Home > 1 > PAS jelas tidak menyokong lompat parti – Mstar Online

PAS jelas tidak menyokong lompat parti – Mstar Online

Hj Hadi tidak hadir semasa mesyuarat penting isu lompat parti MP BN ke Pakatan Rakyat di kala seminggu lagi masih berbaki episod penting ( jika benar ) perebutan kuasa antara penyandang Pak Lah dengan bekas TPM Anwar Ibrahim, memberi mesej yang jelas kepada kita bahawa ANWAR AKAN GAGAL.

Tiada komen setakat ini ( pada pengetahuan saya ) kenapa Presiden sekutu PR dari PAS tidak hadi semasa mesyuarat tiga jam tersebut !

Hj Hadi tentu sudah ‘terbau’  hancing kencing dan tidak rela imej Islam PAS direndah rendahkan oleh politikus ‘gila kuasa ‘ ini.

Dan tentu beliau mewakili suara majoriti PAS – bukan suara group Erdogan – yang sangat taksub dengan karismatik Anwar memandangkan mereka masih muda dan senang dipengaruhi oleh kata kata menarik dan penampilan memikat dengan kelebihan sokongan antarabangsa termasuk dari musuh Islam juga.

Baca berita Mstar Online di bawah keterangan tentang kehilangan Hj Hadi Awang dari menghadiri mesyuarat sangat penting tersebut.

Anwar sahkan pertemuan 3 jam Pakatan bincang bentuk kerajaan, lebih 30 MP hampir pasti
08-09-2008 11:26:31 PM
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi ini selepas pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara malam tadi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui tengah hari ini mengesahkan pihaknya telah membincangkan isu penyertaan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam Pakatan Rakyat dalam pertemuan hari ini.

Sehubungan itu jelas beliau, perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar dengan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat menghadiri mesyuarat hari ini.

Tambah beliau, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya 32 wakil rakyat menyertai Pakatan Rakyat.

Ketika ditanya mengenai rombongan hampir 50 wakil rakyat BN ke ke Taiwan selama lapan hari bermula hari ini, beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen memberitahu, pihaknya akan mencari jalan untuk mendampingi mereka.

Kata beliau, isu itu turut disentuh dalam pertemuan hari ini.

mStar Online difahamkan Pakatan Rakyat telah memperoleh sokongan lebih 30 Ahli Parlimen BN setakat ini.

Kini hanya tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya,

Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.

mStar Online difahamkan pertemuan malam yang dipengerusikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), yang pulang dari Jakarta petang tadi, hanya memfokus terhadap pelan pembentukan kerajaan persekutuan 16 September dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen BN.

“Perbincangan pertemuan informal ini hanya memfokus satu topik iaitu menerangkan hasil perbincangan dan perundingan yang telah diadakan sejak dua minggu yang lalu. Kita telah berkongsi hasil perundingan dengan ahli-ahli Parlimen BN setakat ini.

“Perbincangan adalah positif dan semua perancangan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang,” kata sumber itu kepada mStar Online awal pagi tadi tadi.

Pertemuan malam tadi yang berlangsung lebih dua jam di kediaman Anwar di Bukit Segambt berakhir kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Kesemua pemimpin kanan komponen Pakatan Rakyat hadir kecuali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

BERITA TERDAHULU:

Terdahulu di KUALA TERENGGANU: DAP menegaskan ia tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen BN ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat, dan bukannya atas dasar perjuangan ‘periuk nasi politik’ mereka.

Katanya, jika wakil rakyat BN keluar daripada parti yang selama ini memerintah semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.

“Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat.

“Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika dan bukan prinsip yang baik. Kami tidak akan menerimanya,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan penubuhan DAP cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu di sini hari ini dengan keahlian seramai 60 orang ahli.

Parti itu pernah membuka cawangannya di Kelantan pada tahun 1990, namun berkubur pada tahun 2002 ekoran kurang penerimaan daripada masyarakat setempat.

Di JAKARTA, Anwar yang Ketua Pembangkang di Parlimen, yang semalam membawa impiannya untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia pada 16 September kepada media massa di Indonesia, masih gagal menyatakan siapa atau beberapa orang anggota Parlimen Barisan Nasional akan menyeberang ke pihaknya.

“Saya hanya akan menamakan mereka pada masa yang sesuai. Ini adalah persefahaman…perjanjian dengan teman-teman (para anggota parlimen itu),” katanya.

Walaupun ketika berkali-kali ditanya oleh media massa tempatan dan asing yang meliputi pertemuannya dengan Ikatan Cendikawan Muslim Indonesia (ICMI) di sini hari ini, beliau enggan menyatakan siapa atau berapa bilangan anggota Parlimen BN yang sudah mengesahkan menyeberang ke pihaknya.

Anwar menjelaskan bahawa harapan beliau berjumpa dengan ICMI adalah kerana menganggap pertubuhan Islam di Indonesia penting baginya, seperti juga di Malaysia.

Anwar, yang tetap yakin bahawa impiannya akan menjadi kenyataan pada 16 September, mendakwa beliau tidak menghadapi sebarang masalah lagi untuk mencapai tujuan itu.

Sambil menegaskan bahawa media massa di Malaysia tidak bebas dan hanya melaporkan berita dari sudut pandangan kerajaan Barisan Nasional, Anwar berkata beliau dapat memberikan kepastian kepada media massa Indonesia dan asing bahawa ‘penghijrahan wakil-wakil rakyat BN’ akan terjadi 16 September ini walaupun di Malaysia dilapor tidak akan berlaku.

Mengulas lawatan yang dirancang untuk anggota-anggota Parlimen BN ke luar negera sehingga 16 September,  beliau berkata, “Saya akan tangani hal ini bila pulang ke Kuala Lumpur petang ini”.

Beliau masih mendakwa mendapat maklumbalas positif daripada anggota-anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak malahan juga dari Semenanjung Malaysia.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s