Home > 1 > Kenapa ada hidangan ubi kayu di Rumah PM Malaysia ?

Kenapa ada hidangan ubi kayu di Rumah PM Malaysia ?

MAKAN UBI KAYU BERSAMA PERDANA MENTERI


PUKUL 6.30 petang, 17hb. September 2007 kami tiba di Seri Perdana kediaman Perdana Menteri Malaysia. Ini bukanlah kali pertama kami berdua dari akhbar Buletin Rakyat diundang untuk menghadiri majlis makan bersama Perdana Menteri Malaysia namun apa yang berlaku begitu menyentuh hati, maka sebab itulah ia perlu didokumentasikannya.

Kisah dua jam berbual mesra dengan Pak Lah sewaktu moreh terlalu panjang, boleh buat satu buku ?2 Jam Bersama Perdana Menteri.? Saya ambil yang ringkas saja, gambaran hati budi, pemikiran dan sikapnya terhadap penulis yang menjadi telinga, mata dan suara rakyat.

Semua mata tertumpu kepada Pak Lah yang berpakaian baju Melayu, berkain pelekat dan memakai capal berjalan masuk ke dewan. Dia memberikan senyuman ?muhibah?, begitu juga isteri Perdana Menteri yang berjubah dan memakai tudung. Airmukanya jernih, senyumannya mesra dan bukan dibuat-buat. Datin Seri Jeanne Abdullah nampaknya begitu simple, sederhana, wajahnya berseri di pertemuan pertama. Sedikit pun tak nampak riak, kesombongan walaupun dia sudah menjadi isteri Perdana Menteri.

Untung Pak Lah sudah dapat pengganti. Isteri ini rezeki yang Allah beri. Apa orang hendak kata lantak pi…” Allah Maha Mengetahui. Kenapa, tak percaya pada rukun iman ke? Jodoh, pertemuan, rezeki, maut dan tanah kubur menjadi ketentuan takdir Ilahi. Bukan mudah jadi isteri Perdana Menteri yang menjadi tumpuan dan perhatian. Setiap gerak, setiap langkah, diikuti dan diperhatikan.

Selepas berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, saya dan Norzah bercadang mahu pulang awal. Sebelum pulang, kami menuju ke meja Pak Lah. Saya beritahu Pak Lah, Norzah meminta izin untuk bergambar bersamanya.

Pak Lah seolah-olah tahu niat kami mahu meninggalkan majlis. “Terawihlah dulu. Lima minit saja“, kata Pak Lah kepada saya. Saya sekali lagi terus ke surau bersama Dato Wan Farid dan Dato? Kamarulzaman bekas Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.

Selesai ?solat? Isyak dan Terawih, di mana Pak Lah menjadi imam dan Wan Farid menjadi bilal, kami masuk semula ke dewan. Beberapa saat kemudian muncul Pak Lah. Sekali lagi mata tertumpu ke arahnya. Dia panggil saya, “Pak Sheikh, jom kita ambil ubi rebus.? Saya tinggalkan mereka di meja, saya terus mengekori langkah Pak Lah. Saya seorang saja yang diajak makan ubi kayu bersamanya. Kenapa agaknya?

Pak Lah pilih ubi dengan sambal tumis dan ikan masin, saya pilih ubi rebus dengan kelapa. “Sedap ubi rebus ni. Depa semua ni bukan pandai makan ubi kayu.” kata Pak Lah menunjuk ke arah mereka. Nampaknya Pak Lah begitu berselera sekali menjamu selera makanan orang Melayu di zaman Jepun.

Tiba-tiba terlintas persoalan di benak fikiran ini begitu banyak makanan sedap-sedap di luar sana kenapa Pak Lah memilih makan ubi rebus? Lalu saya ?muhasabah? diri, lihat ke belakang bagiamana susahnya orang Melayu bila dijajah oleh Jepun. Jangan cepat lupa diri bila berada di ?comfort zone?.

Bersongkok hitam, berbaju Melayu dan berkain pelikat, seliparnya persis seperti menghadiri ceramah agama di masjid. Begitu sederhana pemimpin negaraku ini, membuang uniform ?Perdana Menteri? bila duduk makan bersama rakyat. Tak ada kasta antara kami. Terlupa yang Pak Lah orang nombor satu negara. Mungkin kerana Pak Lah tak pernah menunjukkan ego, ramai yang berani memperlekehkannya?

Apa cerita di pasaran sekarang?” Pak Lah memulakan mukadimahnya memancing, perhatian tertumpu kepada saya.

Minggu depan saya nak beri buku baru saya“.

Ceritalah sikit dulu“, kata Pak Lah.

Pak Lah mahu cerita yang betul ke?

Bila pernah you tak cakap perkara yang benar pada saya, you kawan lama saya“, kata Pak Lah.

