Home > 1 > Layakkah Mukhriz bertanding Ketua Pemuda Umno?

Layakkah Mukhriz bertanding Ketua Pemuda Umno?

Bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO yang keseterusnya? Adakah ini yang diangankan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir? Lupakan sahaja angan-angan itu kerana Mukhriz tidak harus dan tidak layak untuk memegang jawatan terbabit miskipun hanya untuk masuk bertanding sebagai calon.

Pemuda umno masih tidak lupa tindakan Mukhriz yang mengkritik dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka supaya meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dianggap tidak beretika dan biadap kerana cuba meremehkan status Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, suatu ketika dahulu.

Selagi benih Mahathir yang sudah dilihat pengkhianat pada UMNO dalam parti menghadapi kegetiran selepas pilihan raya umum lalu, selagi itulah keadaan tidak jadi elok. Kejap kata nak duduk dalam UMNO bersama rakan-rakan seperjuangan untuk desak Pak Lah letak semua jawatan sebagai perdana menteri, perisiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional dengan segera, kejap mengubah pendirian (mungkin keluar UMNO).

Semakin jelas nampak macam diri Mukhriz sedang menghadapi satu jenis penyakit nervous disorder. Macam sondol dinding salah, sondol lantai salah dan tak nampak pintu keluar terbuka luas untuk dia mencari tempat yang lebih lapang.

Pemuda juga tak lupa dengan kenyataan Mukhriz mengenai tindakan Yong Teck Lee macam dunggu, macammana nak jadi Ketua Pemuda kalau dah dunggu,sejak dari mula dipilih menjadi wakil parlimen Jerlun dalam pilihan raya umum lalu. Justeru itu, tidak syaklah beliau sangat seronok dengan Yong yang bagaikan lupa diri sedang memperkosa semangat setiakawan dalam BN selama ini.

Tetapi apabila Mukhriz mengenakan syarat sekiranya apa pun usul Yong yang menjurus kepada menyokong Anwar, beliau akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah Mukhriz begitu dunggu untuk memahami bahawa tindakan Yong itu sememangnya terang-terang memberi keuntungan kepada Anwar? Malahan apa yang digendang selama ini terhadap Pak Lah adalah secara langsung memberi markah kepada Anwar. Itulah yang Anwar suka sekali. Pendek kata, apa saja yang mengusik ke arah menggugat UMNO dan BN adalah kredit untuk Anwar yang tak sabar-sabar mahu jadi perdana menteri kalau Pakatan Alternatif berjaya memerintah.

Pada hakikatnya, belum tentu PAS dan DAP dengan mudah mahu memberi laluan pada Anwar yang bukan presiden mana-mana parti setakat ini. Lagipun, sifat Anwar juga disedari bukan ramai yang berkenan. Dia sudah dilihat seperti orang kenan (terencat akal) bila dia membentak-bentak mahu jadi PM.

Beri ceramah satu pentas dengan PAS dan DAP boleh. Tapi untuk memberi Anwar mengetuai mereka, cerita lain. PAS lebih tahu apa yang tersirat dalam diri Anwar.

Dalam perkara Yong dengan BN, Anwar memerlukan sangat orang seperti Mukhriz – selalu keliru dengan pendiriannya. Dia jadi bodoh-bodoh alang apabila berdepan dengan keadaan yang mana mahu dikira untung dan yang mana mahu dikira rugi.

Oleh kerana Mukhriz terlalu kemaruk dengan keputusan Yong mahu mengajukan usul tidak percaya kepada Pak Lah yang sekarang ini dianggap bukan lagi presidennya, tetapi musuh, Mukhriz tidak sempat berfikir panjang.

Dia lebih ghairah mahu memanggil sidang akhbar dan membuat kenyataan. Tidak banyak bezanya ketika beliau membaut sidang akhbar mahu menetapkan pendirian sama ada mahu meninggalkan UMNO menjejaki ayahndanya atau tidak, beliau juga mengenakan syarat.

Beliau pernah berkata, beliau hanya akan letak jawatan sekiranya Pak Lah tidak berhenti di akhir Julai – satu tempoh yang terlalu lama bagi orang UMNO mahu melihat sejauh mana kebenaran Mukhriz dalam menetapkan tarikh itu. Tapi sampai sekarang si dunggu ini masih tak letak jawatan dan masih menebalkan mukanya semata-mata untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

1 Ogos sudah berlalu, apakah Mukhriz sudah terlupa catatan dalam diarinya menulis surat letak jawatan kalau Pak Lah masih lagi perdana menteri.

Bukan sekadar ahli UMNO sahaja yang akan mengingati tarikh itu, ahli-ahli parti lain termasuk pembangkang pun menunggu tarikh keramat bagi Mukhriz itu. Tarikh keramat Anwar pada 16 September. Jadi setiap bulan kita ada tarikh keramat dari pemimpin Melayu.

Kerana itulah saya kata Mukhriz memang ada banyak persamaan dan layak benar Anwar ajak Mukhriz masuk PKR saja lebih mudah. Lagipun ayahnda Mukhriz dulu pun bos Anwar. Untuk balas budi bekas bosnya, memang sesuailah Anwar berbaik-baik dengan Mukhriz.

