Home > 1 > Artikel untuk Disebarkan semua Blogger Alif Ba Ta – Siapa Dalang Sebenar Forum Peluk ISLAM anjuran Majlis Peguam

Artikel untuk Disebarkan semua Blogger Alif Ba Ta – Siapa Dalang Sebenar Forum Peluk ISLAM anjuran Majlis Peguam

Dalang Sebenar Forum Peluk Islam

Dalang Sebenar Forum Peluk Islam

oleh PsyTroopers dan AIDC

Artikel ini ditulis khas buat semua pembaca. Tujuan artikel ini adalah bagi menyalurkan maklumat dan menyedarkan kita semua tentang siapa individu atau dalang di sebalik keceluparan mempertikai kuasa Mahkamah Syariah apabila melibatkan kepentingan dan kedaulatan Islam.

Isu “Forum Peluk Islam” dan “Subashini & Shamala Revisited” telah menyentak ramai pihak. Ramai tertanya-tanya tentang apa sebenarnya motif utama forum sensitif ini dibuat secara terbuka.

Siapa aktivis yang mempertikai segala keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah sehinggakan Majlis Peguam merasakan ‘perlu’ diadakan forum ini. Siapakah suara pendesak yang begitu lantang sehinggakan Majlis Peguam begitu ego untuk meneruskan juga forum walhal dibantah sebegitu ramai umat Islam?

Majoritinya adalah aktivis PKR & DAP. Majlis Peguam yang didominasi oleh aktivis PKR/DAP/HINDRAF dalam menganjurkan forum yang membincangkan isu yang sensitif.

Isu ini bukannya isu baru, tetapi sudah lama dan ditimbulkan kerana ketidakstabilan politik di negara kita. Tengok siapa individu dan parti mana di sebalik aktivis ini?

Berikut saya nyatakan segala bukti dan fakta yang bakal menyedarkan semua yang hanya tahu menyokong berdasarkan politik persepsi.

Anne James pertikai keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes S Shamala, Lina Joy, M Moorthy and R Subashini.. Klik sini

R Sivarasa (Naib Presiden PKR) bersama isteri, Anne James melihat persiapan kempen di Bilik Gerakan PKR, Kota Damansara

Siapa Anne James?..Anne James ialah isteri kepada YB R Sivarasa. Siapa Sivarasa dalam PKR? MP & Peguam. Bukti klik di sini

Peter Ooi pertikai keputusan Mahkamah Syariah kes Subashini. Klik di sini

Siapa Peter Ooi? ..Peter Ooi ialah aktivis DAP/PKR. Bukti klik di sini dan di sini

Norman Fernandez mempertikai keputusan Mahkamah Syariah. Klik di sini

Siapa Norman Fernandez?…Norman Fernandez ialah seorang peguam & Naib Pengerusi DAP Johor & calon DAP DUN Stulang 2004. Bukti klik di sini

Bukalah minda dan hati anda. Jangan tertipu dengan laungan Ketuanan Rakyat (baca Malaysian Malaysia) yang Pakatan Rakyat dan mereka-mereka ini laungkan.

Pakatan Rakyat hanyalah platform bagi pihak tidak bertanggungjawab ini melaksanakan agenda tersembunyi mereka. Mereka menjadi MP yang mempunyai kuasa menggubal dan mengubah landskap politik dan kedudukan Islam.

Tiada guna jika majoriti dalam negara tapi kuasa menggubal di Parlimen dikuasai mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. War-warkanlah kepada rakan kita semua agar berhati-hati dengan taktik licik mereka-mereka ini.

Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Kepada rakan yang sudah tahu kebenaran, sebarkanlah pada rakan agar kepentingan Islam tidak diinjak-injak oleh pihak yang berselindung di sebalik Pakatan Rakyat.

PsyTroopers
kembarapolitik@yahoo.com

sumber – kembarapolitik.blogspot.com

———————————————————–

Ulasan AIDC

PsyTroopers dari blog kembarapolitik. blogspot.com mendedahkan dalang-dalang Forum Peluk Islam yang dikaitkan dengan Anne James , Peter Ooi, dan Norman Fernandez.

Barangkali penulis bukan mahu menonjolkan nama Anne James, kerana dia hanya sekadar proksi kepada suaminya Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR. Begitu juga bukan mahu ditonjolkan Norman Fernandez, sebagai seorang peguam atau aktivis Kristian, tetapi yang lebih mustahak adalah jawatan parti yang disandangnya sebagai Naib Pengerusi DAP Johor. Bermakna dalang di belakang forum itu adalah dua parti politik pembangkang iaitu PKR dan DAP.

Siapa godfather sebenar ?

Baik PKR atau DAP, parti itu tidak akan bersikap kurang ajar kepada hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam, jika tidak mendapat green light daripada ketua mereka yang semestinya juga Melayu – Islam.

Baik Sivarasa atau Norman Fernandez, mereka adalah tokoh politik yang berusaha untuk meraih populariti di kalangan pengikutnya dan penganut agama sealiran dengannya tetapi akan akur serta memberhentikan penganjuran sesuatu forum yang boleh mencetuskan sensitiviti umat Islam di negara ini, jika dilarang oleh godfather mereka yang dianggap tokoh berkarisma beragama Islam itu.

Persoalannya siapakah godfather mereka yang berstatus Melayu – Islam itu ?

Anne James dan Sivarasa sekadar proksi ?

Kita katakan Anne James sekadar proksi kepada Sivarasa Rasiah kerana Anne hanya aktivis masyarakat dan isteri kepada Sivarasa. Bermakna pemain sebenar di belakang Anne adalah suaminya, Sivarasa Rasiah, seorang peguam dan penjawat penting dalam PKR.