Pak Lah, orang ramai kata kalau Pak Lah berani buang muka tua yang dah tak boleh pakai, buang sajalah. Pak Lah dapat orang yang sudah 22 tahun dengan Tun ?reckoned kabinet?. Bukan mudah mahu membetulkan buluh yang sudah bengkok. Pak Lah mesti membersihkan kabinet dengan meletakkan muka-muka baru. Bila lagi hendak ada kabinet sendiri dengan ?The President man“.

Pak Lah diam, relax, saya teruskan.

Ada orang cakap Pak Lah, lembik, lemah, Pak Lah tak hebat. Tapi Allah masih selamatkan Pak Lah sebab doa para wali Allah. Tok nenek Pak Lahkan wali ada karamah.??

Untunglah saya ada tok nenek macam tu. Apa yang saya nak bimbang? Saya duduk sini pun (kerusi Perdana Menteri) kerana Allah yang letak. Kita buat kerjalah.” Kata Pak Lah. Ramai yang terkejut bila Pak Lah mengeluarkan isi hatinya.

Dapat peluang cakap saya teruskan lagi, “Tahukah Pak Lah pasal apa ramai yang marah dan tak suka Pak Lah? Mahathir dulu jadikan ahli UMNO macam anak harimau bagi makan daging. Bila Tun turun Pak Lah tak bagi daging. Siapa lagi yang mahu dimakannya kalau bukan Pak Lah.

Dia senyum. “Macam itu ke?” tanya beliau.

Syukur Pak Lah nampaknya tidak lupa, mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur pada Allah.

Dia kata “Dulu kita ketandusan cendiakawan, para bijak pandai di kalangan orang Melayu, kini bilangan itu semakin bertambah. Bangsa Melayu tak perlu pada bangsa lain dan negara lain untuk menunjuk ajar kita. Hari ini sudah ada ribuan doktor, jurutera dan para intelektual dan bijak pandai Melayu. Termasuklah komuniti pengurusan Melayu semakin ramai di negara ini.

Dia sungguh-sungguh mengharapkan visi dan doanya setiap masa untuk melahirkan ?The Towering Malays?. Apalah nilainya sebuah negara jika modal insannya lemah?” Beliau berharap rakyat negara ini menjadi peneroka bidang-bidang baru dan menjadi individu yang bernilai kepada kepentingan agama, bangsa dan negara. Seandainya kita dapat membaca isi hatinya kita boleh nampak ketelusan dan ketegasan Pak Lah untuk melihat kejayaan rakyatnya begitu ikhlas?

Hendak membangunkan ?modal insan? dan ?The Towering Malays? macam mana sedangkan hendak menjual buku di Perhimpunan Agung UMNO sejak 2003 di haramkan di PWTC? Saya pernah mengingatkan pri pentingnya industri minda dalam buku ?Memo Kepada Perdana Menteri? yang diharamkan oleh Tun Mahathir. Ahli falsafah dan para pemikir mesti diberikan keutamaan. Tuhan suruh membaca, tapi malangnya penulis jadi sasaran pemimpin macam mana?

Pak Lah antara lain berkata, “Saya tidak pernah menghalang sesiapa pun dari menjual buku politik mereka di Perhimpunan Agung UMNO.” Dia beri izin. Dia marah mereka yang menghalang penulis jual buku. Siapa pengkhianat yang mahu Pak Lah dimusuhi oleh para penulis politik kalau bukan mereka yang berkuasa di PWTC?

Kalau pun ada pihak mahu mengusir penulis dari menjual buku politik mereka di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra perlulah disertakan surat arahan rasmi dari Pak Lah.

Saya berharap pada perhimpunan UMNO bulan November ini , Pak Lah menyediakan ruang untuk saya dan Pak Habib menjual buku kami” kata Norzah Kepol menyambung. Lalu Wan Farid menyampuk, “Nak sedia ruang kena bayarkan? Siapa nak bayar?

Kalau penulis politik seperti Pak Habib yang sudah mengorbankan masa dan tenaga menghasilkan lebih 50 buah buku apalah nilainya jika UMNO menyediakan tapak untuk penulis buku politik berniaga menjual produk mereka. Setahun cuma sekali takkanlah Ibu Pejabat UMNO mahu berkira sangat dengan penulis buku politik? Ini pun Wan Farid mahu berkira ke? Untuk mendapatkan interbiu Wan Farid dengan akhbar Buletin Rakyat itu pun susah. Kononnya akan di anggap suara Pak Lah.” Berani anak didik saya ini meluahkan isi hatinya depan Perdana Menteri.

Depan Pak Lah dia santak Setiausaha Politik Pak Lah.

Pak Lah seperti biasa sentiasa memberikan keutamaan kepada Islam Hadhari sebagai misi dan harapannya. Katanya, banyak negara di dunia mengkagumi pendekatan Islam Hadhari sehinggakan Presiden Bush pun tidak terkecuali.

Lukman dari Agendadaily tanya tentang keikhlasan Bush memuji Islam Hadhari.