Nasihat kepada Mukhriz janganlah jadi seperti Anwar, seorang ahli politik Mat Jenin, baru panjat pokok kelapa sudah berangan-angan.

Tulisan : Raksasa BN

Categories: 1
  1. ketam761
    18,September 2008 at 10:18 am

    Lebih daripada layak.. Bayangkan Khairy yg penuh dgn kontrovesi dan Dr Khir Toyo yg tak habis2 dgn masalah negeri lamanya… jadi siapa yg paling layak? Semestinya Mukhriz.. Kalau tegur org buat salah memang dituntut bukan macam setengah org yg jadi buta kayu salah pun jadi betul..tambah lagi teguran itu di buat secara peribadi.. persoalannya siapa yg ada excess surat peribadi itu? mesti lah Pak Lah dan Khairy.. jadi siapa yg bocorkan surat itu semesti lah sama ada khairy atau paklah sendiri… Jika org melayu hendak UMNO bertambah dipinggirkan sila lah pilih Khairy ..

  2. Raktamrittika
    18,September 2008 at 10:45 am

    Kalau le Anwar tu ancaman kepada ekonomi, makanya Pak Dol ngan kabinetnya memang “komunis” ekonomi le.❓ Cth harga minyak semasa:

    1 barrel (tong) = 159 liter
    1 USD = RM 3.45 (semasa)

    Harga minyak dulu = USD145 x 3.3 (masa naik) / 159 liter = RM3 – (Subsidi) RM0.30 = RM2.70

    Harga Minyak Semasa = USD92.7 per tong
    Nak senang kira = USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

    Kita bayar = RM2.55/liter
    Harga tanpa subsidi = RM2.00/liter

    Kerajaan penaya :angry: kita = RM0.55 per liter.

    Sekarang cakap siapa yang MENGANCAM ekonomi RAKYAT pulak?❗ ❗

    http://raktamrittika.wordpress.com/

  3. penulis_cyber
    19,September 2008 at 11:20 am

    Kerajaan bagi REBATE RM 6000 juta tak kira ?

    hang nak bagi balik tak duit kalu nak minyak turun lagi dengan cepat ?

    Rebat nak tapi nak minyak turun macam tekan suis saja..

    Kerajaan bukan ditadbir guna otak Pak Lah sorang. Ramai ahli ahli pakar pakar dok kerja keras fikir utk atasi kenaikan minyak.

    Jangan mencelarukan keadaan.

    Lagi celaru lagi teruk ekonomi dan tentu teruk juga kemampuan kerajaan turunkan minyak.

    Kirim salam Pak Sheih Nowar suruh dok masjid bertaubat…

    Huru hara negara dan BSKL jatuh bawah 1000 mata.

    Antaranya sebab dia dok kata nak tumbang kerajaan.

    Pelabur pun tunggu dan lihat. Ekonomi rosak…

    Saranan saya : ISA KAN ANWAR SEGERA !!!!!!!!!!

    dan perancang 916 yang berkejaran ke Taiwan….

    Biar ramai sikit di Kamunting.

    Sekian.

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  4. mangkukhayun
    19,September 2008 at 2:58 pm

    1. Mukhriz – dilebel sebagai penderhaka kepada parti kerana lantang menyuarakan kebatilan.

    2. Khairy – dilebel sebagai pemimpin pelapis(gelaran oleh pembodek2nyer)- siapa khairy sebelum ini? orang yang muncul selepas pak mentua dia jadi PM!!!

    3. khir Toyo – seorang pemimpin muda yang punyai versi dan misi tinggi dalam era politik m’sia.

    sebagai ahli/manusia yang dianugerahi otak untuk menjana akal fikiran mampu mentafsir siapakah yang layak untuk dimertabatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO.. melainkan pemuda/manusia yang buta hati atau syaitan yang bertopengkan manusia sahaja memilih gologannya.

  5. penulis_cyber
    22,September 2008 at 10:42 am

    Jika dinilai pendidikan sahaja Mukhriz dah tak kemana.

    Bolehkan anak dibayangi bapa ?

    Dan bapa mengarah anak seperti remote control.

    Khairy boleh menewaskan ramai orang dan ramai akan menjatuhkannya.

    Saya pasti Khairy lulusan Oxford bidang politik calon layak dan berwibawa dari Mukhriz yang cakap banyak tapi tidak ada kesan apa apa.

    Maaf cakap, siapa yang awal awal lagi umum mahu tanding Ketua Pemuda ?

    Taktik Khairy jelas menunggu hingga benar benar bersedia melambangkan dia bijak mengatur langkah tanpa mengaibkan sesiapa…

    Pemuda tentu mahukan ketua yang aggresif seperti Khairy yang lebih tangkas dilihat dari Mukhriz.

    Ini komen saya dan anda bebas komen berbeza di sini..

    Ruang pendapat terbuka luas…jangan mengata sudah.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s