Home > 1 > Pak Lah dijangka terus kekal jadi PM jika cukup pencalonan – Ketua Perusuh

Pak Lah dijangka terus kekal jadi PM jika cukup pencalonan – Ketua Perusuh

https://i2.wp.com/img512.imageshack.us/img512/3917/mh01bigsk0.jpgAbdullah Ahmad Badawi adalah seorang Perdana Menteri yang lebih licik daripada Dr Mahathir Mohammed. Anda boleh sanggah pandangan saya ini, namun sewajarnya anda perlu membaca sampai habis komentar saya kali ini.

Majoriti rakyat Malaysia telah lama mengetahui bahawa Dr Mahathir Mohammed adalah Perdana Menteri Malaysia yang licik. Setiap langkah dan tindakannya tidak dapat dijangka. Biarpun diwaktu ditimpa pelbagai kemelut, beliau memang dapat menyelesaikannya malah dengan angkuh berjaya memperkecilkan musuhnya.

Semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohammed, dia tidak akan membiarkan sesuatu masalah itu timbul dan menyulitkan pemerintahannya. Beliau dengan tangkas akan memancung (menetak) pucuk-pucuk yang memberikan masalah tersebut semenjak dari tunasnya. Beliau tidak akan membiarkan tunas tersebut menjadi pucuk.

Namun dalam kita tidak sangka, Abdullah Ahmad Badawi mempunyai ramai pakar strategi dan pembantu yang bersedia untuk hidup mati dengannya. Malah dengan kemampuan lobi bertahap mega yang berjaya dikesan setakat ini, saya percaya tindakan Abdullah Ahmad Badawi membuat sidang akhbar untuk tidak mempertahankan jawatannya dan bersedia untuk peralihan kuasa adalah satu daripada beberapa pelan beliau yang telah dikaji dan diyakini olehnya.

Anda semua perlu ingat bahawa pengesahan untuk bertanding jawatan presiden UMNO atau tidak adalah tidak memberi makna yang mendalam kepada keputusan pengundian para perwakilan UMNO. Jika seseorang itu tidak mengesahkan akan bertanding, namun terdapat cukup pencalonan dari Bahagian UMNO dan akar umbi ketika mesyuarat agung UMNO, maka secara otomatiknya beliau layak untuk disenaraikan. Jika semasa penyenaraian ini majoriti perwakilan (lebih dari 80%) membuat keputusan untuk memilih calon yang tidak mengesahkan pertandingan tersebut, maka mengikut lunas undang-undang calon tersebut berhak untuk memenangi jawatan tersebut.

Oleh yang demikian, jika Abdullah Ahmad Badawi mendapat lebih dari 2/3 undi para perwakilan UMNO maka secara otomatisnya beliau akan terus dipuncak kuasa. Oleh sebab ini, kita percaya agenda kedua dan ketiga pihak Abdulla Ahmad Badawi sedang diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Oleh itu, maka jangan terkejut jika Abdullah Ahmad Badawi akan terus mendapat pencalonan yang terbaik dan beliau berhak untuk menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

“Bijak-Bijak”

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Insttitut Kajian Strategik dan Antarabangsa.

Blog Ketua Perusuh di sini

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s