Manalah saya tahu ikhlas atau tak ikhlas. Kita tak tahu hati orang (Bush).”

Rosli juga dari Agendadaily pula menyoal apakah Pak Lah membaca tulisan-tulisan yang terus mengkritik kepimpinan atau pentadbirannya?

“Saya baca. Kalau tak baca, hancurlah saya.”

Beruntung kami dari media kecil dapat bersantai bersama Perdana Menteri.

Biarkanlah. Orang yang siarkan gambar Pak Lah tidur sambil berdiri tahu bahawa menggunakan gambar mata tertutup semasa gambar diambil di anggap tidur, itu satu fitnah. Apakah gambar itu diambil sendiri? Dimana mereka yang menulis itu ketika gambar itu di ambil? Apakah mereka yang jadi jurugambar?

Siapa kata Pak Lah lupa akan asal usulnya? Lupa pengalaman yang dilalui semasa tidak menyandang jawatan dalam kerajaan? Dia tahu menghargai keringat penanam ubi kayu, para petani, sebab itu dia memberikan keutamaan kepada Kementerian Pertanian yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pak Lah mahu mengangkat martabat golongan petani di negara ini. Sambil mengingatkan kita jangan menengok ke langit, lihat di bawah pohon keledek yang merayap di bumi kerana di situ tersembunyi rezeki dari Allah.

Sebelum berpisah Pak Lah mengingatkan kami, “Kita patut bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan dan nikmat kemuliaan yang Allah berikan kepada bangsa kita.”

Dan saya teringat pesanan Allah SWT pada bangsa manusia terutama umat Islam yang diberikan Al-Quran:“Bersyukur dengan yang sikit, Tuhan akan menambah, jika tak tahu bersyukur, Allah akan memberi laknat.”

Syukurlah Pak Lah ajak makan ubi kayu. Berapa ramai menteri yang Pak Lah ajak makan ubi kayu rebus bersama-samanya di Seri Perdana?

Benda yang kecil yang dilakukan oleh orang besar kepada orang kecil, besar ertinya pada orang kecil

Datuk Seri Abdullah Badawi

Perdana Menteri Malaysia

Semasa berbuka puasa bersama Pak Lah di Seri Perdana, penulis duduk semeja dengan Wan Farid. Sudah pastilah banyak perkara yang dibualkan termasuk benarkah dakwaan beliau terbabit memberikan arahan kepada polis bertindak ganas kepada perusuh di Jalan Sultan Mahmud dan Batu Buruk?

AJK PAS Pusat Mustafa Ali dalam satu temubual dengan akhbar rasmi parti itu mengakui mempunyai bukti keterlibatan Wan Farid dalam isu tersebut. Malah Mustafa Ali sanggup ke mahkamah jika dakwaannya salah.

Ada yang menganggap Wan Farid adalah dalang. Kenapa Wan Farid tidak mengambil tindakan undang-undang membuat saman malu?

Seperti biasa Wan Farid sentiasa ?cool? dan sentiasa tersenyum sambil menjawab,” Saya tidak terlibat dalam isu tersebut. Apa yang saya difahamkan PAS menghantar surat permohonan permit ceramah pada 31 Ogos. Pada 2 September permohonan PAS ditolak. Selepas ditolak PAS terus membina stage dan memasang banner program ceramah mereka.”

Beberapa ketika Wan Farid menyambung semula,” Kenapa saya didakwa terbabit dalam hal ini? Kebetulan pada hari kejadian (9 September) saya merasmikan hari keluarga polis di Kuala Terengganu. Jadi PAS menganggap seolah-olah saya terbabit memberi arahan atau sebagainya.”

Selepas beberapa siri penjelasan sudah dibuat oleh Wan Farid menafikan beliau tidak terbabit dalam isu rusuhan itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu membuat keputusan tidak akan menjawab lagi semua dakwaan tersebut. Buang masa melayan, dia tahu permainan orang PAS cuba ?memerangkapnya? supaya menjawab semua persoalan dilontarkan oleh parti itu secara bersiri. Kalau sudah tahu cerita sebenar tak apa, apa?

Akhirnya Wan Farid berkata,” Saya tak nak jawab lagi. Cukuplah kenyataan saya sebelum ini.”

Rosli bertanya benarkah Wan Farid akan menjadi Menteri Besar (MB) Terengganu? Tersipu-sipu Wan Farid dibuatnya. Boleh tak tidur malam.

Jawabnya,” Kan banyak Ketua Bahagian di negeri Terengganu kenapa saya?”

Allah menentukan segala-galanya, Pak Lah hanya merestuinya.

Agenda Daily – Tulisan Pak Habib

Artikel disiar Agenda Daily bertarikh :

Categories: 1
  1. penulis_cyber
    17,October 2008 at 3:36 pm

    Ubi Kayu jarang dimakan mana mana pemimpin. !!

    Hidup Pak lah..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s