Home > 1 > Apakah agenda Harakah bela Teresa yang masuk masjid pakai skirt tanpa jubah ?

Apakah agenda Harakah bela Teresa yang masuk masjid pakai skirt tanpa jubah ?

 

Komen saya ringkas sahaja, Harakah benar benar berpakat dengan Dap dan Pkr sehingga bab skirt masuk masjid pun dah tak kisah.

Laporan di bawah diolah sehingga ‘taring’ sudah hilang dalam memberi kritikan terbuka kepada MP DAP ini yang jelas tidak faham adab berada di masjid……

Pakatan longgar tersebut tentu akan ‘melompat’ jika hari demi hari masalah PKR dibincangkan dalam akhbar termasuk Malaysia dan menenggelamkan keyakinan peminatnya 

Anda baca dan fikirlah sendiri.. ?

Hormatilah masjid, saya pun jaga sensitiviti bukan Islam – Azizan
Abdul Aziz Mustafa 
Tue | Sep 30, 08 | 10:35:16 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Sep (Hrkh) – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta masyarakat bukan Islam menutup aurat mereka sebelum melawat mana-mana masjid. 

Mereka, katanya, perlu menghormati sensitiviti umat Islam termasuk menutup aurat sekiranya mereka mengunjungi sesebuah masjid kerana bagi umat Islam, masjid merupakan tempat suci yang perlu dihormati

”Kalau hendak melawat tempat orang (masjid), kena hormat, kena tutup aurat walaupun bagi agama orang itu (bukan Islam) ia tidak perlu, kerana ini tempat orang lain.

”Ia sama seperti kita ke ICU (unit rawatan rapi), ada tempat kena tutup muka, pakai kasut dan gaun yang selalu dipakai jururawat tapi kita kena ikut sebab ia peraturan di situ,” kata beliau.

“Apa yang penting, kita kena tahu menghormati tempat itu (masjid). Saya sendiri pun jaga sensitiviti orang bukan Islam,” Utusan Malaysia memetik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai berkata.

Akhbar tersebut baru-baru melaporkan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok memakai skirt sahaja ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Setiausaha Akhbarnya, Y W Yeoh bagaimanapun menjelaskan, Selepas Teresa dibebaskan 19 September lalu, beliau sibuk dari siang sampai larut malam dengan pelbagai program setelah dijemput pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong termasuk majlis berbuka puasa di perkarangan masjid tersebut.

“Selepas dibebaskan pada pukul kira-kira 1.20 petang, beliau tidak sempat balik ke rumah pun, apa tah lagi menukar pakaian. Lagipun, jemputan untuk majlis tersebut di terima pada saat-saat akhir iaitu lewat petang hari itu juga.

“Dalam keadaan sedemikian, pakaian beliau adalah berpatutan dan sama sekali tidak boleh dianggap �kurang sopan� atau biadap. Skirt itu pula bukan skirt pendik dan panjangnya melepasi lutut.

“Lagipun, beliau berada di perkarangan masjid dan tidak masuk ke dalam bangunan masjid,” katanya.

Isu tersebut dibangkitkan setelah tersiar laporan dan gambar majlis tersebut di dalam blog Teresa.

Akhbar tersebut kemudiannya meminta Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa mengulas perkara itu.

Zakariah bagaimanapun pun agak cermat dan seimbang dalam ulasannya.

Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.

“Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.

“Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,” akhbar tersebut memetik Zakariah berkata.

Pihak pihak pengurusan masjid itu juga, katanya, seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.

Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan.

Walaupun diasak dengan pelbagai laporan negatif, hubungan baik Teresa dengan masyarakat Islam tidak kelihatan terjejas.

Dalam majlis berbuka puasa di Kg Tengah, Batu 13, Puchong baru-baru ini, beberapa ratus penduduk kampung menghadirinya.

Walaupun penganjur bimbang majlis tersebut tidak dihadiri oleh penduduk kampung memandangkan pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas Teresa, mereka akhirnya amat lega dengan sambutan penduduk kampung tersebut kepada program itu._

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s