http://gunungraya.blogspot.com, Dinasti Rothschild (syarikat Yahudi Zionis yang menguasai dinasti kewangan dunia sejak abad ke-19) telah menguasai 80% kuasa tenaga Nuklear di seluruh dunia sehingga kini.

Dinasti Rockefeller pengasas Standard Oil Company (Kini Exxonmobil) kini menguasai hampir seluruh telaga minyak dunia. Penjajahan ke atas Iran & Syria mesti dilaksanakan seawal September 2008.

Begitu juga penggunaan sistem ekonomi berasaskan riba adalah senjata Yahudi menawan manusia yang terdesak dan orang orang yang lemah. Termasuk juga ‘menghisap darah’ orang kaya hingga kering semua harta melalui hutang melebihi kemampuan.

Amalan mengaut faedah tanpa risiko nyata cetus ketidaktentuan sistem kewangan global

Sedangkan dalam Al Quran AYAT 279 surah al-Baqarah menegaskan maksudnya: “Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).”

Kolumnis ruang agama Berita Harian ; Abdurrahman Haqqi menulis :

Bukti kebenaran wujud peperangan Allah dan Rasul-Nya terhadap pengamal riba dalam minggu ini adalah kehancuran Lehman Brothers dan Federal Housing Authority sebagai dua gergasi pengamal riba dunia berasal dari Amerika Syarikat (AS). Dan dalam hitungan hari selepas itu, Selasa lalu, satu lagi gergasi kewangan dalam sektor insurans yang beroperasi di 130 negara dan mempunyai 116,000 pekerja tidak termasuk pekerja separuh masa, American International Group Inc (AIG) sedang berada dalam proses untuk tumbang dan tinggal nama.

Bagaimanapun, ada ‘tangan-tangan’ yang berusaha untuk menyelamatkan AIG kerana ia dikatakan mempunyai keutamaan global sehingga ‘pertolongan sesat’ yang mulanya akan diberikan sejumlah AS$85 bilion oleh US Federal Reserve (Fed) sudah menjadi AS$500 bilion gabungan ta’awun ‘ala al-itsm wa al-’udwan (bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan pencerobohan) bank-bank pusat Eropah, Britain, Jepun, Switzerland dan Kanada di samping Fed sendiri yang menambahkan jaminannya menjadi AS$265 bilion..

Mari kita dedahkan lagi apa yang terjadi sekarang ini.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s