Home > 1 > Kes tumbuk untuk menutup kekurangan jumlah ahli PKR yang hadir di Mahkamah ?

Kes tumbuk untuk menutup kekurangan jumlah ahli PKR yang hadir di Mahkamah ?

KPMU

October 8, 2008 by admin

Jika tiada insiden dua lelaki bertumbuk di depan pintu Mahkamah Sesyen Jenayah 1 di kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Selasa tiada yang menarik bagi petugas media yang hadir membuat liputan prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suasana kompleks mahkamah itu lenggang, tiada kesukaran memakir kenderaan dan tiada anggota trafik mengawal lalu lintas seperti tiga prosiding sebelum ini.

Barangkali kerana mood raya atau sudah jemu, tiada orang ramai atau penyokong Ketua Pembangkang itu menunggu Anwar yang tiba ke mahkamah jam 9.43 pagi untuk mendengar keputusan hakim Mahkamah Sesyen sama ada memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Hanya kira-kira 15 penyokong setia Anwar menunggu dan menyambut ketibaan beliau. Selain itu hanya ada lebih kurang 20 jurugambar dan jurukamera dan kali ini mereka tidak perlu berasak-asak merakam gambar ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang tiba ditemani isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun sehingga jam 11.45 pagi, tiada keputusan dibuat Hakim S.M. Komathy Suppiah kerana peguam dan pendakwa raya terus berhujah mempertahankan kes masing-masing.

Peguam Anwar menjadikan kesahihan sijil yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) selain arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Abdul Gani tidak mencampuri kes liwat Anwar terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun, hakim berkenaan memutuskan yang ia mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan menentukan kesahihan sijil berkenaan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, penasihat PKR itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang juga memperuntukkan hukuman sebatan tetapi hanya terpakai kepada seseorang yang berumur bawah 50 tahun. Sehingga prosiding ditangguhkan kira-kira jam 4 petang, belum ada keputusan mengenai kes itu yang akan disambung jam 11 pagi Rabu.

Anwar pada sidang media ketika ditanya ’sambutan dingin’ diterimanya kali ini, memberi alasan beliau sedia maklum mengenainya kerana penyokongnya tahu hari ini hanya untuk mendengar keputusan oleh Hakim S.M Komathy.

Bagaimanapun sehari sebelum itu laman web beliau telah menyeru para penyokong datang beramai-ramai ke mahkamah.

Dalam sidang media kali ini, Anwar nampak macam sudah ‘tekan brek’ bila ditanya mengenai rancangannya mengambil alih kerajaan dengan berharap ahli parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti setelah pelan 16 September tidak jadi kenyataan.

Sementara itu insiden tumbuk menumbuk berlaku antara dua lelaki,seorang pemimpin PKR dengan seorang petugas sebuah syarikat televisyen swasta pada jam 11.25 pagi.

Kejadian berlaku berhampiran dengan pintu masuk kamar mahkamah sesyen yang mendengar kes Anwar itu dan mencetuskan sikit kekecohan. Para anggota polis di situ terus menahan kedua mereka.Bagaimana kes itu selesai apabila kedua mereka saling bermaafaan

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s