Persoalannya Sivarasa Rasiah proksi kepada siapa pula ?

Beranikah Sivarasa bertindak sendirian, walaupun bukan atas kapasiti jawatan dalam parti, sedangkan YB Zulkifli Nordin, ahli Parlimen PKR Bandar Baru Kulim, menggunakan alasan ‘bertindak sendirian dan bukannya mewakili parti’ menentang forum itu, tetapi masih dikenakan tindakan disiplin oleh PKR.

Anwar sendiri dalam wawancara dengan Malaysiakini, bersama Stevan Gan (Kristian ?), berkomunikasi dalam bahasa Inggeris mengakui YB Zulkifli bertindak salah, mencemar imej PKR kerana menentang forum itu dan sewajarnya bekas peguam liwat Anwar itu patut dikenakan tindakan tatatertib oleh parti. Klik di sini

Persoalannya YB Zulkifli yang bertindak sendirian boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan alasan mencemar imej PKR menentang forum itu, bagaimanakah pula dengan Sivarasa Rasiah yang menyokong forum itu menggunakan isterinya sebagai proksi ?

Kalau PKR mahu berkecuali daripada forum itu sama ada menentang atau menyokong, sepatutnya kedua-duanya dikenakan tindakan tatatertib dan bukannya beban hanya ditanggung oleh peguam Islam PKR yang menentang sahaja.

Persoalannya berkecualikah kenyataan Anwar sebagai pemimpin de facto PKR dalam wawancara dengan Malaysiakini itu ? klik di sini

Bukankah ini bermaksud, Anwar lebih mustahak menjaga hati Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, yang beragama Kristian berbanding dengan Zulkifli Nordin yang beragama Islam serta banyak berjasa membela kes liwatnya sejak tahun 1998 lagi ?

Malah, tiada siapa dapat menyangkal, peranan Sivarasa sangat penting dalam mempengaruhi pemikiran politik Anwar termasuk penting sebagai penasihat undang-undang sama ada dalam kes politik atau kes peribadi.

Sebab itu, dalam kes liwat Anwar 2008, Sivarasa Rasiah diambil sebagai salah seorang daripada barisan sembilan orang penguambela Anwar, serta melupuskan nama Zulkifli Nordin, yang sebelum ini berpengalaman dalam mengendalikan kes liwat Anwar 1998. Bacaan lanjut klik di sini.

Bukan rahsia lagi, Sivarasa juga merupakan master mind penghubung Anwar dengan Bar Council yang menjadi dalang penganjuran forum itu dan sebelum ini penaung aktif dalam melaksanakan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC).

Bacaan lanjut sila klik artikel 1, artikel 2, artikel 3, artikel 4 dan artikel 5.

Anwar kata forum itu mendapat kebenaran Presiden PAS ?

Dalam wawancara Anwar bersama Malaysiakini itu, (lihat video di atas), beliau dakwa penganjuran forum itu telah mendapat kebenaran Presiden PAS, ustaz Hadi Awang.

Anwar kata beliau bersetuju penganjuran forum itu dan mendakwa beliau telah bercakap dengan ustaz Hadi Awang sendiri melalui telefon dan Presiden PAS itu telah menyatakan persetujuan dengan penganjuran forum itu ?

Persoalannya benarkah Presiden PAS bersetuju dengan pengajuran forum itu seperti didakwa Anwar, sedangkan majoriti yang hadir semasa menentang forum itu adalah ahli PAS yang diketuai oleh Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ?

Anwar dakwa beliau berkecuali (?),tetapi sebahagian besar aktivis yang menggerakkan forum itu terdiri daripada aktivis PKR dan rangkaian Anwar, termasuk Bar Council. Malah Zulkifli Nordin, aktivis PKR yang menentang forum itu turut dikenakan tindakan disiplin oleh PKR kerana menentang penganjurannya.

Anwar dakwa Presiden PAS bersetuju dengan penganjuran forum itu, tetapi sebahagian besar yang hadir semasa demonstrasi menantangnya adalah majoriti ahli-ahli PAS dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS juga turut hadir memberikan ucapan penentangan.

Malah lebih tragis lagi, Salahuddin yang hadir atas kapasiti PAS juga dicadangkan agar turut dikenakan tatatertib oleh aktivis PKR.

Bolehkah cakap Anwar dipercayai

Sebelum ini, Anwar dakwa beliau tidak mahu bersumpah tidak meliwat Saiful kerana mendengar nasihat daripada ulama luar negara yang turut disebut nama Dr Yusuf Qardawi.

Tetapi, benarkah pandangan Dr Yusof Qardawi terhadap Anwar tidak seperti yang diucapkan Anwar ?

Dalam salah satu tulisan bekas webmaster Tranungkite, Songkok Putih, mendedahkan bahawa Pertemuan PAS dengan Ikhwan (turut hadir Dr Yusof Qardawi) di luar negara menyebut secara jelas pesanan Dr Yusof Qardawi agar berhati-hati dengan Anwar Ibrahim. Bukti klik di sini

Kenapa Dr Qardawi memesan kepada PAS agar berhati-hati dengan Anwar Ibrahim ? Begitu mendalam maksud ulama tersohor di Mesir itu, sekiranya boleh berpesan sedemikian rupa.

Adakah pesanan ulama tersohor itu, menunjukkan beliau telah dapat menghidu kegiatan sebenar Anwar di Amerika Syarikat ?

AIDC
11 Oktober 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s