Home > 1 > Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful -diarah hadir atau kebetulan- mana satu yang betul ni ?- Malaysiakini

Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful -diarah hadir atau kebetulan- mana satu yang betul ni ?- Malaysiakini

Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful
Aug 24, 08 11:40pm
kemaskini 1:50am Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, mencipta kegemparan hari ini apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Ramlang Porigi (foto, kiri) menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Seperti penjelasannya kepada Malaysiakini Khamis lalu, Ramlang yang juga seorang ahli Umno di bahagian Bukit Mertajam bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful (foto, kanan) kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini.

ramlang permatang pauh ceramah 250808 02Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya.
Tuan Ibrahim, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya.

Beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu.

Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.

Dalam sidang media bersama naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali di Yayasan Aman, Penanti tengah malam ini, Ramlang mendedahkan arahan itu dikeluarkan oleh “orang atasannya” tetapi sekali lagi enggan menamakannya.

Seharusnya, tambah imam itu, kedua-dua pihak Mohd Saiful yang menuduh dan Anwar sebagai tertuduh hadir di majlis sumpah laknat.

Bersumpah boleh dibuat apabila pengadu tidak mempunyai bukti-bukti lain, kata imam itu lagi.

Beliau juga menyatakan kesediaan dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana tidak memegang sebarang jawatan.

Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dalam pilihanraya itu, Ramlang menyatakan beliau tidak memihak kepada mana-mana parti.

Mengulas pertanyaan media sebab beliau membuat penjelasan malam ini, imam itu berkata beberapa hari selepas sumpah Mohd Saiful, beliau menerima banyak panggilan yang membuat tuduhan liar terhadapnya tetapi tidak ada pihak yang mempertahankannya atau memberi saluran untuk bersuara.

Selain Ramlang, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bapa Mohd Saiful berada di masjid itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Latar belakang Ramlang menjadi bahan tohmahan dan perbincangan di internet sejak beberapa hari lalu, antaranya mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan pengundi di parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk.

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh – pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Sewaktu bercakap kepada Malaysiakini, Ramlang mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 03Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: “Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu”.

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya “atas sebab-sebab tertentu”.

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

“Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,” katanya.

Oleh itu, jelasnya, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ramlang bertugas sebagai seorang daripada sembilan imam di masjid tersergam indah itu sejak Jun 2005.

Pena Biasa : Hari tu sungguh sungguh kutuk imam ni. Kata minat Linkin Park. Demi menggambarkan imam tu tak dapat dipercayai.. Sekarang dah terbalik hingga Malaysiakini bersungguh sungguh pula menyiarkan kata kata imam tersebut.

Ini senang sahaja dibaca sebagai tindakan terdesak penyokong PKR di dalam menggunakan apa sahaja dan sesiapa sahaja. Apatah lagi semalam 200 ahli PKR Kedah telah keluar parti dengan bantuan Ezam.

Jadi, PKR sendiri menidakkan kredibiliti imam ‘Linkin Park’ tersebut dan kita tidak perlulah mencari lagi apa jua kecacatan imam yang diangkat dalam ceramah PKR tersebut.

Cuma, adakah sumpah saiful tidak sah jika Imam bernama Ramlan Poringgi tiada di situ ? adakah beliau dijadikan ‘umpan’ bagi menolak hujah Mufti Kedah dan alim ulama lain termasuk Nik Aziz sendiri tentang kesahihan sumpah yang menggunakan wallahi wabillahi watallahi ?

Adakah beliau telah ‘diugut ‘ sehingga dikepung 10 lelaki yang kita tidak pasti dari mana mereka ???

Kerana taktik ganas dan kasar adalah mainan PKR dan tidak mustahil Ramlan Poringgi ‘diugut’ hingga terpaksa mendaki pentas PKR bagi membersihkan nama Anwar bagi memastikan undi memihak kepada beliau ?

Adakah ini nasihat penasihat dari Amerika ?

Categories: 1
  1. cekka
    26,August 2008 at 3:58 am

    Dalam banyak-banyak sebab, saya bersetuju dengan dengan sebab yang last sekali. Ada kemungkinan besar, ini worang sudah kena ugut..

    “kalau lu, Ramlang Porigi, tarak cakap baik-baik sama PKR.. ini lu punya anak-bini kasi hilang. Lu baca ini skrip, malam karang cakap sama Permatang Pauh punya worang atas pentas”

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s