Home > 1 > A Kadir Jasin: Ambil tindakan terhadap Akhbar Cina Sin Chew Daily guna Akta Hasutan

A Kadir Jasin: Ambil tindakan terhadap Akhbar Cina Sin Chew Daily guna Akta Hasutan

Siasat Kenyataan Ahmad dan Laporan Sin Chew

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SATU berita yang sama daripada tiga sumber yang berlainan dengan pendekatan yang berbeza.

Mstar, akhbar Internet berbahasa Melayu milik Kumpulan The Star yang memetik laporan Bernama berkata Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail tidak akan meminta maaf atas dakwaan membuat kenyataan menghina orang bukan Melayu.

Bernama memetik Ahmad sebagai berkata yang dia tidak akan meminta maaf kerana bukan beliau yang salah tetapi pemberita akhbar Sin Chew Daily yang telah menyalah lapor kenyataan beliau.

Dari awal-awal lagi Ahmad mendakwa bahawa rujukannya kepada orang Cina sebagai pendatang adalah berdasarkan fakta sejarah dan bukan menyentuh kaum Cina yang ada pada hari ini.

“Saya tidak akan meminta maaf di atas kesalahan yang dibuat oleh pemberita berkenaan. Saya tidak bersalah dan saya cabar sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan saya bahawa orang Cina adalah penumpang di Tanah Melayu sebelum merdeka dan sememangnya bukan Melayu adalah pendatang dan menumpang di sini ketika itu,” katanya.

Mstar melaporkan Ahmad berkata demikian dalam sidang akhbar di Menara Umno di Georgetown pada 5 Ogos yang turut dihadiri 13 ketua dan wakil Umno bahagian di Pulau Pinang serta penyokong parti.

Portal berita bebas, Malaysiakini, ketika melaporkan peristiwa yang sama berkata kesemua bahagian Umno Pulau Pinang, termasuk bahagian Perdana Menteri dan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi iaitu Kepala Batas, memberi sokongan penuh kepada Ahmad.

Tindakan Umno Pulau Pinang itu, kata Malaysiakini, berupa tamparan kepada Abdullah yang terdahulu telah meminta Ahmad memohon maaf.

Kalau Abdullah meminta Ahmad memohon maaf, timbalan setianya, Mohd Najib Abdul Razak, melangkah setapak ke hadapan dengan memohon maaf bagi pihak Umno.

Secara peribadi, saya bimbang jika tidak ditangani dengan waras, bijaksana dan tegas, kemelut ini boleh merebak menjadi isu yang bukan sahaja akan membuatkan Barisan Nasional lebih tenat malah akan mencetuskan ketegangan kaum.

Namun saya rasa jalan penyelesaian bukanlah sukar sangat sekiranya pihak terbabit menggunakan akal dan tidak terus mempolitikkan peristiwa ini.

Dengan risiko dituduh hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, saya ingin mengemukakan saranan berikut:

1. Siasat apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ahmad dan apa pula yang dilaporkan oleh Sin Chew;

2. Kalau Ahmad bersalah, ambil tindakan ke atasnya. Arah dia minta maaf. Kalau dia enggan, singkir dia daripada Umno;

3. Kalau Sin Chew yang salah, ambil tindakan ke atasnya kerana laporannya itu mengandungi unsur hasutan;

4. Kalau pemerintah boleh ambil tindakan menyekat akses kepada portal berita Malaysia Today, ia pasti boleh ambil tindakan ke atas Sin Chew. Sengaja disebutkan bahawa Sin Chew adalah antara surat khabar yang digantung lesennya ketika Operasi Lalang tahun 1987;

5. Mohd Najib wajib menarik balik permohonan maaf Umno dan memohon maaf kepada ahli Umno;

6. Jangan ulang cerita hantar Azmi Khalid ke negeri China untuk minta maaf terhadap kesilapan yang tidak dilakukan. Pembangkang dakwa wanita negeri China di bogelkan oleh polis dan kerajaan bergegas hantar menteri bunga emas ke negeri China. Bila disiasat, wanita itu rakyat Malaysia yang bangsanya Melayu. Sudah jatuh ditimpa tangga, wanita itu saman polis dan kerajaan;

7. Mohd Najib jangan telan bulat-bulat laporan media massa arus perdana tolak semua laporan media alternatif. Siasat dulu ketepatan laporan mereka sebelum aibkan ahli Umno dan orang Melayu dengan memohon maaf terhadap apa yang tidak perlu; dan

8. Berhati-hatilah jangan jadikan Umno parti apologis (pemohon maaf) dan bangsa Melayu bangsa yang dibebankan oleh apologia (rasa bersalah).

sumber : http://kadirjasin.blogspot.com/

Komen saya :

1. Tindakan Datuk Ahmad betul kerana beliau tidak perkauman dan sekadar menyebut fakta sejarah.

2. Tindakan mensensasikan ( baca : memutar belitkan ) berita oleh Sin Chew Daily satu tindakan tidak bermoral dan boleh dikenakan AKTA HASUTAN kerana menimbulkan ketegangan antara kaum.

3. Tindakan memohon maaf tidak salag kerana ia melambangkan ketulusan kita berkawan dengan kaum lain di Malaysia..Walau pun akhirnya kita ketahui Datuk Ahmad tidak bersalah.

4. Isu ini menguji persetiaan BN sejauh mana keteguhan mereka sebagai satu Barisan Nasional untuk semua kaum di Malaysia…

Apa kata kita desak pula akhbar Cina ini dikenakan tindakan kerana memutarbelitkan kenyataan ? Jom !!!

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s