Home > Politik Malaysia > Anwar akan reka lafaz sumpah – Malaysia Hari Ini

Anwar akan reka lafaz sumpah – Malaysia Hari Ini

Laman Malaysia Hari Ini
Saturday, 16 August 2008

ImageBERITA Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan semalam menyaksikan pelbagai reaksi dari terutama umat Islam di negara ini khasnya.  Ia juga pastinya menarik perhatian Amerika Syarikat yang sentiasa mengikuti perkembangan isu kes liwat Anwar-Saiful dan akan memberi komen negatif terhadap apa yang berlaku.

Tindakan Saiful itu serius dan memberikan impak baru kepada Anwar yang sedang rancak berkempen di kawasan Permatang Pauh sambil menyelit makluman bahawa semua tuduhan terhadap dirinya mengenai kes liwat itu adalah satu perancangan dari Barisan Nasional (BN).

Pastinya Anwar semakin takut menghadapi tindakan Saiful yang padanya satu ancaman yang bukan lagi andaian kerana keberanian Saiful amat terserlah apabila melakukan upacara bersumpah di masjid bersaksikan imam, ayah dan Al-Quran serta memohon dilaknati Allah hingga ke hari kiamat sekiranya perkara Anwar meliwatnya tidak benar.

Anwar pula awal-awal lagi sudah menyambut tindakan Saiful itu sebagai satu cara untuk dengan sengaja mahu menghalang beliau menang di pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti.  Beliau juga menyatakan semua yang berlaku adalah semuanya sehari sebelum seperti dia di dakwa di mahkamah sehari sebelum SPR umumkan tarikh pilihan raya kecil dan Saiful bersumpah sehari sebelum penamaan calon di Permatang Pauh.

Kalau Anwar berani melafazkan sumpahnya seminggu sebelum hari penamaan calon, perkara ini tidak berlaku sehari sebelum.  Saiful memang menunggu tarikh akhir atau menetapkan dateline penting untuk bertindak sesuatu.  Nescaya sehari sebelum pilihan raya kecil nanti, Ezam pula ‘meletupkan’ sesuatu yang lebih besar dan Anwar seharusnya bersedia untuk menerima hakikat akan berlaku sehari sebelum peristiwa.

Kebetulan memang bagus Saiful membuat upacara bersumpah itu sehari sebelum hari penamaan calon supaya penyokong Anwar boleh membuat keputusan sama ada mahu terus menyokong Anwar atau undur sebelum tergolong dalam kumpulan bersubahat dan menerima imbasan musibah yang bakal Anwar tanggung.

Tidak dinafikan ada yang taasub pada Anwar masih mengatakan tindakan Saiful itu adalah karut semata-mata.  Kenyataan dari mereka ini dengan sendirinya menafikan kebesaran Al-Quran.  Soal Saiful betul atau tidak, soal lain.  Tetapi menafikan tindakan Saiful itu satu perkara yang karut, kufurlah orang itu kerana itulah satu-satunya jalan keluar untuk umat Islam menyatakan akuannya menurut jalan Allah.

Menafikan akuan sebegini adalah sesuatu yang luar biasa bagi orang yang mengucap dua kalimah sahadah.  Pada haknya, Anwar juga tidak boleh memandang perkara ini ringan kerana nama beliau ditujukan khas orang yang memasukkan zakarnya ke dalam dubur Saiful.

Malahan, untuk Saiful mendedahkan Anwar meliwatnya juga sudah cukup kita fikirkan betapa Saiful seorang yang berani kerana ia mendedahkan maruahnya sama dengan gambarnya tersebar luas di mana-mana.  Sesiapa yang mengenalinya akan dengan mudah meletakkan Saiful seorang yang turut sama jijik, tetapi demi kebenaran, Saiful terpaksa bertindak kerana kalau bukan beliau yang sanggup melakukan pendedahan itu, siapa yang berani lagi kerana Anwar bukan meliwat Saiful seorang.  Ada lagi yang mungkin tidak terbilang, tetapi antaranya Saiful yang paling berani.

Alang-alang sudah terdedah dan Anwar masih dengan bongkak mengatakan dia di pihak yang benar, Saiful mengambil langkah tepat dengan bersumpah di Masjid bersaksikan ayahnya, imam dan Al-Quran.  Perkara inilah satu-satunya yang Anwar belum mampu buat kerana jauh dalam hatinya beliau tahu dia membuat kerja terkutuk itu.  Itulah pandangan orang ramai.

Tetapi tidak kurang yang menduga tidak mustahil Anwar dengan cara terdesak akan melakukan sepertimana Saiful yang mungkin dengan perubahan ungkapan yang tidak serupa dengan lafaz Saiful sehari sebelum hari mengundi di Permatang Pauh untuk semata-mata menipu dan mengaburkan mata pengundi.

Kalau berlaku, Anwar akan reka ayatnya sendiri.  Yang penting bagi Anwar ialah dengan memegang Al-Quran, dilakukan di masjid dan bersaksikan anak isterinya dengan kata-katanya sendiri.  Ini semua tidak mustahil boleh berlaku.  Mungkin sekarang pun Anwar sedang mereka-reka ayat apa hendak digunakan dalam lafaz bersumpah itu nanti.

Anwar akan pasti meniru trend peristiwa ‘sehari sebelum’ semata-mata mahu menunjukkan terutama kepada Amerika yang beliau juga berani melakukan apa dilakukan oleh Saiful.  Inilah juga akan menjadi alat pertunjukan terakhir bagi Anwar untuk pengundi Permatang Pauh merealisasikan angan-angan beliau merintis jalan ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Categories: Politik Malaysia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s